Drama Vida yg rasa Diva tapi murahan



Tak ramai artis Malaysia seberani Aisyah saman sponsor program. Jelas dia ditipu dan faham hak dia dan keputusan mahkamah menyebelahi dia. Sebab Aisyah bukan sekadar penyanyi tepi jalan. Beliau adalah graduan Aucland University dalam bidang Political Science. Beliau setaraf arwah Sudirman, celebrity with brains. Vida salah orang nak tipu. Dia sangka artis tak akan berani panjangkan penipuan dia kerana yakin artis harapkan tajaan darinya. Dia rasa dia pemberi rezeki kepada artis sbb ramai artis terhegeh2 cari Vida utk jadi duta produknya.

Buktinya, beberapa celebrity yang turut diminta utk bantu hearing kes Aisyah telah menolak utk jadi saksi kerana takut nanti tak dapat sponsor. Firman yang juga rasa tertipu hanya mula bersuara selepas kes Aisyah selesai. Selama ini pun dia diam. Paling mengecewakan, persatuan2 artis tidak membantu nasib Aisyah. Aisyah kelihatan bersendirian dalam menegakkan keadilan utk dirinya. Dia rasa 'I have nothing to loose'.

Artis Malaysia perlu mula menukar approach mereka. Jika anda tidak berpelajaran tinggi, cari lah manager yang berpelajaran untuk menasihati dan merancang karier anda. 3 perkara paling utama utk jadi Manager, P.A atau Setiausaha Peribadi artis, selebriti atau pemimpin ialah effective, accurate dan efficient. Ini asas kesetiausahaan yang perlu ada pada pembantu.

Pelaburan keatas pembantu atau pegawai yang baik akan menghasilkan kerjaya yang gemilang. Sudirman berjaya kerana managernya dari Mike Berney hingga ke Dharani Dharan yang ada ketiga3 ciri diatas. Begitu juga Muhammad Ali dgn Don King, Ronaldo dan Ricardo Regulfe sebagai mereka yang urus karier mereka.




Aisyah wajar saman Vida kerana perbuatan terbarunya menyuruh anaknya meluahkan berlian dari dalam mulutnya. Ia simbol seolah2 'meludah' belian yang sepatutnya diserahkan kepada Aisyah seperti arahan mahkamah. Ini perbuatan yang sangat biadap dari Vida yang merasakan orang kaya boleh hina orang tak sekayanya. Heret anak terlibat sama dlm drama menghina itu juga satu perbuatan tak bertanggungjawab dari seorang ibu. It was clear a well scripted act by an immoral self acclaimed tycoon.

Artikel asal from here.

XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: