Showing posts with label RMO. Show all posts
Showing posts with label RMO. Show all posts

Day 100 PKP


Tak sangkaaaaaa.... Its Day 100...hahaha

I am survived and masih waras... Hahahaha. Alhamdulillah. Still fighting and still good.

Dari 14 hari... Hari ni dah 100 hari...Hahaha... Macam tak percaya pulak. Ikut arahan sebelum ni... Kami masih ada 67 hari lagi. Ikut jadual PKPP. Aku dh selesa wfh. Masuk opis tahun 2021 teruih pun ok ja 🤣🤣🤣. Lagu mana pun xpa... Keja jalan macam biasa. Doa yg baik2 saja ya.

#kenanganwfhforcovid19
#dahtumbuhcendawankakerusikatopisXOXO Lots of loves -H3H-

Sekolah bukak semula 24 Jun 2020

Pengumuman pembukaan semula secara berperingkat bermula 24 Jun ni. Exactly another 2 weeks from now.


Tapi, hanya untuk pelajar tingkatan 5 dan 6...candidates for SPM, SPMV, STAM, STPM dan setaraf.
Lain2 mcm anak aku...akan diberitahu semula.

Aku masih ok sebab aku masih work from home. Masih bole nak monitor dia punya online classes dan segala homework yg menimbun-nimbun tu.

XOXO Lots of loves -H3H-

Bila perintah berkurung diumumkan

Hahahah...betapa aman damainya orang Malaysia ni...termasuk la aku....hahaha
 
 
sumber :

XOXO Lots of loves -H3H-

Aidilfitri 2020 in MCO


Abah kata, dibenarkan berziarah semasa hari raya asalkan tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa dan tidak merentas negeri...

Pak Ngah Mail pulak kata, kalau nak berziarah pun, hari raya pertama sahaja.

Tapi, Abang Hisham nampak lebih bertegas dalam hal ini.

"Lupakan sahaja had maksima 20 orang di hari raya. Duduk rumah."

Abah bercakap sebagai seorang abah yang mungkin faham kemahuan anak-anak. Pak Ngah macam tak nak bagi. Abang Hisham memang tak bagi chance langsung.

Sebab Abang Hisham ni doktor. Kalau hangpa sakit, dia la yang kena rawat hangpa.

#DoBetter4Malaysia
#fromwasap

XOXO Lots of loves -H3H-

Happy 9th Birthday, Danish Aniq

Lepas bukak puasa, kita sambut birthday cara PKP ya. Hihihihi
Esok birthday bukak kecik ni, si Danish Aniq...budak byk cakap kesayangan angah dan abayan.
 
Sorry, makngah x buat kek untuk adik. Oven angah rosak...hihihihihi...Tapi, sedap jugak kek yg abah dia beli.
 
Sat ja...darjah 3 dah budak kecik ni. You and abayan always baby to angah...hahahahha
 
 












XOXO Lots of loves -H3H-

My little mission - my wardrobe

PKP ni... Banyak masa kat rumah kan?
Eh...bukan banyak masa... Tapi mmg all the time kat rumah 🤣.

So... Rumah yg selama ni macam just in and out... Tup Tup jd tempat pertapaan.

So... Mula la nampak segala yang serabut dan serabai.

So, this is time to re-arrange and declutter. Almari ni nampak macam x la besaq mana... Tapi... Aku terkejut dgn quantity baju dan barangan yg aku kluaq kan dari lemari.

After remove a lot... I means really a lot... Masih banyak lagi. Aku remove baju dan tudung dan benda2 yg dh lama x pakai dan rasa dah tak kan pakai.

This is how I rearrange my shawl. Aku boh dalam individual plastik. Sebab utk mengelakkan shawl terburai... Terbuka dan perlukan masa untuk lipat semula. No no no.

This box only for custom shawl from "Mylil BigSis". So, I have few more box like this for other types of my hijab 🤭

Same like shawl... I moved all folded shirts, pants, skirts dan semua pakaian yg di lipat into transparent box.

It's all folded and get into individual ziplock back. Macam nak juai. Tapi... Itu utk memudahkan simpanan dan nk amik guna pakai. So... Kena disiplin la.

Ini rupa masa tengah re-arrange 😞

Hopefully aku bole berikan nafas baru to my little home... Simple but view nicely. 

XOXO Lots of loves -H3H-

Intipati Perutusan Khas PM 10 Mei 2020


 
1. Kepatuhan rakyat memuaskan.
2. Peratusan sembuh tinggi.
3. Malaysia berada di tangga ke 4 dalam kepuasan rakyat terhadap kerajaan daripada 105 negara.
4. Hampir seluruh mukim di seluruh negara berstatus hijau. 0 kes semenjak 2 minggu yang lalu. 94.4% adalah zon hijau. Selebihnya adalah kuning dan merah.
5. Penduduk zon merah dinasihatkan berhati hati. Kurangkan aktiviti di luar rumah.
6. Penduduk di luar zon merah dinasihati tidak ke zon merah.
7. Penduduk zon hijau perlu juga berhati hati. Tidak perlu kesana kesini sekiranya tidak perlu. Virus ini adalah musuh senyap. Amalkan norma baharu.
8. Proses hasilkan vaksin ambil masa 12 - 18 bulan.
9. Atas nasihat KKM dan MKN, PKPB *DILANJUTKAN* selama 4 minggu sehingga 9 Jun 2020.
10. Segala SOP perlu dipatuhi sepanjang PKPB.
11. LARANGAN PERGERAKAN antara negeri masih BERKUATKUASA.
12. BALIK KAMPUNG untuk tujuan hari raya TIDAK DIBENARKAN.
13. PM menasihati supaya rakyat bersabar.
14. Ziarah menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga terdekat. Tidak melebihi 20 orang dalam satu satu masa.
15. Pastikan rumah sentiasa bersih.
16. Elakkan berada di tempat yang dekat dan tempat yang tertutup.
17. Sekiranya ingin bersembang dengan tetamu. Jaga jarak.
18. SOP solat berjemaah di masjid sedang diperhalusi. InsyaAllah, syiar Islam akan bersinar semula.
19. Kelonggaran kepada suami isteri yang bekerja rentas negeri untuk bertemu. Permohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia atau ke Balai Polis terdekat.
20. Menteri Kewangan bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan BPN sehingga 31 Mei 2020 melalui kaunter atau email.
21. 2.3juta permohonan BPN telah diluluskan pada 9 Mei 2020 melibatkan RM11bil.
22. Kerajaan Malaysia telah berusaha melakukan yang terbaik. Rakyat Malaysia diseru supaya terus mengikuti SOP yang ditetapkan.
23. Jika berlaku peningkatan kes yang ketara, PKPD akan dilaksanakan di kawasan yang terjejas.
24. Rakyat dirayu untuk mematuhi SOP yang ditetapkan.
25. Selamat Menjalani ibadah puasa.
Sekian.

XOXO Lots of loves -H3H-

2 Ramadhan 1441

Dah lama rasa tak selfie.

Alhamdulillah... Selesai hari kedua puasa Ramadhan.

Walaupun berbeza suasananya... Ramadhan tetap bulan Penuh Rahmat dab barakah.

Kami masih dengan misi untuk khatam quran. Insya-Allah. Semoga niat kami dipermudahkan.




XOXO Lots of loves -H3H-

My Family in Celestica

Say hello to them.

They are my family in Celestica.
Previously, I spent about 10 hours a day with them.

After years, they feel more like family than friends.


 










 


XOXO Lots of loves -H3H-

Hello Monday

Good morning.

Hari ni awai log in masuk keja. Koi 7.40pg dah siap kopi o panaih dgn biskut patsagi dan on lappy.

Tergoda dengan gambaq kopi o panaih cicah bahulu from AZ... Jumaat hari tu 😅... Merap husband belikan kopi kampung dan biskut patsagi. Ni breakfast ruji kat opis kalo mak tak hantar breakfast 😁. Dah sebulan lebih tak masuk opis. Rindu pulak dengan menu ruji ni.

Hari ke 6,first week of 3rd PKP. Tak sangka dah 34 hari PKP. 8 more days to go...Insya-Allah...tu pun kalo x sambung PKP4. 💪🏼💪🏼💪🏼

Itupun kalo end by this phase 3.


Ok...time to get back to work. Super hectic Monday dengan few escalation. Dah nampak during weekend. But decided not to on laptop. Menikmati my weekend sambil layan Kingdom Season 2. A bit late untuk org yg sngt menunggu season 2 for a year 😅. Lambat layan sebab tau ada season 3 kot 😝😅

XOXO Lots of loves -H3H-

Covid-19 : UPSR dan PT3 2020 dibatalkan




Rumusan ringkas sidang media bersama YBM KPM sebentar tadi.

✅KPM akan umumkan pembukaan sesi persekolahan dua minggu lebih awal.
✅Spm dan sijil vokasional ditunda ke suku pertama tahun hadapan.
✅Peperiksaan Semester 2 dan Semester 3 STPM diubah kepada Ogos 2020 dan suku pertama 2021.
✅Tarikh masuk IPT bagi program diploma dan matrikulasi adalah pada Julai 2021 dan program ijazah pada September 2021.
✅UPSR dan PT3 dibatalkan
✅Pembatalan UPSR dan PT3 tidak jejaskan penilaian murid. Penilaian kaedah baru akan dibuat.
✅KPM akan pastikan akses murid kepada PDPc diutamakan.
✅Pembelajaran dirumah secara atas talian perlu ambil kira kekangan guru dan murid dalam sampaikan pelajaran.
✅Perubahan tertakluk kepada hasil perbincangan (mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan murid).
✅Cuti sekolah akhir tahun tidak dipendekkan.
✅Penjarakkan sosial tetap akan dilaksanakan di sekolah.

XOXO Lots of loves -H3H-

Mereput di rumah

Abih punya mereput di rumah... Tatau nak buat apa... Rasa nk makan coq pisang... Cari pisang x jumpak2. Sudahnya try buat donut sosej la pulak. Guna resepi donut yg sama hari tu.




Tadak org puji... Kena puji diri sendiri.... Sedap oiiii.... Gebu jugak... Lembut jugak.... Yg penting... Sedap makan macam tu saja.



Goreng tak byk.... Yg lain... Buat frozen.

XOXO Lots of loves -H3H-

Happy birthday Paklang dan PakCik

Hari kita celebrate belated birthday untuk Paklang (besday semalam) dan advance birthday untuk PakCik (29hb nnt).

A simple lunch ja... Sbb kot mana pun memang kena makan kan... Hahaha...

Cuma beza ya hari ni... Kita ada eskrem 2 tub besaq from nestle. COD direct ke rumah. Tq, Tasya dan Nazri. Sedap sgt eskrem nestle ni. Nanti bole order lagi... Insya-Allah. Sib baik la kat rumah ni ada freezer... Kalo dak... X bole la nk order 🤣🤣🤣


Kita kluaq drivethru KFC sat untuk tambah Seri menu lunch kita.



While aku dgn mak sebenarnya pulun kerabu daun salom dan sambai kari ja yg lebih 🤣




XOXO Lots of loves -H3H-

Covid-19 : Day 19

Kita meneruskan kehidupan dalam RMO.

Alhamdulillah..untuk kami sekeluarga...kehidupan masih lebih dari cukup.
Aku memang agak sibuk dengan kek dan keja minggu ni.

Tapi...hari ni...aku spend more time untuk ajaq anak math dengan tugasan yang cikgu2 dia bagi melalui wasap group.

Memang mencabar minda untuk aku mengajaq...aku memang tak sesuai langsung untuk jd cikgu.

Aku ...bukan nak angkuh...bukan nak bangga...tapi aku diasuh oleh cikgu aku untuk bijak dan cekap mencongak. Walopun dah berpuluh tahun...aku masih menggunakan congak for simple maths.

Bila anak masih tak bole catch dan agak lemah dengan sifir...aku memang cepat naik hangin. Lepas tu rasa bersalah, marah anak. Sedih la...

Anak hanya akan tunduk...abang mintak maaf. Abang salah...abg tak hafal sifir...Adoiii...itu macam amik blade and tear my heart. I'm sorry sayang.





Buku pun koyak bila ibu mengamuk...teruknya ibu....huhuhuhu

Lepas kena marah...dia bole sambung gelak tengok I Can See Your Voice...


Kemain cik abang aku posing....hahahah



XOXO Lots of loves -H3H-