Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts

13 micro habit

Kita kena ada 13 micro habit yang ini. Ia kecil dari jumlah masa, namun beri impak besar dalam hidup:

1. Mengaji 1 helai Al-Quran setiap hari, jiwa akan tenang.
2. Membaca 1 helai buku setiap hari, akan dapat lebih 200 perkataan dimasukkan dalam kepala.
3. Bersenam 10 minit sehari, badan sihat.
4. Minum 8 gelas air masak sehari, badan cergas.
5. Sentiasa berfikir 1-2 saat sebelum bercakap atau menjawab soalan atau memberi idea adalah rasional.
6. Solat 5 waktu hanya 30 minit dari 24 jam sehari.
7. Menyusun checklist setiap pagi untuk siapkan kerja sepanjang hari.
8. Istighfar jika tersalah, bismillah untuk bermula dan sebut alhamdulillah apabila selesai adalah mendahulukan Allah. Ia sekitar 1 saat setiap kali menyebutnya. 
9. Mengucap selawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam sekitar 5-7 saat sahaja. Ia untuk tegapkan hati mendahului sifat, sikap dan cara baginda dalam melakukan sesuatu.
10. Sedekah secara transfer atau menghulurnya terus hanya sekitar kurang 10 saat sahaja. 
11. Terserempak sesiapa, beri salam. Ia hanya perlu sekitar 1 saat sahaja mengucapkannya.
12. Berdoa merupakan perkara kita suka buat. Namun kita sengaja baca laju-laju. Tenang! Bacalah perlahan-lahan, biasanya hanya sekitar 2-3 minit sahaja! 
13. Berwuduk hanya sekitar 1 minit sahaja kawan-kawan!

Kawan-kawan, 

Semua perkara ini sangat sekejap. Sangat kecil dari jumlah 24 jam sehari. Kita mahu hidup kita aman, tenteram, jiwa lapang dalam diuji, namun kita tak serikan dengan habit-habit "kecil" begini.
Ia adalah cara hidup (lifestyle), kita kena biasakan. Jadikan sebagai tabiat. Hidup kita akan banyak berkat. Dilimpah dengan berbagai hadiah, rezeki dan nikmat.
Begitulah.

Buat list micro sendiri gais! 
Lihat mana yang tiada, tambah! Mula terus esok! 
Bismillah!

XOXO Lots of loves -H3H-

ALAMAK! HOMESCHOOLING LAGI?



Eh jangan la risau dearest parents, kita kena kuat bersama sama dengan anak kita. Support mereka, jangan tunjuk kita tertekan dengan keadaan semasa dan beri mereka ruang untuk sedut ilmu di rumah, sama macam di sekolah. 

“Alaaa, macam mana anak saya nak focus? Di rumah ada tv, ada games” 

Solusinya? GENEYUS for kids. Membantu meningkatkan daya fokus anak anak anda agar lebih tenang, cerdas fikiran untuk belajar. 

Ingat ibu bapa, YL is not only about adults, not only about giving you the best smell BUT YL has oils for everything including for your kids. ❤️

Click link below👇🏼to connect

http://www.wasap.my/6019-5676761/YLEO

#nurhijriahjourneywithyl
#younglivingessentialoils
#eoyoungliving
#cerealoiler
#yleoinfo
#oilbymyside
#younglivingkedah
#younglivingsungaipetani
#younglivingbertam
#younglivingkepalabatas
#younglivingkulim
#younglivingutaraXOXO Lots of loves -H3H-

Mental health awareness : MISTERI MONA



Skizofrenia adalah penyakit mental yang kronik. Dissociative Identity Disorder atau Split Personality adalah penyakit yang membuatkan seseorang itu ada lebih dari 1 identiti. Salah satu sebab penyakit ni adalah sebab trauma yang teruk.

Drama ni ada 8 episod pendek ja cerita dia, 2 minggu. Jarang-jarang tv3 duk siar cerita mental yang tak dapat di agak dan sependek ni. Mungkin sebab ni cerita mental, kalau buat panjang-panjang mungkin orang tak akan faham cerita dia.

Mula-mula cerita, semuanya nampak normal. Tak tahu apa benda yang misterinya. 

Tapi rupanya dia macam lepas dari kandang harimau, masuk ke kandang buaya. 

Sepanjang 8 episod tu, episod last sekali baru kita dapat tahu cerita misteri mona tu macam mana sebenarnya.

Nak tengok full movie?

Episod 1➡️ https://youtu.be/IsBoRkJHCI8
Episod 2➡️ https://youtu.be/dMWmNqNCLXY
Episod 3➡️ https://youtu.be/tIq-P0u5xWY
Episod 4➡️ https://youtu.be/B-Ecc1g-f2A
Episod 5➡️ https://youtu.be/_zXUrDDZV0U
Episod 6➡️ https://youtu.be/en95axipb-Q
Episod 7➡️ https://youtu.be/dgRHXsRv8y0
Episod 8➡️ https://youtu.be/0BxrhW-Xnv0

Selamat menonton, jarang mama share drama melayu tau. Jangan Lupa klik button follow tau, nanti mama share cerita yang best lagi.

Original post is here

XOXO Lots of loves -H3H-

Turtle vs Tortoise


XOXO Lots of loves -H3H-

Cabaran Covid-19 - Hadamkan



XOXO Lots of loves -H3H-

#mentalhealthawareness - Nobita & Doraemon



Nobita dan mental illness. Bagi peminat cerita Doraemon pastinya sedih jika memahami apa yang sebenarnya berlaku di sebalik kisah hidup Nobita. Kisah ini betul atau tidak. Percaya atau tidak. Tetapi harapnya ada sesuatu yang kita boleh belajar.

Kita tahu mental illness disebabkan oleh banyak faktor. Antara faktor yang utama ialah life events. Seperti dalam cerita Doraemon itu sendiri kita dapat tahu Nobita dibuli dan sering dipukul di sekolah. Giant dan Suneo semestinya. Di rumah pula, ibunya pula sering menjerit-jerit memarahi dan memukul Nobita.

Di dalam kelas, dialah yang selalu dimalukan kerana bodoh dalam pelajaran. Begitu juga dalam permainan baseball yang mana Nobita ialah seorang yang sering ditertawakan kerana tidak pandai bermain. Belum lagi kita ikuti kisah cintanya dengan Shizuka yang bertepuk sebelah tangan. 
Ayahnya pula jarang-jarang berada di rumah, menjadikan dia seorang anak tunggal yang sentiasa hidup kesunyian. Kurang mendapat perhatian dari ibu bapa, membuatkan dia membesar dalam keadaan yang sangat tertekan.

Mengikut satu sumber bacaan aku, katanya cerita Doraemon ialah satu kisah adaptasi dari kisah benar. Iaitu seorang pesakit Schizophrenia di Jepun yang bernama Nobita. Pesakit ini membayangkan kewujudan Doraemon dalam hidupnya bagi mengisi ruang yang sentiasa kosong dalam dirinya. Menjadikan Doraemon sebagai teman dan kawan imaginasi yang sentiasa boleh membantu pada bila-bila masa.

Nobita ini, akhirnya bunuh diri pada usia 16 tahun. Apabila psikiatri memberitahunya bahawa Doraemon itu tidak wujud, hanyalah ilusi yang dicipta mindanya. Setelah mendengar kisah Nobita yang menyedihkan ini, Fujiko menulis sebuah kisah dan membuat siri anime manga sebagai penghormatan kepada Nobita.

p/s : Negara Jepun ialah sebuah negara yang mempunyai kadar bunuh diri yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain.

XOXO Lots of loves -H3H-

We're not the same boat













XOXO Lots of loves -H3H-

Mengapa perlu kuarantin 14 Hari?




XOXO Lots of loves -H3H-

Tolong tanyakan tentang aku....


 




XOXO Lots of loves -H3H-

Be aware of the signs and seek professional help...

#mentalheatlhawareness


 
 
 
 
 
 
 
 
 


XOXO Lots of loves -H3H-

Pemanas / Penyejuk Air



Perhatian kepada pengguna mesin penapis air (tidak mengira jenama), sekiranya tiada bekalan air, pastikan suis elektrik ditutup.

Walaupun tiada bekalan air, fungsi pemanas elektrik tetap berjalan seperti biasa dan menyebabkan overheating dan risiko kebakaran.

Tindakan awal dapat menyelamatkan nyawa

XOXO Lots of loves -H3H-

Apa bezanya?




XOXO Lots of loves -H3H-

Hari Malaysia



Hari Malaysia bukan sekadar hari cuti tambahan.

Ia hari untuk memperingati kelahiran sebuah negara-bangsa baharu (new nation) bernama Malaysia.
Dan kelahiran new nation ini sedikit pun tak mudah. Malah lebih mencabar berbanding merdeka dari British.
Kalau nak merdeka kita lawan British je. Malah tak perlu lawan sangat pun, boleh berunding. British selepas Perang Dunia Kedua (1939-1945) dah nyawa-nyawa ikan. Decolonization soal awal atau lambat saja.
Penubuhan Malaysia lain. Kita kena berdepan dengan banyak musuh sekali gus. Musuh yang tak mahu berunding. Musuh yang dimotivasi oleh "irredentism" yang tak rasional.
Irredentism merujuk kepada gerakan nasionalis untuk membina negara yang lebih besar dari wilayah yang sedia ada. Macam irredentis Greece nak bina "Greater Greece" (Megali Idea) yang berpusat di Constantinople. Tu yang asyik bergaduh dengan Turki.
Irredentism berbeza dengan tuntutan wilayah yang biasa. Tuntutan biasa bersandarkan asas-asas undang-undang seperti perjanjian. Irredentism berdasarkan romantisme sejarah silam dan sentimen "satu bangsa, satu negara".
Nasionalis Indonesia termasuk Presiden Sukarno menaruh cita-cita "Greater Indonesia" atau Indonesia Raya berdasarkan wilayah Majapahit yang merupakan empayar paling agung yang pernah wujud di bumi Indonesia.
Di Malaya 1930-an hingga 1960-an pun ada ramai nasionalis (kebanyakannya dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya / PKMM) yang mahu bergabung dengan Indonesia jadi "Melayu Raya". Tapi tu tepuk sebelah tangan je lah. Dah gabung nanti tak ada lah Melayu Raya. Bila masa Sukarno mengaku Melayu.
Pada tahun 1961-1962, Indonesia melancarkan Operasi Trikora untuk menawan Papua Barat yang masih berada di bawah penjajahan Belanda, menamakannya semula sebagai Irian Jaya. Kemudian pada tahun 1974, Indonesia terus menakluk Timor-Leste apabila penjajah Portugis berundur.
Jadi boleh bayangkan kalau British berundur dari Sabah, Sarawak dan Brunei, Indonesia akan terus kerahkan tenteranya untuk take over seluruh Borneo.
Nasionalis Filipina pula mengidamkan "Greater Philippines" (Filipina Raya) atau Filipina Irredenta yang merangkumi Sabah. Presiden Diosdado Macapagal mula mengeklaim Sabah pada tahun 1962, mendakwa Filipina sebagai pewaris kedaulatan Sabah dari Kesultanan Sulu.
Tengok Indonesia Raya, Filipina Raya, Brunei pun nak raya juga. Brunei Raya (Greater Brunei) yang diperjuangkan oleh Ahmad Muhammad Azahari (pemimpin Parti Rakyat Brunei) meliputi Sabah dan Sarawak yang pernah dikuasai oleh Kesultanan Brunei dulu-dulu.
Tapi Sultan Brunei rasa "Lesser Brunei" pun not bad, siap nak menganggotai Malaysia lagi. Maka Azahari melantik diri sebagai perdana menteri "Federasi Kalimantan Utara" dan melancarkan pemberontakan pada Disember 1962. Gagasan Brunei Raya terkubur selepas pemberontakan dipatahkan.
Kalau bukan sebab Malaysia ditubuhkan, cita-cita tiga negara ini pasti akan membawa kepada perang dan konflik. Borneo akan jadi medan Perang Dingin kedua di Asia Tenggara selepas Indochina, atau macam Syria yang tersepit antara kuasa-kuasa serantau (Saudi, Iran, Turki, Israel).
Tapi mujurnya semua itu tak berlaku. Apa yang berlaku ialah Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963 dengan menggabungkan Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah.
Atas bantahan Indonesia dan Filipina, penubuhan Malaysia ditundakan dari 31 Ogos 1963 kepada 16 September 1963 supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) dapat mengesahkan bahawa penubuhan Malaysia menepati prinsip "national self-determination".
PBB kata OK go. Tapi Indonesia dan Filipina masih tak puas hati, malah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaya dan tak nak iktiraf Malaysia. Kedutaan Malaya (kini kedutaan Malaysia) di Jakarta dan konsulat di Medan diserang dan dibakar.
Rakyat Malaysia yang patriotik pun balas dengan berdemo di hadapan Kedutaan Indonesia. Khalid Yunus dan Samy Vellu yang masing-masing berumur 20 dan 27 tahun siap panjat kedutaan turunkan bendera Indonesia, naikkan bendera Malaysia. Ni baru orang muda keras melawan.
Sukarno meneruskan Konfrontasi yang dilancarkan pada Januari 1963. Konfrontasi tu confrontation lah. Cuma orang Indonesia ambil terus dari Bahasa Belanda "confrontatie". Macam prestasi dari "prestatie", bukan "prestation" (tak sama maksud dengan prestasi).
Sukarno tak puas hati Tunku seolah-olah sailang Indonesia Raya dengan gagasan Malaysia. Tapi dia cover line dengan mendakwa Malaysia sebagai "boneka nekolim" (neokolonialisme-kolonialisme-imperialisme) yang dipergunakan oleh British untuk mengepung Indonesia.
Sukarno menghasut rakyat Indonesia untuk benci Malaysia. "Kalau kita lapar itu biasa, kalau kita malu itu juga biasa, namun kalau kita lapar atau malu itu karena Malaysia, kurang ajar!". Kempen "Ganyang Malaysia" dilancarkan (ganyang tu perkataan Jawa bermaksud "memakan mentah-mentah", "mengunyah").
"Musuh kepada musuh adalah kawan saya". Sukarno disokong oleh kuasa-kuasa komunis iaitu Soviet dan China yang juga mengintai Borneo. Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP) yang disokong oleh China memberi bantuan kepada pasukan tentera Indonesia untuk mencerobohi Sarawak dan Sabah.
Kawasan Sabah dan Sarawak yang bersempadanan dengan Indonesia jadi sasaran, macam Serian di Sarawak dan Tawau di Sabah. Serangan pertama dilancarkan ke atas balai polis Tebedu di Serian pada 12 April 1963. Koperal John Ramek jadi bunga bangsa yang pertama gugur akibat serangan 10 anggota tentera Indonesia.
Manakala serangan yang paling teruk berlaku di Tawau pada 29 Disember 1963 apabila tentera Indonesia meledakkan grenade di pos tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kalabakan. 8 anggota RAMD terkorban, namun serangan berjaya dipatahkan.
Lagu Perajurit Tanah Air ("Inilah barisan kita") dicipta pada zaman Konfrontasi untuk naikkan semangat anggota keselamatan Malaysia. Lirik "siap sedia berkorban" "andai kata kami gugur semua" tu gambaran betapa getirnya suasana. Bila-bila masa polis dan tentera boleh gugur diserang musuh.
Malaysia dapat bantuan ketenteraan dari British dan negara-negara Komanwel terutamanya Australia dan New Zealand. Tentera Malaysia pun bukan calang-calang. Rejimen Renjer Diraja di Sarawak penuh dengan wira Dayak seperti Kanang Anak Langkau. Memang tak ada chance lah Indonesia.
Kegagalan Indonesia di Borneo membuat Sukarno mengalihkan fokus ke Semenanjung. Tentera payung terjun Indonesia mendarat di tempat macam Labis dan Pontian di Johor. Tapi semua kena tapau dengan RAMD dan Gurkha (Nepal berkhidmat untuk British).
Konfrontasi mengorbankan seramai 114 askar Malaysia dan Komanwel, 36 orang awam di Sarawak, dan hampir 600 tentera Indonesia. Rasa tidak puas hati terhadap Sukarno meningkat, lagi-lagi dengan tindak-tandukya yang semakin pro-komunis. Akhirnya Sukarno digulingkan oleh Suharto susulan peristiwa 30 September 1965.
Pada 11 Ogos 1966, Malaysia dan Indonesia menandatangani perjanjian perdamaian menamatkan Konfrontasi dan mendirikan hubungan diplomatik. Setahun selepas itu, ASEAN ditubuhkan. Perang-memerang tidak lagi jadi norma di rantau Asia Tenggara.
Manakala Filipina kena tunggu tahun 1977 baru mengiktiraf Malaysia. Presiden Ferdinand Marcos cakap kat Malaysia dia akan gugurkan tuntutan terhadap Sabah, tapi depan rakyat sendiri cakap lain ("we will pursue our claim to Sabah by peaceful means"). Tu yang jadi isu sampai hari ini.
Konfrontasi dah menjadi sejarah. Hari ini Malaysia dan Indonesia adalah negara saudara. Tapi sejarah ini wajar diingati oleh kita semua supaya kita sedar harga yang telah dibayar untuk penubuhan negara bernama Malaysia.
Yang lebih penting, semasa Konfrontasi, semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan negeri telah berganding bahu mempertahankan tanah air. Semangat perpaduan yang ditunjukkan ketika itu mengingati kita tentang common destiny sebagai Malaysian yang dah semakin dilupai.
Sebagai generasi baharu, menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara keutuhan dan perpaduan negara bernama Malaysia ini, supaya mereka yang telah terkorban dalam Konfrontasi tidak "die in vain".
Lest we forget!
Selamat Hari Malaysia.

XOXO Lots of loves -H3H-

Alamak.... Cemana ni 😰

Aku memang sangat susah tidoq awai....huhuhuhu


 
 
 
 


XOXO Lots of loves -H3H-

Covid-19 : SP Update

So maknanya... Kedai Makan kat sp dah bole dine in la? 😁
Alhamdulillah...kesian pada yg terkesan, macam adik aku "PakCik" yang keja kedai makan.

So...mulai esok, gayanya aku kehilangan orang nak mai buat keja kat rumah aku la. Kena tunggu ahad la...huhuhuhu....panjang list ni...

 
 
 


XOXO Lots of loves -H3H-