Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Ajar anak... EQ vs IQ

Copied from here



"Kerja sekolah?"
"Alat tulis hilang?"
"Kawan ejek, cuit baju?"
"Buku teks?"

Jawapan untuk semua di atas : "Jangan risau, anakanda tak perlu gusar apapun, biar mama setelkan semuanya buat anakanda"

Permulaan nak jadikan anak tu tuan, mak jadi hamba adalah pulun nak sempurnakan kehidupan anak tanpa ada sepicing pun susah payah.

Jangan buat macam tu, takut nanti kita yang susah. Anak-anak kena di latih EQ dia, jangan sampai anak tak boleh handle krisis dalam hidup dia. Sebab kehidupan masa kecil terlalu sempurna, bila besar dia mudah tertekan. Kesian kat anak tu. Mak ayah berlumba-lumba anak cemerlang IQ, sebab tu budak-budak bijak pandai sekarang ramai. Tapi, macamana dengan kemahiran menyelesaikan masalah kehidupan?

Cikgu denda tak buat kerja sekolah? Biar dia rasa, jadinya lepas ni lebih peka dan bertanggungjawab. Darjah satu lagi dah kena latih, memang la mula-mula dia tak biasa. Tapi kalau mak-mak take over memang sampai ke sudah la dia takkan ambil peduli apa yang cikgu pesan. Dah tu nanti sampai ke tua membawa perangai tu tak ke haru. Semua kena suap, pensyarah kat IPT pun pening pelajar manja sangat. Maklum lah, dari kecik semua mak yang 'take note', temuduga kerja pun bawa mak ayah. Ish, buruk sangat kelaku tu.

Alat tulis hilang? Tudia la, awat tak jaga elok-elok. Pensil sebatang hilang pun jangan la whatsap cikgu suruh cari, pening cikgu tu. Jaga barang sendiri, kalau tengok anak bawa barang yang bukan kita beli pesan suruh pulangkan. Kalau tak sampai ke tua dia lengai (ignorance)

Bab anak-anak bergaduh dengan kawan, kawan usik ni tolong la ajar anak melawan balik. Tu ja cara untuk melatih dia mengharungi dunia yang kejam ni. Pembuli ni ada di mana-mana, kalau kena buli jangan pendam. Hadap dengan matang dan melawan bila perlu, InsyaAllah masa depan dia cerah ke mana pun dia pergi dia boleh hidup. Mak-mak masuk campur? Jahanam hidup anak tu.

Ni lagi satu bab buku teks. Ada ka beg anak dia suruh cikgu Periksa, 'tegur' cikgu tak keluarkan buku-buku anak dia dari dalam beg. Komunikasi terhad ke apa dengan anak sendiri? Pesan la kat anak tu, ulang setiap hari sampai lekat dalam kepala dia. Merajakan anak tak membantu dia jadi raja pun, takut nanti nak angkat lampin tahi mak sendiri pun jijik sebab tak pernah buat satu kerja apapun.

Kawan aku dengan kumpulan dari Kementerian pendidikan buat lawatan ke Finland, jadi aku pun sembang panjang tanya apa yang dia tengok kat sana yang hebat sangat dari kita di Malaysia ni.

"Budak-budak kat sana dari para-sekolah dah kena bertanggungjawab. Kantin semua guna pinggan dan cawan kaca. Kami semua tengok sereyau"

Pinggan dengan cawan kaca? Kita kat sini anak dah berbulu atas bawah pun kita tolong basuh kan sependa dia. Apatah lagi nak suruh bawa atau basuh pinggan dalam sinki.

"It is okay, we have plenty of these" Merujuk kepada pertanyaan macamana kalau pinggan dan cawan tu pecah.

Nampak? Ringkas saja asas nak ajar kebertanggungjawaban tu.

Ajar KESAN = AKIBAT.

Gambar kat bawah ni contoh saja, aku dah lama jadi cikgu dah macam-macam pesen mak ayah dah jumpa. "Tolong ingatkan anak saya pergi tandas ya cikgu" pun ada.

#catatanjihasaiful

XOXO Lots of loves -H3H-

Sex grooming vs sex education

Kesinambungan dr previous post, but from different person. Berapa dunia sudah semakin sakit ๐Ÿ˜ญ

Sumber : here



Semua terkejut bila Akhi Fairuz Al-Jengkawi kongsikan penulisan seorang murid perempuan ajak bersetubuh. Siap tulis, bersetubuh sekali, tak mengandung. Maknanya dia dah buat 'research'.

Tak sampai satu jam, saya pula dapat satu audio. Audio ini diberi oleh rakan saya Mohd Affendi Mohamed Nor. Budak ini baru darjah 1 !

Kisahnya budak ini guna telefon ibunya dan tersilap hantar 'voice note'. Dia nak hantar kepada kawan perempuannya. Tapi terhantar ke group wasap ibu bapa sekolah.

" Saya suka awak, saya nak cium "

Audionya ada pada saya. Saya di amanahkan agar tidak menyebarkannya. Tapi khabarnya kedua ibu bapa tengah kepanasan. Yang ibu bapa perempuan kata jika buat lagi dia nak ambil tindakan. Yang budak lelaki pula mak ayahnya dah marah-marah dia.

Hakikatnya budak TAK SALAH !
Yang salah MAK AYAH !

Ini antara apa yang di ucapkan. Dalam benak fikiran saya, adakah budak ini faham apa yang di ucapkan atau sekadar tahu sahaja dan adakah dia rasakan ini satu keseronokkan ?

Seperti biasa beberapa kemungkinan sebab budak ini boleh ungkapkan perkataan ini ;

1. Tengok mak ayah cium depan depan. Mak ayah pun satu ' cover-cover' lah sikit. Nak cium peluk masuk bilik tutup pintu. Anak-anak biasalah. Apa yang pelik itu yang dia suka tengok.

2. Pengaruh gadget. Ini lagi bahaya. Sesetengah ibu bapa main beri sahaja gadget kepada anak-anak. Mereka tak tahu apa yang anak-anak layari.

Telah banyak kes yang berlaku. Contoh budak umur 11 tahun rogol 12 tahun kerana video pornografi. Puncanya dari gadget.

Ada juga yang mak ayah kaki porn. Download dan tonton porn dalam telefon. Setelah dah nikmati tak pandai nak 'clear history'. Anak pinjam telefon, dengan anak anak terjebak. Inilah punca ketagihan.

3. Pengaruh televisyen atau cerita-cerita kartun. Sekarang bukan boleh percaya. Cerita kartun pun ada cium cium. Bukan itu sahaja drama melayu ada adegan peluk erat-erat.

Sekarang pulak zaman kpop dan drama korea. Lagilah anak-anak suka. Sampaikan cium mulut itu benda biasa. Inilah normalisasi. Parah-parah

----------------------------------------------------------------

Apa langkah-langkah yang perlu mak ayah ambil bila berlaku sebegini.

1. Cari waktu tenang. Waktu tenang ialah ketika semua dalam situasi positif. Waktu ini boleh didapati setelah habis solat berjemaah.

2. Ibu ayah perlu mohon maaf dahulu dengan anak. Ucapkan salah kita sebagai mak ayah yang tidak terangkan atau memberi penerangan yang jelas.

3. Ibu ayah sebutkan kesalahan anak secara hikmah. Terangkan ini salah itu salah. Ini boleh buat. Itu tak boleh buat.

4. Ibu ayah terangkan definisi kesalahan anak. Maksudnya jika anak sebut cium, terangkan apa itu cium. Jika anak sebut rogol jelaskan apa itu rogol.

Bukan sekadar, rogol itu benda tak baik, orang jahat sahaja buat. Anak pun tak faham. Apa yang tak baik, siapa orang jahat itu. Mak ayah wajib jelaskan.

Perkara perkara inilah yang saya cuba terangkan kepada ibu ayah dalam seminar parenting. Bagaimana cara mengendalikan pendidikan seksualiti kalangan anak anak.

Semoga bermanfaat.

MOHD FADHLI BIN OTHMAN
PLF SEXUAL EDUCATION FOR PARENTS

Untuk jemput saya menyampaikan pengisian boleh terus ke link ;

www.wasap.my/+60137001920

Boleh juga ikuti saya di telegram

t.me/goodbyepornography

XOXO Lots of loves -H3H-

Sex grooming

Allahu.... Nauzubillah.... Mengucap panjang aku bila baca surat dan Artikel ni ๐Ÿ˜ญ.

Semoga Allah lindungi kita, anak kita dan keturunan kita.

Sumber : here



Seorang ibu mesej saya gambar ini. Saat bercerita kepada saya, tangan beliau menggeletar. Hampir tidak percaya, anak lelakinya darjah 6 perolehi surat dari seorang kanak-kanak perempuan, darjah 5.

"Kepada ......

Nama aku ....., Darjah 5. Tak apa kalau kau tak kenal aku. Aku nak berkenalan dengan kau. Aku nak tanya, kau pernah tak bersetubuh dengan perempuan?

Hmmm. Sebenarnya aku nak bersetubuh dengan kau. Sekali je, please. Kalau sekali tak keluar anak. I like you."

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.

Ini kiriman surat budak perempuan berusia 11 tahun kepada pelajar lelaki 12 tahun tau. Kalau kita yang jadi mak bapak budak lelaki ni pun mesti berada dalam situasi puan berkenaan, menggeletar dan seolah-olah tidak percaya.

Idea budak perempuan berkenaan ada. Ia serius. Bukan main-main. Beliau maksudkan apa yang ditulis. Bersetubuh, sekali sahaja, tidak akan lahirkan anak.

Anak puan ini tak kenal siapakah gerangan budak perempuan berkenaan. Cuma, saya tahu kes berlaku di sekolah mana. Saya akan cuba bantu apa yang boleh nanti.

Ada beberapa faktor anak sekecil ini boleh jadi begini.

1. Masih lagi tidur sebilik bersama mak bapak. Aku tak pelik hal ini boleh berlaku. Kerap kali aku program dengan budak sekolah rendah, yang darjah 6 pun masih tidur satu bilik dengan parents.

Apa yang mak ayah begini fikirkan? Tak pernah ke terlintas di fikiran anak ini boleh mencuri pandang jimak yang dilakukan oleh mereka? Expect anak dah tidur? Tak pernah ke sampai kepada mereka kisah gadis muda ketagih seks dek selalu tengok mak ayah berjimak depan mata dari kecil?

2. Ada juga budak sekolah jadi begini disebabkan pernah menonton pornografi. Samada akses sekali sekala atau sampai ketagih. Tak perlu aku huraikan aspek yang ini.

Masing-masing dah tahu kesannya bilamana viral kes budak lelaki 12 tahun rogol kanak-kanak perempuan 4 tahun setelah terangsang tengok video lucah.

Tak cukup dengan tu, beberapa hari lepas keluar lagi isu yang lebih kurang. Seorang budak lelaki 11 tahun 'rogol' kakak sepupu yang berusia 12 tahun. Walau suka sama suka, tapi term rogol terpakai kepada pelaku bawah 18 tahun.

Puncanya sama. Terangsang tonton video lucah dari telefon bimbit.

3. Kawan-kawan yang telah akses pornografi mengajar rakan-rakannya yang lain di sekolah. Aku pernah kongsikan sebelum ni ada budak lelaki darjah 1 ajak kawan lelakinya ke tandas untuk main rogol-rogol. Dan iya, budak ini maksudkan apa yang beliau katakan.

4. Yang paling aku takutkan sebab yang keempat ni. Kanak-kanak ini telah menjadi mangsa pengantunan (sex grooming) oleh ahli keluarga yang terdekat.

Ada pihak yang tak bertanggungjawab seperti ayah, datuk, abang, sepupu, bapa sedara, kawan kepada ayah atau individu yang ada akses dengannya telah membina trust dengan si kecil ini untuk tujuan seksual.

Walau budak ini telah menjadi mangsa cabul atau rogol (nauzubillah), tapi dia tak tahu yang dirinya mangsa. Pemangsa telah berjaya buatkan budak ini percaya perbuatan itu ok, normal dan menyeronokkan.

Lepas jadi mangsa, child sex predator ini akan belanja makan, bagi hadiah atau lain-lain ganjaran.

******
Kesan kepada 4 perkara ini, kanak-kanak yang menjadi mangsa seksual akan anggap perbuatan seks itu normal. Beliau akan groom pula kawan-kawannya di sekolah.

Dalam kes ini, mujurlah puan berkenaan selalu spotcheck beg sekolah anaknya. Kalau tak, sampai bila-bila tak tahu yang anaknya terima 'surat cinta' ini.

Buat mak ayah di luar sana, ini cadangan saya,

1. Please ingatkan anak-anak, jika mendengar perkataan yang tak elok kawan sebut di sekolah, kata-kata keji, makian, ejekan, bad words, mencarut, lucah, terus bagi tahu mak ayah. Parents pula kena terangkan pada anak kenapa perkataan itu tak elok atau terangkan definisi kepada word berkenaan, seperti rogol, cabul, liwat dan lain-lain.

2. Mak ayah juga tolong pesan pada anak-anak jika dapat surat kiriman kawan-kawan. Tak kisahlah walau ia cinta monyet sekalipun. Yang penting, mak ayah kena tahu. Tambah-tambah, anak yang masih bersekolah rendah.

3. Jangan jemu-jemu ingatkan pasal sentuhan selamat dan tidak selamat, beza antara sentuhan kasih sayang dan bersifat seksual. Juga ajar tentang private part yang tak boleh disentuh, dipegang atau diraba (mulut, dada, kemaluan, punggung, paha). Jika ia berlaku, jerit kuat-kuat, lari selamatkan diri dan mengadu atau beri tahu parents.

4. Paling penting, jangan kau pula jadi bodoh berjimak atau bercumbu-cumbuan depan anak. Tak tahu malu ke jubake?

Buat guru-guru,

1. Inilah dia antara anak-anak didik kalian hari ini. Bermula dari sekolah tadika lagi sudah ada budak melucah. Semuanya bermula dari mak ayah di rumah.

2. Jika cikgu dapat kes seperti ini, tolong bantu sebaik mungkin. Mereka adalah mangsa. Bukan saja-saja buat macam tu. Sebab-sebabnya saya dah nyatakan di atas.

3. Jika dapat aduan dari pelajar melibatkan kes-kes seksual, jangan anggap mereka bergurau. Budak kecil jarang menipu bab-bab begini. Ambil peduli dan refer kepada guru yang berkaitan.

4. Walau kalian bukan guru mengajar Pendidikan Kesihatan atau subjek Pendidikan Islam, jangan pernah jemu ingatkan anak didik pasal isu-isu sebegini. Lantaklah kalau ada ibu bapa atau rakan guru yang kata kita memandai-mandai. Tak kena ke anak dia memang sedap cakap. Tugas kita bersama ni.

Saya harap post ini dibaca dan dikongsi sebanyaknya oleh kalian. Jujur saya katakan, penat tau mengadap isu sebegini yang tak beransur pulih. Semakin teruk adalah.

Mari sama-sama jadi masyarakat yang berperanan. Jangan jadi netizen yang tahu mengecam sahaja isu pembuangan bayi, seks bebas atau hamil luar nikah tanpa sedar punca permasalahan yang perlu dirawat.

Dan ia bermula dari rumah.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangCeramahBudakSekolah
#SexEdSpeaker

Jadual ceramah saya, masih ada kekosongan bit.ly/JadualCeramahAkhiFairuz


XOXO Lots of loves -H3H-

Buli


Sumber : Dr Siti Mariah

Ramai mangsa buli takut untuk buat aduan kerana takut akan diapa-apakan lagi teruk. Laporlah kepada pihak berwajib.

Bertindak awal kerana gejala buli mempengaruhi kesihatan mental mangsa buli seperti kemurungan.

Paling tragis buli hingga membawa kepada kematian!

XOXO Lots of loves -H3H-

Semakan Pesalah Jenayah Seksual

Sekiranya anda merupakan seorang :-



1) Pengarah di Bahagian Sumber Manusia tempat kerja anda.

2) Guru Besar / Pengetua / Guru di sesebuah sekolah.

3) Bertanggungjawab untuk melantik seseorang atau sesiapa sahaja untuk sesuatu jawatan.

4) Ibu Bapa yang ingin menghantar anak-anak ke pusat tuisyen peribadi.

5) Pengusaha taska.

6) Pengusaha tadika swasta.

7) Syarikat pengangkutan untuk pelajar sekolah.

atau sebagainya yang mempunyai jalinan pekerjaan yang melibatkan kanak-kanak, anda boleh memohon untuk menyemak rekod pesalah laku jenayah seksual terhadap kanak-kanak melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sumber

#taliankasih15999 #kitakankeluarga

XOXO Lots of loves -H3H-

GAMBAR ANAK YANG TIDAK PERLU ‘DIKONGSI’

#InfoBersama GAMBAR ANAK YANG TIDAK PERLU ‘DIKONGSI’



Ibu bapa atau penjaga dinasihati agar lebih sensitif ketika memuat naik gambar anak mereka di media sosial kerana ia boleh mengundang padah selain mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada risiko bahaya dan jenayah seksual.

Ini kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab cenderung untuk menyalahgunakan gambar tersebut. Jom Ikuti pesanan seperti di infografik yang disediakan bagi mengelakkan anak anda menjadi ‘mangsa’ yang seterusnya.

Ayuh kongsikan tips #InfoBersama ini untuk manfaat kita semua.

“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”

Sumber - Public Health Malaysia

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#InfoPDRM
#InfoBersama

XOXO Lots of loves -H3H-

Prank and trauma

Tengok post ni menular sakan di FB sejak smlm.

Instead of doing pranks like this why don’t we adults find better solutions?


Tq Public Health Malaysia.

See? It’s not fun okay! Smlm bila viral, saya rasa marah sangat2. Sudah la beribu share dan nak buat yg sama.

If you can’t handle your kids, you are the one to be blamed. Buatpa nk menakutkan anak dgn cara tu.

Jadi parents ni kena la fikir panjang sikit. Jangan semua nk mudah je.

Below article shared from fb : Public Health Malaysia 



PRANK yang dilakukan olen seorang ibu yang telah di kongsi oleh 64 ribu netizen telah dipadamkan oleh FB berikutan telah melanggar peraturan standard komuniti.

Sekiranya anda bercadang untuk mengikut cara tersebut, fikirkan semula ๐Ÿ™๐Ÿผ
.

Penggunaan gadget secara berlebihan tanpa pengawasan ibu bapa sememang telah terbukti mendatangkan kesan negatif kepada kanak kanak.

Namun adakah KITA terlalu terdesak sehingga sanggup melakukan prank yang boleh menyebabkan luka dan parut psikologi kepada anak anak?
.

Prank

Prank merupakan trend terkini di media sosial yang dilakukan untuk mempermainkan seseorang, menyebabkan mangsa malu, keliru dan tidak selesa. Media sosial menyebabkan budaya prank ini semakin berleluasa termasuk ibu bapa melakukan prank kepada anak.

TRAUMA adalah peristiwa atau persekitaran yang dialami oleh seseorang individu yang menyebabkan kesan emosi, fizikal, kesihatan seseorang individu.

Semasa sedang mengalami trauma, otak kanak kanak berada dalam keadaan stres yang memuncak, hormon ketakutan di rembes dengan banyak.

Keadaan ini menjadi lebih serius kerana otak kanak kanak sedang berkembang. Sebarang bentuk trauma akan KEKAL dalam memori untuk jangka masa panjang .

Respon dan tindakbalas mungkin berbeza untuk setiap kanak kanak. Tetapi percayalah,menakut nakutkan anak dengan prank bukan cara yang terbaik untuk mengubah tingkahlaku๐Ÿ™๐Ÿผ
.

Mengikut kajian, kanak kanak yang trauma bakal berhadapan dengan kesukaran untuk mengawal emosi.

Mereka mungkin mengalami,

✔️ Rasa ketakutan dan kerisauan yang tidak menentu
✔️Sukar untuk ditenangkan dan dipujuk
✔️ Bertindak agresif dan impulsif
✔️ Hilang keyakinan diri
✔️ Mengalami kesukaran untuk tidur
✔️ Mundur dan terkebelakang dari segi fungsi dan tingkahlaku.
.

TRUST - Kepercayaan

Ibu bapa adalah insan yang paling dipercayai oleh kanak kanak. Sekiranya mereka dapat tahu bahawa ibu bapa telah menipu mereka sehingga mengalami trauma, adakah mereka masih dapat mempercayai ibu bapa seperti sebelum ini?

Hari ini mungkin anda solekkan mata, adakah esok lusa anda akan simbah kordial sirap seperti kesan berdarah untuk mengubah tingkahlaku yang lain?

.

Setiap ibu bapa ada cara yang unik dan berbeza dalam mendidik anak anak. Sesungguhnya, kanak kanak perlu tahu dan dimaklumkan mengenai kesan, akibat dan tanggungjawab dari perbuatan yang mereka lakukan.

Ternyata, dengan mewujudkan trauma dengan prank matlamat ini tidak mungkin berhasil. Agama sendiri tidak pernah mengajar untuk menipu dan menginya walaupun untuk tujuan pendidikan

 Informasi kami kongsikan, pilihan sentiasa ditangan ibu bapa.

XOXO Lots of loves -H3H-

Google Family Link for Parents

Terkejut dengar berita budak 12 tahun merogol anak asuhan.
Ya Allah lindungilah anak-anak kami semua.

dari berita tu kata semua tu pengaruh gadget.
Yerlah kan zaman sekarang semua di hujung jari, cari je apa tekan je apa share je apa semua keluar.

Maybe ada yang dah tau app ni tapi yang belum tahu harap membantu.

App ni saya install lama jugak lah untuk monitor setiap pergerakan kegunaan hp si kakak.

Yup kakak ada hp sendiri dan hp dia memang saya pasang kan line so unlimited internet dan call. supaya dia senang nak call family member, kegunaan kerje sekolah.

Tapi semua ada limit.

so saya install app ni Family link.

kat app ni saya boleh monitor apa yang kakak sedang buat. contoh dia tengah online ke. dia tengah tengok youtube ke. tengok game ke apa ke semua saya boleh tahu. dan berapa lama dia tengok dan last dia online semua saya tahu. dan paling penting saya tahu location hp nya berada dimana. tak kisah saya tengah kerje dia di rumah semua saya boleh monitor sebab nya ada notifiication.

dan di app ni juga saya kawal penggunaan nya so saya akan set masa ikut saya. so sampai masa hp ni akan padam sendiri dan dia tak leh tekan mana-mana button melainkan call sahaja. kalau dia perlu buka hp juga perlukan code no daripada hp saya.









update ::
1) application ni perlu di install kat telefon parent yang nak monitor tu dan juga HP anak anda ye.
nanti app ni akan minta email bagai so ikut sahaja arahan yang diberikan.
-- Untuk hp parent kena install google family link for parent
dan kalau untuk hp anak kena install google family link for children & teens

2) anak nak uninstall. biarlah sebab tak boleh pun ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… . kalau hp si ibu atau bapa uninstall pun masih boleh install balik dan monitor anak macam biasa balik. melainkan parent tu tekan STOP SUPERVISION.

3) Kita boleh kawal dan set untuk tontonan movie umum sehingga 18sg atau 18sx. game pun boleh kawal.

4) semua kawalan/perubahan adalah hanya boleh dilakukan di hp si ibu/bapa sahaja.

selamat mencuba ☺☺☺

#kopipes from fb : https://www.facebook.com/1504008042/posts/10219153483936987/

XOXO Lots of loves -H3H-

Breakfast with pancake

Dari semalam ada budak merap nak breakfast with pancake.

Dah lama jugak tak buat pancake ni. Since lepas raya, x buat langsung.

Masa posa hari tu, soq anak tak lalu nasik. So, kena la ibu buat pancake nak bagi dia soq ๐Ÿ˜’. Sib baik la sayang ๐Ÿ˜‚.

Actually, mudah sgt nk buat pancake ni. Simple ja.

Just to share untuk sapa2 yg tringin nak buat pancake tapi tatau mcamana (selain beli ready to mix dalam kotak juai kat supermarket) ๐Ÿ˜‰

BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
2 sdt baking powder
Secubit garam
2 sdb gula halus / kastor
3/4 cawan + 2 sdb susu kotak Full-cream *(Maksudnya sukat 3/4 cawan dulu. Lepas tu tambah lagi 2 sudu besar)
1 biji telur gred A, dikocok
2 sdb butter, dicairkan
1 sdt esen vanila
Sedikit minyak / butter untuk sapu pada kuali leper. *(Tapi aku tak guna sebab dah pakai non-stick pan)

CARA-CARA
1. Asingkan Bahan Kering & Basah

Mula-mula, satukan bahan-bahan kering – iaitu tepung, baking powder, garam dan gula ke dalam sebuah bekas. Gaul rata dan ketepikan.

Dalam satu bekas yang lain pula, satukan bahan basah pula – iaitu susu, butter yang telah dicairkan, telur dan esen vanila. Gaul rata.

2. Campurkan

Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering.

Kemudia gaul setakat rata saja, jangan overmix. Jika ada sedikit ketulan-ketulan tepung tak apa.

3. Rehatkan Adunan

Rehatkan adunan yang dikacau tadi selama 15 minit.

4. Masak

Panaskan non-stick pan kecil, guna api paling kecil sekali. Tak perlu sapu minyak pun tak apa.

Tuang adunan tadi dan biarkan hingga pancake naik gebu dan keperangan.

Bila dah berbuih tu maksudnya sebelah tu dah cukup masak, jadi terbalikkan dan tunggu pula sebelahnya lagi masak.

OK SIAP!

Bila dah nampak cukup masak, bolehlah diangkat dan terus dihidangkan.

Terpulanglah nak makan dengan butter dan madu macam di McD tu atau sapu dengan Nutella, peanut butter, jem strawberi atau buah-buahan segar. Ikut selera masing-masing.

Satu adunan ni, biasanya aku bole buat 4bj pancake. Ni pun depends on saiz senduk yg kita pakai.



Anak suka makan pancake ni dengan maple sirap. Actually maple sirap ni dah lebih kurang 10 umur dia. Its hadiah from my colleague in Toronto. Luis Leal. Tatau la Luis pun lepaih mana dah ๐Ÿ˜‚.

But, since I checked... Maple syrup ni kalo elok cara simpannya... Memang tahan lama gila. And it's still good.

Since anak gila pancake... Tinggai sekali makan ja lagi maple syrup tu.

So, anak dah tanya... Kat mana nak beli. Luckily... Tetiba terperasan maple syrup ni ada kat tesco masa teman mak beli barang. Nanti bole la try maple syrup tesco pulak. ๐Ÿ˜…




Dah makan... Tapau lagi ๐Ÿ˜‚


XOXO Lots of loves -H3H-

APA 'MASALAH' ANAK INI?

#kopipes from fb... Tapi x sempat copy link asal post ni.



APA 'MASALAH' ANAK INI?

Seorang rakan Parent Connect meminta pendapat saya tentang insiden yang berlaku di Kelantan ini. Saya lihat sudah banyak pendapat yang diberikan oleh netizen tentang hal ini yang rata-ratanya membincangkan tentang penggunaan gajet. Yang tidak sedap didengar, anak ini juga dilabelkan sebagai DEGIL kerana tidak mempedulikan arahan ibunya dan juga memekakkan telinga walaupun keadaan di sekelilingnya begitu huru hara risaukannya.

Saya mengenali ramai kanak-kanak yang mempunyai sifat sebegini.
Saya tidak gemar melabelkan mereka sebagai degil kerana ia membawa konotasi yang sangat negatif. Label yang negatif tidak membantu anak untuk menjadi lebih baik dan ia juga tidak membantu ayah dan ibu untuk melihat sisi positif yang ada pada anak.

Bagi saya anak ini memiliki ciri-ciri seorang anak yang mempunyai KEAZAMAN YANG TINGGI, ‘DETERMINED’ ataupun ‘SPIRITED’ child.
Jika dia mahukan sesuatu, dia akan berusaha mendapatkannya dan sanggup mengharungi segala rintangan yang perlu dilaluinya.

Cuba ulang baca,
"Jika dia mahukan sesuatu, dia akan berusaha mendapatkannya dan sanggup mengharungi segala halangan yang perlu dilaluinya.”
Ini satu sifat yang positif bukan?

Jika anak yang berkeazaman tinggi ini sedang asyik bermain dengan mainan binaan ataupun ‘lego’ dan anda memintanya berhenti sebelum dia siapkan ‘projek’nya, dia akan merungut ataupun mungkin mengamuk hendak siapkan terlebih dahulu.

Anak yang diceritakan dalam hantaran FB ini mahu menggunakan telefon bimbit. Itulah keazamannya.
Walaupun dihalang oleh ibunya, dia tetap mahu mendapatkannya malah mengunci dirinya dalam kereta supaya telefon tidak diambil oleh ibunya. Begitulah betapa tinggi keazamannya.
Bukan sahaja dia mahukan telefon itu, dia juga mahu menggunakannya tanpa gangguan. Oleh sebab itulah huru-hara di sekitarnya langsung tidak diendahkannya.
Walau bagaimanapun sisi negatif yang tidak diketahuinya adalah, dia membahayakan dirinya sendiri.

Bayangkan jika anak yang mempunyai keazaman yang tinggi ini bercita-cita menjadi seorang pemain bolasepak profesional bersama kelab bolasepak Eropah satu hari nanti.
Ataupun mempunyai keazaman untuk menjadi juruterbang jet pejuang satu hari nanti.
Ataupun berazam untuk menjadi pencetus inovasi seperti Elon Musk ataupun Bill Gates.
Dengan ‘kedegilan’ yang dimiliki, tiada apa yang dapat menghalang mereka.
Bayangkan.

Anak-anak yang berkeazaman tinggi ini juga suka meneroka, sukakan aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan, mempunyai objektif yang jelas , berdikari, pantas, cergas, mempunyai pemikiran atau ‘akal’ nya yang tersendiri, cepat bosan, suka mengambil risiko dan suka memikul tanggungjawab.

Cuba anda kaitkan ciri-ciri ini dengan anak yang mengambil telefon bimbit ibunya. Ada perkaitan bukan?

"Habis tu takkan nak biarkan saja anak berperangai sebegini?"

TIDAK.

Anak kecil itu berperangai begitu kerana dia IMPALSIF.
Semua anak kecil memiliki sifat impalsif iaitu melakukan sesuatu tanpa (boleh) berfikir. Mereka juga tidak mengenal bahaya dan tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk.
Semua kanak-kanak seusianya mempunyai ciri-ciri ini kerana mereka belum matang dan otak mereka belum berkembang untuk mereka membuat keputusan yang rasional.

MENJADI TANGGUNGJAWAB IBUBAPA UNTUK:

1) menetapkan ‘boundary’ masa supaya anak-anak ini tahu waktu mana yang sesuai dan waktu mana yang tidak sesuai untuk melakukan sesuatu.
Contohnya, boleh menggunakan telefon tetapi ada waktu dan tempatnya, bukannya sesuka hati mengikut kemahuan. Tetapkan juga rutin harian dan waktu tidur anak supaya mereka mendapat rehat yang cukup dan tidak terlalu leka dengan aktiviti-aktivitinya.

2)menyediakan persekitaran yang selamat untuk anak-anak ini terokai. Pastikan pagar rumah berkunci jika jalan raya di hadapan rumah adalah laluan utama kenderaan. Pastikan susun atur dalam rumah sesuai untuk anak bermain dan meneroka. 

3)bermain dan melakukan aktiviti/projek bersama-sama dengan anak kerana bagi anak-anak ini, itulah buktinya anda memberi perhatian dan menghargai ketekunan dan keazaman mereka dalam melakukan sesuatu. Jika anak tidak mendapat perhatian, dia akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan atau pun mungkin membahayakan diri untuk mendapatkan perhatian itu.

4)banyakkan meluangkan masa dan berinteraksi dengan anak supaya kita faham perkembangan anak, ‘akal’ anak dan corak pemikiran anak.

5)memuji usaha, motivasi dan strategi yang anak tunjukkan dalam melaksanakan sesuatu supaya mereka terus bersemangat untuk berbuat kebaikan.

6)menyalurkan tenaga dan keazaman tinggi anak untuk melakukan sesuatu ke saluran yang betul. Pupuk skil ataupun minat yang anda lihat ada pada anak supaya ia menjadi satu kekuatan atau kelebihan anak.

7)menjadi teladan yang baik buat anak. Jangan jadi mangsa ‘DISTRACTED PARENT SYNDROM’ atau ‘TECHNOFERENCE’ di mana ibubapa sendiri ketagihan gajet. Anak akan meniru.
“Children see children do”

Akhir sekali, perlu diketahui bahawa beberapa orang pakar dan pengkaji dalam bidang neurosains menggelarkan peranti skrin, peranti digital dan gajet sebagai ‘electronic cocaine’ ataupun 'digital heroine' (dadah) kerana kesan penggunaan gajet yang BERLEBIH-LEBIHAN menyebabkan kanak-kanak menjadi ‘disconnected’ dengan realiti ataupun berada dalam dunianya yang tersendiri, khayal, dan leka tanpa menyedari apa yang berlaku di sekitarnya sama kesannya dengan mereka yang ketagihan dadah.

Ketahuilah perkembangan dan sifat semulajadi anak supaya kita dapat membimbing dan mendidik mereka dengan kaedah yang unik dan sesuai dengan diri anak tersebut.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Nota: Penulisan ini berkaitan anak tipikal. Anak berkeperluan khas seperti ADHD ataupun Autism memerlukan kaedah yang lebih terancang oleh pakar.

XOXO Lots of loves -H3H-

Hai Adam

Hai, Adam. Selamat berkenalan.

Adam ni anak kepada my little boy fav uncle. Anak Fizal dan Fyra. Cucu Mama Makndak anak.




Can you see his excited face?






He loves kid so much. Tapi dia tamau adik...hahaha
Tapi...memang mungkin rezeki awak jadi anak tunggal. Rezeki milik Allah.
Ibu dan abah terima seadanya.









XOXO Lots of loves -H3H-

Fasa penting anak2

Usia 11 Hingga 19 Tahun, Fasa Paling Penting Untuk Anak-Anak. Ini Sebabnya!

Selain jadi bff, inilah yang ibubapa kena buat...

usia 11 hingga 19 tahun, fasa paling penting untuk anak-anak. ini sebabnya!

Anak-anak yang berada dalam lingkungan usia 11 hingga 19 tahun walaupun boleh berdikari dan mengurus diri tetapi tidak bermakna mereka boleh diabaikan dan diberi kebebasan bertindak mengikut hati.

Sebaliknya pada usia ini, ibubapa perlu memantau proses tumbesaran dan memberi perhatian penuh kepada mereka. Iyalah, mereka sedang melalui fasa transformasi penting dari zaman kanak-kanak ke alam remaja yang dipanggil akil baligh.

#1
Pada fasa ini, tumbesaran berlaku dengan cepat dan ketara termasuk pertambahan ketinggian dan berat badan. Kalau dari segi emosi, kebanyakan mereka inginkan kebebasan, sudah mula mempunyai perasaan suka kepada jantina berbeza disebabkan perubahan hormon dan mereka mudah percaya dengan rakan-rakan baik.

#2
Perempuan akan mengalami fasa kematangan lebih awal iaitu seawal usia 10 tahun manakala lelaki pada usia 12 tahun. Dan pada fasa ini yang mengambil masa kira-kira 4 tahun yang dikenali sebagai fasa Lonjakan Pertumbuhan Keemasan, perubahan yang paling ketara pada fasa ini ialah ketinggian.

Kadar lonjakan pertumbuhan ini berbeza di antara individu dan bergantung kepada faktor genetik dan pemakanan. Selepas tempoh 4 tahun ini, pertumbuhan ketinggian akan berkurangan secara drastik dan berhenti sepenuhnya menjelang usia 18-19 bagi perempuan dan 19-20 bagi lelaki.

#3
Perubahan lain termasuklah ciri-ciri seksual sekunder iaitu bentuk badan mula berubah; dada dan punggung semakin membesar untuk perempuan, lelaki pula otot semakin melebar.

#4
Bulu-bulu mula tumbuh di beberapa bahagian badan termasuk bawah lengan dan di sekitar muka bagi lelaki.

#5
Perempuan akan mula keluar darah haid manakala suara kanak-kanak lelaki akan mula pecah (suara bertukar garau).

Ibubapa, jangan terlepas keperluan-keperluan semasa akil baligh!

Dari segi emosi, ketika inilah anak-anak perlukan bimbingan ibubapa untuk memberi galakan, luangkan masa bersama, menjadi kawan dan penasihat agar mereka tidak tersalah membuat pilihan yang boleh mempengaruhi kehidupan mereka.

Dari segi fizikal, fasa inilah ibubapa perlu pastikan anak-anak mendapat nutrisi penuh daripada pemakanan agar mereka dapat membesar dengan optimum serta berkeyakinan untuk melakukan aktiviti fizikal setiap hari.

From group wasap

XOXO Lots of loves -H3H-