Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

CASH is the King...bukan Beras & Maggi



Ujian Semakin Perit...

Tertiba teringat suatu kisah disebuah surau di USJ Subang Jaya, beberapa waktu yang lepas..

Terdengar perbualan seorang pemandu teksi dan AJK Surau selepas selesai solat Subuh..

"Saya nak minta bantuan pihak Surau bantu saya bayarkan bil api saya dah tertunggak..

"TNB dah bagi warning akan potong letrik kalau tak bayar dalam masa 3 hari, saya mohon bantuan RM75 tuan"..pohon seorang pakcik dalam pakaian seragam putihnya...

"Ohh SOP Surau ni tak boleh bagi cash sebab dah banyak kes penipuan" jawap AJK dalam keadaan acuh tak acuh..

"Cuba Pakcik ke Masjid kat sana tu, mungkin mereka boleh bagi cash sebab kutipan mereka banyak"...sambung AJK 

"Saya dah pergi Tuan, tapi mereka kata kena isi borang & tunggu kelulusan AJK katanya"

"Itu pun kena bagi banyak maklumat & kena tunggu seminggu baru dapat jawapan.Dan bukan semua diluluskan sebab mereka akan buat pemeriksaan dulu" keluh pakcik tu...

"Saya terpaksa datang kesini sebab dah putus usaha & bekalan tunai.

Minyak teksi saya pun dah kuning" rayu pakcik tu ..

"Maaf Pakcik memang SOP kita tak boleh bagi tunai...Tapi kalau nak bantu makanan saya boleh bagi..

"Pakcik boleh pergi ambik kat Kaunter Asnaf kat depan sana tu.Ambik yang dalam beg Jakel warna oren tu.."

Tapi dengan syarat Pakcik memang tak mampu & ambik satu kampit aje tau...takut nanti terambik hak orang lain pula" syarah AJK dengan nada seorang penceramah...

"Takpa la Tuan, terima kasih, bekalan beras kat rumah saya masih ada lagi . Biar golongan Asnaf saja yang ambik hak mereka tu" jawap pakcik dengan perasaan kecewa sambil menuju kearah teksinya Proton Saga yang sudah uzur..

Sebelum sempat beliau berlalu, bangkit seorang jemaah bekas pegawai Tentera terus bersuara lantang menegur AJK Surau..

Kau ni tak habis-habis dengan SOP SOP...

SOP kau ni, Suruh Orang Pergi" syarahnya sambil menjeling kearah AJK tadi..

Kemudian beliau membentangkan sejadahnya serta membuat suatu pengumuman yang cukup berkesan ...

Sebijik aku pernah dengar dari Guru ku Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki ketika membicarakan Kitab Sairus Salikin.

"Kalau telinga Tuan-Tuan dengar orang yang meminta sedekah secara terang-terangan "wajib" kita menghulurkan bantuan walaupun sepuluh sen sebab dia dah jual maruah diri nya"

"Kita kena bantu saudara kita ini supaya maruahnya dapat dikembalikan dengan cara terhormat bukan menolaknya dengan alasan yang remeh...

Tersentak hati ku dengan hujah Kolonel yang amat dalam tu.. 

Selang beberapa saat kemudian menderu jemaah lain termasuk AJK yang masih terpinga dengan teguran Kolonel bersara tu meletakkan beberapa helai wang kertas termasuk beberapa keping wang RM50 keatas sejadah...

Aku hanya memandang dengan seribu penyesalan....

Tanpa mengira jumlah dikutip Kolonel & beberapa jemaah menyerahkan wang tersebut sambil memeluk erat pakcik yang tampak sangat terharu dengan rezeki yang tidak terduga...

Banyak pengajaran yang ku dapati dari insiden ini..

Lebih berkesan dari ceramah-ceramah Subuh sebelum era PKP...

- Bawa lah dompet duit bila ke Surau....

- Hanya suatu usaha yang kecil dapat memberikan kebaikan yang besar pada mereka yg amat memerlukannya.

- CASH is the King...bukan beras & maggi

- Bersangka baik pada yang meminta terutama pada mereka yang baru cuba untuk meminta kerana bukan mudah nak jual maruah diri untuk menagih simpati orang..

Subuh 20 Disember 2020.

XOXO Lots of loves -H3H-

Sebelah Sayap

After 7 years, masih valid.... 



XOXO Lots of loves -H3H-

Tolong tanyakan tentang aku....


 




XOXO Lots of loves -H3H-

Ilmu

From wasap group



Ada seorang kaya bertanya pada seorang miskin. Jika aku boleh tunaikan satu permintaan kamu, apa yang ingin kamu minta.

Jawabnya,
"Aku mahu minta kamu berikan aku modal berniaga. Aku orang miskin mana mungkin aku mampu untuk mulakan perniagaan."

"Kamu pernah berniaga?"

"Tak pernah tapi aku ingin mencuba untuk ubah nasibku"

Orang kaya itu berkata.
"Baik. Tapi ada satu syarat yang perlu kamu penuhi. Esok jam 5 petang tunggu aku di tebing sungai"

Kerana orang miskin itu terlalu menginginkan dirinya dibantu dia tidak banyak soal. Lalu esoknya dia menunggu orang kaya itu datang di tebing sungai. Setelah orang kaya sampai si miskin tadi tidak sabar lagi untuk menerima wang modal yang dijanjikan.

Sesampai orang kaya itu dia berkata,
"Berapa modal yang kamu inginkan? Berikan sekali kegunaannya."

"Tak banyak orang kaya. Cukuplah 3 ribu. Aku ingin membeli barang jualan dengan wang itu"

"Boleh. Tapi syaratnya ambil pancing dan umpan ini. Dan pancinglah 100 ekor ikan. Setelah itu aku akan berikan wang yang kamu minta tadi."

Si miskin kehairanan.
"Aku ingin meminta wang. Kenapa aku mesti memancing? Aku tak pernah memancing bagaimana aku ingin mendapat sehingga 100 ekor ikan?"

"Ini kan syarat aku? Jika tidak dapat 100 ekor hari ini. Esok kamu cuba lagi"

Si miskin akur. Lalu dia pun mula memancing. Selepas berjam-jam ikan masih tidak kelihatan. Sampai lah hari gelap ikan masih tak kelihatan. Dia kelihatan hampa.

Keesokan harinya si kaya datang dan bertanya si miskin.

"Sudah dapat ikannya?"

"Belum. Mana mungkin aku akan dapat ikan. Aku tak pernah punya pengalaman dan ilmu memancing. Sampai bila lagi aku harus tunggu?"

"Sabar. Cuba lagi sehingga dapat. Esok aku akan datang semula"

Hari ke 2 juga si miskin gagal mendapatkan ikan. Lalu si miskin mula merasa bosan.

Tiba hari ke 3 si kaya bertanya lagi. Sudah dapat ikannya?

Si miskin mula marah.
"Aku ingin kau membantu aku pinjamkan aku modal. Tapi kau menyuruh aku memancing 100 ekor ikan. Mana mungkin aku akan dapat 100 ekor. Kalau nasib aku baik mungkin aku hanya mampu dapatkan 2, 3 ekor ikan. Berapa lama harus aku tunggu untuk dapatkan modal tersebut?"

Si kaya menjawab.
"Sabar. Mari duduk di sini. Aku ada bawakan minuman untuk kau."

"Betul kau penat?"
Tanya si kaya pada si miskin.

"Sudah tentu aku penat. Aku duduk di sini berpanas tapi hasilnya tak ada!"

"Jadi sekarang kamu masih inginkan wang modal untuk berniaga?"

"Ya sudah tentu. Aku sudah di sini 3 hari menunggu wang tersebut"

"Kamu boleh janji untuk melunaskan bayaran hutang kamu pada aku dalam masa 6 bulan?"

"Ya sudah tentu aku boleh usahakan"

"Bagaimana kamu yakin kamu mampu lunaskan hutang aku dalam masa 6 bulan? Sedangkan baru 3 hari kamu memancing tapi tiada hasil kamu sudah marah-marah dan berputus asa?"

Si miskin tersentak. Dia terdiam mendengar persoalan si kaya. Lalu si kaya berkata.

"Perniagaan ini sama juga seperti memancing. Tanpa ilmu dan pengalaman kamu akan mudah kecundang walaupun kamu sudah mempunyai modal (pancing & umpan).

Kamu berkata kamu yakin sekali akan mampu membayar hutangku. Tapi yakinkah kamu yang perniagaan kamu akan untung? Sedangkan baru memancing 3 hari kamu sudah putus asa. Perniagaan sebenarnya jauh lebih mencabar. Kamu yakin bila kamu berniaga kamu takkan putus asa?"

"Tapi aku boleh mencuba. Dengan modal yang aku minta aku yakin aku punya cukup wang untuk jalankan perniagaan yang aku suka"

"Begini. Mahukah kamu jika aku tunjukkan cara yang betul untuk memancing agar kamu dapatkan 100 ekor ikan? Maka kamu akan mendapat wang modal yang kamu inginkan?"

"Ya sudah tentu. Ajarkan aku!"

Maka si kaya mula mengajarkan si miskin cara-cara dan teknik memancing yang betul. Sehari demi sehari si miskin makin pandai memancing. Setiap kali berhasil dan mendapat ikan si kaya menyuruh si miskin pergi berjualan hasil ikannya. Wang itu diserahkan pada si kaya.

Sampailah cukup 100 ekor ikan. Si miskin kelihatan begitu girang sekali kerana berjaya memenuhi syarat si kaya.

"Orang kaya. Aku dah berjaya penuhi syarat kau. Boleh kah aku mendapat wang modal yang kau janjikan?"

Lalu si kaya mengeluarkan sejumlah wang.

"Nah ambil wang ini. Tapi tak perlu dibayar semula"

"Kenapa orang kaya? Kan aku sudah janji aku ingin membayar semula wang yang aku pinjam ini?"

"Ini adalah wang kau hasil daripada jualan ikan yang kau jual."

Si miskin sangat terharu sehingga menitiskan air mata.

"Terima kasih orang kaya kerana memberikan aku ilmu. Hari ini baru aku faham kenapa kau meminta aku untuk memancing 100 ekor ikan. Tanpa tunjuk ajar kau aku yakin aku takkan mampu berjaya dalam perniagaan"

"Aku juga pernah diajar memancing seperti kamu. Berkat kesabaran aku berjaya menjadi seperti apa kau lihat hari ini".

Akhirnya si miskin meneruskan memancing dan menjual ikan sehingga dia mampu menjadi pembekal ikan terbesar di daerahnya. Lalu dia kini menjadi orang kaya.

Sahabat sekalian.

Seringkali kita merasakan ujian demi ujian yang hadir ke dalam hidup kita ini sebagai satu bebanan dan hukuman. Tapi jarang kita memandang sisi baik di setiap ujian yang mendatang dalam hidup kita.

Perjalanan menuju kejayaan itu tidak mudah. Seringkali disulami dengan kegagalan, kekecewaan, kesedihan dan keperitan. Tapi di sebalik semua itu tanpa kita sedar kita menjadi semakin kuat, kita lebih bijak, bertambah ilmu dan pengalaman. Dan seandainya kita sanggup bertahan, kita pasti akan mencapai kejayaan.

Teruskan perjuangan sahabatku.
Proses kejayaan itu memang tidak cantik. Seringkali tidak diendahkan sesiapa. Tetapi berlian tidak akan terhasil tanpa tekanan yang sangat kuat. Ketahuilah siapa pun kita hari ini tidak menentukan siapa kita pada hari esok.

Teruskan melangkah jangan pernah mengalah😘

*BERUNTUNGWIN*
#winimpact
#ntdot
#semangatmembara
#misijutawan2021

XOXO Lots of loves -H3H-

Biar papa asal bergaya


JANGAN MALU BERKERETA BIASA-BIASA.

Dik... Akak dengan suami ni kan, bertahun-tahun pandu jenama kereta biasa-biasa. Penah balik kampung pun naik Axia. Okay je?

Kalau nak ikutkan, Axia tu tak sampai 6 bulan gaji kami pun. 3 bulan pun tak sampai. Tak malu ke Ketua Jabatan memandu kereta biasa?

Malu? Kenapa nak malu?

Kita hidup jangan bertunjangkan pandangan sesiapa. Kekayaan kita bukan untuk ditayang, tapi untuk masa depan yang lebih gemilang.

Pandu Axia di jalan jammed Lembah Klang sangat mudah. Jimat petrol. Parking pun jadi luas. Kereta kecik, duduk lebih rapat dengan pasangan. Romantik berpegangan tangan.

Lagipun, kereta kecik tak menarik perhatian sesiapa di jalan. Terlanggar batu dan calar pun jiwa tak sengsara nak maki satu taman perumahan.

Kalau adik malu naik Viva, abang motor kapchai bagaimana? Setidak-tidaknya Viva hujan tak basah dik. Bagi yang bermotorsikal, hujan lagi kasihan terpaksa berteduh di bawah jambatan.

Bila kita jadi wanita, jangan jatuhkan airmuka wanita lain dengan menayang ketidakstabilan matlamat kita. Nanti arjuna ingat wanita tak faham apa yang penting dalam hidup.

Jika tanya akak, lebih baik memandu kereta biasa tapi berpendapatan lima angka, bijak berniaga, kad kredit bersih, bebas hutang, punya beberapa rumah sewa, emas simpanan dan unit amanah. Kereta kecil, poket luas lebih bahagia bukan?

Daripada berkereta continental tapi malas bekerja, simpanan sendu, menang bergaya, sembang kencang, nafkah diri dan anak bini belum tentu lepas pula. Spesis begini kalau mengeluh tak dapat BPN memang patut kena sekeh satu kali kat kepala. #apeni?

Kereta cuma besi yang bertampal jenama. Alat yang memindahkan manusia dari lokasi A ke lokasi B sahaja. Berpada-pada...

Maksimum 12 bulan gaji cukuplah kadar kereta di tangan marhaen seperti kita. Kalau dah lebih, simpanan bulanan jadi ciput pula. Kelak diri sendiri yang merana.

Tak salah berkereta mahal tapi JANGAN MALU BERKERETA BIASA-BIASA. Bila kita mampu berkereta lawa, jangan ingat yang memandu jenama lokal itu kekayaannya biasa-biasa.

Kereta tak lawa tapi kaya lebih baik dari berkereta mahal hujung bulan gelisah mengintai dompet yang tak seberapa.

Salam Sayang
Original author

Kereta cabuk tapi muka lawa - Neelopa

#kongsiilmu
#learnfromobservation

XOXO Lots of loves -H3H-

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ο χρήστης Dunia Islam & Muslim στο Twitter: "Doa kebergantungan ...
 
Kebergantungan Pada Allah – Diari Mama Gojes
 
Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Di fikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.
Ada orang, anaknya semua lelaki. Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.
Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.
Apa masalah kita sebenarnya?
Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.
Walhal yang jaga kita itu Allah.
Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.
Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.
Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.
Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asyik tak siap ni.
Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.
Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.
Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti.
Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.
Pendek kata
Allah ada.
Jangan takut...
Kredit: Izyan Izdihar

XOXO Lots of loves -H3H-

Fokus



Ada seorang anak yg setiap hari rajin ke masjid, lalu suatu hari dia berkata kepada ayahnya, "Yah mulai hari ini saya tidak mau ke masjid lagi" "Kenapa?",sahut ayahnya, "Kerana di masjid saya tengok orang2 yg nampak agamawan tapi sebenarnya tidak,ada yg sibuk dengan gadgetnya,sementara yg lain dok cerita keburukan orang lain". Ayahnya pun berfikir sejenak dan berkata, "Baiklah kalau begitu,tapi ada satu syarat yg harus kamu lakukan setelah itu terserah kamu" "Apa itu?", "Ambillah air satu gelas penuh, lalu bawa keliling masjid, ingat jangan sampai ada air yg tumpah"

Si anak pun membawa segelas air keliling masjid dengan hati2,hingga tidak ada setitis air pun yg tumpah.

Sesampai di rumah ayahnya bertanya, "Bagaimana sudah kau bawa air itu keliling masjid?", "Sudah". "Ada yg tumpah?", "Tidak". "Ada di masjid tadi orang yg sibuk dengan gadgetnya?". "Saya tidak tahu kerana pandangan saya hanya tertumpu pada gelas ini", jawab si anak. "Ada di masjid tadi orang2 yang menceritakan keburukkan orang lain?" Tanya ayahnya lagi, "Saya tidak dengar kerana saya hanya tertumpu untuk menjaga air dalam gelas ini". Ayahnya pun tersenyum lalu berkata, "Begitulah kehidupan anakku, jika kamu fokus pada tujuan hidupmu, kamu tidak akan punya waktu untuk menilai keburukkan orang lain. Jangan sampai kesibukanmu menilai kualiti orang lain membuatmu lupa akan kualiti dirimu". Mari kita berhenti bersangka buruk kepada insan lain. Fokus pada diri sendiri dalam beribadah, bekerja dan untuk terus menerus menjadi positif. Semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.
Robbana Taqobbal Minna.
Ya Allah terimalah dari kami(amalan kami) Aamiin..
Peringatan untuk diriku..
(Jgn sibuk hal org...)
Fokus...fokus...fokus...

CnP from group wasap

XOXO Lots of loves -H3H-

KALAU NAK CURANG

 Patutkah kita memberikan peluang kedua kepada pasangan yang curang ...
Biasanya, klien2 saya yang datang consult pasal suaminya curang memang cantik jelita. Berpendidikan dan bekerjaya pula tu. Kalau tengok pangkal IC macam tak percaya 40an dah. Ingatkan awal 30an.
Bila tengok pula 'rupa' lelakinya yang curang, memang benarlah wujud kisah beauty & the beast. Bila tengok pula 'rupa' wanita si skandalnya, memang benarlah orang kata pasangan kena 'sekufu'. Belum dibandingkan lagi dengan tahap pendidikan dan kerjaya, macam langit dengan bumi berbanding si isteri .
Belum lagi cerita wanita usia warga emas yang menangisi nasib diri yang tidak lagi muda bergetah untuk melayan nafsu suami yang tak surut. Lalu tersiksalah jiwa raganya melihat si suami 'makan luar' demi memenuhi nafsu berahi. Sedangkan tubuh badan yang dikata longgar sana sini juga hasil 'buatan' si suami mahukan anak selori.
SOAL SETIA
Soal setia bukan isunya pada penampilan fizikal. Setia ertinya tidak khianat. Sinonimnya adalah jujur. Soal jujur itu adalah soal dalaman. Soal iman. Iman yang tinggi, yang takutkan Allah, tidak akan berani-berani justify dosanya dengan menyalahkan kekurangan orang lain.
Sekufu juga bukan pada luaran tetapi pada selera iman pasangan tersebut. Pasangan yang amalnya lebih banyak mendekati Allah tidak sekufu dengan pasangan yang semakin menjauh dari Allah. Maka selera iman yang rendah akan mencari yang sekufu dengannya juga. Sebab tu tak heran tengok pasangan skandal si lelaki, memang sekufu sangat.
PERMATA VS BANGKAI
Kerana yang mengikat tali perkahwinan sampai syurga adalah Allah. Maka survivorship sebuah perkahwinan adalah pada menjaga keberkatan rumah tangga yang dibina. Jika hanya 1 pasangan shj yang memelihara agama, sedangkan sorang lagi kerja buat maksiat, tak susah untuk Allah pisahkan pasangan sebegini.
Yang sebenarnya curang itu berlaku bukan sebab kekurangan fizikal pasangannya, tapi kerana iman yang makin menipis yang tidak layak lagi untuk terus didampingi pasangannya yang solehah.
Bagi mereka yang diuji dengan suami yang curang, berhentilah menyalahkan diri sendiri. Berhentilah mempersoalkan kenapa semua ini berlaku sedangkan kalian dah cukup 'jaga' suami supaya tak cari lain. Well, permata akan cari permata. Kalau dah bangkai akan tetap cari bangkai juga. I don't think u wanna keep the bangkai beside u right?
 

XOXO Lots of loves -H3H-

Pelajaran in 2020

Titian Kehidupan : MUHASABAH
 
Peringatan 2020 buat diriku dan kawan2
1) Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45am kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.
2) Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jgn ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat menantu Nabi saw sebagai zikir istiqamah penguat semangat.
3) Berusahalah sedaya upaya utk solat subuh berjemaah di rumah2 Allah, @ paling kurang berjemaah dgn anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.
4) Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu2 mustajabnya doa.
5) Pelajari serta hayati setiap bait2 bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah2 kita berbisik2 mengadu hal dgn Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dgn yg demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah2an dgn asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yg sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.
6) Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat2nya.
7) Jangan ditinggalkan solat2 sunat qobliyyah ba'diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.
8 ) Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti2 masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah2 Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yg  utama.
9) Lazimi menjaga wudhu' setiap masa kerana orang yg punyai wudhu' akan didampingi para malaikat2 Allah.
10) Amalkan sentiasa bawa ke mana2 kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang2 yg sentiasa bersugi; antaranya, Zikir  & bacaan ayat2 Al Quran orang yg bersugi lebih 70 kali di sukai Allah berbanding bacaan orang2 yg tak bersugi. Dua rakaat solat orang yg bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan2 mereka yg istiqamah bersugi. Riwayat Aisyah.. Bahawa aku tidak bisa mengira berapa kalikah dlm sehari Rasulullah saw bersugi. Dikatakan juga perkara terakhir yg Rasulullah saw lakukan sebelum ajalnya sampai adalah baginda saw sempat bersugi. Saya pernah terbaca dlm artikel tulisan ulama tersohor bahawa nyawa orang yg sentiasa bersugi mudah keluar ketika di datangi sakaratulmaut.
12) Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah2 taubat @ kalimah2 tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.
13) Lazimi berpagi2 dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bg menjana hormon2 perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.
KESIMPULAN : Berusahalah menyantuni akan setiap perkara2 sunnah serta perkara2 ma'ruf setiap masa kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah 👇
"Wahai jiwa2 yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dlm keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dlm kalangan orang2 yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga".
👆 Ini adalah ayat sakaratul maut.. Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
.
.
.
XOXO Lots of loves -H3H-

Tawakkal

Image may contain: text

XOXO Lots of loves -H3H-

The last day of Ramadhan

No photo description available.

Author :

Ramadan kali ni, begitu aneh. Pelik. Suatu Ramadan yang tidak pernah kita lalui. Asing.
Masjid sunyi sepi. Pagar tertutup rapi. Yang ada hanya imam dan bilal. Saling merenung sesama tidak terkata apa.
Teguran Tuhan kali ini bukan hanya kita yang rasa. Bahkan satu dunia.
Kota Mekah sunyi sepi. Derap kaki orang tawaf dan berlari anak dari Safa ke Marwah itu hilang. Kota Madinah sama juga.
Dua kota yang tidak pernah sunyi itu pun hilang seri bagai dilanggar garuda. Dua kota yang paling meriah di atas dunia saat Ramadan tiba hari ini menjadi kota mati. Sepi dan sunyi.
Dan kita, terkunci di daerah sendiri. Daerah yang kita kenali menjadi asing bila manusia pakat keluar bertopeng.
Ah, aneh.
Suatu keanehan yang mungkinkah akan kita harungi lagi di Ramadan akan datang? Atau ia bakal terpahat dalam buku Sejarah sebagai bahan bacaan generasi akan datang?
Yang sebelum ini megah mendabik dada, kini ramai berteleku sendiri menghitung rugi. Satu persatu kemewahan dahulu dilepaskan. Satu persatu kebanggaan dahulu hilang.
Yang susah, bertambah sempit. Yang sempit makin terhimpit. Yang sedia terhimpit bagai tiada harapan untuk bangkit.
Dan menjelma ribuan dermawan tidak bernama. Menghulur sini sana dalam diam hanya mengharap redha.
Dan di Ramadan terakhir kali ini, kita masih bernadi untuk menghirup secangkir udara percuma.
Menikmati segala nikmat yang dikurnia walau dalam sempit, walau dalam lega.
Tuhan. Terima kasih atas Ramadan kali ini.
Biar tidak sesempurna yang biasa. Biar ia aneh dan asing. Biar ia pelik tidak terperi.
Namun nikmat nyawa ini besar tidak tertanding. Untuk kita terus berjuang demi sebuah kehidupan di sini dan di alam sana.
Selamat tinggal Ramadan. Dan terima kasih Tuhan.
- Pejuang kehidupan -


XOXO Lots of loves -H3H-

TUKAR CARA BERDOA

Pin on Anime Wallpaper iPhone
 
INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah.
🍀FORMULA 1
Sebelum ini kita selalu berdoa, " Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham faham?
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
" Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku)'.
🍀FORMULA KE 2
Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya ALLAH berilah aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,
" Ya ALLAH kurniakanlah aku..."
Kerana apa? Jika kita sebut beri maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut kurnia, maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.
🍀FORMULA KE 3
Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini,
" semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."
Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.
🍀FORMULA KE 4
Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.
Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,
' Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '
Amin Ya Mujib.
Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.
🍀FORMULA KE 5
Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..
Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,
' Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..'
🍀FORMULA KE 6
Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,
' Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..'
Moga Allah makbulkan setiap permintaan kita. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.
Kredit : Tanyalah ustaz
XOXO Lots of loves -H3H-