Showing posts with label mental health. Show all posts
Showing posts with label mental health. Show all posts

𝗦𝗔𝗣𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗨𝗞𝗔 𝗦𝗘𝗗𝗜𝗛2?



Secara logiknya...takdak sapa yg nk bersedih. Semua orang nak happy.
If...you have these feelings....you may want to seek helps. You may also give 𝗝𝗢𝗬 a try.
🎭 Disappointment
🎭 Anxiety
🎭 Grief
🎭 Incongruency
🎭 Judgemental
🎭 Miserable
𝗝𝗢𝗬 ni blend oils. Sangat2 wangi sebab mixture of 10 amazing oils
🌸 Rose
🌸 Bergamot
🌸 Ylang2
🌸 Geranium
🌸 Lemon
🌸 Coriander
🌸 Tangerine
🌸 Jasmine
🌸 Roman Chamomile
🌸 Palmarosa
𝗝𝗢𝗬 may help you with uplifts mood and calms nervous tension.
Sangat2 helpful in balancing emotion kita yg always up and down.
𝗝𝗢𝗬 jugak bole assist with overcoming grief and postpartum issues
𝗝𝗢𝗬 also inspires feelings of love and romance.
Secara emosinya, 𝗝𝗢𝗬 may help you with listed issues or many more. Tapi...as I always reminds all of you... consistency is the key.
Pssstttt...𝗝𝗢𝗬 sangat wangi. So....bole buat jadi perfume tau. Secara x langsung...kita akan pakai hari2. So... consistent, kan?
Bak namanya...bila kita diffuse 𝗝𝗢𝗬 , ia akan create 1 suasana sekeliling yg lebih happy dan tenang.
𝗝𝗢𝗬 ni secara ringkasnya, support both hormonal system dan jugak emotional system kita.
Selain diffuse...bole jugak apply secara topikal .
🎭 Apply to heart, ears, neck, thymus, temples, wrists and few more areas.
Ada org tanya,buku apa yg saya refer....haaaa...antaranya ..buku biru ni. Ada byk buku dan website yg bole kita refer untuk more about essential oil. Mau dengan tamau ja. Ok?




Nak try 𝗝𝗢𝗬?
DM me or my link kat profile or 👇🏼.
Come and join us in our wonderful journey.
Your questions could take you on a journey of self healing or even a financially growth. Make your choice 😉
Your trusted YL Advocate
𝕃𝕠𝕥𝕤 𝕠𝕗 𝕝𝕠𝕧𝕖𝕤,
𝑁𝑢𝑟ℎ𝑖𝑗𝑟𝑖𝑎ℎ ❤️

Mental health awareness : MISTERI MONA



Skizofrenia adalah penyakit mental yang kronik. Dissociative Identity Disorder atau Split Personality adalah penyakit yang membuatkan seseorang itu ada lebih dari 1 identiti. Salah satu sebab penyakit ni adalah sebab trauma yang teruk.

Drama ni ada 8 episod pendek ja cerita dia, 2 minggu. Jarang-jarang tv3 duk siar cerita mental yang tak dapat di agak dan sependek ni. Mungkin sebab ni cerita mental, kalau buat panjang-panjang mungkin orang tak akan faham cerita dia.

Mula-mula cerita, semuanya nampak normal. Tak tahu apa benda yang misterinya. 

Tapi rupanya dia macam lepas dari kandang harimau, masuk ke kandang buaya. 

Sepanjang 8 episod tu, episod last sekali baru kita dapat tahu cerita misteri mona tu macam mana sebenarnya.

Nak tengok full movie?

Episod 1➡️ https://youtu.be/IsBoRkJHCI8
Episod 2➡️ https://youtu.be/dMWmNqNCLXY
Episod 3➡️ https://youtu.be/tIq-P0u5xWY
Episod 4➡️ https://youtu.be/B-Ecc1g-f2A
Episod 5➡️ https://youtu.be/_zXUrDDZV0U
Episod 6➡️ https://youtu.be/en95axipb-Q
Episod 7➡️ https://youtu.be/dgRHXsRv8y0
Episod 8➡️ https://youtu.be/0BxrhW-Xnv0

Selamat menonton, jarang mama share drama melayu tau. Jangan Lupa klik button follow tau, nanti mama share cerita yang best lagi.

Original post is here

XOXO Lots of loves -H3H-

#mentalhealthawareness - Nobita & Doraemon



Nobita dan mental illness. Bagi peminat cerita Doraemon pastinya sedih jika memahami apa yang sebenarnya berlaku di sebalik kisah hidup Nobita. Kisah ini betul atau tidak. Percaya atau tidak. Tetapi harapnya ada sesuatu yang kita boleh belajar.

Kita tahu mental illness disebabkan oleh banyak faktor. Antara faktor yang utama ialah life events. Seperti dalam cerita Doraemon itu sendiri kita dapat tahu Nobita dibuli dan sering dipukul di sekolah. Giant dan Suneo semestinya. Di rumah pula, ibunya pula sering menjerit-jerit memarahi dan memukul Nobita.

Di dalam kelas, dialah yang selalu dimalukan kerana bodoh dalam pelajaran. Begitu juga dalam permainan baseball yang mana Nobita ialah seorang yang sering ditertawakan kerana tidak pandai bermain. Belum lagi kita ikuti kisah cintanya dengan Shizuka yang bertepuk sebelah tangan. 
Ayahnya pula jarang-jarang berada di rumah, menjadikan dia seorang anak tunggal yang sentiasa hidup kesunyian. Kurang mendapat perhatian dari ibu bapa, membuatkan dia membesar dalam keadaan yang sangat tertekan.

Mengikut satu sumber bacaan aku, katanya cerita Doraemon ialah satu kisah adaptasi dari kisah benar. Iaitu seorang pesakit Schizophrenia di Jepun yang bernama Nobita. Pesakit ini membayangkan kewujudan Doraemon dalam hidupnya bagi mengisi ruang yang sentiasa kosong dalam dirinya. Menjadikan Doraemon sebagai teman dan kawan imaginasi yang sentiasa boleh membantu pada bila-bila masa.

Nobita ini, akhirnya bunuh diri pada usia 16 tahun. Apabila psikiatri memberitahunya bahawa Doraemon itu tidak wujud, hanyalah ilusi yang dicipta mindanya. Setelah mendengar kisah Nobita yang menyedihkan ini, Fujiko menulis sebuah kisah dan membuat siri anime manga sebagai penghormatan kepada Nobita.

p/s : Negara Jepun ialah sebuah negara yang mempunyai kadar bunuh diri yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain.

XOXO Lots of loves -H3H-

Be aware of the signs and seek professional help...

#mentalheatlhawareness


 
 
 
 
 
 
 
 
 


XOXO Lots of loves -H3H-

Kelabu by Azlan Typewriter x Yonniboy

Aku ter...can I say ter tengok? Hahahaha....

Yes, actually memang tertengok. Sebab aku biarkan saja YouTube berjalan sendiri waktu aku bekerja.

Somehow, meassage delivered thru this MV, sangat osem. Why? Mental health is not a jokes.
Watch it dan hadamkan mesej yang cuba disampaikan.

 
X le paham....cer tgk lirik video
 


XOXO Lots of loves -H3H-

Mental health Awareness : Kanak2 Bunuh diri




Mengikuti kisah kanak-kanak berusia 10 tahun yang ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung tali pada pemegang tangga membuatkan aku teringat satu kisah.

Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi atas kematian kanak-kanak ini, cuma saya teringat satu kisah ketika program tahun lepas.

"Apa yang dah berlaku pada awak dik?"

Pertanyaan ini aku aku ajukan kepada setiap orang pelajar yang datang ke depan. Masing-masing confess pernah menjadi mangsa buli.

Sehinggalah giliran seorang budak perempuan.

"Kawan-kawan pulaukan saya. Dah dekat setahun." Jawabnya sambil mengalirkan air mata.

Darjah 6 budak ini, 12 tahun.

"Pernah tak adik menangis di rumah sebab benda ni?"

Beliau jawab selalu.

"Pernah tak rasa nak bunuh diri?"

Beliau menundukkan wajah, lalu mengangguk perlahan. Air mata semakin deras mengalir.

"Mak ayah tahu tak apa yang dah jadi?"

Beliau gelengkan kepala. 😭

Ini bukan kali pertama aku berhadapan dengan hal semacam ini. Murid mengadu diejek, dihina paras rupa, jadi mangsa body shaming dan lain-lain.

Mereka tiada tempat untuk mengadu. Mahu berjumpa kaunselor di bilik kaunseling takut dicop pelajar yang bermasalah. Inilah persepsi rata-rata pelajar di sekolah.

Itu belum lagi share masalah dengan seorang cikgu atas dasar percaya, tetapi akhirnya guru itu sebarkan kepada rakan-rakannya yang lain.

Pernah je pelajar luahkan di depan yang cikgunya berulang kali menyebut, badan je besar, tapi otak kecil. Saya yakin majoriti guru tidak bersetuju dengan sikap segelintir guru sebegini.

Mahu dikongsi kepada mak ayah, mak bapak tak anggap ia satu masalah. Mereka merasakan ia benda biasa. Paling kuat, mak akan kata sabarlah.

Itu belum lagi lagi murid mengadu dalam program yang mereka stress, dibandingkan pencapaian akademik dengan adik beradik oleh mak ayah, parents tekan belajar setiap hari, rasa tidak dihargai, alami anxiety, kelar tangan dengan pisau dan paling ditakutkan sudah ada niat nak bunuh diri.

Siapa mereka?

Rata-rata masih bersekolah rendah. 10 tahun, 11 tahun, 12 tahun. Maka tak pelik andai form 1 sudah ada murid yang didiagnosis alami depression.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Pernah satu ketika saya berkongsi masalah murid-murid hari ini di facebook.

Maka, datanglah entah siapa memberi komen sebegini,

"Alah budak sekarang. Manja."

"Stress apanya. Dapat handphone, main game elok je aku tengok."

"Alasan semua tu. Dah nama pelajar, belajarlah."

Ego betul orang dewasa!

Ada mak bapak yang tak mahu tahu realiti kehidupan anak pada zaman kini.

Mereka tiada tempat untuk meluahkan perasaan. Mak bapak sibuk bekerja.

Bila nak diluahkan, mak bapak hanya diamkan diri atau memberi option yang tak membantu anak-anak. Anggap ia hanya sementara. Nanti okeylah tu.

Emosi anak perlu dijaga. Tangki emosi mereka perlu diisi dengan kasih sayang. Jangan sampai ia pecah dek menakung 'air' yang tidak sepatutnya.

Persoalan lebih besar yang kita kena jawab adalah, kenapa seawal usia sekolah rendah anak-anak sudah ada idea untuk bunuh diri?

Jawapan mudahnya adalah zaman sudah berubah. Anak-anak pada hari memiliki idea ini dari apa yang ditonton di youtube, netflix, iflix. Ada youtubers yang menjadikan bunuh diri ini satu bahan lawak seperti kes Paul Logan tahun lepas.

Mereka stress. Mahu release stress dengan game, instagram, tonton video, tetapi akhirnya ia tak hilangkan stress. Kita dulu senanglah, stress macam mana pun balik sekolah panjat pokok, mandi paya, main layang-layang. Anak-anak hari ini?

Cubalah fahami anak kita. Mereka perlukan kita sebenarnya.

Salam takziah buat adik 10 tahun yang meninggal dunia hari ini. Moga keluarganya tabah hadapi dugaan besar ini.

Biarlah kes ini pertama kali dan terakhir terjadi di Malaysia.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangCeramahBudakSekolah

Jadual ceramah saya, bit.ly/JadualAkhiFairuz2020

XOXO Lots of loves -H3H-

Empathy

I've been in similar situation last year bila mak jatuh and broke her leg.

The toughest moment as mak fully bedridden and need 100% care and assistant.

But, alhamdulillah I have a beautiful and wonderful boss who really understand, care for us and appreciate all of us. Her (Kak Qaseh Jaslina Tan) and his (Nathaniel Jeffries) understanding really really really help me. Thank you sooooo much.

This is another reason why I loves A&D so much ❤️❤️❤️.

Not all boss willing to listen, my bosses not only listen but very helpful.



#AnDteam
#thebestteamever
#wearefamily
#behuman

XOXO Lots of loves -H3H-

APA ITU TOXIC POSITIVITY?

Copied from here

















AJA nak ajak berbincang dan mungkin kita boleh sama-sama share pendapat tentang toxic positivity.

Sabtu lepas ada my buddy share ttg ini...and its a new knowledge for me, so i read and understand this better

(Feel free to share or discuss ya 😉😉)

Semoga bermanfaat!

Rujuk penerangan dalam setiap gambar dibawah ya?

Boleh juga rujuk reference bawah ni

‘The Difference Between Genuine Optimism and Toxic Positivity’ —- https://thehealthsessions.com/toxic-positivity/

When’s the last time someone told you to “just be positive” after sharing your struggles?

There’s a tricky relationship between positive thinking, health and happiness. Over the past decade, experts have promoted positivity as a simple but highly effective tool to lead a happier and healthier life.

This kind of toxic positivity completely overlooks the severity of some situations. Sure, if someone’s down over a ruined meal or failed work assignment, you can tell them to just cheer up. But when someone is diagnosed with chronic illness or lost a loved one, it’s normal to go through stages of grief – sometimes more than once. Clinical depression and anxiety are medical conditions that cannot be cured by positive thinking and lifestyle changes alone.

In these cases, smilingly telling someone “don’t worry, you’ll get through it” or “think happy thoughts” doesn’t help – it hurts. Toxic positivity strips someone away of the validation they deserve and leaves them feeling ‘guilty’. Guilty for ‘contributing to their problems’, for ‘not being strong enough’ to get better by themselves. Instead of searching for ways to deal with the situation, people may start to doubt themselves, at a time when they need their confidence the most.

More reference below:

Toxic Positivity: The Harmful Habit to Stop Immediately

Positivity is a good thing, right? “Good vibes only.” “Be happy.” “No drama!” These are helpful things to aim for, right? Well, not quite. Too much of a good thing can actually be pretty harmful. And there’s a name for it. Toxic positivity. —- https://drallisonanswers.com/happiness/toxic-positivity/

#LetsHelpOthers
#createAwareness
#tooMuchOfPositivities
#isToxicPositivityXOXO Lots of loves -H3H-