Breakfast with pancake

Dari semalam ada budak merap nak breakfast with pancake.

Dah lama jugak tak buat pancake ni. Since lepas raya, x buat langsung.

Masa posa hari tu, soq anak tak lalu nasik. So, kena la ibu buat pancake nak bagi dia soq πŸ˜’. Sib baik la sayang πŸ˜‚.

Actually, mudah sgt nk buat pancake ni. Simple ja.

Just to share untuk sapa2 yg tringin nak buat pancake tapi tatau mcamana (selain beli ready to mix dalam kotak juai kat supermarket) πŸ˜‰

BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
2 sdt baking powder
Secubit garam
2 sdb gula halus / kastor
3/4 cawan + 2 sdb susu kotak Full-cream *(Maksudnya sukat 3/4 cawan dulu. Lepas tu tambah lagi 2 sudu besar)
1 biji telur gred A, dikocok
2 sdb butter, dicairkan
1 sdt esen vanila
Sedikit minyak / butter untuk sapu pada kuali leper. *(Tapi aku tak guna sebab dah pakai non-stick pan)

CARA-CARA
1. Asingkan Bahan Kering & Basah

Mula-mula, satukan bahan-bahan kering – iaitu tepung, baking powder, garam dan gula ke dalam sebuah bekas. Gaul rata dan ketepikan.

Dalam satu bekas yang lain pula, satukan bahan basah pula – iaitu susu, butter yang telah dicairkan, telur dan esen vanila. Gaul rata.

2. Campurkan

Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering.

Kemudia gaul setakat rata saja, jangan overmix. Jika ada sedikit ketulan-ketulan tepung tak apa.

3. Rehatkan Adunan

Rehatkan adunan yang dikacau tadi selama 15 minit.

4. Masak

Panaskan non-stick pan kecil, guna api paling kecil sekali. Tak perlu sapu minyak pun tak apa.

Tuang adunan tadi dan biarkan hingga pancake naik gebu dan keperangan.

Bila dah berbuih tu maksudnya sebelah tu dah cukup masak, jadi terbalikkan dan tunggu pula sebelahnya lagi masak.

OK SIAP!

Bila dah nampak cukup masak, bolehlah diangkat dan terus dihidangkan.

Terpulanglah nak makan dengan butter dan madu macam di McD tu atau sapu dengan Nutella, peanut butter, jem strawberi atau buah-buahan segar. Ikut selera masing-masing.

Satu adunan ni, biasanya aku bole buat 4bj pancake. Ni pun depends on saiz senduk yg kita pakai.



Anak suka makan pancake ni dengan maple sirap. Actually maple sirap ni dah lebih kurang 10 umur dia. Its hadiah from my colleague in Toronto. Luis Leal. Tatau la Luis pun lepaih mana dah πŸ˜‚.

But, since I checked... Maple syrup ni kalo elok cara simpannya... Memang tahan lama gila. And it's still good.

Since anak gila pancake... Tinggai sekali makan ja lagi maple syrup tu.

So, anak dah tanya... Kat mana nak beli. Luckily... Tetiba terperasan maple syrup ni ada kat tesco masa teman mak beli barang. Nanti bole la try maple syrup tesco pulak. πŸ˜…




Dah makan... Tapau lagi πŸ˜‚


XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: