Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

My me time



My time...

#metime
#ramleeawangmurshid
#RAMFC
#carloscaseclosed
#nurhijriahandnovel

XOXO Lots of loves -H3H-

RAM - Kasyaf Ain

Gila mind blowing dia punya plot twist 😅.

Mereng dah aku.... Hahahaha 😆

#nurhijriahandnovel
#meandmyself
#RAMFC




XOXO Lots of loves -H3H-

Kasyaf Ain or Saifudin Jalis?

Baru ada masa nak belek buku 😅

#nurhijriahandnovel
#metime
#ramleeawangmurshid
#RAMFC


XOXO Lots of loves -H3H-

Bila nak baca ni

Beli dulu.... Nanti2 kita baca. End of Aug nak jalan2... May be masa rehat sblm tidoq... Bole baca. 😁



XOXO Lots of loves -H3H-

I am RAMFC

 
Finally received mine 😍
 
Dah sampai baru perasan... Aku dah ada Sunan Cinta Nan Sakti itu....hahahaha

XOXO Lots of loves -H3H-

Bukan Gadis Biasa

Done in few hours lepaih parcel received siang tadi.
Semuanya dek penangan crita koi 7 🤣🤣🤣.
Hopefully x la lari jauh sangat crita versi drama vs versi novel.

Image may contain: 1 person

XOXO Lots of loves -H3H-

Jujurlah Nikahi Aku

4 tahun tunggu crita best ni untuk diadaptasikan.

Finally...sok masuk tv. Syoknya...tak sabra.
Buku ni antara buku fav aku. Critanya  unik dan sgt menarik.

Jom repeat balik sementara esok




XOXO Lots of loves -H3H-

Lelaki Kiriman Tuhan

Finally... Aku dapat jugak novel ni.

Lama aku cari novel. Dah lama abih stock kat kedai. Memang tak tahan nak tau ending crita. Ketaq weiii nak tau crita dah seminggu sekali ja Episod.

Kak Umie Nadzimah (UN) ni memang antara author fav aku. So, aku mmg high expectations dgn kaya ni.

Gandingan Remy dgn Mira sangat lah bagus. Aku suka gandingan yg menjaga aurat dan sentuhan. Mira did very good job.

Walopun novel base kat Pangkor dan adaptasi di Alor Setar, Keriang Hill. Cantik sgt location dan scenery crita ni.

Cerita mcmana mak pilih kasih antara anak laki dgn anak pompuan. Kesedaran mak bila lebih kan anak lain... Ketidaksamarataan kasih sayang. Masalah dadah yg membelenggu org muda.

Parasit tipikal melayu yg suka membawang dan dengki dengan kebahagiaan orang lain.

Suka aku sentuh tentang trust antara suami isteri, cherish every moments together. Jangan dah terlambat baru nak menyesai.




Tak semua lelaki baik itu nampak baik. Tak semua kebaikan perlu diceritakan. Kebaikan akan timbul apa bila tiba masanya.

Buku yg baik untuk dibaca. Adaptasi yg baik jugak. Walopun ada perubahan dalam adaptasi kat ending. Aku masih suka kan ending dalam novel. But tak la teruk sgt ending compare to novel lain.

Anyway... Good job kak UN.

XOXO Lots of loves -H3H-

Adaptasi drama

Ibu terjebak....2 new adaptasi.

Kan Kukejar Cinta Kamu ni...aku dah pernah baca. Cumanya dah tak igt jalan mcmana.

Pujaan Hati Kanda pulak gandingan my fav actor Remy dengan Mira Filzah. Gandingan yg sama dengan Lelaki Kiriman Tuhan.



XOXO Lots of loves -H3H-

Awak Suka Saya Tak?

Terjebak sudah...series dh abih...br terjebak. 😅

Sib baik dpt stock buku lama. Rm31.50. Cetakan buku baru....rega smpi rm60 
😂



Seronok crita ni. Asal layan series ja.

Dah bertahun rasa nak beli, tapi tebai sangat....tak terbeli. Bila tertengok series kat Astro, rasa best pulak. Hahahahaha..

Alvin potray as Hilman Yong nicely. Hidayah itu milik Allah, mana tau lepas belajar solat, azan dan semua Alvin diberikan Hidayah.





XOXO


Hello Suami, Hai Isteri

Dalam sibuk2 buat kek, aku dan lagi baca buku crita? Hehehe...



Apa yang menariknya buku ni? Walopu mcm klise ja, kawen parents suruh tp aku suka olahan dan kesantaiannya. Sebabnya? Buku first yg tadak aku benci hang, hang benci aku. Pastu baru nk jatuh cinta.

This book show how 2 strangers living together dalam 1 perkahwinan. Belajar mengenal pasangan, belajar bertolak ansur dan belajar menghormati satu sama lain.

To be very honest, i love this book. Good job writer. Worth to buy and worth to read.

Blog penulis tu, di sini ya...

XOXO

Teduhan Kasih

Another print2screen. Teduhan kasih nukilan Marissa. Aku terjebak dgn crita ni waktu dok cari nk download Dahlia dalam DailyMotion.


Cerita ni buat aku terpk, ada ka kawan baik yg kejam mcm Ayu tu. Mak tiri version Teduhan Kasih ni melambak2 aku dengar. Tp di potraykan dalam bentuk visual, aku rasa sedih dan sadis. Kucing2 ayah aku dilayan lagi baik dr heroin dlm crita ni. *sigh*

Walopun hanya cerita, aku harap aku xkan jumpak manusia2 berperangai busuk mcm dalam Teduhan Kasih di dunia realiti. Kesimpulannya, nk kena pi carik novel nih... hehehe




SINOPSIS TEDUHAN KASIH

Iffa dan Ayu berkawan baik sejak di zaman persekolahan . Kehidupan Iffa tidak seindah mana bila terpaksa tinggal bersama keluarga isteri pertama ayahnya. Ini semua berlaku kerana ibu dan ayah Iffa terlibat dengan satu kemalangan . Ayu yang selalu cemburu dan iri hati pada Iffa membuatkan hidup Iffa semakin kelam .

Ayu sanggup merampas suami Iffa semata- mata ingin melihat kawannya menderita. Iffa dicemuh kononnya dia tidak pandai menjaga suami. Iffa sedaya upaya mempertahankan rumahtangganya tapi gagal. Namun dia masih mempertahankan anak yang dikandungnya lambang cintanya pada Ryzal. 

Walaupun Ryzal mendesak untuk menggugurkan kandungannya. Iffa redha dengan apa yang berlaku dalam hidupnya. Iffa terpaksa menumpang di rumah mak tirinya demi anak yang dikandungnya. Dirumah, Iffa yang tak ubah seperti orang gaji dan tak ada belas langsung dari mata mak tirinya. 

Hinggalah saat Iffa ingin melahirkan . Mak tirinya sanggup pergi bercuti mengikut Kak long ke Pulau Langawi dan meninggalkan Iffa sendiri. Saat Iffa ingin melahirkan seorang lelaki tidak dikenali datang membantu Iffa.

Ehsan , seorang lelaki yang memiliki segalanya , berjawatan sebagai CEO disebuah syarikat. Lelaki yang dikelilingi wanita-wanita cantik dalam hidupnya tetapi hidupnya kosong tanpa arah. Ehsan adalah insan yang diturunkan oleh Allah untuk membantunya. 

Kelahiran Adam Merubah kehidupan Ehsan dan Ehsan mengganggap Adam adalah anaknya sendiri walaupun hakikatnya bukan. Kehidupan Iffa dan Adam merubah setelah hadirnya Ehsan dalam hidup mereka . Dengan sifat Ehsan yang romantik , ambil berat , manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. 

Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang dibina sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Kali ini Iffa nekad dia tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan. 

Read more: http://www.perekacerita.com/2013/03/teduhan-kasih.html#ixzz2USUtKkdA







Online reviews

http://akusetiamenanti.blogspot.com/2012/06/review-teduhan-kasih.html
http://gobokairina.blogspot.com/2012/11/teduhan-kasih.html

XOXO

Sebenarnya Saya Isteri Dia

Another series from print to screen. Aku dah baca buku ni, pinjam buku adik ipaq aku. A very sweet love story dan di potraykan ke dalam screen jugak dgn sgt sweet buat masa la. hehehe.



Mulanya cam x kena lak nampak Izzue dgn Tizz ni. Sebab Firash been imagined as someone yg nakal dan keras kepala walopun dalam ati ada taman. But, they did well... (^_^). Hilang imej known Izzue and he become totally Firash. *like*like*like*....hahaha

Aku missed 2nd and 3rd episod and probably gonna miss episod 4 tonite. Tp no worry, with this new world...apa susah? Download ja....hehehe


Syaf tidak pernah terfikir jodohnya dengan Firash,adik kepada kekasihnya Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang ke jinjang pelamin,
 Namun,satu peristiwa hitam mengubah segalanya.

Syaf,Farisah dan Firash masing masing dijemput hadir ke sebuah majlis hari jadi Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merencanakan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash,namun sebaliknya berlaku. Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan mencurigakan.

Datin Farizah(Wilma) telah menasihati Firash supaya berkahwin dengan Syaf. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar. Firash menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf 4 tahun lebih tua daripadanya.Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya (mak Firash) demi menjaga maruah keluarga Datin Farizah dan tidak mahu hubungan adik beradik terjejas kerananya.Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf walaupun Syaf tidak cinta akan Firash. Syaf menganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish.

Perkahwinan Farish dan Syaf dilakukan secara rahsia.Tiada seorang pun ahli keluarga dijemput dan dikhabarkan termasuk bapa kandung Firash dan Farisah Datuk Fakhrul.Farish membawa diri kerana sedih Syaf akan berkahwin dengan adiknya sendiri. Pada hari perkahwinan, Farish terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf, Firash melarangnya untuk hadir ke majlis pengebumian Farish kerana takut status mereka.

Kehidupan Syaf sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan,apatah lagi status mereka masih dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan kawan-kawanya masih meneruskan kehidupan sebagai pelajar jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikutkah kehendak anaknya Firash yang masih kurang matang namun tetap berusaha untuk menyatukan mereka.
Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali mereka bertemu. Kalau bertemu pun, hanya kata-kata sinis dari Firash yang Syaf terima.Syaf tetap terima dan memendam dalam hatinya.Suatu hari Datin Farizah merancang untuk buat kenduri arwah Farish di Terengganu. Syaf turut dijemput,Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat Datin untuk mengelak kemusykilan.

Di sana, Syaf berjumpa dengan rakan universitinya Haqimy yang juga abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka ketika belajar. Melihat kemesraan Syaf dan Haqimy,Firash jadi cemburu.

Dalam marah dan cemburu pada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula menyukai Firash,dia menerima sepucuk surat dan sekeping vcd menunjukkan kemesraan Rania dan Firah. Raina masih tidak berputus asa menggoda Firash walaupun mereka adik beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul.

Firash cuba bagi penjelasan tapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu baru Firash sedar ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf padanya.
Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi Syaf sebagai isterinya?


XOXO

A man that decides to change on the 12th hour dies on the 11th


Apa yg hangpa rasa bila baca quote tu? Aku rasa sesak nafas...senak. Sebagai manusia...kita suka bertangguh dlm segala hal... tak terkecuali benda baik mahupun taubat.


Aku kenai quote ni from latest book from hlovate. Contengan Jalanan...aku x abes baca lagi buku ni sbb aku baca perlahan-lahan...nk pahamkannya.


Setakat yg aku baca, apa yg dilakarkan mmg kena sebijik batang idung....debush...jatuh terlentang. Some of part, i feel like crying...betapa jauhnya aku...betapa kerdilnya aku...betapa lalainya aku.

Macamana kalo kita x sempat berubah atau bertaubat? Apa akan jadi pada kita??? Satu yg tak sanggup difikirkan.

Stanza Cinta

La ni mcm trend lak org convert novel jd drama atau filem...selepas Nora Elena, mai lak Stanza Cinta. Aku baru tau Stanza Cinta ni asainya dr novel...baca sinopsis...cam best...mcm nk kena pi cari...hehehehe...

Daripada blog penulis Stanza Cinta Nurul Hallawati...aku kopipes ja....


 


SINOPSIS STANZA CINTA



Amni Sorfina hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia....tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.


Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah...apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”


Irfan Ikmal - “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang...namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya...namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”


Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku...dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”

Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.


Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina




                                    KUPASAN KESELURUHAN NOVEL - STANZACINTA


Epilog


Kisah bermula dengan kehidupan Amni Sorfina yang bekerja sebagai muallimah/guru disekolah kebangsaan agama. Ia memaparkan pengalaman yang dilalui dan langkah baru dalam hidup Amni selepas tamat belajar di universiti dalam jurusan senibina. Turut diceritakan juga kisah persahabatan Amni yang terjalin atas nama Allah bersama Kak Bee.

Dan dalam episod ini turut diselitkan juga pengenalan watak Irfan, iaitu bakal tunang kepada Amni. Disini pembaca akan tertanya-tanya bagaimana Irfan mula hadir dalam hidup Amni. Ada beberapa persoalan yang mula dibangkitkan disini. Irfan bukanlah lelaki yang Amni impikan selama ini untuk dijadikan suami pilihan. Irfan bukanlah cinta pertama Amni. Terlalu sukar cinta Amni untuk diberikan kepada Irfan.

Siapakah dia lelaki yang berjaya bertakhta di hati Amni Sorfina selama ini. Mengapa Amni akhirnya memilih Irfan sebagai tunangnya??

Ada perkara yang begitu sulit diterjemahkan. Begitu sukar diungkapkan. Jalan hidup Amni Sorfina yang penuh liku tatkala segala impian dan angannya jauh sekali dari kenyataan.

“Apabila mimpi jauh dari kenyataan, aku terpaksa berdiri menghadapinya dengan seribu kemungkinan”- Amni Sorfina
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Bab 1 -universiti

Didalam bab 1, barulah kisah Irfan dan cinta pertama Amni dikupas. Kisah hidup Amni di universiti yang mula mempertemukan Amni dan Mohamad Irfan Ikmal. Amni yang tidak pernah membuka pintu hatinya untuk Irfan. Meski Irfan sedaya upaya membuktikan cintanya yang tiada sempadan buat Amni. Ternyata cinta Amni terlalu mahal untuk dimiliki.

Irfan seorang pemuda yang terlalu baik, tetapi dia bukanlah lelaki yang diimpikan Amni selama ini. Meskipun Irfan memilikinya segalanya, rupa yang kacak, baik dan kaya raya. Apa yang dicari Amni tiada dalam diri Irfan. Irfan lelaki yang tersangat baik. Tetapi kurang sekali ilmu agamanya, sedikit sekali tahunya tentang hukum-hukum islam. Malah watak Irfan yang manja serta tidak tahu berdikari menambahkan lagi benci dihati Amni.

Amni memerlukan seorang lelaki yang dapat membimbingnya menyelusuri jalan dakwah, dapat mendidiknya menjadi wanita solehah, mendidiknya menjadi zaujah yang terbaik. Dia mahu dipimpin dan bukannya memimpin.

Dalam tempoh itu, hadir Taufiq Imran yang berjaya membuka pintu hati Amni. Mengajar Amni erti cinta sejati yang diredhai Allah. Taufiq Imran juga yang membawa Amni ke jalan dakwah. Jalan yang lebih mendekatkan dirinya dengan Allah.

Taufiq ialah lelaki impian Amni Sorfina selama ini. Hadir dengan jatidiri yang penuh karisma, seorang ketua pimpinan dalam jemaahnya, seorang vokalis nasyid, seorang qari yang sangat bagus, malah seorang lelaki yang sangat soleh dan tawadhuk.

Pertama kali Amni Sorfina jatuh hati pada Taufiq tatkala mendengar bacaan Surah Al A’raf yang dibacakan Taufiq dgn penuh merdu dan syahdu. Saat itu Amni berbisik, “Aku mencintai-Nya kerana Allah. Aku mencintainya kerana agama yang ada padanya. Jika dia menghilangkan agamanya, maka hilanglah cintaku padanya………”. Itulah saat pertama kalinya Amni Sorfina jatuh cinta. Itulah juga saat pertama kalinya Amni merasa dadanya bergetar hebat dengan cinta.

Sungguh sempurna……..sama sekali seperti yang diidamkan Amni selama ini. Inilah lelaki yang dicarinya sepanjang hayat ini. Yang ingin diserahkan cintanya selama ini. Bukan pada sembarangan lelaki. Taufiq itulah lelaki sempurna dimatanya, yang didambakan Amni untuk dijadikan teman hidup. Terasa lengkap sudah pencariannya selama ini.

Namun…..ternyata taqdir Allah tidak sama dengan kehendak Amni Sorfina. Disini dikupas dengan mendalam bagaimana Amni Sorfina berhadapan dengan saat yang paling sukar dalam hidupnya…..bagaimana Amni belajar tersenyum ketika berada dalam derita yang mengguris jiwa, belajar bersangka baik dengan segala taqdir Allah buat-Nya. Bagaimana Amni belajar untuk mengenal hakikat “redha”, sedangkan perkara yang paling diingin-ingnkan selama ini, yang sejak sekian lama baru ditemui…kini terpaksa dilepaskan pergi.

Subhanallah………..

Apakah orang-orang beriman itu menyangka mereka sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji??(Al Ankabut ayat 2-3)

Inilah harga yang perlu dibayar Amni. Syurga Allah itu bukan murah harganya. Sesungguhnya Allah telah membeli orang-orang mukmin itu dengan jiwa dan harta mereka..dan memberi mereka dengan syurga(At Taubah ayat 111).

Memang terasa peritnya, memang terasa pedihnya..Amni menelan segala yang terhidang untuknya dengan penuh rasa tawaduk dan istiqamah. Jalan yang disediakan Tuhan dihadapan sana pastilah lebih baik. Kerana Amni yakin, Dia perencana yang Maha Hebat. Usah ditangisi akan taqdir-Nya...usah dikesali akan keputusan-Nya.

Disamping masalah Taufiq dan Irfan...ada dugaan lain yang bertandang silih berganti. Sahabat Amni yg tersayang diambil Allah ke sisi-Nya. Seolah-olah tidak pernah surut dari hidup Amni perkataan “derita” dan “ujian”. Aimata menjadi teman sejatinya. Namun........jauh diatas segalanya, setiap perkara itu menghidupkan lagi benih cintanya kepada Allah.

Amni tidak mengalah dengan ujian yang mendatang, tidak berputus asa dengan apa yang bukan miliknya, malah tidak pula bersangka buruk dengan Allah yang meletakkan jalan derita buat-Nya.

Suatu hari, pernah tersungkur juga dia...tidak mampu berdiri lagi meneruskan langkah tatkala ujian terasa begitu berat dan melelahkan. Namun Allah Yang Maha Penyayang tidak pernah meninggalkannya. Malah terus-terusan memberikan petunjuk dan Hidayah-Nya..sehingga Amni mampu bangkit semula meneruskan langkahnya. Allah adalah kekuatannya!!

Jauh dari segalanya Amni tahu, hati yang derita dan penuh kesedihan miliknya itu lebih lunak, dan mudah pula dekat dengan Allah. Itulah sebenarnya kehendak Allah. Agar Amni Sorfina lebih tabah..dan lebih memerlukan Tuhannya. Kerana manusia itu sering kali lupa pada Tuhannya ketika berada dalam nikmat dan kesenangan. Tetapi, dekat sekali dengan Tuhannya ketika berada dalam kesusahan dan derita.

“Ya Allah........kuatkanlah hati daku untuk selalu ingat kepada-Mu dan jadikanlah kesusahan yang kualami ini sebagai cara untuk aku mendekati-Mu” – Amni Sorfina
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

EPISOD AKHIR (Sambungan epilog)

Akhir sekali..apakah yg menanti Amni.Siapakah yang dipilihnya. Apakah Irfan yang menagih janji ataupun Taufiq yang ditunggu-tunggu selama ini ???

Taufiq tiba-tiba hadir semula dalam hidupnya setelah hampir 2 tahun sunyi dari hidup Amni Sorfina. Ketika itu Amni sudahpun bersedia dan mula membuka hatinya untuk memilih Irfan sebagai teman hidupnya. Mereka bakal bertunang sedikit waktu lagi.

Lelaki yg didambakan Amni untuk dijadikan teman hidupnya selama ini ialah Taufiq Imran. Lelaki pertama yang dicintai Amni Sorfina adalah Taufiq. Kemunculan semula Taufiq seolah-olah membuka kembali lembaran baru dalam hidupnya. Ternyata selama ini Amni belum pernah melupakan Taufiq apatah lagi menyingkirkan Taufiq dari hatinya. Segala kisah silam yang terjadi bukan salah Taufiq. Amni tiada sebab untuk membenci Taufiq, malah tiada sebab pula untuk melupakan Taufiq. Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu tiba juga.

Akhirnya Taufiq memang benar-benar kembali dalam hidupnya. Bunga-bunga cintanya terasa kembali mekar…semekar cintanya pada Taufiq yang tidak pernah padam.

Tetapi mampukah Amni memungkiri janjinya pada Irfan. Mampukah Amni Sorfina menjadi pendusta dan munafiq. Yang mana apabila berjanji dia melanggar janjinya. Janji Amni untuk membawa Irfan mengenal Allah dengan lebih dekat, membimbing Irfan ke jalan dakwah, mengajar Irfan menjadi lelaki yang diadun dengan Al Quran.

Sedikit demi sedikit Amni nampak Irfan mula berubah. Amni lihat kesungguhan Irfan dalam berusaha. Amni tahu kejujuran hati Irfan. Tenyata Amni juga tiada sebab untuk menolak Irfan begitu sahaja. Tidak tergamak untuknya mematahkan sekeping hati yang begitu tulus dan suci mencintainya. Saat berita buruk menimpa keluarga Irfan..Irfan lebih memerlukannya. Irfan lebih perlukan sokongan dan dokongan dari Amni.

Lalu, apakah pilihan yang Amni miliki. Kedua-duanya lelaki yang terlalu baik..terlalu baik untuk disakiti hatinya. Tetapi Amni harus memilih kerana dia tidak bisa memilih keduanya. Ada hati yang akan terluka..ada jiwa yang pasti terguris.

Amni perlukan seorang suami yang mampu membimbingnya..bukan lelaki yang dia perlu bimbing. Kerana dia hanya seorang wanita yang dijadikan dari tulang rusuk seorang lelaki. Baginya, lelaki itu adalah pemimpin. Pengemudi bahtera yang bakal dinaikinya.

Tetapi, dalam masa yang sama Amni merasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus. Perlukah dikorbankan perasaan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufiq, demi menunaikan sekeping janji dan amanah. Cinta itu bukan kerana terpaksa dan kasihan…..tetapi Amni tidak mampu mengatakan perkara sekejam itu kepada Irfan………!!

Siapakah yang akhirnya dipilih Amni Sorfina. Keputusan yang harus dibuat bukan sembarangan. Sekali lagi taqdir mengujinya. Tegakah dia melukakan hati seseorang demi memenuhi impian dan kehendak hatinya selama ini.

Akhirnya........kepada Allah jualah Amni Sorfina merintih, mengadu dan mohon petunjuk terbaik. Amni mencari nur cinta Tuhannya.....kerana dengan cahaya cinta itu sahaja bisa menjawab segala persoalan hidupnya. STANZA CINTA adalah perjalanan Amni Sorfina dalam mencari Nur cinta Illahi. Demi mendapatkan cinta makhluq-Nya…terlebih dahulu harus dicari cinta yang hakiki. Cinta yang tidak pernah surut atau berkurang itu pastilah cinta dari illahi..malah sering bertambah meskipun telah direbut oleh hamba-hambaNya yang lain.

Sekian..STANZA CINTA nukilan dari Nurull Halawati Haron (Halawatul Iman).

Tuhan…….ku mencari-mencari cinta…akhirnya ku temui cahaya cinta sejati milik-Mu. Ingin ku peluk cinta dan rindu ini…biar tidak sekali-kali Engkau jauh dariku. Ingin ku nyatakan pada dunia...aku bangga menjadi makhluk-Mu!!Aku bangga menjadi khalifah yang dicintai-Mu.

Versus

Why aku start dengan tajuk versus? Versus ni novel HLOVATE yg terbaru aku baca. Sepatutnya aku baca Ked's Story dulu...baru baca VERSUS ni. Y? Sbb VERSUS adalah sambungan kepada Ked's Story.

Walopun kupasan agak dalam, tp aku sukakan buku ni.

Aku sukakan quote ni...
......bukan mudah untuk berubah
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan.....
 
Semua manusia perlu berubah untuk menjadi lebih baik. Manusia yg x mau berubah xkan berjaya dalam idup. From now on, I got my motivation to move on.

Thanks to the writer yg memberikan aku inspiration to move on. To look forward into my life. To teach me how to appreacite my lovely life. Kita x pernah sempurna kerana kita sentiasa ada ruang untuk memperbaiki diri kita. Kalo kita rasa kita sempurna, kita xkan memperbaiki diri kita.

Untuk menjadi muslim yg baik, kita harus masuk sepenuhnya ke dalam agama....bukannya separuh2. Insya-Allah...