Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Haaaaaaa Tepuuuukkkkkkk

Bila kepentingan politik dan poket YB2 melebihi kesihatan rakyat.

Kesian frontliners.

So jom tukaq #

No more #kitajagakita but #rakyatjagarakyat

Podah....politicians semua hampeh.

Now, aku tringin KDrama tajuk K2. How fake politicians.





XOXO Lots of loves -H3H-

Menteri KPT sila letak jawatan. 🙄
















XOXO Lots of loves -H3H-

Third Wave of Covid-19 in Malaysia

Pilihanraya negeri #PRN terpaksa dibuat disebabkan ada orang politik lompat parti atau bubar DUN. Walaupun keadaan wabak tak mengizinkan, tetap orang politik nak adakan pilihanraya.
Orang politik tetap buat kempen-kempen PRN di sana sini. Macam pesta la. Orang politik yang dari Semenanjung pun sibuk pergi Sabah.
Nasihat? Pakar perubatan sudah beri nasihat dan rakyat sudah marah. Tetapi orang politik tak ikut pun. Orang politik kan guna kuasa yang mereka ada.
Selesai PRN, orang politik tak kuarantinkan diri pun. Ada orang politik yang salahkan pihak kesihatan apabila diri disahkan positif setelah ke sana sini. Senang cerita, punca peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 sampai 260 kes pada hari ini ada berpunca daripada orang politik.
Kalau benar akan ada Perintah Kawalan Pergerakan #PKP kali kedua, rakyatlah yang susah. Rakyatlah yang tanggung kesukaran hidup, sedangkan orang politik bersenang-lenang.
Saya cadangkan nanti ada vaksin, suntikkan kepada orang politik lalu dedahkan kepada virus secara terang. Kalau orang politik survive barulah vaksin diberi kepada rakyat. Biar orang politik jadi frontliners uji keberkesanan vaksin atau ubat Covid.
Saya cadangkan rakyat saman orang politik kerana mengadakan pilihanraya ketika situasi wabak Covid19 masih 'panas'. Jangan berlapang dada tak tentu pasal, ini bukan kali pertama orang politik menyusahkan rakyat.
Dan saya cadangkan orang politik berhentilah jadi orang politik. Tolonglah jadi manusia normal pula.
Saya garang ni, saya marah ni.
XOXO Lots of loves -H3H-

Perdana Menteri Malaysia ke-8

Image may contain: 1 person, text
 
Perdana Menteri Malaysia ke-8 :
1. Tak pernah cakap melayu malas.
2. Tak pernah cakap soal politik ketika buat pengumuman khas.
3. Tak pernah cakap negara tiada duit.
4. Tak pernah cakap salahkan kerajaan lama.
5. Siap Baca Doa Untuk rakyat Malaysia
6. Tak pernah cakap yg menyombong diri.
Setakat ini, inilah Perdana Menteri yang
terbaik kita pernah ada..benda baik kita
sokong 👍👍👍
Alhmdulillah terima kasih Allah
Terima kasih Abah❤
Semoga TSMY di panjangkan umur oleh Allah SWT walaupun di katakan Pengkianat.

XOXO Lots of loves -H3H-

Covid-19 Jokes : Booooo trump




XOXO Lots of loves -H3H-

Malaysia Politician - Jokes

Bila orang Malaysia menghabiskan masa lapang dengan kreatifnya...hahahah

Original post is here ya
Tun M is like your old grumpy grandfather. He is powerful and always be critical to you.
Tan Sri Muhyidin is like typical Malay father. Quiet, less talk, only do what is necessary.
DS Najib is like your happy go lucky rich uncle, who is the most successful uncle, and always give you high amount duit raya. Sometimes you always wonder how he get rich, you acknowledge that he is smart, but you dont mind as long as he give good duit raya.
Meanwhile, DS Anwar is the uncle who always talk a lot, seems like to have many friends. During kenduri, he is the one who always conquer the event, while the other uncles busy with all the chores. Yeah you know, the sweet talker uncle at kenduri.
TG Haji Hadi? Your uncle who leads the prayer and doa selamat. The one with wife dengan tudung labuh tu. Yang anak anak dia ramai, semua jadi belajar tinggi tinggi dan jadi orang tu. You are not very close with him but you know he is a good man with principle.
This one newly added, but my imagination of Mat Sabu is your unemployed uncle, could be the youngest one, kerja kampung, doing odd jobs. He is a very funny uncle, selalu buat lawak dan sakat budak budak. But yes, dont rely anything to him, he is not a serious man, but he is kind and trustworthy, looking after the grandmother at home.
Azmin Ali? Cukuplah macam sorang uncle yang baru balik dari belajar oversea. Pakcik kesayangan atuk dan nenek. Nenek sayang dia ni, tak bagi kerja berat berat. Bini pun lawa, stock2 oversea. Kalau balik rumah kampung, confirm dapat bilik special untuk dia dgn bini dia jer. Orang lain tidur ruang tamu.
Rafizi Ramli ni anak pada uncle yang sweet talker tu. Pandai juga orangnya, jadi modal uncle sweet talker tu sembang la dekat kedai kopi. Cuma dia ni menurun sikit la perangai bapak dia, sembang kuat. So try hard sangat nak nampak relevan bila kenduri dengan sedara mara. Dia tak berapa suka dengan uncle dia yang balik oversea tu.
KJ? KJ ni pangkat sepupu la, anak kepada uncle kaya DS Najib. Anak orang kaya, macho. Masa zaman kecik kecik dia la yang pangkah gasing orang terbelah dua. Ketua budak budak kampung main lastik, mandi sungai. Dah besar dia follow macam bapak dia, ada karisma. Tapi dia tak suka bapak dia, hubungan derang tak ngam.
Sayed Saddiq ni adik bongsu korang, sesuai jadi anak DS Muhyiddin. Sindrom ayah dah tua tak marah anak bongsu. Dia ni takde geng sebab semua adik beradik dah besar besar. Tapi dia ada bijak sikit, dapat masuk MRSM. Nerd sikit, tak lasak macam budak kampung lain. Kalau cuti dari MRSM dia duduk rumah jer main game.
XOXO Lots of loves -H3H-

Padan muka kau maszlee! - ust Ibnu rijal



Itulah dah cakap, jawatan menteri untuk orang bodoh. Kau ada phd, kau nk masuk jugak. Skrg apa cer? Padan muka kau!

Dulu masalah budak kecil dan miskin nk jaga kasut mereka. Mana dengan basuhnya mana dengan kapurnya. Mana dengan nak dijaganya. Asrama pula mengada nakkan kasut itam. Nak main futsal masa waktu pj, nak kena kasut sukan lagi. Takkan lah nk usung kasut putih tu kemana2. Pening famly miskin ni fikir. Menteri bertukar2 tak penah peduli pun hal ni. Yelah, menteri kot.. takkan nak pandang kaki budak miskin kan? So lantaklah mak pak dia nk berhutang pun. Kasut je pun. Tiba2 kau datang maszlee, by one simple arahan, tukar kasut hitam. Simple. So bdk miskin tadi ni tak pening dah, all-in.. tahan lasak. Apa kau dpt maszlee? From that day, orang gelar kau menteri kasut hitam! Yelah, tu tanda visi kau membumi, sbb tu kau nampak kasut. Cuba lah kau belajar dari menteri sorang lagi, visi dia melangit, sebab tu dia nampak kereta terbang! See, dia tak kena tekan pun ngan gergasi politik. Padan muka kau!

Kan orang dah ckp, kpm ni lubuk duit. Kau ingat sapa nak peduli sekolah di ulu sabah sarawak dan hutan hutan? Kalau buat sekolah cantik cantik pun, diorang bukan datang pun. Diorang sibuk kutip petai dihutan. Buat ala kadar sudahlah, lebihan duit tu boleh jugak tampung melancong, kereta baru, anak bini, ketua2 cawangan semuanya nak kena suapkan makan. Tetiba kau datang, kau beriya iya nak pertahankan sekolah2 hulu tu.. siap usung gambar sekolah tu ke parlimen. Beriya betul. Kau ingat orang hairan? Orang x pandang la sekolah busuk hulu kampung tu. Menteri nak turun sekolah pandai, sekolah elit, ada jamuan besar besar, seluar pun tak kotor, ada alumni korporat jutawan, alih alih kau jadi menteri, kau pergi turun sekolah usang. Low class! kan dah mendapat. Padan muka kau!

Orang dah pesan, jadi menteri ni, jangan cuba memahami. Tapi cuba difahami. Semua menteri buat mcmtu. Alih alih kau beriya iya nak memahami bebanan tugas guru bagai. Segala fail2 report yang merepek meraban tu semua tak perlu buat dah. Eh kau sapa? Kau tau tak ppd jpn dan nazir tak respect pun arahan kau. Diorang still tekankan fail berbanding murid. Murid bodoh piang takpe, asalkan fail lengkap. nazir dan menteri dulu turun tengok fail, tapi kau turun tengok murid. Kau dah kenapa? Murid tak pentinglah lee! Yang penting fail tu, menipu pun takpe, janji fail report tu lengkap. Ini amalan biasa penjawat awam. Kau nak lawan arus? Kau tahukan selama ni bila jpn kpm turun sekolah, cikgu sibuk mempersiapkan fail. Bukan mempersiapkan budak. Sbb diorang tak heran pun kat budak, yang penting fail semua tu. Kau datang nk buang semua ni.. marahlah diorang, ini kerajaan fail, laporan, meeting, jamuan, rombongan dan bungkus lauk lepas meeting. Tetiba kau nak tukarkan jadi kementerian "kemanusiaan". Skrg terimalah, fail kau tak cantik, letaklah jawatan! Padan muka kau.

Ni nak cakap.. cikgu duka lara, kenapa kau kisah sangat? Lantaklah dia tak jumpa suami dia ke isteri dia ke. Peduli apa. Kau menteri, fikir isteri kau sudahlah. Nak pakai beg apa kasut apa. Ini tidak, kau nak sangat tolong diorang. Dulu isu guru duka lara ni dah macam tanda2 kiamat. Punya susah nak settle. Alih alih kau datang, senang je kau settle. Banyak keluarga dah kembali tertaut. Kau melampau la maszlee, kau tak tahu ke dulu ni nak bertukar semua tu selain doa, cable kau kena kuat? Kau datang je semua cable tak function. Semua dilayan sama rata. Mana boleh macam tu! Dulu, guru nk angkat kepala dekat ketua pemuda kawasan pun takut. Sebab cable ni la. Tapi masuk je era kau, guru sendiri yang hina dan troll kau di facebook. Kau tak tukar pun mereka. Nak jadi baik konon, nah sekarang sebab kebaikan itulah kau 'ditukar'.

Orang dah cakap, bila ada jawatan kena berlagak sikit. Kau tak tahu ke cikgu yang baru naik gred 44 pun lain macam dia punya ketuk meja meeting? Cikgu yang bini datuk pun kena dihormati oleh pgetua walaupun dia mai kelas cuma melawa. Ini budaya dah lama. Alih alih kau datang nak jadi "pakcik". Apa kelas kau lee? Kan dah kena berhenti. Padan muka kau.

Nih satu lagi, orang dah cakap jangan kacau tokey besar. Elok2 je internet slow kat sekolah. Rileks je kitorang isi report budak berejam jam, pastu system down. Isi balik. Pastu internet putus, ilang semua data. Kitorang ok je guna data sendiri, asalkan jangan kacau "kawan2" menteri. Alih alih kau datang, kau hapuskan monopoli. Sapa nk tender kena peform. maxis digi celcom semua dapat, fight servis sapa terbaik. Abis internet jadi laju. Nk google apa pun senang. Google classroom frog semua tu dh boleh senang access. Susahlah cmni, internet ni kan senjata yahudi. Hmm.. kau degil. Tengok kan dah kena nasihat berhenti. Padan muka kau maszlee.

Orang dah cakap, persetankanlah jawi tu. Bukan penting pun. Budak x reti baca jawi, apa kesannya? Alah sekadar x boleh baca quran. X penting pun. Yang penting budak boleh jadi saintis, engineer doktor. Quran tu hal peribadi la. Umno parti keramat melayu pun bunuh jawi dulu, alih alih kau barua DAP nak angkat jawi. Kau siapa lee?

Satu lagi uec, kau tak iktiraf kenapa?Dong zong dah marah kau. Kau ingat diorang sapa? Diorang kan bumiputera asli. Kau tak tahu ke uec ada dalam manifesto ph dan bn? Kau tak paham lagi? Follow je. Gergasi politik ni dua2 side sama ja.. tapi kau degil, nak jadi hero bangsa jugak. Last tengok, bangsa ni jugak yang hari hari ketawakan kau troll kau pasal kasut hitam pasal tol simpang renggam.

Padan muka kau!
Takpelah.. kau ada phd, nama kau besar dalam akademik. Berebut universiti nak kan kau. Tak cukup dalam, luar negara pun nak. English fluent, arab fluent..agama pandai, akademik pandai.. nak apa lagi kan?

Kami ok. Cuma pasni, pakcik mana lah yang nak peduli kasut anak anak kami. Pakcik mana lah yang nak kisah sarapan pagi anak anak kami kan..
Padan muka kau maszlee.. kau boleh berehat, keluar dari kereta yang kau pandu kami ke depan. Sedang kami didalam, diam menanti, siapa yang akan pandu kami ke belakang kembali. 😞

-Ust Ibnu rijal-

#copyandshare

XOXO Lots of loves -H3H-

Barisan Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan

Hari ni, secara rasminya Malaysia mempunya Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama.

Dalam sejarah, suaminya DSAI jugak pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri kpd Perdana Menteri yang sama.

Majlis angkat sumpah barisan Kabinet Pakatan Harapan, semoga memberi harapan baru kepada rakyat.

I am looking forward kepada new Minister of Education Dr Maszlee. Please...revisit current syllabus and focus more on memperkasakan peribadi anak-anak. Jangan jadikan mereka robot peperiksaan.



XOXO