Today is Friday....olalalalala

Today is Friday. Weekend mood already. Olalalalala...hari masuk kerja half day. Bukannya, saja ja malas. Spent this morning dengan gunting baju Kak Ela. Dah siap tiga-tiga helai. Malam ni kalau sempat boleh gunting baju Kak As. Esok boleh jahit tepi.

Weekend ni abang sibuk. So boleh la aku siapkan baju-baju depa. Insya-Allah. Semalam semua kerja terbengkalai, abang ajak pi Tesco beli mineral pot. Yang lama dah bocor. Dah uzur gamak dah empat tahun pakai. Balik pun dah lewat, nak iron baju lagi nak solat Isya' lagi. Dekat koi 1 baru masuk tidoq. Semalam sakit, pedih sangat bila bubuh ubat. So tak leh tidoq...dekat koi 3 baru boleh lena. :(

Kadangkala life ni tak adil. Maksud aku, manusia buatkan life ni jadi tak adil. Bila lelaki menurut kemahuan perempuan membuta tuli hanya kerana dikaburi dek kemanjaan, kelembutan dan mungkin sedikit kegedikan. Buatkan manusia sekeliling merasa peritnya. Walaupun aku tak terlibat dalam kedua bahagian, aku tetap bencikan benda yang terjadi. Betapa tak adilnya manusia bila berada di atas.

Sedih bila manusia bersikap selfish. Sebab tu kita boleh tengok ketidakadilan di mana-mana saja tempat di dunia, tak kira besar atau kecil pangkat seseorang...ada saja ketidakadilannya. Tapi sebagai seorang Islam, keganasan di Lubnan dan Palestin oleh Israel amat menghiris hati aku.

Tambah lagi bila tengok Adib yang agak murung sewaktu serangan Israel ke atas Lubnan. Kalau aku, di tempat Adib rasanya aku dah tak mampu nak kerja. Bila isteri dan anak-anak entahkan hidup entahkan mati di BOM Israel...Yahudi Laknatullah. Baru ja balik ke Lubnan, tup...tup ini jadinya. hm...

Kehidupan adalah sesuatu yang penuh kesukaran dan kepayahan. Namun tanpa cabaran dan dugaan, kita takkan merasa betapa manisnya kebahagiaan. Manusia kerap mengeluh tanpa melihatnya dari sudut yang lain. Sememangnya fikiran manusia terhad, begitu juga dengan aku. Seringkali terlupa untuk bersyukur apabila senang.

Aku menanti hari-hari bahagia teman-teman aku...Aida...Sue...Oja...Ayu...Wani...Miza...dan ramai lagi. Menanti hari mereka sah bersama pasangan masing-masing...menikmati kebahagiaan sebagaimana aku menikmati kehidupan aku. Aku sayangkan mereka dan aku mengharapkan yang terbaik buat mereka. Rozi sudah menyertai aku lewat seminggu, aku juga mengharapkan dia bahagia seperti aku ataupun lebih lagi.

Cinta suami dan kasih keluarga buatkan aku ingin terus hidup, terus berjuang menghadapi hidup yang kita sendiri tak pasti bagaimanakah ia akan berakhir. Apa yang pasti aku hanya ingin bahagia bersama-sama semua yang aku sayang dan kasihi.

Life is hard but its beautiful if we know how to appreciate it.

- Luvs 4ever-

0 comments: