Langkawi sblm ni pilihan kami meraikan anniversary kami yg pertama dulu. Walopun mengikut kalender omputih kami dinikahkan pd 21 April 2005, kami memilih untuk meraikan mengikut kalender Islam bersempena sambutan Maulidur Rasul Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
Perancangan yg dibuat agak last minute dan hampir ditangguhkan. Sebabnya kami x perasan, warga Kedah dan Kelantan cuti straight 3 hari, Khamis (maulidur rasul), Jumaat dan Sabtu yg mmg cuti minggu. Manakala negeri2 lain ada yg sambung cuti minggu dgn Thaipussam hari Isninnya.
Secara x langsung buatkan chalet dan hotel penuh. Bila balik umah, aku bgtau hubby potential to postpone. Tp sbb hati dia mmg nk sgt pi, hubby spend till 1.30a.m untuk looking for chalet/hotel.
Finally, thru booking.com kami jumpak Chalet named Mali Perdana Resort kat Pantai Tengah. Price dia RM100/nite. Which is within bajet, sbb bajet pernite max rm150. Kami booking online on the spot sbb remaining 3 more rooms ja.
The next day, hubby called arrange with his cousin untuk tukar keta. Kami amik keta Dik Yah kat Langkawi dan Dik Yah yg kebetulan nk balik SP akan amik keta kami. So, dua2 save x yah sewa keta...hehehe. Dik Yah cakap, kat jeti waktu nk balik mainland saja ja dia tanya sewa kancil brapa? RM100....pergh... gila cekik darah.
Aku lak, call Mali Perdana Resort nk confirmkan booking. Bukan apanya, aku xpernah guna booking online hotel ni. Takut gak la...dah la x amik deposit. Nanti x pasai2 kami kena beli khemah dok tepi pantai lak.... hehehe.
Dik Yah target nk naik feri koi 9pg which suppose to arrived Kuala Kedah 11.30. So, bole kami amik feri koi 12noon. Cun cun bajet check in koi 2 ptg la. Tp kita hanya merancang, Dik Yah sampai koi 1.00 tghari dan kami x dpt tiket 1.30 sbb terlambat siiiiiiiiiiiikiiiiiiiiiiiiiit ja. Mmg frust arr. Bot kami scheduled koi 3.
Org kat jeti mmg sgt22 ramai. Tawakal je la. Happen to be, bot kami delayed dan kami hanya bertolak dr Kuala Kedah koi 4ptg and arrived in Kuah 6.15ptg. Alhamdulillah, selamat jugak kami sampai. Walopun agak lewat, terasa mcm dah rugi la jugak sehari.
Sampai kat Jeti Kuah, hubby pi amik keta Dik Yah. Tinggai la aku dgn hero kecik ni kat lobi. Kat situ ada mcm2...kena la aku. Anak ketuk aku dgn eskrem BR. Aduhaii...anak sayang. Dok la diam sampai abah mai dgn keta. Sib baik la jugak.
Dari Kuah ke Chalet, kami amik jalan belakang. Ikut GPS. Kami set GPS Underwater World sbb katanya Mali Perdana Resort just 2 minutes walk from Underwater World. GPS bawak kami ikut penempatan Navy dan Awani. Bila lalu depan Underwater World, x nampak pun nama resort...kami teruih ja sampai melepasi AB Motel dan Cenang Mall. Rasa cam dah jauh, aku call resort. Rupanya resort mmg x nmpk dr jalan besaq. After got direction from receptionist, kami selamat sampai ke Mali Perdana Resort.
Kami check in into bilik no 40. Bilik tingkat atas, bilik ke3 dr ujung. Nampak pantai dr bilik kami. Condition bilik agak bagus dan cantik dan kemas. Aku rasa cukup bagus untuk bilik bajet. Cuma bantai dia nipis...tp x pa bole mintak bantai extra.
Bilik ayaq pun bersih dan hot shower pun ok. Ayaq kuat. Cuma TV ja x dpt reception. Hm...
Tp sbbkan kami 3 dah penat dan lapaq, siap mandi kami terus keluaq cari makan. Mulanya hubby nk drive. Tp aku cakap kat hubby, kita jalan kaki je la. Sbb byk keta, org pun byk lagipun nmpk byk kedai makan kat walk way Pantai Cenang tu.
To be honest Pantai Cenang dah sgt2 berubah. Aku still remember 7 years ago, Underwater World ni isolated dan mmg x dak apa dekat2 dgn dia. Tp ni mmg crowded all the way. Mmg dah x nmpk kampung lg dah.
Hati aku tertarik nk makan kat Aliah Seafood Restaurant. Aku rasa restoran ni bole nmpk pantai kalo siang sbb dr restoran bole dgr bunyi laut. First impression, cam nk lambat ja makanan sbb few meja x dpt mknan lg dan few meja lg bersepah dgn pinggan x angkat.
Tp kami dok jugak, aku pi panggil brader amik order and we make our order. Tp alhamdulillah, x la lambat sgt. Cuma mmg org keja x ramai, tp mungkin tukang masak ramai.
Kami order ikan kerapu bakar, ketam goreng kunyit, retak seribu masak cabai, sup ayam dan kangkung goreng belacan. Alhamdulillah sgt sedap dan seafoodnya sangat manis. Mmg tersandar kekenyangan la kami. Risau jugak kalo price gila mahai sbb org ramai kan? RM78. Aku rasa cm std rega mkn kat kedai bakaq la.
Selesai makan, kami ke Cenang Mall yg just lintas jalan ja. Cenang Mall ni ada mcm2 jugak. Yg masih bukak Starbuck, KFC, Guardian and few more shoplot termasuk 1 kedai coklat.
Price dia not bad. Kami beli jugak beberapa jenis coklat yg nmpk menarik dan sbb.
We snapped few pic akt depan Cenang Mall, mcm ada tempat lepak. Cantikm jugak.
Balik bilik, kami singgah mintak bantai lebih dan iron. Pastu kami komplen pasai TV. Pekerja resort pi bilik dan try adjst TV tp x bole jugak. Depa offer kami tukar ke bilik no12. Aku mintak hubby tgk dulu bilik tu, kalo ok baru tukar.
Bila dah puas hati dgn bilik baru, kami angkat brg dan masuk bilik baru. Masing2 pun dah penat, koi 11.30mlm kami dah siap2 nk tidor dah. Get ready sbb esoknya nk jalan2 sepanjang hari....hehehehe.
XOXO
0 comments:
Post a Comment