Forum Perdana Ehwal Islam Sempena 100 Tahun Sek Ibrahim

Malam ni, kalut2 balik keja sbb nk pi forum perdana kat Sek Ibrahim.
I'm happy walopun aku kalut tapi pengisiannya sangat berbaloi.

 
 
I love this view
 












Mak dengan Dr Sharifah Hayaati


Live video from majlis ada dlm youtube ya, kat bawah ni



XOXO Lots of loves -H3H-

Boss baru belanja

Alhamdulillah, hari boss baru belanja kita makan tengahari.

TQ, kak lina sebab belanja. Belanja selalu2 pun x pa. Kami terima ja...hahahaha

Tema hari is BROWN.

Sayangnya, last min Naim tak bole join. So...incomplete.





































XOXO Lots of loves -H3H-

Toxic relationship and mental abuse


From FB : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=832516910440899&id=615923662100226


Kalau anda rajin membaca kisah rumahtangga orang di media sosial, anda pasti ada terbaca kisah hubungan toksik yang berlarutan bertahun-tahun. Kadangkala kita terfikir, bagaimanakah seseorang itu dapat bertahan dengan pasangan yang begitu negatif begitu lama?

Sebagai contoh, seorang suami menasihati isterinya untuk duduk di rumah dan tak memandu kerana risiko dan berbahaya. Dia mungkin menceritakan berita atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya bagi menguatkan lagi hujahnya. Nampak biasa, bukan?

Sekarang bayangkan ia berlaku secara persisten dan berterusan. Dari nasihat yang mudah, apabila ditokok-tambah dan diperingat setiap hari hingga bertahun-tahun, akan menyebabkan keyakinan si isteri untuk keluar rumah dan memandu sendiri semakin luntur. Bila si isteri cuba juga, suami akan ungkit kisah-kisah silam atau contoh dari sekelilingnya. Dan kalau disanggah, suami akan melenting dan marah-marah, menyebabkan si isteri berundur dan akur.

Akhirnya selepas beberapa tahun, si isteri yakin bahawa dia tidak pandai menjaga diri dan akhirnya tidak yakin langsung untuk memandu, sungguhpun dia memperbaharui lesen memandunya setiap tahun.

Pernah dengar? Ia sebenarnya kerap berlaku dalam pelbagai bentuk dan intensiti dalam masyarakat kita. Apabila sesuatu pihak menjadi dominan di dalam sesuatu perhubungan itu, dia akan cuba memastikan kuasa dominasi itu kekal di tangannya. Dengan secara perlahan-lahan, sistematik dan berterusan, dia akan memanipulasi pihak yang submisif hingga mereka tidak berupaya melawan atau menentang.

Ini digelar GASLIGHTING.

Ia tidak terhad kepada hubungan suami-isteri sahaja. Ia boleh berlaku antara adik-beradik, kawan-kawan, majikan-pekerja dan juga rakyat-pemimpin! Apa sebenarnya gaslighting ini?

Gaslighting adalah satu terma yang dipakai untuk merujuk kepada kelakuan manipulatif yang berterusan ke atas mangsa, yang menyebabkan mangsa sangsi terhadap diri sendiri, hilang kekuatan kendiri, lemah identiti, rendah diri dan sebagainya. Ia adalah satu bentuk kawalan minda atau brainwashing, dan boleh dikategorikan sebagai penderaan psikologikal.

Kembali kepada cerita si isteri di atas, beliau akan membentuk satu sifat kebergantungan kepada si suami tadi. Suami akan mengambil kesempatan Ini untuk memastikan cengkamannya semakin kukuh. Sesekali si suami akan mengeluarkan ugutan-ugutan kecil, seperti tidak mahu lagi menghantar isterinya ke pasar kalau permintaannya tak dituruti.

Apabila ugutan-ugutan kecil ini berjaya, ia akan disusuli dengan ugutan yang lebih besar, seperti ancaman fizikal atau penceraian. Ugutan atau ancaman ini boleh datang dalam pelbagai bentuk. Kisah di atas hanya satu contoh sahaja dan kami pasti para pembaca sekalian cukup matang untuk membuat inferens sendiri.

Kenapa tak lari? Ini persoalan yang kerap ditanya oleh teman-teman apabila si isteri meluahkan perasaan kepada mereka. Kerana sesekali si suami memainkan kata-kata manis, mengingatkan si isteri kembali kepada memori masa bercinta. Ini menyebabkan si isteri masih berpegang kepada harapan bahawa si suami taklah sejahat mana; atau mungkin ada peluang dia akan baik semula; atau di tahap yang lebih kronik lagi, si isteri percaya bahawa apa yang dilakukan suami itu betul dan apa yang dilakukannya sememangnya salah.

Objektif gaslighter adalah untuk mendominasi, mengawal dan mengambil kesempatan ke atas pihak yang lemah. Dengan menggunakan penipuan, paksaan dan pujukan yang sistematik dan berterusan, si isteri tadi akan sentiasa berada dalam keadaan yang lemah, sangsi, ragu-ragu dan takut.

Di sini, kami ingin mengajak anda untuk sama-sama mendalami isu ini, terutamanya dari perspektif mereka yang ditekan. Perbuatan gaslighting ini bukan isu baru, tetapi sudah dikenalpasti secara saintifik lebih 70 tahun yang lalu. Terma gaslighting itu sendiri terbit dari filem Gaslight (1944), di mana seorang suami secara sistematik menyakinkan isterinya bahawa dia gila dengan membuatkan isterinya mempersoal kewarasan mindanya.

Kalau anda ingin berkongsi, kami buka komen di bawah. Tapi harap maklum, kami tidak boleh memberikan konsultansi. Itu adalah bidang dan tanggungjawab profesional.

#inisainsbeb #azarimy

Rujukan

Sarkis, S.M. (2018) Gaslighting: Recognize Manipulative and Emotionally Abusive People--and Break Free, Da Capo Press, New York.

Gass, G.Z & Nichols, W.C (1988) Gaslighting: A Marital Syndrome, Contemporary Familiy Theraphy, Vol 10, Issue 1, pp3-16.

McKinnon, R. (2017) Gaslighting as Epistemic Injustice, The Routledge Handbook of Epistemic Indjustice, pp167-174

https://www.psychologytoday.com/us/blog/communication-success/201704/7-stages-gaslighting-in-relationship


XOXO Lots of loves -H3H-