TUKAR CARA BERDOA

Pin on Anime Wallpaper iPhone
 
INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah.
🍀FORMULA 1
Sebelum ini kita selalu berdoa, " Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham faham?
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
" Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku)'.
🍀FORMULA KE 2
Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya ALLAH berilah aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,
" Ya ALLAH kurniakanlah aku..."
Kerana apa? Jika kita sebut beri maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut kurnia, maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.
🍀FORMULA KE 3
Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini,
" semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."
Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.
🍀FORMULA KE 4
Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.
Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,
' Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '
Amin Ya Mujib.
Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.
🍀FORMULA KE 5
Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..
Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,
' Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..'
🍀FORMULA KE 6
Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,
' Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..'
Moga Allah makbulkan setiap permintaan kita. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.
Kredit : Tanyalah ustaz
XOXO Lots of loves -H3H-

2 Ramadhan 1441

Dah lama rasa tak selfie.

Alhamdulillah... Selesai hari kedua puasa Ramadhan.

Walaupun berbeza suasananya... Ramadhan tetap bulan Penuh Rahmat dab barakah.

Kami masih dengan misi untuk khatam quran. Insya-Allah. Semoga niat kami dipermudahkan.




XOXO Lots of loves -H3H-

My Family in Celestica

Say hello to them.

They are my family in Celestica.
Previously, I spent about 10 hours a day with them.

After years, they feel more like family than friends.


 










 


XOXO Lots of loves -H3H-

Hello Monday

Good morning.

Hari ni awai log in masuk keja. Koi 7.40pg dah siap kopi o panaih dgn biskut patsagi dan on lappy.

Tergoda dengan gambaq kopi o panaih cicah bahulu from AZ... Jumaat hari tu 😅... Merap husband belikan kopi kampung dan biskut patsagi. Ni breakfast ruji kat opis kalo mak tak hantar breakfast 😁. Dah sebulan lebih tak masuk opis. Rindu pulak dengan menu ruji ni.

Hari ke 6,first week of 3rd PKP. Tak sangka dah 34 hari PKP. 8 more days to go...Insya-Allah...tu pun kalo x sambung PKP4. 💪🏼💪🏼💪🏼

Itupun kalo end by this phase 3.


Ok...time to get back to work. Super hectic Monday dengan few escalation. Dah nampak during weekend. But decided not to on laptop. Menikmati my weekend sambil layan Kingdom Season 2. A bit late untuk org yg sngt menunggu season 2 for a year 😅. Lambat layan sebab tau ada season 3 kot 😝😅

XOXO Lots of loves -H3H-

Burnt Oreo Cheesecake for my 🐻

Budak kecik ni dok mintak kek oreo since his birthday 😅. Tapi, ibu sangat bizi (bz apa ntah).

Semalam baru ibu baked kan burnt Cheesecake oreo untuk budak kecik ni. Inipun sebab ibu nak pulangkan dah oven Acu 😂.

So... Kena check org repair oven bukak dak... Sebab repair hari tu... Tak OK pun. Atau kena beli oven baru 😪. Nanti2 la kita pk. Dah nak posa pun 😅.

Hari ni, bila ibu cakap ibu buat dah kek untuk baby ibu.

Surprisingly... He answered me with...
"Abang bukan baby ibu la... Abang teddy bear ibu." 🤣🤣🤣🤣

Yelah Yelah... Teddy bear 🐻 pun bole... Asai kan ibu bole gomoi awak 😝






Menikmati ciskek dgn aiskrim vanilla.... Sedap gila combination ni 😍


#rayyanhiwayat
#ibudananakpunyamoment
#teddybearibu
#pkpphase3


XOXO Lots of loves -H3H-

Covid-19 : UPSR dan PT3 2020 dibatalkan




Rumusan ringkas sidang media bersama YBM KPM sebentar tadi.

✅KPM akan umumkan pembukaan sesi persekolahan dua minggu lebih awal.
✅Spm dan sijil vokasional ditunda ke suku pertama tahun hadapan.
✅Peperiksaan Semester 2 dan Semester 3 STPM diubah kepada Ogos 2020 dan suku pertama 2021.
✅Tarikh masuk IPT bagi program diploma dan matrikulasi adalah pada Julai 2021 dan program ijazah pada September 2021.
✅UPSR dan PT3 dibatalkan
✅Pembatalan UPSR dan PT3 tidak jejaskan penilaian murid. Penilaian kaedah baru akan dibuat.
✅KPM akan pastikan akses murid kepada PDPc diutamakan.
✅Pembelajaran dirumah secara atas talian perlu ambil kira kekangan guru dan murid dalam sampaikan pelajaran.
✅Perubahan tertakluk kepada hasil perbincangan (mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan murid).
✅Cuti sekolah akhir tahun tidak dipendekkan.
✅Penjarakkan sosial tetap akan dilaksanakan di sekolah.

XOXO Lots of loves -H3H-

PKP Day 27

Dalam serabut segala Kelas online dan homeworks...dia dan lagi melukis 😅

Dia kata yg kiri tu dia...yg kanan tu abg Nazuan dia 😅




Watak dari komik Gaza kalo ibu x silap 😁


XOXO Lots of loves -H3H-

Mereput di rumah

Abih punya mereput di rumah... Tatau nak buat apa... Rasa nk makan coq pisang... Cari pisang x jumpak2. Sudahnya try buat donut sosej la pulak. Guna resepi donut yg sama hari tu.




Tadak org puji... Kena puji diri sendiri.... Sedap oiiii.... Gebu jugak... Lembut jugak.... Yg penting... Sedap makan macam tu saja.



Goreng tak byk.... Yg lain... Buat frozen.

XOXO Lots of loves -H3H-

Happy birthday Paklang dan PakCik

Hari kita celebrate belated birthday untuk Paklang (besday semalam) dan advance birthday untuk PakCik (29hb nnt).

A simple lunch ja... Sbb kot mana pun memang kena makan kan... Hahaha...

Cuma beza ya hari ni... Kita ada eskrem 2 tub besaq from nestle. COD direct ke rumah. Tq, Tasya dan Nazri. Sedap sgt eskrem nestle ni. Nanti bole order lagi... Insya-Allah. Sib baik la kat rumah ni ada freezer... Kalo dak... X bole la nk order 🤣🤣🤣


Kita kluaq drivethru KFC sat untuk tambah Seri menu lunch kita.



While aku dgn mak sebenarnya pulun kerabu daun salom dan sambai kari ja yg lebih 🤣




XOXO Lots of loves -H3H-

Covid-19 : Jodoh Pilihan



Copied from here

Petang semalam semasa PM memberi perutusan khas saya tak sempat nak tengok kerana tengah busy. Cuma big boss yang roger beritahu PKP bersambung lagi dua minggu.

Maka sementara menanti masuknya waktu subuh pagi tadi, saya pun menyelongkar YouTube mencari ucapan PM. Nak dengar juga apa pesanan tuan PM.

Aduh..
Di hening subuh yang sunyi terasa syahdunya bicara PM.
Lembut memujuk memberitahu PKP harus bersambung lagi.
Laksana pujukan seorang ayah kepada anak2nya.

Benarlah PM kita kali ini umpama jodoh pilihan orang tua.
Tak kenal sangat pun..
Minat pun tidak.
Suka pun tiada.
Cinta jauh sekali.
Yang pasti itu bukan calon di hati.

Kita suka pada yang lain.
Dah berjanji sehidup semati.
Tapi dia yang tak serius.
Sepanjang bercinta dia main2.
Semua janji dia mungkiri.

Akhirnya kita pasrah.
Kita ikut cakap orang tua.
Kita pun berkahwin tanpa rasa.
tanpa cinta.
tanpa percaya.
Biarlah apa nak jadi.
Kita sudah pasrah akibat terlalu kecewa.

Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan..
Tiba2 kita bagai tersentak daripada mimpi yang panjang.
Kita baru tersedar.
Ohhh rupa2nya calon bukan pilihan ini sangat mengambil berat.
Sangat mengasihi.
Sangat menghargai.
Sangat menyantuni.

Rupa2nya juga,
karisma itu ada selama ini.
Cuma ia tertutup dengan sifat merendah diri.

Maka berbahagialah kita dengan pilihan kedua "orang tua" yang lebih mengerti.
"Orang tua" yang bersemayam di balai rong seri.
Terima kasih tuanku berdua atas pilihan ini.

Bekas kekasih lama bagaimana?
ohhh dia masih terkejut sendiri.
Setiap hari menuduh kita dirampas calon bukan pilihan hati.
Hakikatnya peluang sudah diberi.
Tetapi dia sendiri yang tidak tahu menghargai.

Buat PM,
Doa kami semoga tuan sihat sentiasa. Dan doa kami juga semoga tuan terus menjadi ayahanda kami bagi seluruh rakyat Malaysia.
Untuk yang kluster kayangan tak payah jadi PM atau ayahanda untuk mereka.
They don't deserve it!

Semoga rantaian covid 19 segera putus dan Malaysia akan lebih makmur dari sebelumnya. Insyaallah.

XOXO Lots of loves -H3H-

Covid-19 : Hitam Adalah Putih Yang Baru


Selain China, belum ada lagi negara di dunia yang batalkan lockdown/stayathome kempen. Lockdown, MCO, RMO atau apa saja namanya, masih tetap berjalan - di seluruh dunia.

Selepas 100 hari Covid 19 memberi shock wave, di peringkat global kita belum nampak tanda tanda penurunan. Malah di sebahagian hemisfera pula, Covid 19 ini baru sahaja memulakan serangan.

Kitaran serangan demi serangan di segenap sisi dunia ini membuktikan yang kita sedang berhadapan dengan pertarungan sengit yang sangat panjang.

Vaksin dijangka hanya akan tersedia paling awal pertengahan tahun 2021. Keyword dia "paling awal".

Kalau paling lambat? Entah.

Berdasarkan fundamental ancaman yang kita alami ini, maka kita tahu - pertarungan ini akan berlarutan dan kita perlu bertahan, adapt, survive dan progress dalam ruang yang tersedia.

Covid 19 memberi naratif yang dunia tidak akan sama sperti dulu, dan tanpa sedar kita sedang beradaptasi melalui proses tersebut.

Hitam adalah putih yang baru.

Budaya dan resam
Bersalaman, berkenduri kendara, berhari raya, berupacara - akan menjadi sesuatu yang taboo. Katakan kita sudah tidak amalkan budaya ini untuk beberapa tahun, semua ritual tradisi diringkaskan dan dimudahkan seadanya - maka rutin kita sedang berevolusi ke arah itu.

Agama
Masjid, Gereja dan kuil - akan perlahan lahan hilang fungsinya. Aku ambil sikit pandangan Amy Sullivan Pengarah Strategy Vote Common God, dia cakap lebih kurang macam ni;

"Agama dan kepercayaan akan melalui fasa yang getir. Agama dan kepercayaan akan betul betul berdiri atas paksi individu dalam keluarga kecil untuk melakukan segala rutin ibadah secara sendiri"

Dengan kata lain, sebagai orang Islam Covid 19 memaksa kita supaya berAgama tanpa solat jemaah di masjid, tanpa solat terawikh di surau, tanpa berkumpul gotong royong sembelih lembu kambing untuk ibadah korban, tanpa ziarah menziarahi di hari raya dan tanpa kenduri kendara.

Sekali fikir, memang jadi takut.

Tapi sedar tak sedar, kita dah melaluinya selama sebulan, macam mana kalau berterusan?

Online sosioekonomi
Peringkat awal RMO, kita mengeluh - tak boleh berniaga, tak boleh bekerja, tak boleh itu dan tak boleh ini. Tapi selepas seminggu makcik pakcik yang kita suka makan di gerai mereka sebelum ni dah mula offer buat delivery. Di pekan kecil, di kampung kampung pemandangan delivery semakin ber-imaroh. Sayur, ikan, ayam, buah buahan, kuih muih dan segala keperluan domestik masyarakat setempat boleh dihantar ke depan pintu rumah.

Kalau dulu kita cakap "aku tak puas beli online, kena pergi mall pegang material baru puas hati". Tapi hari ni prinsip macam tu kita terpaksa ketepikan. Kita kena beli online, sekali, dua kali, tiga kali dan akhirnya kita selesa, seterusnya sikap tu bertukar menjadi kelaziman.

Begitu juga dengan pekerjaan di pejabat. Kalau sebelum ni kita semua skeptikel yang bekerja itu mesti di pejabat, tapi sekarang tidak lagi.
Hari ni kita mengadap Zoom, Skype atau Teams menyelesaikan mesyuarat, buat report, siapkan planning - hal yang biasanya kita cuma buat di pejabat.

Dan kita semakin sedar "ehh boleh je setelkan di rumah". Semua orang terjurus untuk memudahkan kerja dari rumah, dari CEO sampailah ke kerani bawahan. Konsep bekerja manusia sedang mengalami evolusi.

Majikan dah mula berfikir - kenapa perlu sewa pejabat mahal mahal kalau semua staff boleh urus dari rumah?

Pembangunan realiti virtual juga akan lebih drastik demi memberikan pengalaman sosial kepada pekerja tanpa perlu berhubung secara fizikal.

Ya online ekonomi tak boleh selesaikan semua jenis pekerjaan sekarang, itu pasti.

Tapi dalam keadaan sekarang, semua yang kita perlukan adalah bersifat online. Ironi kan?

Pendidikan
Hari ni anak anak kita kena belajar di Google classroom. Cikgu bagi kerja sekolah dan latihan ikut Whatsapp, Telegram. Semua ni tak biasa, tapi hari ni kena biasakan. Cuma kalau berterusan kita mesti tengok secara serius macam mana nak sediakan jaringan internet, peranti/laptop untuk anak anak yang susah supaya mereka juga berpeluang belajar dalam talian.

Betapa disruptive senario ni akan jadi - mak ayah tak perlu keluar duit beli uniform, beg, kasut sekolah, yuran, buku latihan, hatta tak perlu keluar duit belanja sekolah anak sebab hari hari makan di rumah.

Cikgu cikgu pula tak payah hadap komplen mak ayah, tak payah marah, tak payah tengking murid. Semua tanggungjawab tu mak ayah dah ambil sebab anak belajar dari rumah.

Rasa macam susah nak direalisasi dan hampir tak lojik kan? Lojik atau tidak kita sedang melalui dan menyesuaikan diri.

Kekeluargaan
Suami lebih kenal isteri, ibu lebih rapat dengan anak anak. Anak anak lebih masa dengan ibu ayah. Mak jadi makin rajin memasak, keluarga banyak masa bersama. Hubungan kekeluargaan sepatutnya akan bertambah baik. Ya aku tahu banyak juga pergaduhan dan penceraian bila kena paksa lockdown duduk sama sama. Tapi peratusannya terlalu kecil nak dibanding dengan kebaikan lain dalam aspek hubungan kekeluargaan.

Alam Sekitar
Ketika kita bertarung melawan Covid 19, bumi pula kini sedang berehat.

Ya bumi berehat.

Sejak lebih 150 tahun selepas Rockefeller menemui petroleum, Andrew Carnagie membangunkan Steel industry, Vanderbilt menemukan railroads, dan Henry Ford menemukan motokar;

Sejak itu bumi ini bekerja menyerap segalanya - tanpa henti.

Hari ni tiba tiba kereta tidak boleh bergerak sebarangan, kilang tidak boleh beroperasi sesuka hati, hutan tidak lagi ditebang, mungkin lebih separuh penyejuk udara yang beroperasi di dunia sudah dalam mode off sejak sebulan. Tidak ada bunyi bising kapal terbang, tidak ada sisa kimia dibuang - entah berapa banyak penurunan carbon emisson di atmosfera, entah berapa inci ketebalan lapisan ozon telah diselamatkan, entah berapa suhu di kutub utara berjaya diturunkan.

Bumi sedang memperbaiki dan memulihkan dirinya.

Kemanusiaan
Hari ni kita sedar, pengasingan diri menjadikan kita lebih ingin mengambil berat dan mengambil tahu sesama manusia. Kita jadi less individual. Kita jadi kurang polarize, kita mahu bersama membawa misi melawan Covid 19 the common enemy. Kita lebih patriotik. Kita mula melupakan konflik lain sebab kita ada singularity of purpose.

Ahhh betapa aneh apa yang Covid 19 sedang lakukan kepada kita.

Sejak lebih 10,000 tahun - kehadiran virus telah beberapa kali mengubah haluan dan sejarah ketamadunan dunia.

Antonine plague, Justinian plague, Cyprian plague, The Black Death, The Columbian Exchange, The Great Plague of London, Cholera, Spanish Flu dan pada zaman kita kini - Novel Coronavirus aka Covid 19

Mungkinkah Covid 19 akan sekali lagi mengubah tatacara peradaban dunia?

****

Aku akhiri tulisan panjang ini dengan sepotong contengan spray yang tertera di sebuah jambatan di Wuhan;

Maksud tulisan tu lebih kurang begini;

"Setelah masalah ini selesai kita akan kembali kepada kehidupan normal. Tapi bagaimana kita boleh kembali kepada kehidupan normal kalau kehidupan normal itu lah punca kepada masalah?"

Maka bersedialah kita untuk menilai,

bahawasanya;

Hitam adalah putih yang baru.

-Pidomat-

XOXO Lots of loves -H3H-

Daging Bakaq Danok

OK, Paklang ... Xyah pi Danok dah nak makan daging bakaq. Sempoi... Sedap... Lembut... Paduuuu....makasih....

Next bole try kambing pulak. Daging ni stgh kilo... Sekali hadap ja kami 3 beranak. Tapi puaih la makan.

Friends yg DM smlm lepaih tgk story... Belah Sg Petani... Bole cari adik saya Anwar Rejab (dah tag kat atas) ya untuk order dan delivery 😉. Sedap weiiii....






Detail nk order.... OPEN ODER UNTUK HARI INI HANTAR ESOK

Kedah, perlis, penang sahaja blh komen di bawah pukul 6 petang close oder ye. 12 tengahari esok stat COD dah BOLEH BAKAQ DAGING DANOK DI RUMAH ⁉️
RASA DAN RESEPI ASLI DARI THAILAND ⁉️
-
Assalammualaikum dan salam sejahtera kpd peminat2 Daging Bakaq Danok Iwan Char Koey Teow & Mee Udang🥰..berita baik buat anda semua😍..kini anda boleh dapatkan Daging Bakaq Danok dalam bentuk set daging mentah yg cukup dgn perapan dan sos pencicah😘.
-
COD dan self pickup di seluruh kawasan utara🥰..kami bawakan makanan bertaraf hotel terus ke rumah anda😍😍😍
terdapat 2 jenis daging yg digunakan iaitu :-

📌Daging Bakaq Danok : RM 30.00 ( 500G ) - ready to cook
📌Kambing Bakaq Danok : RM 35.00 ( 500G ) - ready to cook
Ad cas penghantaran.
🔥RESEPI ASLI THAI🔥
⚠️SEKALI KENA PASTI TERANGKAT⚠️
-
untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi kami di👇 :
http://www.wasap.my/+60193353630 (saiful)

#stayathome
#stopcovic19
#komunitibertam
#iwanckt
#route123
#SPutara.

XOXO Lots of loves -H3H-

Covid-19 : Day 20

Hahahahah...boss aku gigih mai amik kek...gian punya pasai.
Lagipun...dia nk pi beli groceries. 2 in 1 la.

Mata mana mata? I wsih I can hug you...rindu sangat

Paling happy....bila Kak Lina bawakkan aku my fav coffee....lebiu sis.


This is her fav cake.
Memang kek yang hot...hihihihi

Kek last buat masa la...aku nak rehat sat minggu ni.





XOXO Lots of loves -H3H-