Farewell Kak Suzita

She leaving Celestica, today is her last day in Celestica. Hari ni aku deliver kek kat kak Ita utk besday anak dia. So aku amik kesempatan tu untuk snap a pic dgn kak Ita sbg kenang-kenangan.

Kecik kan mak budak ni? Anak dah 3 tp saiz dia 1/3 dr aku ja...hehehe

All the best kak Ita, sepanjang 7 tahun kenai kak Ita...saya minta maaf zahir dan batin kalo ada salah dan silap...sbg manusia biasa saya pasti x lepas dr salah dan silap. Halalkan makan minum. ^_^

Gonna miss u..

Aku perlu berkeras...

Selalunya aku mmg membisu dan menerima apa saja assignment aku, because its a responsibility. Tp bila sampai 1 tahap yg aku nk menyawa pun x bole, aku sgt2 over loaded and menjadi super stress to me...I need to voice it out and reject few coming in.

Not being a rebellious tp mempertahankan hak aku dr diperkotak-katikkan sewenang-wenangnya oleh pihak2 yg berkenaan. Walopun ada jugak rasa bersalah, tp aku mmg dah x mampu nk tambah lagi more assignment dlm bucket or my pocket. Sebelum semuanya tergolek dan terbarai tgh jalan...I need to say what I am suppose to say.

I have my commitment...dont over commit. ^_^

Makasih, wawan...atok

Smlm mak ayah selamat kembali dari bercuti di Shenzhen. Alhamdulillah, syukur.

Macam biasa cucu sorang ni musti ada habuannya...yg paling spesel....jeng..jeng...jeng....keta.  Makasih ya...

excited

nk start pomen ka?

malu-malu

Papa Wawan ku pulang dari kota
Papa Wawan ku belikan kereta
Kereta kecil warna merah biru
Boleh ku bawa ke sekolah

Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek atok

Panas la, ibu

Hahahaha...anak dok atas keta sbb aku nk tepon hubby after wedding Fareehan. Sian anak, tapak kaki panas, sbb tu dok lagu tu...hehehe

Miss them

Malam ni kami tidoq umah mak ayah lagi. Semlm pun tidoq sini jugak, memandangkan mak ayah blom balik dr vacation, kami mengambil alih sekejap tugas mak ayah utk bersama adik especially hr sekolah. Bukan apa, kalo dok rumah mak ayah senang dia nk naik bas sekolah atasupun rempit dgn bff dia. Kalo dok umah aku, mmg aku la yg nk kena redah pepagi buta hantar pi ibrahim. Nk hantaq bukan masalahnya, masalahnya kalo x cukup awai.... hehehehe...

sekolah aku dr form 1 (1994) sampai early form 4 (1997)
Esok dia sekolah, mlm ni kami di sini la. Kata ayah, flight dr Shenzhen koi 9 mlm dan jangka sampai di KL koi 2pg dan jangka sampai SP koi 7pg.



Asainya kami nk hantar keta ayah pi masjid taman ria mlm ni, tp tukaq plan hantaq pepagi sok lepas kecik naik bas. So bajet sampai masjid taman ria koi 6.45 cm tu. Harap2 cun la. lagi cun kalo ngam2 masa mak ayah sampai. Leh jumpak...i miss them. Jarang aku x le jumpa depa lelama. Hehehehe...rasa sunyi ja x le sembang dengan mak lelama, x le ngaco ayah soh kejut aku pepagi buta nk wat kek. Feel bit empty...kecik tu musti lagi rasa.

Ayah...mak...semoga selamat sampai...miss u both very much. Anak tiap2 hari tanya, mana atok dgn wawan ni? Abang nk jumpa atok dgn wawan...sib baik mlm ni dia dah tidoq sblm sampai umah, kalo dak jenuh nk bersoal jawab lagi...hehehe..

Today...

I dont know why...

Today aku sepatutnya bangun koi 4.30pg...ayah pun kejut koi 4.30pg...but happen aku terlena balik sampai 5 minit lg koi 6. Ades....kelam kabut gak la.

The sweet things happen last nite, normally when I have big order or bit busy, I sleep on couch for me easy wake up. Last nite, I told hubby, I will sleep at the hall...without saying on the couch. He said ok and I've been busy at the kitchen.

More than an hour later, aku pi depan nk check anak dengan abahnya dok buat apa....anak mcm biasalah...watch tv and surprisingly hubby dah siap lena kat depan. He prepared a mat (double comforter) for 3 of us. Anak mmg sgt2 happy la sbb ibu dgn abah tidoq depan, so dia ada alasan nk watch tv till very late.


Hari ni kat opis pun tonnes of work...tp system down...cemana ni????



System partially up now. But its not help me...first step process is down...so how to proceed...

So just wait till 5.30 and going home...continue my baking...hehehehe

Need to prepare buying some material for baking...sbb almost everything is finish, then pick up adik from rumah mak. She stay with me this weekend.


To mak ayah, dun worry...have ur nice weekend...I'll take care of kecik.

Durian si Raja Buah

Semalam aku minta hubby belikan minyak dengan telur untuk buat kek...tuptup...bila balik ada durian skali. Seingat aku, xdak lak gerai durian kot umah aku.

Rupa-rupanya pakcik owner kedai runcit tu juai durian sama, pokok sendiri. So hubby beli dua bijik, 1 udang merah dan satu lg D28. Pergh...memang sedap ar...puas ati gila makan durian...rasa cm nk soh pi beli lagi ja...tp tamak lak nanti...hehehehe

Walopun mak paknya hantu durian, tp anak tetap x suka durian. Isk..isk...ikut sapa la ni?

sibuk ja dia nk tgk abah kopek durian

hahahah...kelat ja muka lepas gigit durian...mcm org suruh makan asam lak

misi menghabiskan durian 2 bijik

Nice infor to share

Received this email from my teammate...a very nice infor to share...









Info ni sgt berguna utk org yg keja mcm aku...most of the time kat opis...melangut tgk pc...hehehe

Stanza Cinta

La ni mcm trend lak org convert novel jd drama atau filem...selepas Nora Elena, mai lak Stanza Cinta. Aku baru tau Stanza Cinta ni asainya dr novel...baca sinopsis...cam best...mcm nk kena pi cari...hehehehe...

Daripada blog penulis Stanza Cinta Nurul Hallawati...aku kopipes ja....


 


SINOPSIS STANZA CINTA



Amni Sorfina hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia....tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.


Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah...apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”


Irfan Ikmal - “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang...namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya...namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”


Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku...dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”

Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.


Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina




                                    KUPASAN KESELURUHAN NOVEL - STANZACINTA


Epilog


Kisah bermula dengan kehidupan Amni Sorfina yang bekerja sebagai muallimah/guru disekolah kebangsaan agama. Ia memaparkan pengalaman yang dilalui dan langkah baru dalam hidup Amni selepas tamat belajar di universiti dalam jurusan senibina. Turut diceritakan juga kisah persahabatan Amni yang terjalin atas nama Allah bersama Kak Bee.

Dan dalam episod ini turut diselitkan juga pengenalan watak Irfan, iaitu bakal tunang kepada Amni. Disini pembaca akan tertanya-tanya bagaimana Irfan mula hadir dalam hidup Amni. Ada beberapa persoalan yang mula dibangkitkan disini. Irfan bukanlah lelaki yang Amni impikan selama ini untuk dijadikan suami pilihan. Irfan bukanlah cinta pertama Amni. Terlalu sukar cinta Amni untuk diberikan kepada Irfan.

Siapakah dia lelaki yang berjaya bertakhta di hati Amni Sorfina selama ini. Mengapa Amni akhirnya memilih Irfan sebagai tunangnya??

Ada perkara yang begitu sulit diterjemahkan. Begitu sukar diungkapkan. Jalan hidup Amni Sorfina yang penuh liku tatkala segala impian dan angannya jauh sekali dari kenyataan.

“Apabila mimpi jauh dari kenyataan, aku terpaksa berdiri menghadapinya dengan seribu kemungkinan”- Amni Sorfina
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Bab 1 -universiti

Didalam bab 1, barulah kisah Irfan dan cinta pertama Amni dikupas. Kisah hidup Amni di universiti yang mula mempertemukan Amni dan Mohamad Irfan Ikmal. Amni yang tidak pernah membuka pintu hatinya untuk Irfan. Meski Irfan sedaya upaya membuktikan cintanya yang tiada sempadan buat Amni. Ternyata cinta Amni terlalu mahal untuk dimiliki.

Irfan seorang pemuda yang terlalu baik, tetapi dia bukanlah lelaki yang diimpikan Amni selama ini. Meskipun Irfan memilikinya segalanya, rupa yang kacak, baik dan kaya raya. Apa yang dicari Amni tiada dalam diri Irfan. Irfan lelaki yang tersangat baik. Tetapi kurang sekali ilmu agamanya, sedikit sekali tahunya tentang hukum-hukum islam. Malah watak Irfan yang manja serta tidak tahu berdikari menambahkan lagi benci dihati Amni.

Amni memerlukan seorang lelaki yang dapat membimbingnya menyelusuri jalan dakwah, dapat mendidiknya menjadi wanita solehah, mendidiknya menjadi zaujah yang terbaik. Dia mahu dipimpin dan bukannya memimpin.

Dalam tempoh itu, hadir Taufiq Imran yang berjaya membuka pintu hati Amni. Mengajar Amni erti cinta sejati yang diredhai Allah. Taufiq Imran juga yang membawa Amni ke jalan dakwah. Jalan yang lebih mendekatkan dirinya dengan Allah.

Taufiq ialah lelaki impian Amni Sorfina selama ini. Hadir dengan jatidiri yang penuh karisma, seorang ketua pimpinan dalam jemaahnya, seorang vokalis nasyid, seorang qari yang sangat bagus, malah seorang lelaki yang sangat soleh dan tawadhuk.

Pertama kali Amni Sorfina jatuh hati pada Taufiq tatkala mendengar bacaan Surah Al A’raf yang dibacakan Taufiq dgn penuh merdu dan syahdu. Saat itu Amni berbisik, “Aku mencintai-Nya kerana Allah. Aku mencintainya kerana agama yang ada padanya. Jika dia menghilangkan agamanya, maka hilanglah cintaku padanya………”. Itulah saat pertama kalinya Amni Sorfina jatuh cinta. Itulah juga saat pertama kalinya Amni merasa dadanya bergetar hebat dengan cinta.

Sungguh sempurna……..sama sekali seperti yang diidamkan Amni selama ini. Inilah lelaki yang dicarinya sepanjang hayat ini. Yang ingin diserahkan cintanya selama ini. Bukan pada sembarangan lelaki. Taufiq itulah lelaki sempurna dimatanya, yang didambakan Amni untuk dijadikan teman hidup. Terasa lengkap sudah pencariannya selama ini.

Namun…..ternyata taqdir Allah tidak sama dengan kehendak Amni Sorfina. Disini dikupas dengan mendalam bagaimana Amni Sorfina berhadapan dengan saat yang paling sukar dalam hidupnya…..bagaimana Amni belajar tersenyum ketika berada dalam derita yang mengguris jiwa, belajar bersangka baik dengan segala taqdir Allah buat-Nya. Bagaimana Amni belajar untuk mengenal hakikat “redha”, sedangkan perkara yang paling diingin-ingnkan selama ini, yang sejak sekian lama baru ditemui…kini terpaksa dilepaskan pergi.

Subhanallah………..

Apakah orang-orang beriman itu menyangka mereka sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji??(Al Ankabut ayat 2-3)

Inilah harga yang perlu dibayar Amni. Syurga Allah itu bukan murah harganya. Sesungguhnya Allah telah membeli orang-orang mukmin itu dengan jiwa dan harta mereka..dan memberi mereka dengan syurga(At Taubah ayat 111).

Memang terasa peritnya, memang terasa pedihnya..Amni menelan segala yang terhidang untuknya dengan penuh rasa tawaduk dan istiqamah. Jalan yang disediakan Tuhan dihadapan sana pastilah lebih baik. Kerana Amni yakin, Dia perencana yang Maha Hebat. Usah ditangisi akan taqdir-Nya...usah dikesali akan keputusan-Nya.

Disamping masalah Taufiq dan Irfan...ada dugaan lain yang bertandang silih berganti. Sahabat Amni yg tersayang diambil Allah ke sisi-Nya. Seolah-olah tidak pernah surut dari hidup Amni perkataan “derita” dan “ujian”. Aimata menjadi teman sejatinya. Namun........jauh diatas segalanya, setiap perkara itu menghidupkan lagi benih cintanya kepada Allah.

Amni tidak mengalah dengan ujian yang mendatang, tidak berputus asa dengan apa yang bukan miliknya, malah tidak pula bersangka buruk dengan Allah yang meletakkan jalan derita buat-Nya.

Suatu hari, pernah tersungkur juga dia...tidak mampu berdiri lagi meneruskan langkah tatkala ujian terasa begitu berat dan melelahkan. Namun Allah Yang Maha Penyayang tidak pernah meninggalkannya. Malah terus-terusan memberikan petunjuk dan Hidayah-Nya..sehingga Amni mampu bangkit semula meneruskan langkahnya. Allah adalah kekuatannya!!

Jauh dari segalanya Amni tahu, hati yang derita dan penuh kesedihan miliknya itu lebih lunak, dan mudah pula dekat dengan Allah. Itulah sebenarnya kehendak Allah. Agar Amni Sorfina lebih tabah..dan lebih memerlukan Tuhannya. Kerana manusia itu sering kali lupa pada Tuhannya ketika berada dalam nikmat dan kesenangan. Tetapi, dekat sekali dengan Tuhannya ketika berada dalam kesusahan dan derita.

“Ya Allah........kuatkanlah hati daku untuk selalu ingat kepada-Mu dan jadikanlah kesusahan yang kualami ini sebagai cara untuk aku mendekati-Mu” – Amni Sorfina
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

EPISOD AKHIR (Sambungan epilog)

Akhir sekali..apakah yg menanti Amni.Siapakah yang dipilihnya. Apakah Irfan yang menagih janji ataupun Taufiq yang ditunggu-tunggu selama ini ???

Taufiq tiba-tiba hadir semula dalam hidupnya setelah hampir 2 tahun sunyi dari hidup Amni Sorfina. Ketika itu Amni sudahpun bersedia dan mula membuka hatinya untuk memilih Irfan sebagai teman hidupnya. Mereka bakal bertunang sedikit waktu lagi.

Lelaki yg didambakan Amni untuk dijadikan teman hidupnya selama ini ialah Taufiq Imran. Lelaki pertama yang dicintai Amni Sorfina adalah Taufiq. Kemunculan semula Taufiq seolah-olah membuka kembali lembaran baru dalam hidupnya. Ternyata selama ini Amni belum pernah melupakan Taufiq apatah lagi menyingkirkan Taufiq dari hatinya. Segala kisah silam yang terjadi bukan salah Taufiq. Amni tiada sebab untuk membenci Taufiq, malah tiada sebab pula untuk melupakan Taufiq. Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu tiba juga.

Akhirnya Taufiq memang benar-benar kembali dalam hidupnya. Bunga-bunga cintanya terasa kembali mekar…semekar cintanya pada Taufiq yang tidak pernah padam.

Tetapi mampukah Amni memungkiri janjinya pada Irfan. Mampukah Amni Sorfina menjadi pendusta dan munafiq. Yang mana apabila berjanji dia melanggar janjinya. Janji Amni untuk membawa Irfan mengenal Allah dengan lebih dekat, membimbing Irfan ke jalan dakwah, mengajar Irfan menjadi lelaki yang diadun dengan Al Quran.

Sedikit demi sedikit Amni nampak Irfan mula berubah. Amni lihat kesungguhan Irfan dalam berusaha. Amni tahu kejujuran hati Irfan. Tenyata Amni juga tiada sebab untuk menolak Irfan begitu sahaja. Tidak tergamak untuknya mematahkan sekeping hati yang begitu tulus dan suci mencintainya. Saat berita buruk menimpa keluarga Irfan..Irfan lebih memerlukannya. Irfan lebih perlukan sokongan dan dokongan dari Amni.

Lalu, apakah pilihan yang Amni miliki. Kedua-duanya lelaki yang terlalu baik..terlalu baik untuk disakiti hatinya. Tetapi Amni harus memilih kerana dia tidak bisa memilih keduanya. Ada hati yang akan terluka..ada jiwa yang pasti terguris.

Amni perlukan seorang suami yang mampu membimbingnya..bukan lelaki yang dia perlu bimbing. Kerana dia hanya seorang wanita yang dijadikan dari tulang rusuk seorang lelaki. Baginya, lelaki itu adalah pemimpin. Pengemudi bahtera yang bakal dinaikinya.

Tetapi, dalam masa yang sama Amni merasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus. Perlukah dikorbankan perasaan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufiq, demi menunaikan sekeping janji dan amanah. Cinta itu bukan kerana terpaksa dan kasihan…..tetapi Amni tidak mampu mengatakan perkara sekejam itu kepada Irfan………!!

Siapakah yang akhirnya dipilih Amni Sorfina. Keputusan yang harus dibuat bukan sembarangan. Sekali lagi taqdir mengujinya. Tegakah dia melukakan hati seseorang demi memenuhi impian dan kehendak hatinya selama ini.

Akhirnya........kepada Allah jualah Amni Sorfina merintih, mengadu dan mohon petunjuk terbaik. Amni mencari nur cinta Tuhannya.....kerana dengan cahaya cinta itu sahaja bisa menjawab segala persoalan hidupnya. STANZA CINTA adalah perjalanan Amni Sorfina dalam mencari Nur cinta Illahi. Demi mendapatkan cinta makhluq-Nya…terlebih dahulu harus dicari cinta yang hakiki. Cinta yang tidak pernah surut atau berkurang itu pastilah cinta dari illahi..malah sering bertambah meskipun telah direbut oleh hamba-hambaNya yang lain.

Sekian..STANZA CINTA nukilan dari Nurull Halawati Haron (Halawatul Iman).

Tuhan…….ku mencari-mencari cinta…akhirnya ku temui cahaya cinta sejati milik-Mu. Ingin ku peluk cinta dan rindu ini…biar tidak sekali-kali Engkau jauh dariku. Ingin ku nyatakan pada dunia...aku bangga menjadi makhluk-Mu!!Aku bangga menjadi khalifah yang dicintai-Mu.

Juvana

Semalam aku layan JUVANA, mmg hari senin aku rajin layan JUVANA kat tv3. Bukan apa, cerita dia lain dr yg len. Bukan kisah cintan cintun...bukan kisah berebut harta tp pasai bebudak yg masuk sekolah pemulihan akhlak.


Aku suka cerita ni, reminder....jgn cepat salahkan bebudak dlm sekolah ni...mungkin depa x bersalah mungkin depa teraniaya.

Dua episod berturut2 sejak minggu lepas mula crita individual story pasai apa depa masuk skolah tu. Tp kisah smlm...mencuit hati aku...mcmana Haris menangis dgr debat antara Daim dgn budak baru (Fimi) dok berdebar dlm kelab debat pasai pembuangan baby.

Apa yg dipaparkan aku rasa, its really happen in this moern worlds. Most of parents cbuk dgn karier and happen not really take care of childrens.

Aku berdoa, jgn lah aku tergolong dlm golongan yang menternak anak tp biarlah yg mendidik anak. Dalam kesibukan mencari rezeki, jgn la sampai aku mengabaikan amanah yg dikurniakan kepada aku.

Sinopsis...


Drama ‘Juvana’ mengisahkan mengenai seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang tidak bersalah tetapi dia dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak atas tuduhan membunuh ibunya dan juga teman lelaki ibunya. Walaupun hakikatnya dia tidak bersalah.
Bagus jugak ada Drama seperti‘Juvana’ ini, dapat  juga kita menyelami kisah kehidupan pesalah Juvana dan harap dari drama ini penonton dapat mengambil iktibar dengan paparan kisah kehidupan dalam watak-watak dalam siri drama Juvana ini.
Drama ini dibintangi oleh barisan para pelakon-pelakon handalan seperti Bront Palarae, Zahiril Adzim, Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Kushairy, Kuswadinata dan Hariry.

Potong rambut

Dah lama aku nk bawak anak pi potong rambut. Rambut dia panjang sampai dah bole ikat tocang. Kesian aku tgk bila dia berpeluh2 bila meloncat ataupun bila tidoq...berpeluh2 kepala.

Lagipun aku kureng suka bila bau peluh kat rambut anak. Sib baik anak sporting, siap remind aku nk potong rambut bila lalu kat kedai Wawan Karim, dr dulu mmg aku atau ayah bawak anak mai potong rambut kat sini.


lentok kepala....geli...muahahaha

sampai meleleh ayaq lioq...asyik...hahahaha
Mmg gonjeng la kepala anak lepas potong, saja aku suruh pakcik Karim trim sampai rapat sbb rambut anak cepat panjang. So rasanya next hair cut nk raya nanti la kot. Nasib abah la....hubby nk simpan rambut anak bg panjang tp aku rimas...muahahaha

I love you, Ayah

Selamat Hari Bapa to ayah dan my luvly hubby. I love them most. Selalu aku crita pasai hubby kali ni aku nk crita pasai ayah pulak.



Ayah mmg nampak garang dan serius tapi aku sangat22222 sayang ayah. Ayah xkan garang kalo bukan aku yg nakal. Ayah xkan marah kalo aku x buat salah. Semuanya mesti ada pasaikan?

Aku mungkin anak yg agak nakal...anak aku byk akai...ikut perangai aku ka? Hahahaha

Aku ingat lagi, waktu aku kecik2 dulu, aku suka ikut ayah naik motor. Ayah nak pi mana pun aku nk ikut.

Kalo pi opis ayah, suma org panggey aku anak ayah. Hehehe...waktu praktikal pun praktikal kat Telekom cuma aku x dok department ayah ja...hehehe.

Kalo orang jarang nk rapat dgn ayah depa...aku consider diri aku close dgn ayah. Bukan saja aku mesti balik tiap2 minggu tapi ayah juga org yang paling byk bg aku support dlm apa yg aku buat selain drp mak dan hubby. Ayah dengan hubby mmg close la sbb depa partner business khemah (walopun modainya ayah yg kluaq..heheh...hubby kluaq modai tenaga ja). tima kasih ayah, sbb percayakan kami.

Aku berani celen, sapa yg dah kawen ayah tolong tepon gerak pagi? Muahahaha. I love you, ayah. Ayah mmg support minat aku dlm baking. Kalo aku byk order, ayah dgn mak mesti mai umah tolong aku siapkan order. Kalo aku kena mangkit awai sbb nk deko kek, ayah mesti kol aku ard 5a.m sbb jam loceng mmg dah x jln dgn aku kalo dh letih sgt. Hehehehe

Ayah sentiasa support aku, ayah sentiasa ada bila aku perlukan. Ayah jugak tempat hubby menumpang kasih selepas pemergian abah lebih kurang 25 tahun yg lalu. Hubungan ayah bertambah dekat bila ayah berkongsi tarikh lahir dgn anak. Tu br btoi nama cucu wawan...hehehe

Ayah, terima kasih...kasih sayang ayah takkan termampu adik balas. Always love you, ayah.



To hubby, semoga menjadi abah yg baik sebagaimana ayah. Thanks for loving us.

family pic raya 2009

Bersyukur

Lately ni aku kembali mendengar ERA waktu drive nk masuk opis. ERA sinonim dgn aku since 97, waktu tu aku nk amik SPM...ERA baru newbies.Aku jd pendengar setia ERA for years.

Tp lepas gandingan terbaik ERA, Krill and Kiran dipisahkan, ERA makin hilang bisa. Aku beralih ke Hotfm sbb Hotfm lebih fresh dgn Fara dan Faizal. I think I've listen to Hotfm abt 3 years and I changed to Suria. But I just stay abt years plus. Suria suka putarkan lagu yg sama berulang2kali. Kadang2 lagu yg sama ja tiap2 jam. Sampai nk fedap. Tambah2 lagu2 indon. Mmg ada lagu indon yg aku suka, tapi naik menyampah jugak la...kalo asik2 dgr lagu indon.

Aku dgr pagi ja, waktu deco kek pepagi ataupun waktu drive nk masuk opis. Kalo balik kerja aku suka dgr kuliah ustaz Shamsuri atau Ustaz Kazim sbb keta aku ada CD ja, xle masuk VCD.hhehehe

Mcm pg td, aku suka ayat2 Aznil selepas bg salam at 6a.m. Solat subuh 2 rakaat ja, jom kita tunaikan solat subuh berjemaah bersama2, pastu dia boh lagu...aku rasa dia pi solat kot dgn Ray dan Haniff.

Secondly, yg menarik perhatian aku, bila ada kata2 nasihat drp artis2.

Yg timbul tajuk bersyukur ni, sbb pesanan dr Amy Search dlm ERA. Lebey kurang mcm ni la pesanan dan ingatan dia, kita selalu merungut kerja byk la, susah la. Cuba anggap kerja tu sebahagian drp ibadat dan redha. Kita akan lebih susah kalo xdak apa nk buat.

Waktu first time dgr ayat2 Amy ni, aku igt ustaz mana la yg bg tazkirah pepagi, ghupanya Amy. Soft ja dgr dia ckp.

To apply to my life, hidup mmg sentiasa ada dugaannya. X kisahlah dlm personal life ataupun working life. Yg penting, kita sabar dan redha. Itu semua ujian Allah kepada kita. Mmg bercakap lebih mudah drp menghadapinya, semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk menempuhi semua ujian yg disiapkan untuk kita. Semoga Allah menetapkan iman kita hingga ke akhir hayat dan kembali kepadaNya sebagai hamba yang beriman, insya-Allah.

Walopun aku dihambat dgn kekangan masa, tp alhamdulillah...aku sentiasa dilorongkan cara untuk mempermudahkan perjalanan hidup aku.

I dont know...

After couples month having less job at the office, I'm strikes with new projects...new roles and more customers. Evrything hits me at the same time. Waa...ini sudah lebey.

I dont know how to react. But what to say, its a responsibility and work is part from ibadah as well.
More news coming in make me hard to breath, sooner or later doesnt matter...thing will come no matter what.

Nurhijriah...you always said u love challenge...so what u wanna do now? Do what? Grab and start your work. Its not a time to waste some more. In this fast world...everything is fast and nothing gonna wait for you if you're late.

Sometimes its make me feel like its hard for me to breath...but...this is the fact. I should be thankful I got a good job and trust to continue working here.

Another line tour with LJ on last monday, is something like given me motivation to continue working. LJ given me another perspective to look into my job.

I dont know if I am capable or now...but I know...I have their trust...so I must show I am capable. Its not for them, but its for me. For my satisfaction.

Layan...


Amboi...amboi...

Pic ni anak bbsitter a.k.a mak2 menakan anak yg snap. Gal tu, anak menakan cikgu sebelah umah makndak. Tomey ja...rambut curly...




Kecik2 bole pegang2 tangan ya anak, besaq sok...jgn wat pasai tau....

Aduhai....anak sayang

Sian anak...tangan terkepit...tp sorok x mau bgtau ibu dgn abah...

lps ibu dgn abah perasan...br nak reyau....

ni la reja dia almost tiap2 pg ibu nk pi keja

Muhammad Danish ANiq bin Saiful Anwar

Cucu lelaki ke3 dlm family aku. Selepas wani, semua cucu yg lahir sumanya lelaki, mula dr anak aku kemudian Ami dan la Aniq.







Jalan2 dgn maktok

Pic ni taken by tokcik anak, makcik aku la...aku dok dlm umah...buat apa ntah...anak pi jalan2 depan rumah dengan maktok dan tokcik dia.

La ni ada construction GAMUDA kat dpn umah mak...so byk la heavy machine lepak petang2...after suma org left...mak bwk anak tgk all the heavy vehicles tu....

menghidup udara segar...

buat apa tu?

Hotwheels

Aku dgn hubby mmg suka sgt2 dgn keta kicik2 ni. La ni turun ke anak lak.

So, kepada sesapa yg minta keta kecik2 keluaran HOTWHEELS, brand new...bole contact kami utk pre-order. Dlm kotak, sesuai utk gift.

Reganya,

20pcs - RM45






10pcs - RM25




Tp postage excluded na.

Kat uptown aku tgk, yg 20pcs depa juai sampai RM68, lps tawaq...dpt RM65....
So kepada yg ada anak2 lelaki atau utk koleksi sendiri, you may contact me...

nmohdr@gmail.com