Travelog 2013 - Cameron Highland Day 2 (Jan 19, 2013)

Even few friends asking to update jalan2 ke langkawi, aku hold dulu n3 ke langkawi sebab aku x abes update lg n3 pasai CH.

Second day, pepagi lagi Wan Ali dah kluaq solat subuh kat masjid belakang homestay tu (Masjid Kayangan). Balik solat subuh, Wan Ali keluaq jalan-jalan...dia panggey jogging. Hajat ati nk bwk cucu dua2 tu, tp anak masih tidoq, Wan Ali bawak la abang Ajuan sorang ja. Bila anak aku mangkit, apa lgi...bising la...wan bawak abang saja, x bawak dia. DIpaksanya Wan bawak dia pulak. Cucu punya pasai, Wan bawak main taman mainan dpn homestay...buat syarat ja. Aduhai...

Kami sarapan kat homestay ja, mak buat nasik goreng, rebus jagung yg beli kat pasar mlm semlm, goreng karipap bwk dr SP dan hangatkan cucuq semalam yg x abes...hehehe.

Perut dah kenyang dan dah siap nk kluaq jalan2.


 Dari homestay, kami gerak ke Tanah Rata. Bawak mak ke tempat feveret dia...tempat yg penuh dgn bunga. 8 tahun jadik menantu aku mmg tau mak suka bunga, tp aku tatau yg mmg betoi2222 suka dgn bunga. Mmg suka sungguh2. Glad she so excited bila kami bawak pi Mardi.

Anak2 excited sat ja kat Mardi, sbb depa mana la nk suka bunga2 ni. Tp mmg dah byk beza, aku mai Mardi dulu...masa tu mai dgn family, x kawen lagi. Mai CH pulak lepaih2 tu x pernah pi Mardi dah sbb hubby bukan fan bunga...ehee.

Kami punya visit kali mmg sgt2 sejuk. Aku ni bukan lah org x tahan sejuk. Setakat sejuk2 ekon tu slalunya aku x heran pun. Sejuk CH pun x pernah aku pakai sweater. Tp kali ni sumpah sejuk. Kat Mardi ni pun aku kena cover badan aku dgn body cover ala2 selendang tu...gantikan sweater. Mmg kena giat la dgn hubby sbb slalu aku ckp kt dia, x sejuk pun....huhuhu



3 H, Hidayad-Hiwayat-Hijriah


2 beradik yg sentiasa excited

budak yg paling happening smpi aku naik pening...hahaha


Bila dok tepi mak, mmg sgt terasa besarnya aku...huhuhu












Dari Mardi, kami ke ladang Stroberi KHM kat Kampung Taman Sedia. Eskrem stroberi kat sini mmg terbaik la. Harga masih sama, RM2 sebekas tp saiznya sudah mengecik la pulak. PakLang pesan soh aku beli bawak balik eskrem. Aku beli jugak la 10bekas, nk beli lebih x berani sbb takut x tahan. Nk beli pelaih nk simpan, keta dah x muat. Tawakal je la. Alhamdulillah, walopun dah cayaq, masuk fridge balik rasanya masih sbb tp tekstur dia dah x gebu macam asai dah.

Stroberi cicah coklat mcm kat bawah ni satu set RM12. Mak, Kak Ja dan Acik Ida beli sorang 2 bekas storberi (RM5/1bkas) dan 1 bekas coklat (RM5), bawak balik. Aku beli stroberi ja sbb aku bole buat sendiri kuah coklat tu...hehehe (eksen no).
ladang ni nmpk cantik ja dlm pic, kat luaq biasa ja...hehehe

Orang lain menikmati stroberi, bole awang kecik minta nk makan megi. Aku dgn hubby garu kepala. Aduhai anak sayang.

 Lepas mkn stroberi, kami balik berehat kat homestay sat. Balik mandi dan solat. Pukul 3ptg kami keluar balik. Balik homestay, masak nasik dulu, buat sardin, hangatkan nasi goreng dan goreng telur dadar...layan....our lunch. Alhamdulillah...kenyang.

Kami ke Cactus Valley...walking distance ja actually. Tp drive jugak sbb nk tuju ke lain pulak.
Langsai RM10 bebudak ni main mainan kat Cactus Valley...x bg main depa buat perangai...layankan je la

Kami igt nk ke penempatan Orang Asli, tp jauh sgt la pulak. Bila tgk ramai org tala ke Healthy Strawberry Farm, kami pun ikut la naik bukit ke situ.

Aku pun x pasti di mana Healthy nya. Kat situ bole pick sendiri strobri, RM25 per box dan hanya 2 org yg bole masuk. Aku rasa best lagi KHM tu. Eskrem dia pun lain dan x menggoda aku.


pikap ni kotor sbnrnya, tp dlm gambaq nmpk cantik la pulak

Dari Ladang stroberi sihat tu, kami ke Glory 78 utk steambot. rasanya mcm x lengkap kalo mai CH x nikmati steambot. Mak aku sgt sukakan steamboat sini, so aku harap mak jugak akan sukakn stmboat ni mcm mak aku.

Kami amik 4 set. 1 set RM23.Kami amik 2 kuah, tomyam dan sup. Anak aku dapat sup dgn nasik...siap mkn malam dia. Nazuan pulak nk mkn waffle coklat, tp yg ada cuma waffle stroberi. Aku request utk depa gantikan stroberi dan coklat, rezeki dia...dptkan waffle coklat feveret dia.


 4 set tu buatkan kami kenyang tahap sengkak. Waktu kami tgh makan, ada 1 family mai dlm 10-12 org dan amik 8 set. Dan depa mmg x sangka 8 set tu gila punya banyak. Masa kami nk balik, rasanya baru suku ja yg luak...

Bagi aku, waiter yg amik order patutnya bole advise customer utk amik brapa set...x cukup bole tambah. Kalo terlebih amik kan rugi.
anak dgn banana splitnya

Glory 78 ni tepi jalan ja...mmg jelas nampak bila lalu dr Brinchang ke Tanah Rata. Interior dia pun ok, nice...nampak class.






Bila perut dah kenyang, kami bergerak balik ke homestay. Malamnya, ronda pasar mlm lagi...hehehe...

XOXO




0 comments: