Keluarga Besar Hj Mohd Rejab

Keluarga Besar Hj Mohd Rejab
Syawal 2016

Keluarga Besar Puan Zaiton

Keluarga Besar Puan Zaiton
Jan 2013 - Cameron Highland

Wednesday, January 16, 2013

Aku Bercerita

Kebanyakan kawan2 aku mmg tau yg aku mm fan Ramlee Awang Murshid (RAM), selain Hlovate. Selain tulisan RAM yg lain drp yg lain...thriller mode, RAM jugak banyak selitkan dengan dakwah dan lebih islamik.

Since sertai RAMfc, aku mmg beli novel RAM online ja. Selain drp xyah susah2 nk pi kedai...aku jugak bole dptkan signature RAM tanpa perlu susah payah...hehehe...

x sabar nak baca....hehehe



Aku Bercerita

Cover

Tajuk: Aku Bercerita
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Harga: RM25.00
Halaman: 624
ISBN: 978-983-124-836-2

Daripada novelis thriller prolifik, Alaf 21 mempersembahkan karya ke 25 dari RAMLEE AWANG MURSHID! Bakal terbit tidak lama lagi, nantikan!
SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writer’s block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat ‘seseorang’ menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.
Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya.

Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?
RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...


XOXO




No comments:

Pakej Meja Pengantin - Kg Bujang

Pakej Meja Pengantin - Kg Bujang

Taman Sg Lalang

Taman Sg Lalang

Semeling

Followers