Lelaki ♥ Perempuan

Malam ni sambil2 lepak, lepas layan Vanilla Coklat...aku dan hubby layan 30 Minit Ustaz Don. Malam ni masih bab aurat dalam solat (bhg 4)...tp byk merangkumi tentang aurat wanita. Aku x sempat tgk smlm sbb otw balik dr KL. Tapi dengarnya pasai pemakaian inner. Nk kena cari jugak nanti ni.

Lepas Vanilla Coklat aku layan BFF-Teman Tapi Mesra di TV3. Sebelum ni crita ni x masuk dlm list aku sbb...ntah la. Tp hr ahad bila ntah, aku balik umah MIL....crita ni ja yg ada...so...aku layan la. Menarik juga, bila kawan baik kahwini kawan baik sendiri sbb nk pastikan kawan baik dia boleh kejar cita2 mcmana dia kejar cita2 dia untuk jd pilot.

AKu suka crita org dah kawen2 ni...hehehe...drp crita org bercinta x kawen2. So, aku google la cr sinopsis dia cemana....ni aku kopipes ja....dr sini...

Sbb aku tgk dah episod 5 ke 6 ntah, aku cr nk donload la...jumapk jugak kat sini...hehehe...

SINOPSIS BFF TEMAN TAPI MESRA (TV3)

Iskandar (Munif Isa) dan Shahidah (Sari Yanti) berkawan baik sejak zaman kanak-kanak. Mereka saling memahami dan sering berkongsi masalah. Selepas SPM, Iskandar diterima sebagai pelatih juruterbang manakala Shahidah terpaksa menurut kehendak ayahnya untuk belajar di universiti tempatan. Jauh di lubuk hati, Shahidah masih menyimpan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya di ibu kota.

Iskandar yang sudah menjadi seorang juruterbang bersimpati melihat kawan baiknya hidup dalam kongkongan ibu bapa. Lantas, dia terfikir untuk melamar Shahidah. Demi kebebasan dan minat terhadap kerjaya yang diimpikan, Shahidah menerima lamaran Iskandar walaupun cinta tidak pernah hadir dalam hubungan mereka. Selepas berkahwin mereka berpindah ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun mereka tinggal berasingan.

Iskandar dengan kerjayanya dan Shahidah pula berpeluang berkerja dengan pereka fesyen pujaanya, Elaira. Di kala ada masa terluang, mereka akan berjumpa dan bertukar cerita tentang kerjaya masing-masing. Tapi tidak pernah berbual tentang cinta. Hanya berbual tentang impian mahu menjadi yang terbaik dalam industri yang mereka ceburi.

Sehinggalah suatu hari, Iskandar telah jatuh cinta dengan Karmila, seorang pramugari. Shahidah mula rasa kesunyian kerana Iskandar asyik melayan Karmila. Dia mula rindukan perhatian Iskandar.

2 tahun sudah berlalu, Iskandar berbincang dengan Shahidah tentang penceraian mereka kerana dia merancang untuk berkahwin dengan Karmila. Walaupun hati Shahidah terguris tetapi dia menerima hakikat bahawa mereka akan ‘berpisah’ pada suatu hari juga. Namun, hasrat mereka terpaksa ditangguhkan kerana ibu Shahidah meninggal dunia.

Hubungan Iskandar dan Karmila putus apabila Karmila beralih cinta kepada seorang duda yang kaya. Iskandar terluka dan Shahidah sentiasa berada di sisinya untuk memberikan kata-kata semangat. Lalu Iskandar sedar bahawa Shahidah bukan lagi teman baiknya tetapi juga pasangan hidup yang lengkap. Iskandar telah jatuh cinta kepada teman baiknya sendiri. Bagaikan sudah terlambat bagi Iskandar kerana Shahidah semakin rapat dengan Emran (Irfan Roslan) pulak...

Apakah kesudahannya? Di bawah arahan Amy Maziah, ikuti drama menarik 8 episod ini setiap Ahad, jam 9 malam Selasa, 10.30 malam di TV3.




AKu rasa sinopsis dia aga berbeza dgn apa yg aku tonton...tp bole lagi la.


Layan-layan la jugak..tp kena jugak pk kan? Macam episod malam ni, walopun depa kawen bukan atas kapasiti cinta dan pilih untuk hidup asing mcm org bujang...hukum tetap hukum. Isteri tetap isteri dan suami tetap suami.


Pasai apa aku kata macam tu? Dengan ilmu aku yg sangat2 cetek ni, kita wajib tahu...apa hukumnya seorang isteri melangkah keluar tanpa izin suami, apa hukumnya seoorang isteri menyimpan perasaan pada kekasih lama apatah lagi keluar berdua dgn lelaki yg masih dia kasihi. Adusss...berat...bila laki marah dan cemburu (sapa x sayan bini kan....walopun ego nk bgtau)....boleh di sepaknya laki tu. Adusss..pening aku tgk. Bukan apa...takut memberi ajaran sesat pada budak2 yg dok meningkat naik dan menonton tanpa pikiaq buruk baik sesuatu. Hm...entah lah...aku suka crita ni tapi...well....aku pun x tau nk cakap cemana.

XOXO



0 comments: