Aku x hilang mana, cuma kesihatan dan kekangan masa yg kurang mengizinkan. Tapi pasai apa topik mcm x related dgn n3???
Actually subjek n3 kali ni bukan mengenai kisah aku dan hubby tapi secara general. Aku sedang mencari mood dan idea untuk menyambung kembali penulisan aku yg terbengkalai...hilang kesinambungannya.
Apa itu cinta? Definisi cinta bg setiap orang berbeza. Bagi aku, tiada yg benar dan tiada yg salah selagi tak mengatasi rasa cinta kepada Yang Maha Esa S.W.T dan Nabi Junjungan kita Muhammad s.a.w.
Cinta kepada ibubapa adalah cinta yg lahir kerana pertalian darah, tp cinta sesama manusia...antara lelaki dan perempaun adalah cinta fitrah yg sukar sekali untuk kita tolak.
Aku dalam mode "dalam hati ada taman", so mungkin definisi cinta bg aku tak sama dgn org lain yg dalam mode "sepi".
Bagi aku, cinta macam bagaikan satu muzik lembut yang hangat. Sebabnya, bila hati berbunga kita rasa sangat bahagia dan hati kita rasa hangat yang enak. I dont really know how to put into words.
Bila adanya selisih faham, hati kita akan sangat sakit. Tapi kita akan tetap holding on it...without thinking of letting go. Why? Cinta dan istilah hidup berumahtangga, penuh asam garam. Dua orang yang sangat berbeza hidup bersama untuk saling melengkapi, pasti akan ada selisih faham...pasti akan ada ketidaksefahaman. Tanpa tolak ansur, pasti salah faham menjadi prasangka dan ketidaksefahaman meleret menjadi sengketa. Aku dan hubby selalu kata dari zaman kami bercinta lagi, dan Alhamdulillah masih diamalkan. Jangan biarkan rajuk menjadi racun dalam hubungan. Kalau salah seorang marah, biarlah pihak yg lain mengalah. Jangan sampai dua2 naik hangin. Meloncat la setan.
Lelaki selalu ada egonya, bukan kata perempuan xdak ego...ada...cuma cara kita mengawalnya. Mengalah dalam rumah tangga bukan bermakna lemah, asalkan tidak memudaratkan...bagi aku...biarlah mengalah asalkan kita terus hidup bahagia. Antara, cinta, kepercayaan dan harapan mana yang penting dalam satu hubungan hati? Cinta, kepercayaan dan harapan perlukan kesetiaan. Jangan la setia membuta tuli, tp pada yg menghargai.
Kalau bergaduh, jangan la biar ianya berpanjangan. Kalau merajuk jangan la sampai melampaui batas.
Tak semua kisah cinta berakhir dengan bahagia, ada yang hanya hadir seketika. Tapi jangan lah salahkan diri kita sepenuhnya. Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah...kita hanya mampu berusaha. Mungkin dia hanya ditakdirkan untuk singgah dlm hidup kita tapi bukannya untuk menemani kita selamanya...yang lebih baik sedang menanti kita.
Doa aku, semoga jodoh yang ditakdirkan untuk aku...hubby...adalah jodoh yang akan menemani aku selamanya, di dunia dan juga akhirat.
Mcm yg aku katakan tadi, cinta menyatukan dua hati...dua insan yg berbeza untuk saling melengkapi. Mereka orang luar tetapi tidak dilayan sebgi org luar, sebab...hati kita saling bertaut. Ijab dan kabul menghalalkan hubungan yang dilarang.
Kita akan sentiasa cuba memahami kesakitan dan kepedihan org yg kita cintai, kita jugak akan tumpahkan sepenuh kasih yg kita ada padanya...hangatnya kasih tu. Kita akan sentiasa cuba membahagiakannya tanpa melihat kekurangan seseorang...sebab semua manusia punya kekurangannya...termasuk kita. Dan siapa yg mengimbangi kekurangan kita kalo bukan pasangan kita? Kita saling memerlukan dan perlu saling melindungi.
Jangan mendabik dada dengan kelebihan yg kita miliki dan ego...kerana apabila kita kehilangan sesuatu atau seseorang yg selama ini berdiri sama di sisi...kita bagaikan lumpuh dan hilang separuh badan. Kadang2 kita x menyedari mereka adalah sebahagian drp kita sampailah kita kehilangan.
So, ingatan buat diri sendiri dan kawan2...hargailah cinta yang kita miliki kerana x semua orang bertuah untuk memilikinya kerana cinta keluarga dan teman2 berbeza dengan cinta suami dan isteri.
Kepada yg kurang bernasib baik, Allah x pernah kejam kepada hambanya...kerana setiap yg berlaku ada hikmahnya. Pasti suatu yg lebih baik sedang menanti. Kita manusia hanya mampu merancang tp Dia yang menentukannya. Ikhtiar, doa dan tawakal...itu senjata kita.
XOXO
0 comments:
Post a Comment