Rayyan & Adriana

Adriana mai beraya rumah Rayyan, not Aida Aizat mai beraya rumah Hijriah Hidayad....hahahaha

Mak mak...gini lah.
Kawan baik2 na.






















XOXO Lots of loves -H3H-

Our Raya Pertama as 3

Alhamdulillah, after couple years raya berdua....tahun ni kami raya bertiga.

Selamat hari raya, anak.
Jom kita kutip raya...hihihi


















XOXO Lots of loves -H3H-

Little Munchkin

Menghampiri 5 bulan...my little munchkin



XOXO Lots of loves -H3H-

Happy Birthday...mom...

Happy Birthday to you....Happy Birthday to you....Happy Birthday to mak...

Hahahhaha...hari ni besday mak. Aku jadik orang ke-2 selepas kak. Ceh...ingatkan aku yang paling awai. mak akata orang yang kat rumah langsung x ingat...sian mak.

Hari ni aku sibuk sgt2...kerja melambak-lambak...tapi mak punya pasai...aku tinggai kerja berselerak...mak lebih penting.

Aku dengan hubby singgah Tesco belo hadiah besday untuk mak. Untuk mak...spesel...aku beli microwave oven...walaupun bukan yang riban2...aku harap mak suka...sebab itu idaman mak.

Aku jumpak mak kat rumah tok. sebab tok x larat pulak. kesihatan tok makin hari makin teruk. hm...aku doakan apa yang terbaik buat dia. kesian gak bila aku tgk maksu. makcik sekeluarga pun ada sana jugak. rupanya memang orang2 kat rumah tak ingat besday mak. sian mak. ayah siap leh kata...ala style orang putih...ceh...dah 31 thn kahwin br tahun ni lupa...

:P

dari rumah tok, aku dengan hubby baru la cari something to eat. sudahnya lepak kat jam besar...makan sate dengan sotong kangkung...cukupla untuk malam ni...asaikan kenyang.

aku memang ngantuk sangat-sangat. letih la kerja banyak sekarang...

bye....huargh....ngantuknya......

wassalam

Boring...

Assalamualaikum...

Hari ni aku mulakan hidup dengan bersemangat. Tapi makin lama aku makin down. Mood tak dak. Kerja pun x seaktif dulu. Sekarang aku dalam transition untuk take over customer Celiant and Forem from CTO and CIT.

Perjalanan untuk transition x berapa rancak walaupun lancar. Aku suka sesuatu yang agresif, so bila semuanya slow aku cepat rasa bosan.

Tadi aku hantaq baju adik aku untuk tebuk lubang butang baju melayu dia. Esok dia nak pakai untuk konvo. Tapi aku x dapat sticker untuk masuk poli. Nampak gayanya nak kena suruh ayah mai amik la kot. kalo nak suruh aku jalan, selamat la...memang aku x pi. dah la jauh, kalo kena panas terik ka ujan lebat ka...lagi la...SELAMAT...hehehhe...

Walaupun ada kat opis la, hati aku tak dak kat sini. Ntah ke mana hati aku merayau, aku pun x tau. x dapat nak dikesan lak.

Pagi tadi jerebu tebai gak dekat padang serai. hm...jerebu oh jerebu...bila la nak abih.

hm................

Happy Birthday to me.....

Happy Birthday to me...Happy Birthday to me...

Aku mulakan hari aku macam biasa, sebab selalunya orang x ingat besday aku except mak, kakak dengan adik. Hubby pun jarang ingat.

Balik dari lunch, Aida bagi kad kat aku. Bila Jamil masuk kerja, aku wish SELAMAT HARI TUA...wakakkakak...ye la...dia tua semilan tahun dari aku. Tengah syok kami dok sembang-sembang, kami dengar bunyi plastik dari meja belakang.

x dan nak kata apa, Jamil dah lari pi toilet. Rupa-rupanya ada surprise cake dari team. Hehehhehe...malu lak. Hampeh toi Jamil, dia lari masuk toilet bila tgk aku x tiup lilin lagi. Bila dia confirm lilin dah tiup br dia keluar. Malu lak aku.

Lastly, hubby hantar mesej with happy birthday rasa terawang-awang jap. Tapi dia cakap blom ada hadiah sebab ujan, dia x leh keluaq beli hadiah. So buat sementara, pi dinner je la dulu. x kisah la tu, janji dia ingat. itu yang penting.

Happy Birthday to me..............

Sunday Blues...

Abang sampai KL koi 6.15 pagi. Katanya bas singgah merata...Shah ALam la...Klang la...so sampai lambat. Bagus jugak sampai lambat. Kalo x kena tunggu jugak. LRT koi 6 baru ada. Perjalanan masih ada...Melaka masih jauh.

Dari semalam aku try call Sue. Tapi hampa. Aku risau. So aku tunggu jugak Sue sampai koi 3.30 ptg. Aku gunting baju, petang-petang boleh gak aku hantaq pi jahit tepi kat SKY. Sudahnya koi 3 ptg Sue tak dapat dikesan. Aku siap2 solat Zuhur, keluaq pi repair kasut dengan hantaq jahit tepi.

Sementara kasut dengan baju nak siap aku pi amik air kat Tupah. Ramainya orang...mentang-mentang la hari Ahad. Selesai amik air, aku rush balik pekan. Takut kedai kasut tutup. Tengah dok tunggu kasut mak call. Siap amik baju kat SKY, aku balik umah mak.

Pekena nasik siap2, bawak mak pi tengok Dayah, Kak Da dengan Jah. Anak-anak depa suma jantan. Musim anak laki la.

:(

Sampai umah dah koi 8.30mlm. Ingatkan nak jahit baju. Tapi kena habiskan kerja skolah dulu. Sudah siap patchwork pun dah 11 lebih. Mana sempat nak jahit baju. Siap2 semua...aku terus masuk tidoq. Bajupun x dan nak lipat lagi...letih. Balik kerja esok la lipat.

Anak Merdeka

Semalam aku dengan abang keluaq makan kat Mama Chop and Papa Grill. On the way balik, nampak la persiapan untuk malam ni. Sambutan Hari Merdeka yang ke-49. Dah 49 tahun Malaysia merdeka.

Tapi apabila kita renungkan kembali, kita masih terjajah sebenarnya. Minda kita, akal kita, kehidupan kita bahkan agama kita. Contohnya, Polis kita masih mengguna pakai akta kepolisan yang ditulis oleh Lord Reed ataupun lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reed. Kenapa perlu kita menggunapakai akal pemikiran Reed sepenuhnya? Kenapa tak digubal mengikut adab Malaysia sebagai negara ISLAM?

Terlalu banyak kepincangan dapat dilihat, rasuah...di mana-mana sahaja...,kroni...nak dapat kerja bukannya senang. semua nak kena ada references a.k.a recommendation from somebody...somebody. Orang yang bertuah macam aku...murah rezeki kerana mudah mendapat pekerjaan...x ramai. Masih ramai teman-teman aku yang memiliki keputusan akedemik yang lebih memberangsangkan masih terkontang kanting mencari kerja yang sesuai.

Pergaulan bebas...usah dikenaglah. Tak payah pi sampai ke KL atau Penang. Tengok saja kat Sungai Petani. Naik ja tingkat atas Central Square tu. Bersepah-sepah dengan PUNK, SKINHEAD....dengan minah-minah yang pemakaian bagaikan bohsia...berpelukan...berciuman tanpa segan silu di khalayak ramai. Walaupun mereka rata-ratanya lebih muda...aku sendiri takut dan geli untuk berjalan di celah-celah mereka.

Ingin ditegur...bagai mencurah air je daun keladi. Aku berharap dan berdoa...agar adik-adik aku yang sedang meningkat naik hari ini, tak terpengaruh dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti ini.

Aku mencari erti kemederkaan seperti yang dilaung-laungkan. Cukupkah dengan memasang bendera di kenderaan ataupun di premis2? Cukupkah dengan perarakan di pagi Merdeka, laungan MERDEKA sebaik sahaja jam berdeting 12 tengahmalam? Itu bukti kita merdeka, tapi ia tidak mendatangkan kesedaran buat anak bangsa yang leka. Kita mungkin akan kehilangan kemerdekaan ini jika kita terus terleka.

Renung-renungkanlah...muhasabahkan diri...

-Peace-

Hidup perlukan pengorbanan

Assalamualaikum...

Hari ni aku pi belajaq menjahit. Dah mula jahit patchwork kapal layar. Banyaknya yang nak kena cantum. Bila masuk kerja dengan kerja yang banyak...aku mula mengantuk. Huarghhh....x bestnya...kerja menimbun...

System make me crazy....arghhhhhhhhhhhh....................

Aku menghabiskan malam semalam bersama abang menonton kisah Mawi dan Ina. Aku bukan pro or cons mana2 pihak. Bagi aku, masing-masing ada salahnya. Melihatkan Mawi yang teramat berahsia dan juga ego, kesalahan tak boleh dijatuhkan 100% keatas bahu Ina mahupun ke bahu Mawi 100%. Mungkin Mawi tak selesa melihatkan Ina diselaputi glemer seperti sekarang dan menjadi buruan media. Dan sebagai wanita dan juga tunangan tak salah Ina mendesak untuk pihak Mawi menghantar wakil jika ingin menangguhkan pernikahan.

Sebagai wanita aku dapat merasakan keperitan kerana kalau boleh biarlah cinta pertama membawa bahagia hingga ke akhir hayat. Walaubagaimanapun, aku tak setuju dengan langkah Ina ke dunia seni yang amat banyak dugaan dan telah merubah Mawi. Mawi mungkin merasakan dia masih sama, sedangkan orang yang berada disekeliling tak merasakan yang sama. Perubahan mendadak yang berlaku dalam hidup Mawi juga tak memustahilkan berlakunya perubahan dalam kehidupan orang-orang ynag terdekat dengan Mawi, yang boleh menjadi pengaruh besar dalam hidupnya.

Ketidakadilan ada di mana sahaja. Kalau boleh ingin kukatakan pada Mawi, walau apapun hubungan mereka sekarang; aku harap dia akan dapat menunaikan hasrat yang pernah diluahkannya selepas bergelar juara dulu. Ingin menghantar ibu bapanya dan juga ibu bapa Ina ke Mekah menunaikan fardhu haji dan umrah. Sebagai umat Islam kita tahu, niat untuk ke sana jangan dibuat main. Padah akibatnya. Tunaikanlah janji itu.

Melihatkan mereka, masih ada sayang yang melingkari hati. Moga masih ada jodoh buat mereka. Berilah mereka masa menilai salah silap sendiri, buat keputusan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Hidup memang perlukan pengorbanan. Mawi hidup mewah sekarang tapi dia hilang kebebasan, tunang dan ayahanda tercinta. Ina juga dibaluti glemer akibat tempias Mawi, tapi dia kehilangan cinta pertamanya... bak lagu Erra...harapan tinggal impian...!!!

Hidup perlu diteruskan. Moga kebahagiaan menanti mereka...:).

Lagu favourite aku dari F4...Cant Lose You...
“Mei You Ni Wo Hui Shi Shui? ( Tanpamu, siapa diriku ?)
Xin Ting Zai Na Li Do Bu Dui (Di mana pun hati ini, rasanya selalu salah)
Na Jin Tian Ca Diao Zuo Tian...Kong Bai Yi Pian (Ambil hari ini, lepaskan semalam … penuh dengan kekosongan)
Na Yi Tian, Zai Na Yi Tian (Bilakah, bilakah ?)
Ke Yi Ji Xu Wei Wan Jing Jie (Dapat melanjutkan kisah yang belum selesai)
Zai Zhe Jiao Cha Dian...Shui Pei Zai Ni Shen Bian (Siapa yang ada menemani disisimu)
Jiu Suan Chuan Shi Jie Dou Yao Ba Ni Fou Ding (Walaupun seisi dunia ini menolak dirimu)
Ye Bu Neng Rang Wo Fang Chi Ni (Tak akan mampu membuatku menyerah)
Jiu Suan Wo Men De Guo Chi Dou Mei You Le Zheng Ming (Walaupun tak ada bukti dari masa lalu kita)
Wo Yi Rang Shou Hu Ni (Aku akan tetap menjagamu)
Oh Baby Baby Baby, My Baby Baby
Wo Jue Bo Neng Shi Chi Ni (Aku tak mungkin kehilanganmu)
Ni Shou Xin Ni Sheng Yin (Tanganmu, suaramu)
Hai Zhan Lin Wo De Xin Zen Neng Wang Ji (Masih menggenggam hatiku, Bagaimana mungkin melupakan)
Xiang Ni Jin Xiang Shi Hu Xi (Merindukanmu dalam setiap hembusan nafasku)
Oh Baby Baby, My Baby Baby
Wo Jue Bo Neng Shi Chi Ni (Aku tak mungkin kehilanganmu)
Bu Guan Ni Zai Na Li (Di manapun kamu berada)
Wo Yi Ding Hui Zhao Dao Ni ... (Aku pasti akan menemukanmu)

I love my life...:)

Buat semua...hargai apa yang kita miliki selama ia menjadi milik kita...bukan selepas kita kehilangannya...

-double_h-

Monday Blues...

Assalamualaikum...hari Monday blues. Semalam tidoq lambat, kemas barang-barang menjahit. Sudahnya sakit dada. Tak boleh bangun, punah harapan nak pi belajar menjahit hari ni.

Hari ni masuk half day. Tengok-tengok...banyaknya kerja. Cemana nih. Cemana nak balik awai. Tak bestnya. Banyak lak EMC released weekend hari tu. :( ... tapi dah namanya pun rejakan...mau tau mau...kenlah ikhlas kan hati buat jugak. Dah itu punca rezeki aku.

Semalam pulun jahit baju-baju Kak As dengan Kak Ela, sampai krem pinggang aku. Bila la nak beli meja menjahit ni. Tapi macam x puas hati la baju-baju yang aku jahit tu. Aku tak pernah menjahit untuk orang, selain daripada baju kurung. Blouse untuk pakai sendiri ada lah...susahnya tak dak mesin jahit tepi nih.

System slow sangat hari ni. Moodpun jadik slow. hm....