Quote of the day

There are so many beautiful reasons to be HAPPY



#positivevibes
#conqueryourhappiness
#happyme

XOXO Lots of loves -H3H-

Google Family Link for Parents

Terkejut dengar berita budak 12 tahun merogol anak asuhan.
Ya Allah lindungilah anak-anak kami semua.

dari berita tu kata semua tu pengaruh gadget.
Yerlah kan zaman sekarang semua di hujung jari, cari je apa tekan je apa share je apa semua keluar.

Maybe ada yang dah tau app ni tapi yang belum tahu harap membantu.

App ni saya install lama jugak lah untuk monitor setiap pergerakan kegunaan hp si kakak.

Yup kakak ada hp sendiri dan hp dia memang saya pasang kan line so unlimited internet dan call. supaya dia senang nak call family member, kegunaan kerje sekolah.

Tapi semua ada limit.

so saya install app ni Family link.

kat app ni saya boleh monitor apa yang kakak sedang buat. contoh dia tengah online ke. dia tengah tengok youtube ke. tengok game ke apa ke semua saya boleh tahu. dan berapa lama dia tengok dan last dia online semua saya tahu. dan paling penting saya tahu location hp nya berada dimana. tak kisah saya tengah kerje dia di rumah semua saya boleh monitor sebab nya ada notifiication.

dan di app ni juga saya kawal penggunaan nya so saya akan set masa ikut saya. so sampai masa hp ni akan padam sendiri dan dia tak leh tekan mana-mana button melainkan call sahaja. kalau dia perlu buka hp juga perlukan code no daripada hp saya.









update ::
1) application ni perlu di install kat telefon parent yang nak monitor tu dan juga HP anak anda ye.
nanti app ni akan minta email bagai so ikut sahaja arahan yang diberikan.
-- Untuk hp parent kena install google family link for parent
dan kalau untuk hp anak kena install google family link for children & teens

2) anak nak uninstall. biarlah sebab tak boleh pun 😅😅 . kalau hp si ibu atau bapa uninstall pun masih boleh install balik dan monitor anak macam biasa balik. melainkan parent tu tekan STOP SUPERVISION.

3) Kita boleh kawal dan set untuk tontonan movie umum sehingga 18sg atau 18sx. game pun boleh kawal.

4) semua kawalan/perubahan adalah hanya boleh dilakukan di hp si ibu/bapa sahaja.

selamat mencuba ☺☺☺

#kopipes from fb : https://www.facebook.com/1504008042/posts/10219153483936987/

XOXO Lots of loves -H3H-

Ilmu Kereta - Ekon tak sejuk

From FB : https://www.facebook.com/1144509637/posts/10218833627448792/



Nampak kecil tapi boleh buat kita rugi ratusan ringgit binatang ni... cerita dia minggu lepas aircond kereta x sejuk.. kadang2 sejuk.. bawak pegi bengkel.. konfiden kedai ckp kompresor rosak.. mmg dh siapkan bajetla nk untuk buat aircond.. total kena RM477 tukar kompresor rekon..

Lepas tukar pakai ok.. aircond sejuk.. tak sampai sehari aircond jadi balik kejap sejuk kejap panas..

Esok pegi balik kedai.. kedai buat-buat chek.. kata motor kipas aircond dah rosak.. Ok...kitapun bodoh xtau.. tukar jela motor kipas aircond RM110... lepas pasang ok.. sejuk.. x sampai sehari jadi balik..

Tiba-tiba dalam kepala otak terfikir pasal relay.. hari ni pegi sendiri kedai spare part cari binatang ni harga RM18.. Cabut sendiri dan pasang sendiri..

Alhamdulillah aircond sejuk balik.. time ni nak claim balik duit tukar kompresor dgn motor dah x guna..

Total buat kedai RM587.. berbeza total buat sendiri RM18 je.. nampak x permainan kat situ.. so, kalau kereta korang ada masalah aircond kurang sejuk.. try dulu tukar sendiri binatang ni.. RELAY nama dia..

XOXO Lots of loves -H3H-

Spread the positivity

Family isn't always blood.
It's the people in your life who want you in theirs; the one who accept you for who you are.
The ones who would do anything to see you smile & who loves you no matter what.



#positivevibes
#quoteoftheday
#conqueryourhappiness

XOXO Lots of loves -H3H-

Keguguran

Keguguran - from Doctor Imelda Balchin




Bila seorang wanita mengalami keguguran, jangan kata “Apa yang awak makan?”

Kalau hangpa tak boleh berkata yang baik, Hangpa DIAM saja. Jangan mencari kesalahan wanita yang keguguran. Jangan tuduh apa yang dia makan.

Bila seorang wanita mengalami keguguran, jangan kata “Kenapa angkat berat-berat?”

Kalau hangpa tak boleh memberi kata-kata semangat, Hangpa DIAM. Jangan mencari kesalahan wanita yang keguguran. Jangan tuduh apa yang wanita itu buat menyebabkan keguguran. Hangpa TAK TAU apa yang menyebabkan kegugurannya. Angkat barang tidak menyebabkan keguguran.

Bila seorang wanita mengalami keguguran, jangan kata “Kena cuci rahim kotor dengan produk dulu sebelum mengandung”

Kalau hangpa tak boleh memberi kata-kata yang tidak mengguris hati wanita yang keguguran, Hangpa DIAM. Jangan mencari kesalahan wanita yang keguguran. Jangan tuduh rahim wanita itu kotor. Tiada rahim yang kotor. Tidak ada produk mencuci rahim diperlukan oleh wanita.

Jika doktor cadangkan prosedur D&C, ini bermakna proses keguguran itu belum lagi selesai. Prosedur ini bertujuan membuang tissue kehamilan yang belum habis keluar sendiri (iaitu incomplete miscarriage), bukan untuk mencuci rahim kotor. Jika tiada kecemasan, iaitu tiada pendarahan yang berlebihan, doktor akan mencadangkan ubat untuk menyelesaikan proses keguguran tanpa membuat D&C, atau pun tunggu saja keguguran itu habis sendiri. Sila dengar nasihat doktor.

Bila proses keguguran itu sudah tamat atau ‘complete miscarriage’, tak perlu D&C dan tak perlu beli sendiri apa-apa ubat atau produk cuci rahim.

Bila seorang wanita mengalami keguguran, jangan kata “Rahim awak tak kuat”

Kalau hangpa tak boleh memberi kata-kata yang menyejukkan hati wanita yang keguguran, Hangpa DIAM. Kalau hangpa hanya boleh memberi kata-kata yang membimbangkan wanita yang keguguran, Hangpa DIAM.

Jangan mencari kesalahan wanita yang keguguran. Jangan tuduh rahim wanita itu tidak kuat jika keguguran yang awal berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan. Jika anda bukan doktor yang merawat wanita yang keguguran, Hangpa DIAM. 

Kalau tak boleh memberi wanita kata-kata yang memberi ‘empowerment’ ‘motivasi’ ‘semangat’, Hangpa DIAM saja.

Untuk wanita yang telah mengalami keguguran awal, sebelum 14 minggu kehamilan. Tak payah beli produk cuci rahim, produk kesuburan, produk kuat rahim. Insyallah kebanyakan wanita yang hamil semula tidak ada masalah.

Untuk wanita yang pernah mengalami keguguran selepas 14 minggu kehamilan, anda juga tak perlu beli produk cuci rahim, produk kesuburan, produk kuat rahim. Untuk kehamilan yang berikutnya, sila jumpa pakar gynae pada 12 minggu kehamilan untuk pemeriksaan dan rawatan terbaik untuk mencegah keguguran atau kelahiran pramatang. Kita mesti berfikiran positif dan berusaha dengan cara yang terbukti berkesan.

XOXO Lots of loves -H3H-

Cendoi Durian

Tahun ni, musim durian dah nak abih... Kami baru berkesempatan nak makan cendoi favourite kami 🤣

Gila punya busy... Back to back to keja dengan segala new project bagai. La ni kena support Hadi punya project pulak. As reward, Hadi belanja kami makan cendoi bakaq dengan mi goreng.

Durian dia tahun ni mcm kurang sikit dr dulu. Tahun lepas punya durian, double kot. Tapi... Mi goreng basah dia memang sedap la.

At first, aku dengan Afzan mcm tamau makan sebab tak rasa nak makan. Kami nk makan cendoi doyan ja.

Tapi, bila tgk Hadi punya mi goreng mai... Fuh... Terliuq la pulak 😝

Thank you, Hadi... Len kali belanja lagi  🤭






XOXO Lots of loves -H3H-

With love



#quoteoftheday
#ibusayangrayyanhiwayat
#ibudananakpunyamoment
#rayyanhiwayatmarathon
#lavenderfunrun2019
#positivevibes

XOXO Lots of loves -H3H-

Thank you, Huda

What's matter here... Tanda ingatan dan kasih sayang.

Thank you, Huda. Sebab ingat kat kakak debab hang ni. Fuh, donat Huda buat sendiri tu.... 💕



XOXO Lots of loves -H3H-

Breakfast with pancake

Dari semalam ada budak merap nak breakfast with pancake.

Dah lama jugak tak buat pancake ni. Since lepas raya, x buat langsung.

Masa posa hari tu, soq anak tak lalu nasik. So, kena la ibu buat pancake nak bagi dia soq 😒. Sib baik la sayang 😂.

Actually, mudah sgt nk buat pancake ni. Simple ja.

Just to share untuk sapa2 yg tringin nak buat pancake tapi tatau mcamana (selain beli ready to mix dalam kotak juai kat supermarket) 😉

BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
2 sdt baking powder
Secubit garam
2 sdb gula halus / kastor
3/4 cawan + 2 sdb susu kotak Full-cream *(Maksudnya sukat 3/4 cawan dulu. Lepas tu tambah lagi 2 sudu besar)
1 biji telur gred A, dikocok
2 sdb butter, dicairkan
1 sdt esen vanila
Sedikit minyak / butter untuk sapu pada kuali leper. *(Tapi aku tak guna sebab dah pakai non-stick pan)

CARA-CARA
1. Asingkan Bahan Kering & Basah

Mula-mula, satukan bahan-bahan kering – iaitu tepung, baking powder, garam dan gula ke dalam sebuah bekas. Gaul rata dan ketepikan.

Dalam satu bekas yang lain pula, satukan bahan basah pula – iaitu susu, butter yang telah dicairkan, telur dan esen vanila. Gaul rata.

2. Campurkan

Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering.

Kemudia gaul setakat rata saja, jangan overmix. Jika ada sedikit ketulan-ketulan tepung tak apa.

3. Rehatkan Adunan

Rehatkan adunan yang dikacau tadi selama 15 minit.

4. Masak

Panaskan non-stick pan kecil, guna api paling kecil sekali. Tak perlu sapu minyak pun tak apa.

Tuang adunan tadi dan biarkan hingga pancake naik gebu dan keperangan.

Bila dah berbuih tu maksudnya sebelah tu dah cukup masak, jadi terbalikkan dan tunggu pula sebelahnya lagi masak.

OK SIAP!

Bila dah nampak cukup masak, bolehlah diangkat dan terus dihidangkan.

Terpulanglah nak makan dengan butter dan madu macam di McD tu atau sapu dengan Nutella, peanut butter, jem strawberi atau buah-buahan segar. Ikut selera masing-masing.

Satu adunan ni, biasanya aku bole buat 4bj pancake. Ni pun depends on saiz senduk yg kita pakai.



Anak suka makan pancake ni dengan maple sirap. Actually maple sirap ni dah lebih kurang 10 umur dia. Its hadiah from my colleague in Toronto. Luis Leal. Tatau la Luis pun lepaih mana dah 😂.

But, since I checked... Maple syrup ni kalo elok cara simpannya... Memang tahan lama gila. And it's still good.

Since anak gila pancake... Tinggai sekali makan ja lagi maple syrup tu.

So, anak dah tanya... Kat mana nak beli. Luckily... Tetiba terperasan maple syrup ni ada kat tesco masa teman mak beli barang. Nanti bole la try maple syrup tesco pulak. 😅




Dah makan... Tapau lagi 😂


XOXO Lots of loves -H3H-

Jaga mulut

#kopifromgroupwasap



Medical card, air bertapis, kereta baru, rumah sendiri dll 🌸

Pada yang tak mmpu nak bayar bulanan untuk benda2 kt atas tu, ampa jangan down. Sis paham bila ada dikalangan org terdekat yang persoalkn benda tu awt ampa tk ada semua tu 🙄

Ayat plg selalu sis dengaq pasai medical card la. Penah terkena batang idung sis. "Awat tak ambil. Ambil yang bulanan paling murah pun takpa janji ada. Anak demam senang bole p private. Tak payah tunggu hosp gomen. Lambat. Pastu banyak kore". Simple tapi makan dalam. Sebab apa sis kata lagu tu? Ampa taktau kewangan dia macamna. Ampa taktau dia struggle macamana nk teruskan hidup dia tapi ampa persoalkan benda macamtu yang dia rasa kalau dia ambil akan menyusahkan hidup dia sedangkan untuk ampa benda ni baguih 😥

Sama macam kes beli rumah. Ayat paling biasa dengaq "awat tak beli rumah, dari menyewa bayar bulan2, atleast nanti jadi rumah ag sendiri dah". Kalau la dia mmpu sediakan deposit beli rumah. Kalau la bank bole bagi loan dekat dia tanpa tengok gaji dia. Sis jamin, semua orang takkan menyewa lagi dah 😪

Pada ampa semua. Tolong jaga setiap perkataan yg keluar dr mulut ampa semua sebab kadang2 benda tu bole mengguris perasaan org2 ini. Tu yang jadi punca dpa jauhkan diri atau erti kata lain depa akan lari bila ampa nak jumpa or jadi silent reader dalam wasap grup 😉

Ampa mungkin taktau. Walaupun dia tak mmpu ada medical card tapi dalam setiap doa selepas solat dia akan mintak Allah kurniakan kesihatan yang baik pada keluarga dia. Sebab tu anak dia tk sakit dan tak perlu masuk hospital 5⭐. Walaupun dia tak mmpu minum air bertapis tapi anak dia masih bole minum air yang bersih. Walaupun dia tak mmpu naik kereta baru tapi dia masih bole p merata dengan kereta sedia ada. Walaupun dia menyewa dia tapi dia masih tak basah bila hujan turun. Hanya Allah sebaik2 perancang. Siapa kita yang nak persoal semua tu? Hanya hambanya yang sentiasa menagih pertolongan dari yang Esa😊

Daripada ampa ckp benda yang mengguris hati dia baik ampa tolong dia. P melawat selalu, tanya khabar, bantu dari segi wang atau tenaga sekiranya nampak depa ada masalah. Sebab kadang2 kita tak perasan. Depa sorokkan kesusahan depa sebab depa masih nak menjaga air muka bila berdepan dengan org jenis ni 😌

XOXO Lots of loves -H3H-