Jom Lariiiiiiii

Jom kita lari, walaupun sedikit.

Satu kajian yang telah menggabungkan 14 kajian yang lain di mana ia melibatkan seramai 232,000 orang peserta dan telah dipantau ketika berumur 5 tahun hinggalah kepada 35 tahun.

Ketika kajian tersebut berlaku, seramai 26,000 peserta telah meninggal dunia dan maklumat tersebut digunakan untuk menganalisa faktor yang mengurangkan risiko kematian mereka.

Daripada data tersebut didapati semua jenis larian dapat mengurangkan sebanyak 30% kematian disebabkan masalah jantung dan 23% kematian disebabkan kanser.

Walaupun larian tersebut hanya 50 minit dalam seminggu dengan kelajuan 9 km/jam juga didapati memberi perlindungan kepada mereka yang melakukannya

Penemuan ini telah diterbitkan pada 4 November 2019 dalam Jurnal British Journal of Sports Medicine

Jadi, tiada lagi alasan untuk kita semua tidak sihat. Mulalah berlari dari sekarang!

Sumber: TheDiagnosa



XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: