Thai Cave Rescue - Unsung Heroes

Selain pasukan penyelam SEAL sebagai hero, hero utama adalah Jurulatih itu sendiri yang berjaya menenangkan dan menjaga kesemua 11 pelajar tersebut dari hari pertama mereka masuk ke gua sehinggalah hari ni, hari ke-17.

Ingat senang nak jaga sekumpulan kanak2 dalam keadaan extreme mcm tu?

Alhamdulillah kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan. Now kita sama2 doakan agar pasukan penyelamat yang masih berada di dalam gua, selamat semuanya.


Saya mungkin tak dapat bantu #ThaiCaveRescue tapi saya nak bantu sebarkan kisah-kisah menyentuh hati untuk pembaca BM terutama rasai keindahan & ambil pengajaran :) Ini adalah #bebenang #thread

1. "Apa saya mahu adalah kanak-kanak itu hidup. Itu adalah ganjaran saya menggali keluar air. Saya tak mahu duit" - Suratin Chaichompoo, Presiden Persatuan Air Bawah Tanah #ThaiCaveRescue

2. "Kami amat hormat jasa baik para petani. Kami takkan pulang ke rumah selagi kami tak selesai keluarkan air daripada sawah mereka" -Pasukan Water Pumping #ThaiCaveRescue

3. "Kami tak peduli bila sawah padi kami dibanjiri air selama 7-10 hari. Apa kami peduli sekarang adalah kanak-kanak itu, bukannya sawah padi lagi" -Para petani yang benarkan air yang dikeluarkan dari gua membanjiri sawah mereka di Chiang Rai. #ThaiCaveRescue

4. "Kami akan bertahan sehingga misi selesai. Kami akan tanggung segala belanja selagi mampu. Kami tak mahu bebankan sesiapa." -Para pengutip sarang burung #ThaiCaveRescue

5. "Sukarelawan daripada pelbagai latar - tukang masak, tukang dobi, penyelam, pasukan perubatan, penjual aiskrim, pengutip sampah - kalau ini semua tak dapat kembalikan semangat kemanusiaan anda, saya tidak tahu apa lagi!" -terjemah @mesferahq #ThaiCaveRescue

6. Ekapol Chanthawong kehilangan keluarga sejak kecil. Dia dilatih sebagai seorang sami dan memberikan hidupnya melatih budak-budak itu. Dia berjaya memastikan semua 12 orang itu hidup di dalam gua tanpa makanan dan bergelap selama 9 hari. Dia terakhir keluar dan hanya berusia 25 tahun. Kenanglah jasanya! #ThaiCaveRescue

7. John Volanthen, ketua penyelam dalam #ThaiCaveRescue berkata, "Hobi saya menyelam. Saya selalu bertanya diri sendiri mengapa saya begitu meminati hobi ini, rupa-rupanya seluruh hidup saya adalah untuk bersedia menghadapi misi ini sejak dua minggu lepas"

8. Para pekerja tidak kisah kerja lebih masa. Para petani tidak kisah sawah padi mereka dibanjiri untuk menyalurkan air lebihan gua. Para penyelam begitu bekerja keras, @elonmusk memberi kapal selam mini secara percuma - ini semua pengajaran #ThaiCaveRescue - Kini kita kembali percaya pada semangat kemanusiaan!

9. "Akhirnya kita terdengar - kali pertama, seantero dunia menyokong pasukan bola sepak yang sama!" -Terjemah kekicau @aqwastevebarry #ThaiCaveRescue

10. Pasukan SEAL #ThaiCaveRescue ditanya, mengapa berlatih dalam keadaan ekstrem? "Di bawah tekanan, kita tak mampu menghadapi situasi itu langsung. Maka, kita turunkan diri kita ke tahap yang biasa kita berlatih. Kerana itu latihan itu sendiri perlu ekstrem." Berlatih hadapi ketidakselesaan adalah kunci kejayaan besar.

11. Saman Gunan, bekas pasukan SEAL #ThaiCaveRescue meninggal dunia setelah membantu misi ini. Begitu terharu bila ayah Saman berkata, "Moga engkau tenang beristirehat. Ayah sentiasa cinta akan kamu".

12. Ibu Bapa keluarga pasukan Wild Boar (nama pasukan kanak-kanak ini) kesemuanya bersetuju agar mereka tidak diberitahu siapa yang telah diselamatkan sehinggalah kesemua mereka berjaya dikeluarkan! #ThaiCaveRescue

13. Ibu Bapa keluarga menghantar surat kepada jurulatih itu dan berkata mereka percaya akannya dan ini bukan salahnya. Para petani pula berkata lain kali boleh tuai padi, sekarang yang penting misi ini #ThaiCaveRescue

14. Ada tiga filem yang diingati apabila #ThaiCaveRescue terjadi : The Tunnel (Korean, 2016), The 33 (2015) dan The Sanctum (2011).

15. Berita Thai : Pasukan ini telah berulang kali ke gua itu. Kali ini mereka mahu sambut hari jadi salah seorang kawan. Pada mulanya tiada banjir, jadi mereka hanya berjalan. Apabila hujan tiba-tiba turun, terus banjiri kawasan gua. #ThaiRescueCave

16. "Tidak semua adiwira memakai topeng. Ada kalanya mereka memakai pakaian selam!" #ThaiRescueCave

17. #AWANInews [TERKINI!!] Kesemua lima mangsa terakhir yang terperangkap dalam gua Tham Luang berjaya dibawa keluar pada kira-kira jam 6.50 petang waktu tempatan. - Reuters

18. Kini, kesemua 12 kanak-kanak dan 1 jurulatih berjaya dikeluarkan bermakna mereka telah terperangkap selama 18 hari semenjak 23 Jun. #ThaiCaveRescue

19. Kisah Tkg Dobi di BBC - Tiap malam, Rawinmart Lueret mengumpulkan baju para penyelamat dan membawa ke kemudahan dobinya untuk dibersihkan. Kata Rawinmart, "Setelah mendapati pakaian mereka sudah 4 hari tidak bercuci, maka saya merasa senang jika dapat membantu mencucinya.

20. "Kami ambil jam 9 malam dan kembalikan jam 4 pagi. Sebabnya mereka perlukan pakaian itu awal pagi. Syukur kami ada pekerja dan sukarelawan yang sudi membantu sekali, bukan sahaja cuci malah jahit jika terkoyak. Kami tak ada kemampuan utk keluarkan mereka dari gua tapi kami boleh bantu cuci pakaian pasukan penyelamat."

21. Kisah tukang masak Muslim, Doonnia Kakakhen di BBC - "Awalnya kami hanya sediakan 100 juadah dengan sekali penghantaran. Setelah tahu ada ramai lagi muslim dalam pasukan SEAL dan juga di unit lain, kami gandakan juadah."

22. "Kalau kami masak juadah istimewa seperti biryani atau kari, kami masak lebih, jadi ramai dapat makan, bukan sahaja muslim. Saya yakin kanak-kanak itu akan keluar kerana mereka sangat kuat. Muslim dan orang Buddha di Chiang Rai telah lama bersatu dan kami kongsi matlamat yang sama untuk pastikan misi #ThaiCaveRescue ini berjaya."

23. Salah seorang bapa kepada kanak-kanak berusia 11 tahun, Chanin berkata - dia enggan mengemas katil adiknya yang tidak terurus sejak kehilangannya. "Saya mahu ketika di kembali, ia seperti dia tinggalkan tempoh hari (seperti tragedi itu tidak pernah berlaku!).

24. Mae Bua Chaicheun seorang petani padi. Sawah padinya rosak akibat 130juta liter air dipindahkan ke sawahnya dari gua. Responnya, "Kanak-kanak lebih penting dari beras. Kami boleh bangunkan sawah kembali tapi kami tak mampu hidupkan kanak-kanak itu semula!" #ThaiCaveRescue

Renungan rakan, Mo Akmal Amri yang bagus :

"Peristiwa budak² Thailand dalam Gua ni menunjukkan kepada kita betapa tinggi nilai nyawa itu, dan tak dapat diukur dengan wang ringgit. Manusia sanggup berbelanja ribuan malah jutaan ringgit semata-mata untuk selamatkan satu nyawa.

Tapi bila kita baca berita pengeboman, perang atau serangan terorisme, angka 12 orang tu kelihatan terlalu kecil. Ini kelemahan kita. Sepatutnya kehilangan walau 1 nyawa sekalipun mesti diratapi.

Sebab tu juga kita tak boleh main² atau bergurau dalam isu nyawa. Ungkapan-ungkapan "sila meninggal", "kalau mati lebih baik" atau "rasa nak bunuh je" adalah perkara yang tak patut disebut jika kita hargai nyawa.

Sayangi nyawa. Nyawa kita dan nyawa sesiapa sahaja."

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217206596303655&id=1433258758

XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: