Thai Cave Rescue - Part 6

 U
pdate untuk hari ini 9/7/2018

1) Diver yang sama akan digunakan untuk kerja menyelamat untuk hari ini kerana mereka amat mahir dan faham tentang selok belok gua. Mereka memerlukan 10 ke 20 jam untuk rehat dan persediaan untuk next mission.

2) Budak budak tu akan dibahagikan dalam 1 kumpulan 4 orang per mission.

3) Rumors (berita tidak sahih) mengatakan salah seorang mangsa yang diselamatkam semalam adalah coach mereka. Dia diselamatkan awal kerana keadaannya yang kurang sihat. Yang ni kena tunggu official announcement.

4) Lokasi 8 lagi budak budak tu bersama coach mereka masih lagi di tempat mula mula mereka dijumpai berdekatan dgn “Pattaya Beach”. Maknanya mereka memang straight keluar. Takde singgah/bermalam kat mana mana check point dalam gua tu. Take 5 tu ada laa..

5) Kesemua mangsa yang diselamatkan semalam akan dibenarkan berjumpa dengan keluarga mereka malam ini kalau lulus ujian perubatan dengan condition “No hugging No touching” πŸ˜Š

Kita tunggu lewat petang nanti. Harap harap kumpulan kedua dapat keluar dgn selamat.

πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ stay strong guys!!

Sumber dari The Guardian




Remaja pertama yang diselamatkan oleh para penyelamat. Muncul di mulut gua bersama penyelamat tepat pada pukul 1740hrs (5.40 pm) 8 Julai. Umurnya adalah 13 tahun. Nama payah nak sebut, baca Thai translation macam lain aje...tak berani nak up takut salah hehehe...
Credit to Nisakorn Panpa
 

Bukan hanya peralatan darat dan air sahaja yang perlu disediakan dalam operasi menyelamat ini. Pengangkutan udara juga diperincikan. Tentera Udara Thailand telah mneydiakan beberapa buah helikopter Bell Huey. Helikopter ini akan digunakan sebagai ambulan udara. Kesemua remaja yang diselamatkan pada hari pertama operasi bermula dihantar ke hospital dengan menggunakan helikopter yang begitu masyhur dalam era Perang Vietnam ini.

Ilustrasi oleh kartunis Thai, Sisidea menggambarkan operasi menyelamat di Gua Tham Luang tetapi dalm bentuk kartun, very very cute laa. Setiap haiwan di dalam gambar tersebut mewakili sesuatu. Cer check kat bawah ni yaa haiwan2 cute itu mewakili siapa....


XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: