Thai Cave Rescue - Part 1

All this post related to Thai Cave Rescue, is sebagai bukti....humanity masih wujud.
Bila satu dunia bersatu untuk menyelamatkan 13 remaja Thailand yang terperangkap di gua.

Sumber semua artikel Thai Cave Rescue is from : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1920341268010985&type=3


Seperti yang kita ketahui, kesemua 12 remaja Thai bersama seorang jurulatih yang telah terperangkap di dalam sebuah gua di Chiang Rai, Siam telah ditemui berada di dalam keadaan selamat. Mereka telah ditemui oleh penyelam2 skuba dari England. Ditemui pada hari yang ke 10 setelah kehilangan mereka diketahui. Tetapi masih terdapat masalah besar bagi kesemua mangsa untuk keluar denganselamat dari gua tersebut. Jarak antara pintu gua dengan tempat mereka sekarang adalah begitu jauh, sekitar 10 km. Kalau berjalan keluar macam tu sahaja takdalah susah sangat, cuma penat sahaja kan? 

Masalah terbesar bagi para penyelamat sekarang ialah kebanyakan laluan keluar dari tempat mereka berteduh sekarang di penuhi dengan air. Ada yang dengan kedalaman sehingga berpuluh meter. Musim hujan monsun yang melanda Thailand sekarang mengakibatkan kebanyakkan ruangan gua ditemggelami air. Monsun Thai ini baru sahaja bermula dan akan berakhir dalam masa 4 bulan lagi. Setakat ini (kalau baca2lah dan input kawan di sana) cuma ada 2 cadangan bagaimana untuk mengeluarkan mereka semua. Yang pertama dengan membawa mereka seorang demi seorang dengan menggunakan alat2 menyelam skuba dengan tangki oksigen dan satu lagu menunggu air surut dalam masa 4 bulan lagi. Bagi para penyelamat, kedua2nya adalah berisiko besar. 

Jarak yang jauh sehingga 10km, laluan2 sempit yang terpaksa diharungi ketika menyelam dan adakalanya tangki oksigen terpaksa dibuka dari badan bagi membolehkan badan dan tangki lepas dari laluan sempit tersebut. Bagi profesional tidak ada masalah tetapi bagi remaja2 tersebut ianya adalah masalah besar. Tentu mereka panik, bila panik macam2 boleh terjadi dan boleh membahayakan mereka dan juga para penyelamat. Kebanyakkan mereka tidak tahu berenang dan ini lebih menyukarkan para penyelamat. Ada juga gambar2 laluan2 sempit yang telah dilalui oleh penyelamat skuba ini dan ianya amat mengerikan, kadang2 muat2 badan aje. Option satu lagu nak tunggu sehingga 4 bulan, apa akan terjadi dengan remaja2 tersebut dalam masa 4 bulan tu? Inilah masalah2 yang sentiasa bermain2 difikiran para penyelamat ini. Mereka juga telah mengusahakan penghantaran pam2 air gergasi di lokasi. 

Tetapi menurut para petugas di situ, pam2 air ini tidak begitu bekesan, jumlah isipadu air di dalam gua terlalu tinggi. Kita juga boleh melihat para remaja yang gambar mereka telah tersebar luas, nampak betul kurus, muka masing2 agak cengkung tetapi nampak masih bersemangat. Doktor2 tentera yang berpengalaman dalam hal2 menyelam ini telah pun sampai di kawasan remaja ini berkumpul dan makanan serta lampu2 telah dipasang di kawasan itu. Harap2 mereka semua akan dapat dikeluarkan secepat mungkin. Melihat mereka macam melihat anak remaja kita juga. Kita faham apabila ada para penyelamat Thai ini yang menangis bila kesemuanya dapat ditemui. Tidak dapat dibayangkan bagaimana mereka boleh bertahan selama 10 hari dalam keadaan gelap gelita, tanpa makanan, kesejukan dan yang paling tragik, ketakutan bila air semakin menaik, menaik dan menaik sehingga hanya berbaki kawasan sempit untuk mereka semua bernafas.......

Gambar - Ratusan tangki2 oksigen yang dibekalkan oleh Thai Navy Seal untuk SAR yang diletakkan di mulut gua.



XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: