Thai Cave Rescue - Part 3

Salah satu plan kecemasan yang mungkin akan dipraktikkan.
Sila lihat gambarajah di bawah:-

1) kemungkinan besar budak budak tu akan diajar berenang dan menyelam secepat mungkin.

2) Masa dah tak banyak. Ramalan cuaca di sana mengatakan pada 8 july nanti taburan hujan adalah sebanyak 33mm.

3) Ditakuti tempat yang diorang duduk sekarang semuanya akan ditenggelami air.

Semoga semuanya selamat dibawa keluar.

Credit to Luke Mahfuz
Credit to Nisakorn Panpa (gambar2 dari media Thailand).



Sama2 kita doakan keselamatan semua & kejayaan operasi ni...

Semua memberikan sokongan padu.. Daripada Navy SEALs, Penyelamat Pro dari seluruh dunia.. Org kampung.. Penjual kuey teow.. Tukang urut.. Semua berganding bahu!👍👍👍

Sy mmg follow rapat perkembangan kisah mereka...😞😞😞

#13hope
#pleasestaystrong
#respect

Credit : Luke Mahfuz & Mohd Aznam Abdul Rahman (Sumber maklumat, gambar & update)



Inilah wajah anggota penyelamat yang terkorban semalam ketika proses menyelamat dijalankan. Beliau ialah Petty Officer 1st Class Smaan Kunan, 38 tahun. Smaan ketika itu sedang membawa tangki2 oxygen untuk diagihkan ke beberapa kawasan di dalam gua tersebut. Smaan tidak sedarkan diri ketika sedang menyelam dalam perjalanan pulang ke sebuah chamber di dalam gua tersebut. Ada kemungkinan tangki oxygen yang digunakan oleh Smaan telah habis sebelum sampai masanya. Smaan adalah korban pertama dalam misi menyelamat gua di Chiang Rai ini.

 
 
Ahli keluarga mendiang Petty Officer 1st Class Smaan Kunan yang terkorban ketika operasi "Thai Cave Rescue". Yang di sebelah kanan barisan depan, wanita berbaju hitam itu adalah isteri mendiang.


Pelbagai peralatan digunakan dalam proses menyelamat. Salah satunya ialah full diving mask. Sebanyak 20 buah full diving mask disediakan dengan saiz untuk remaja yang terperangkap itu. Kesemua 20 buah mask itu didermakan oleh seorang ahli perniagaan yang tidak mahu namanya diumumkan kepada media. Kos kesemua 20 buah full diving mask itu dianggarkan bernilai RM 61 ribu. Sumber dari media Thai.


Setakat ini terdapat 13 unit water pump pelbagai saiz disediakan di dalam usaha untuk menyedut keluar sebanyak mungkin air yang menakung di dalam gua di Chiang Rai ini. Dalam usaha sepanjang waktu tanpa henti ini, 6 unit alat ini telah mula mengalami kerosakan. Masa pula semakin suntuk, air hujan pula mencurah2 masuk. Yang menariknya ialah kesemua alat2 ini bukan dari kerajaan. Ianya adalah dari pihak swasta dan kesemua khidmat diberi secara percuma.


Setahu kitalah, kalau alat2 begini, biasanya ianya akan dibekalkan oleh kerajaan, sudah tentulah dari sumber tentera laut. Dalam kes gua di Chiang Rai ini, stok tangki oxygen ini majoritnya telah digunakan Thai Navy Seal dalam operasi Thai cave rescue ini. Sudah tentulah stok simpanan perlu ada bagi keperluan lain dalam operasi ketenteraan yang lain ye tak? Dengan sebab itu, sebuah syarikat swasta yang berpengkalan di Phuket telah mengagihkan tangki2 oxygen tambahan sebanyak 331 buah secara percuma untuk kesinambungan operasi di gua Chiang Rai ini....Yaa percuma.


 



XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: