Thai Cave Rescue - Part 7

July 9

Setakat ini, 5 remaja telah selamat dikeluarkan dari gua Tham Luang Nang Non di Chuang Rai ini. Betullah seperti apa yang wartawan BBC yang saya updated malam tadi bahawa hanya 4 remaja sahaja yang keluar dan bukannya 6 seperti apa yang Awani katakan. Seorang lagi berjaya diselamatkan baru seketika ini, kalau diikutkan dalam berita terkini Awani (pukul 7.00 pm tadi). Jadi kesemuanya 5 remaja telah diselamatkan. Tidak pasti samada "coach" juga ada diantara mereka. Berita angin mengatakan bahawa situasi coach agak membimbangkan, jadi coach perlu dikeluarkan dengan segera.

Apa2 pun kita tunggu Press Conference resmi dari pihak Thai. Nampak gambar di bawah tu tak? Lebihkurang begitulah tahap penglihatan di dalam air di dalam gua Tham Luang ini. Biasanya, penyelam berkomunikasi sesama mereka di dalam air hanya dengan menggunakan sign2 tangan atau badan, tetapi kalau sekeruh ini penglihatannya, apa2 komunikasi perlulah dengan memegang "touching". Setiap penyelam perlu dilengkapi lampu. Dan "guidance' yang paling penting adalah laluan tali (seperti dalam gambar di kiri). Inilah cabaran penyelam2 yang membawa remaja2 tersebut keluar dari laluan air ini. Mengapa sampai 90 penyelam dalam operasi penyelamatan semalam?

Penyelam yang mengiringi seorang remaja adalah 2 orang. seorang di depan, seorang lagi di belakang dengan membawa tangki oksigen remaja, Jumlah remaja yang berjaya di bawa keluar semalam adalah seramai 4 orang. Jadi hanya 8 penyelam mengiringi remaja2 tersebut. So penyelam yang selebihnya? Apakah tugas mereka? Tugas mereka fokus kepada tangki2 oksigen extra yang diletakkan di sepanjang laluan air dalam jarak 2.5 km. Satu tangki oksigen tidak mencukupi untuk seorang penyelam mengharungi keseluruhan laluan. Tangki2 akan kosong dalam beberapa ketika. Sebelum kosong, penyelam akan menukar tangki yang berisi penuh oksigen untuk perjalanan seterusnya. Pattern pengisian tabung oksigen ini oleh penyelam2 lain lebihkurang samalah seperti operasi "Black Buck" iaitu pengeboman oleh sebuah pesawat pengebom Britain iaitu Avro Vulcan pada tahun 1982.

Jarak penerbangan yang jauh dari Pulau Ascencion sehingga ke Pulau Falkland sejauh 12,200km. Sejumlah 12 buah pesawat tangki minyak Handley Page Victor KC 2 digunakan. 12 pesawat tangki minyak ini akan berulang alik mengisi minyak diantara satu sama lain dan kemudiannya mengisi minyak ke atas pesawat pengebom Vulcan. Terdapat semacam satu pattern untuk mengisi minyak untuk kesemua pesawat2 tersebut termasuk Vulcan untuk sampai ke destinasi pengeboman di Falkland. Begitulah juga pattern pengisian oksigen seperti berpuluh2 penyelam dan 8 penyelam utama yang membawa remaja2 tersebut. 8 penyelam adalah Avro Vulcan dan 86 penyelam diandaikan seperti pesawat tangki minyak Victor KC 2. 




XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: