Thai Cave Rescue - Part 8

THE FINAL 5

Mission semalam berjalan dgn lancar. Semua yang diselamatkan semalam telah berada di hospital untuk rawatan rapi selepas lebih 2 minggu kat dalam gua tu..

Pada saat ini mission yang last sudah pon bermula. Misi yang sangat penting ini adalah untuk mengeluarkan 4 lagi mangsa bersama dengan Coach mereka yang masih lagi terperangkap. Tidak pasti lagi mereka akan keluarkan 4 mangsa dulu atau pon 5 orang sekaligus.

Sebelum ini 8 orang mangsa telah dikeluarkan sejak 2 hari lepas. Kita harap cuaca baik dan takde hujan lebat agar last mission ni berjalan dengan lancar.

Harapan satu dunia, rakyat Thai dan keluarga mereka khususnya untuk melihat kesemua 13 orang ini terselamat amatlah besar. Dengan pelbagai pengorbanan yang dibuat oleh para penyelamat, orang kampung, syarikat swasta dan satu dunia yang memberi moral support amat mengharukan. Lagi lagi seorang penyelamat telah terkorban. Sedih siot!

Marilah kita sama sama berdoa agar mission The Final 5 ini berjalan dgn lancar.


Dalam gambar ini, terdapat semua elemen yang bersangkutan dalam operasi menyelamat "The Wild Boar" ini. Sebuah syarikat penerbitan Thailand iaitu "Hattrick Magazine" telah mendedikasikan sebuah gambar berbentuk kartun untuk kesemua petugas dan penyelamat antarabangsa dan tempatan termasuk kesemua rakyat Thailand yang prihatin. Kalau kita perhatikan muka kesemua orang2 dalamgambar tu, kesemuanya gembira kan, malah ada yg mengangkat kedua2 tangan ke atas pasal happy sangat kan? Sebabnya, divers baru menemui budak2 tu di Pattaya Beach. Lampu suluh diver tu pun baru nak naik..hehe. Oh yaa, dalam ramai2 tu, ada seorang saja yang muka masam, tu, kat hujung bawah sebelah kanan tu, sawah dia dah berlebih2 air, diorang pam air gua masuk sawah dia, redho ajerlah...
Credit to Nisakorn Panpa


Cadangan membawa keluar kesemua anggota "Wild Boar" melalui jalan air akhirnya dijalankan juga. Tetapi sebelum itu tentulah pelbagai perincian perlu diambil kira. Salah satunya ialah suit menyelam. Mangsa yang terperangkap terdiri dari yang berumur 16 tahun sehinggalah kepada yang paling kecil 11 tahun. Bagi suit menyelam orang dewasa tidak ada masalah, Suit untuk coach dan beberapa remaja tidak menjadi masalah, Bagi yang kecik2 ni. Suit mereka jarang2 boleh didapati di pasaran. Nak cari tentulah memakan masa yang lama. Jadi ada sebuah syarikat Thailand dengan bermurah hati menyediakan suit untuk beberapa mangsa yang kecik2 tu. Kalau tidak silap mengikut sumber dari Thailand, sebanyak 4 suit menyelam bersaiz kecil telah dihantar ke Pattaya Beach, Salah seorang yang memakainya ialah remaja yang mula2 sekali diselamatkan 2 hari yang lepas. Oh yaa, ianya adalah pemberian percuma...
Credit to Nisakorn Panpa



Sebelum kita tunggu laporan mengenai 3 lagi remaja termasuk coach diselamatkan, kita terjahlah ke belakang sedikit. Sebenarnya, selain dari anggota2 dari pihak kerajaan dan penyelamat luar negara, terdapat juga ramai sukarelawan2 Thai yang datang dari pelbagai wilayah. Mereka yang datang sudah tentulah memiliki kemahiran2 tertentu untuk membantu dalam operasi yang boleh dikatakan terbesar di Thailand ini. Salah seorang dari mereka ialah Folk Kamposak Sassadee. Folk juga digelar sebagai Captain Sparrow oleh penyelamat2 di kawasan lokasi gua disebabkan mukanya saling tak tumpah seperti Captain Jack Sparrow dalam Pirate of the Caribbean tu. Folk juga dipanggl Abang Folk. Kenapa ada perkataan "Abang" pulak. Sebabnya, Abang Fok ni melayu dari daerah Satun yang bersempadan dengan Perlis dan Abang Folk adalah muslim.

Folk terpanggil untuk datang membantu ketika mendapat berita mengenai budak2 tu. Sementelahan Folk mempunyai kepakaran mendaki gunung2 di Thailand. Folk dengan 9 rakan2 pendakinya dari daerah Trang (di segenting Kra) yang kesemuanya muslim bergegas ke utara menuju ke Chiang Rai ini. Folk dan rakan2nya diberi satu tugasan mendaki gunung di sekitar gua Tham Luang ini untuk mencari spot2 atau laluan2 jika ada untuk menerobos masuk ke dalam gua berdekatan "Pattaya Beach". Tugas ini juga amat merbahaya dengan keadaan hujan lebat dalam kebanyakkan masa. Folk dan rakan2nya mempertaruhkan nyawa mereka sendiri demi untuk menyelamatkan nyawa budak2 dan coach tersebut walaupun berlainan kaum dan ugama. Benda2 macam inilah yang membuatkan ada diantara penyelamat2 buddha yang menitskan airmata kerana solidariti Thailand ini. Pentadbir di kawasan operasi juga tahu, mereka menyediakan chef muslim untuk masakan bagi penyelamat2 sukarelawan muslim ini.

Folk pernah memberitahu wartawan, selama 10 hari beliau di situ, beliau tidak payah mengeluarkan belanja langsung untuk makanan (walhal Folk dan rakan2nya ada bajet tersendiri untuk mencari makanan halal) kerana mereka mendapat makanan percuma termasuk dari stall muslim di kawasan berdekatan gua. Misi Folk juga termasuk mencari tapak untuk penggerudian di atas gunung. 2 hari lepas pada 8 Julai, Folk dan 3 rakannya terlibat dalam kemalangan, keretanya masuk gaung dalam perjalanan keluar dari kawasan gua. Dan sekarang mereka semua berada di hospital di Chiang Rai. Mereka beransur pulih dan Folk tetap bersemangat untuk membantu operasi gua ini lagi. Ini hanyalah sebahagian kecil kisah "The Unsung Heroes". Tentu ada banyak lagi kisah2 suka duka dalam usaha search and rescue terbesar Thailand ini.
Credit to Nisakorn Panpa




XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: