Thai Cave Rescue - Part 4

July 7, This is getting worst!
Paras Oksigen di dalam gua semakin kurang. Semalam sudah turun ke 15%. Ditakuti akan turun sampai 8%.
Engineer dari SpaceX dan Boring company sudah sampai untuk kerja menyelamat.



Pesanan2 berbentuk surat dari mangsa yang terperangkap telah mula diedarkan kepada keluarga mereka melalui para penyelam yang berulang alik dari "Pattaya Beach". Salah satunya seperti surat di bawah. Ianya adalah dari "Coach". Isi surat yang mempunyai 3 perenggan itu lebihkurang begini:-

Adikku, tolong beritahu ibu dan bapa serta keluarga semua bahawa saya berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Bagi tahu adik beradik lain, saya balik nanti buat apa2 yang patut untuk saya, saya nak makan ayam goreng puas2.

Kepada semua ahli keluarga mangsa, anak2 uncle and auntie sekarang ni dalam situasi yang cukup baik. Kami di sini diberikan segala apa yang diperlukan oleh petugas2 penyelamat di sini. Kami dijaga dengan baik. Saya berjanji akan menjaga anak2 uncle n auntie dengan sebaik mungkin. Terimakasih banyak2 di atas keprihatinan dan sokongan padu kepada kami semua di sini. Salute semua.

Kepada makcik (makcik coach), saya di sini tak apa2, saya baik2 saja. Jaga kesihatan makcik yaa, jangan risau2 sangat. Bagi tahu nenek yaa, nanti masak2 sedap2 untuk saya yaa. Nanti kita makan sama2 yaa. Saya sayang semua. Love you all!!!

Leibhkurang begitulah luahan coach. Setiap dari mereka ada menulis surat kepada keluarga mereka. Kalau ada yang pandai membaca Bahasa Thai, sila semak balik betul ke tidak yaa.
Credit to Nisakorn Pnpa



Pada hari ini 7/7/18, mangsa masih terperangkap dalam kedudukan yang sama ketika mereka ditemui. Dengan anggaran lebih dari seribu petugas penyelamat berhempas pulas menggunakan pelbagai cara, realitinya mereka masih belum dapat digerakan lagi. Pelbagai rancangan dibentangkan dan ada diantaranya telah pun dipraktikkan seperti cuba mengeluarkan air dengan menggunakan "water pump", cuba memecahkan batu2 di laluan sempit bawah air, membekalkan pelbagai peralatan termasuk alat2 komunikasi di Pattaya Beach" jika rancangan menunggu sehingga monsun reda yang bermakna sehingga 4 bulan lagi. Dan yang terbaru, cuba menggerudi dari atas gunung menggunakan teknik ketika proses menyelamat pelombong2 di Chile dahulu. Tetapi nampaknya. mereka terpaksa berperang dengan "nature" dahulu.

Risiko besar menanti mereka jika mereka meneruskan kesemua rancangan menyelamat itu. Dan terkini, paras oksigen yang terdapat di "Pattaya Beach" amatlah rendah sekali sehinggakan ada yang mengatakan hanya 18% oksigen yang terdapat di situ kerana dipenuhi dengan CO2. Langkah2 drastik terpaksa diambil seperti mengurangkan penyelamat2 yang berada di "Pattaya Beach" sehingga ke tahap paling minimum bagi menemani mangsa. Dalam berita BBC sebentar tadi, ada seorang penyelamat UK yang turut serta dalam operasi tersebut mengatakan, "This coming monsoon will be a catastrophe to the boys, it might be the water will flooded up to the cave roof...". Untuk menunggu segala peralatan dan menggerudi kalau untuk kes di Chile mengambil masa 2 bulan, Gua Chiang Rai tidak dapat menunggu waktu yang sebegini lama. Masa adalah musuh mereka walaupun teknologi mungkin dapat menaikkan mereka ke permukaan atas gunung sejauh hampir 1km.

Apa pilihan yang ada pada mereka. Terdapat pro dan kontra untuk membawa mereka keluar dengan jalan air seperti yang dirancang sebelum ini, tetapi risikonya terlalu besar. Pam2 yang ada dalam pelbagai saiz tidak dapat membantu mengurangkan air dengan drastik, banyak air keluar tetapi untuk seketika, tidak lama kemudian air mencurah2 masuk balik disebabkan hujan lebat. Tetapi pada hari ini terdapat satu lagi harapan menggunung. Ianya datang dari seorang bilionair Amerika iaitu Elon Musk yang memiliki Syarikat Boring yang pakar dalam hal2 angkasa lepas memaklumkan akan cuba membantu Thailand dalam usaha menyelamat. Elon Musk akan menghantar 9 juruteranya untuk merangka strategi dengan menggunakan peralatan canggih mereka. Tidak diketahui lagi setakat ini teknik yang akan cuba dipraktikkan mereka. Dan lagi kalau mengikut dari media massa Thai, Elon Musk memberikan perkhidmatannya secara percuma.

Gambar - Helikopter pengangkut Tentera Udara Thai Mi-8 dalam proses mengangkut alat2 menggerudi termasuk "mini excavator" di bahagian atas banjaran gunung.



England baru saja menang 2-0 ke atas Sweden untuk mara ke semi final World Cup Russia 2018.

Ini adalah surat jemputan presiden Fifa kepada pemain bolasepak remaja the ‘Wild Boar’ yang terperangkap di dalam gua di utara Thailand untuk menyaksikan perlawanan akhir di Russia nanti. 

Kalau korang perasan, ada seorang budak yang memakai jersey England yang turut sama terperangkap kat situ.

Mungkinkah mereka semua dapat menyaksikan final world cup nanti sebagai tetamu jemputan?


XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: