Update pagi ni 8 July 2018 10.00am
1) Semua petugas media tidak dibenarkan berada di Cave Site Area.
2) 10 ambulance dan medic team sudah standby di Cave Site Area.
3) Semua kenderaan yang menghalang laluan keluar telah diminta untuk dialihkan.
Latest#
4) Sebuah kenderaan yang membawa para penyelamat untuk meneroka gunung demi mencari laluan keluar telah terlibat dengan kemalangan dan menyebabkan seorang penyelamat cedera parah.
Sumber dari The Guardian
Kemungkinan besar kerja mengeluarkan semua mangsa akan dilakukan pada hari ini.
“We, the Thai Navy SEAL along with the international diver team, are ready to bring the soccer team home!!!”
Update#
1) media diberitahu agar jangan berharap mangsa pertama dapat dikeluarkan dari gua until 9.00pm local time.
Gambar dari facebook Thai Navy Seal
Update dari The Guardian
Masa takde nak updte cerita penuh. Buat masa ni kita up dulu lakaran dari team jurutera Elon Musk. Kemungkinan operasi membawa keluar 4 remaja pada hari ini menggunakan device tube seperti di dalam gambar di bawah. Apa pun kita harap operasi ini akan berjaya walau apa pun kaedah yang digunakan.
Credit to Nisakorn Panpa.
Operasi menyelamat telah dijmulakan pada 8 Jul 2018 dan bermula pada seawal pukul 8 pagi waktu tempatan. 90 penyelam telah mengambil bahagian dalam operasi yang bagi saya amat bersejarah. 50 daripada penyelam adalah profesyenal dari luar negara dan 40 terdiri dari penyelam2 Thailand. Operasi ini dianggarkan mengambil masa lebihkurang 10 ke 12 jam mengambil kira perjalanan pergi dan balik. Method yang digunakan (maklumat yang diterima setakat pukul 12.30 am 9 julai), adalah dengan plan asal. iaitu remaja yang terbabit perlu menyelam bersama2 penyelam penyelamat. Setiap remaja akan diiringi oleh 2 penyelam yang salah seorangnya akan membawa tangki oksigen untuk remaja terbabit.
Dari berita BBC sebentar tadi mengatakan 4 remaja telah diselamatkan, namun Awani mengatakan 6 remaja dan sumber Thai juga mengatakan 6 remaja telah dapat diselamatkan. Remaja yang pertama diselamatkan pada pukul 1740hrs (5.40 pm) waktu Thailand dan yang terakhir pada pukul 2000hrs (8.00 pm). Ini adalah berita gembira bagi seluruh rakyat Thai dan juga pemerhati dari seluruh dunia. Paling menarik adalah caption dari salah seorang penyelamat Britain yang ditemuramah oleh BBC,"It is not over until it's over". Ekspedisi menyelamat seterusnya, bermula pada pagi esoknya. 7 nyawa lagi perlu dibawa keluar. Semoga ekspedisi esok berjaya seperti yang dilalui pada hari ini.
Tahukah anda?
Prajak Sutham merupakan salah seorang mangsa yang terperangkap di dalam gua di utara Thailand sekarang telah menyambut hari jadinya yang ke 15 pada 1 Julai lalu di dalam gua yang gelap gelita hanya bertemankan rakan rakan bolasepaknya sahaja. Tiada ibu bapa dan adik beradik yang menemankannya pada saat itu.
Prajak Sutham telah menyambut hari jadinya sehari sebelum penyelam Britain menjumpai dia dan rakan rakannya di dalam gua tersebut setelah 9 hari terperangkap.
XOXO
Lots of loves -H3H-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment