Kasih, cinta, nikah dan cerai

Awat tiba-tiba aku nk membicarakan tentang kasih, cinta, nikah dan cerai. Kasih dan cinta sangat sinonim di zaman sekarang sebelum melangkah ke alam pernikahan. Sebolehnya untaian kasih mahu dibawa ke mati.


Namun takdir x selalunya berpihak kepada kita, aku agak terluka dgn berita2 drp beberapa org teman sekeliling yg hidup berumahtangga dan rumahtangga mereka dilanda badai taufan. Ada yg telah tersungkur menyembah bumi dan ada pula yg masih berusaha untuk menyelamatkan ikatan suci yg menautkan 2 hati menjadi 1. Yg drpnya lahir anak2 yg tak mengerti apapun yg berlaku antara ibu dan bapanya.


Sebagai orang luar, aku sentiasa berharap setiap ikatan pernikahan akan berakhir seperti kisah dongeng, happily ever after. 


Apakah hilang sudah rasa kasih? Tolonglah teman, perjuangkan rasa kasih dan cinta hingga ke akhirnya.


Tapi andai sememangnya tiada lagi jodoh, siapalah kita untuk menghalangnya. Doa aku, jangan la anak2 yg menjadi mangsa. Aku sayang semua kawan2 aku, aku bahagia jika depa bahagia...kalo kawan2 aku menderita, aku tumpang sedih.

Aku cuma mampu menjadi pendengar, memberi bahu dan pelukan untuk meredakan kesakitan. Tapi aku x punya magic untuk meredakan kesakitan mereka. 


Allah sentiasa bersama hamba-hambanya. Semoga Allah memelihara dan memberkati rumahtangga kita, amin.


XOXO



0 comments: