Resepi Nasi Daging - Part 4 (final)

Final part... Ni fav mak. Acar timun. Bukan Acar nanas ya. Bagi mak... Xdak acar timun, set nasi daging mak x complete lagi.

Part 4
Bahan2
Timun
Bawang besar
Cabai hidup
Cabai melaka
Belacan
Cuka 3 kali percik
Gula
Garam
Maggi cukup rasa

Cara2
1. Hiris semua bahan
2. Gaul dan picit2 semua bahan kecuali timun utk bg rasa sebati.
3. Kemudian baru gaulkan timun. Kalo suka bole ja tambahkan nanas. 😁

Siap.... Complete sudah nasi daging versi mak.








#resepimak
#bilaiburayyanmasukdapur
#bilaibubelajarmasak
#nasidagingresepimak
#semogaadamanfaatnya

XOXO Lots of loves -H3H-

Resepi Nasi Daging - Part 3

Part 3

Tadak dia... Tadak nasi daging kan? Hahahha

Resepi nasi daging

Bahan2
2 kepoi setengah beras (macamana nk Kira kepoi ni, mak? 😂 Mak cakap... Ala... Lebih kurang 500g) 😅
1 bungkus perencah nasi daging iman + 3/4 mug air
8tbsp Minyak
2 mug air
Setgh mug air rebusan daging
Separuh drp Daging yg dah di rebuih td

Cara2
1. Basuh beras dan toskan
2. Bancuh perencah nasi daging iman dgn 3/4 mug air - kacau sampai larut
3. Tumis perencah nasi daging yg dah di bancuh td dgn 8tbsp myk yg dah panas di dlm periuk nasi (mak guna rice cooker) .
4. Masukkan beras yg dah di basuh dan ditoskan td. Gaul2... Bg berpalut.
5. Masukkan air kosong dan air rebusan daging bersama separuh dr daging yg direbus td ke dalam periuk nasi.
6. Masukkan periuk nasi ke dalam rice cooker dan On.
7. Sekali dua, bukak periuk nasi dan kacau nasi daging sementara nasi tgh masak.
8. Lepas siap masak, bole kluaq kan daging dr dlm nasi tadi untuk dipotong2 dan jugak baki daging dr sup utk dipotong utk di mkn dgn nasi daging dan set nya.

Bole dah nak makan nasi masa ni.
Tapi.... Mak suka ada acar timun. Kalo yg x suka... Xyah buat. Bg mak... X lengkap tanpa acar timun... Which will be part 4.















#resepimak
#bilaiburayyanmasukdapur
#bilaibubelajarmasak
#nasidagingresepimak
#semogaadamanfaatnya

XOXO Lots of loves -H3H-

Resepi Nasi Daging - Part 2

Dok kat kg ni... Line tak berapa nak OK... Ujan lebat pulak 🤣

Silap gaya... Dah lepaih dinner pun x abih upload lg resepi nasi daging for lunch 😁

We're ready for part 2. Tanpa dia... Tak jadi nasik daging kita 🤣🤣🤣.

Sup daging simple.

Part 2

1kg daging
1bj bwg besaq
3-4 ulas bawang putih
1inci halia
4 beradik (bunga lawang, bunga cengkih, buah pala, kulit kayu manis)
Garam
Maggi cukup rasa

Cara2.
1. Basuh daging bersih2 ya, buang lemak2 daging. Tak bersih2 nanti bau lembu. Aku tak bole telan daging yg masih ada bau lembu (tp ada stgh org... Suka... Ikut selera masing2). So... Kami biasanya basuh daging dan rendam sat daging dlm cuka sebelum masak.
2. Potong bawang besaq, bwg putih, halia.
3. Lepas dah bilas daging dr ayaq dan cuka tadi, masukkan ayaq biasa sampai hapuih daging. Hapuih daging tu bahasa org Kedah... Maknanya sampai tenggelam la daging tu.
4. Masuk bahan2 potong td dgn 4 beradik... Rebuih naik.
5. Bila daging dah agak lembut... Baru boh garam dan Maggi cukup rasa.
6. Sambung Rebuih sampai daging betoi2 lembut. Ikut citarasa.
7. Siap....

Ops... Api jgn garang sgt na. Nnt kering pulak sup kita. Api sedanggg ja...











#resepimak
#bilaibubelajarmasak
#bilaiburayyanmasukdapur
#nasidagingresepimak
#semogaadamanfaatnya

XOXO Lots of loves -H3H-

Resepi Nasi Daging - Part 1

Minggu lepas kita tak masak. Sebab lunch makan kenduri rumah jiran. So, minggu ni kita buat nasi daging. Ini nasi daging versi mak. Lain orang mungkin lain caranya ya.

Mak cakap... Nasi daging senang ja. Lagi senang tak payah byk2 lauk.

Untuk mak... Senang la 😅

Untuk org yg tak reti ni... Adoiiii 😬

Part 1.
Ayaq asam untuk nasi daging.

Bahan2.
1bj bawang besar, hiris nipis
2bj tomato - 1bj hiris nipis, 1bj lagi belah 8 sj (utk blend)
1bj cabai hidup
15bj cabai melaka (nk pedas... Tmbh la ya)
Belacan
Garam
Asam jawa (tanpa biji)
Maggi cukup rasa

Cara2.
1. Masukkan 1bj tomato yg dibelah 8, cabai hidup, cabai melaka, belacan, asam jawa into blender. Add ayaq sikit untuk lancar kan blender dan supaya jd kuah.
2. Blend sat ja, x perlu halus.... Bg kasar2 ja.
3. Masukkan dlm mangkuk, tambah bawang besar dan tomato yg dipotong nipis tadi.
4. Gaul sambil picit2kan.
5. Ayaq asam.... Siap.











#resepimak
#bilaiburayyanmasukdapur
#bilaibubelajarmasak
#nasidagingresepimak
#semogaadamanfaatnya

XOXO Lots of loves -H3H-

Mental Health Awareness



Penderaan mental berlaku di mana-mana. Di tempat kerja, bersama kawan- kawan, di rumah, dan juga di internet atau cyber bully.

XOXO Lots of loves -H3H-

Toxic people


Pada satu pagi boss panggil saya kebilik.

“Din ko nak dengar satu cerita”

Boss hanya 3 tahun lebih senior dari saya dan beliau cepat naik pangkat sebab mempunyai ‘the gift of the gab”, petah bercakap.

Walaupun dari kelas remove, beliau berupaya meningkatkan diri belajar hingga ke Queen Mary University of London dan bagus berbahasa inggeris. Saya baru berumur awal 30’an pada masa itu dan ketua sebuah Jabatan 

“I am all ears” saya reply sambil membetulkan duduk dengan selesa dikerusi empok dalam bilik boss.

“Seekor katak menanti ditebing sungai untuk menyeberang tetapi tiada binatang yang bersedia membawa si katak melepasi air sungai yang deras.

Tiba tiba datang seekor buaya mempelawa si Katak keseberang.

“Saya akan menolong anda keseberang kerana kita sama sama binatang yang boleh hidup dalam air” kata si buaya.

“Mana boleh sebab bangsa kau suka makan bangsa katak. Aku tak boleh percaya cakap engkau” balas si katak.

“Itu dulu, aku dah insaf tak makan katak lagi. Percaya lah aku boleh tolong engkau” sambung buaya lagi.

“Ok lah kalau kau dah insaf, aku akan tumpang atas kepala kau untuk keseberang sungai”. kata katak dengan gembira.

Setelah katak menaiki atas kepala, buaya tersebut membawa hingga ke tengah sungai dan berhenti.

Buaya melibas katak masuk kedalam mulut untuk dijadikan makanan. Sebelum menjadi habuan, si katak berkata,

“Bukan kah kau dah berjanji tidak akan makan aku”.

“Betul aku berjanji tapi kan bangsa Katak sudah tabiee menjadi makanan buaya zaman berzaman. Kau yang bodoh kerana percaya janji aku. Kami tidak akan berubah” kata buaya sambil mengunyah katak dengan rakusnya.

“Din, moral of the story, dalam dunia ini ada orang yang secara tabieenya nasty dan toxic. There is nothing you can do to help these people. Best to avoid them at all cost”, boss mengakhiri kata kata nasihat beliau.

Kami tergelak kerana cerita tersebut beliau dapat dari seorang professor yang mengajar interpersonal skills, seorang expert mengajar bagaimana untuk berinteraksi secara efektif. Beliau sendiri mengajar cara mengendali orang toxic ialah dengan menjauhkan diri dari mereka.

Maknanya dalam dunia ini ada ramai manusia yang berperangai toxic dan cara paling baik adalah ‘total avoidance’.

Semasa zaman bekerja memang saya berjumpa dengan ramai orang yang toxic dan untuk mengelak dari bergaduh dan unnecessary stress, saya akan avoid mereka seperti saranan boss saya itu.

Dengan prinsip ini saya dapat elakkan berinteraksi dengan orang toxic yang boleh melemahkan semangat dan menyebabkan stress yang bukan bukan.

Juga dengan prinsip ini saya elakkan confrontation kerana ianya tidak mendatangkan apa apa kebaikan.

Orang toxic beraksi tanpa logik. Mereka tidak sedar impak negatif yang diberikan kepada orang disekeliling dan mereka berpuas hati untuk memporak perandakan kehidupan orang lain.

Memberi kata dua pada orang toxic adalah membazir tenaga dan masa kerana mereka akan menambahkan stress dan komplexiti pada anda.

Siapa dia orang toxic? Baca artikel ini untuk tahu siapa mereka:

https://www.forbes.com/sites/travisbradberry/2015/11/10/10-toxic-people-you-should-avoid-at-all-costs/

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

XOXO Lots of loves -H3H-

Audit Closure

Yeay...Afzan did a very good job.

Alhamdulillah...audit ends with no finding.




Cer tengok muka cuak Afzan sambil dok tunggu result tu. Hahahaha....




XOXO Lots of loves -H3H-

Shades of Blue..💙💙💙💙

The sun is up, 
The sky is blue, 
It's beautiful and so are you 
~The Beatles ~









XOXO Lots of loves -H3H-

GBM in Baby Blue

GBM in Baby Blue to Celebrate 4 beautiful ladies, Orkid, Kak Eil, Kak Lina dan Kak Dil. Love you all so much.

Semoga Allah pelihara silaturrahim kita semua.

Bagi aku, dalam persahabatan perlukan keikhlasan. Ikhlas bersama, ikhlas bersahabat, ikhlas menasihati, ikhlas menyayangi...Demi Allah.

Jangan ada iri. Jangan ada cakap belakang. Di usia menjelang 40 tahun (insya-Allah jika panjang umur...2 tahun lagi)...aku hanya inginkan keikhlasan dalam persahabatan. Berkawan tanpa ada hidden agenda, menerima semua kekurangan daan kelebihan masing2. Itu la persahabatan. Tiada manusia yang sempurna, tapi...takkan tiada kebaikan dalam seorang manusia? Sejahat-jahat manusia juga pasti ada sedikit kebaikan dalam hatinya.

Kalo ada ketidakpuasan hati, berterus teranglah. Jangan disimpan di dalam hati...busuk dan menanah, bole memusnahkan persahabatan yang indah.

Lillahitaalaa....aku sayang semua.
 



 

























 

 











  
 





 






























 
 


 



XOXO Lots of loves -H3H-