Bank dan Ilusi Optik Kewangan

Islamic Banking – What Is It?

 

Author : Liza Ariffin

May 2 Shared with Public
Ni spot membaca aku masa kat rumah lama... Nampak tenang je. Tapi sebenarnya aku susah nak tenang kat rumah ni. Bila ada hutang & tak nampak jalan keluar, memang susah nak tenang.. Tambah2 pulak bank asyik call je selang sehari..
Masa apply loan tu, malas nak fikir.. Mungkin aku pun ikut herd mentality. Kalau semua orang buat, tentu ok.. Lagipun ustaz2 pun cakap ok. Teruskan je la..
Ada tak yg tak faham macam mana implementasi islamic loan kat Malaysia?
Ada orang cakap, sebelum sign loan tak baca ke?
Aku dulu sebenarnya lawyer bank, yg sebelum ni memang dah kendalikan beratus islamic loan.. Walaupun aku lawyer, aku pun sebenarnya tak pernah baca pun loan agreement tu. Nak explain kat client? Senang je... Loan mana2 lebih kurang je.
Conventional loan:
Kau beli rumah RM500k, kau apply loan 90% bank bagi kau loan RM1.5M. Kau bayar interest RM1M. Lepas bank bayar seller kau. Mula lah suatu perjalanan 30 tahun kau bayar loan. Mula2... Kau settle interest dulu. Contohnya: bayaran bulanan kau RM4k sebulan, RM3k kau bayar interest RM1M & cuma RM1k kau bayar pokok RM500k.
Islamic loan:
Kau beli rumah RM500k, kau apply loan islamic. Bila dapat loan, jual jual rumah tu RM500k kat bank, lepas tu kau beli balik dengan harga RM1.5M. Tempoh balik 30 tahun.. So, bank buat keuntungan RM1M. Tapi kau fikir, takpe la sebab bayaran kau ditangguh 30 tahun kan? Tapi mungkin kau tak tahu, bayaran yg kau buat bulan2 tu contohnya RM4k sebulan tu, cuma RM1k je yg dikira atas harga pokok RM500k tu. Yg balance RM3k lagi kau bayar keuntungan bank 'in advance'.
So, apa yg jadi lepas 7-8 tahun buat bayaran? Kau akan notice dalam masa ni
Bayaran yg kau dah buat contohnya selama 8 tahun
RM4k x 12 x 8 tahun = RM384k
Masa ni kau fikir at least separuh la loan pokok kau dah settle kan? RM192k.
Tapi sebenarnya yg kau dah bayar tu RM288k semua untuk interest atau KEUNTUNGAN bank.
Cuma RM96,000 je sebenarnya yg kau bayar pokok.. Ni dah lepas 8 tahun tau... Macam tak luak je..
Kalau kau dah tak larat nak bayar loan atau nak jual rumah masa ni, memang rasa macam rugi la.. So, kau pun TERJERUT dan teruskan je la bayar..
So, yg untungnya siapa? Perbankan Islam ni ILUSI je sebenarnya. Siapa yg sedar, letak la niat dalam hati & doa semoga Allah bagi jalan keluar. Benda dah jadi, kita taubat & doa. InsyaAllah rahmat Allah luas untuk kita semua.
Peace ✌️
XOXO Lots of loves -H3H-

[2/25] - Nabi Idris 'Alaihissalam


Did you know?

1) Nabi Idris seorang yang tinggi, rupawan dan mempunyai jambang. Sifatnya sangat tenang, banyak berfikir dan bercakap apabila perlu sahaja. Apabila bercakap, percakapannya sangat jelas dan juga selalu merendahkan pandangannya.

2) Nabi Idris adalah manusia pertama yang menulis dengan alat tulis. Sebelum nabi Idris, penulisan tidak pernah wujud.

3) Tugas nabi Idris bukanlah untuk menyebarkan agama atau menghentikan syirik kerana pada masa itu manusia di bumi masih percaya kepada Allah.

4) Tugas nabi Idris adalah melawan ‘corruption’ atau kehancuran seperti mencuri, zina, penindasan dan sebagainya yang makin berleluasa terutamanya di kalangan keturunan Qabil.

5) Apabila nabi Idris melihat korupsi kehancuran akhlak semakin berleluasa sehingga kaumnya sendiri sudah mula hancur, nabi Idris mengumpulkan askar berkuda untuk berperang dengan golongan tersebut.

6) Nabi Idris juga orang pertama di bumi yang melakukan peperangan (yang bertujuan baik) dan baginda telah memenangi peperangan itu.

7) Allah mengurniakan kepada nabi Idris bahawa setiap kali seluruh umat manusia melakukan kebaikan, baginda juga akan mendapat pahala.

8) Nabi Idris berkata kepada malaikat yang merupakan sahabat baiknya (Dikatakan malaikat Jibril. Wallahua’alam) bahawa baginda ingin mengumpul sebanyak mungkin pahala sebelum mati.

9) Oleh itu nabi Idris meminta malaikat tersebut untuk membawanya bertemu dengan malaikat maut untuk berunding berkenaan tarikh matinya.

10) Malaikat tersebut pun membawa nabi Idris di belakang badannya dan terbang ke syurga ke-4 untuk bertemu malaikat maut.

11) Setibanya di syurga ke-4 dan selepas malaikat tersebut memberitahu malaikat maut apa tujuannya ke sana, malaikat maut pun bertanya, “Tapi di manakah Idris?”, Malaikat tersebut menjawab “Ada di belakangku”.

12) Malaikat maut sangat terkejut dan kagum kerana telah mendapat arahan untuk mencabut nyawa nabi Idris di syurga ke-4 dimana ianya mustahil kerana nabi Idris hidup di bumi. Maka nabi Idris pun dicabut nyawanya di syurga ke-4 seperti takdirnya.

13) Nabi Idris satu-satunya manusia yang mati di syurga. Begitulah mulianya nabi Idris.

14) Beribu tahun selepas kewafatan nabi Idris barulah iblis berjaya mencetuskan syirik yang pertama di kalangan manusia.

15) Selepas zaman nabi Idris, wujud 5 orang alim yang sentiasa mengajak manusia kepada kebaikan. Nama mereka ada disebut didalam al-Quran. Syaitan memulakan kerjanya selepas kelima-lima orang alim tersebut meninggal.

16) Syaitan menghasut manusia untuk memperingati 5 orang alim tadi dengan membuat patung batu dan menamakan setiap patung itu dengan nama orang alim tersebut. Setiap kali manusia melihat patung tersebut mereka sangat gembira dan mengingati semula ajaran orang alim itu untuk berbuat kebaikan.

17) Setelah berlalunya generasi tersebut, syaitan mula menghasut manusia dengan menyatakan tujuan patung-patung itu diwujudkan. Syaitan menyifatkan bahawa nenek moyang generasi terdahulu menyembah patung-patung ini dan kebaikan mula datang dan mereka menjadi orang-orang yang baik. Oleh itu generasi baharu perlu menyembah patung tersebut untuk menjadi orang yang lebih baik.

18) Maka dari situ bermulalah perbuatan syirik di kalangan manusia.

#RamadahanTales oleh;
Saudari Sharifah Syazreen Al-idrus
 
 


XOXO Lots of loves -H3H-

Covid-19 Talk

Cartoon Style People Wearing Surgical Masks - Download Free ...

Author : Syahr Musafir

Cuti hari ini, saya keluar beli barang agak lewat. Semestinya tak dilupa saya dengar juga perutusan Perdana Menteri bersempena Perintah Kawalan Pergerakan #PKP Fasa 4 dan Hari Pekerja. Entah kenapa, rasa ralat dan entahlah, mungkin kecewa, mungkin risau. Tak pasti perasaan sendiri.
Yang pasti, perasaan itu bukan perasaan gembira. Fasa 4 ini sepatutnya bukan fasa bergembira. Belum lagi ke tahap itu.
Jam 11.40, saya tiba di supermarket berdekatan rumah. Nampak barisan panjang orang beratur untuk masuk. Selesai parking, saya keluar dari kereta. Sebelah kereta saya, sebuah keluarga baru selesai membeli-belah. Empat orang datang sekeluarga; ayah, ibu dan dua remaja perempuan. Hanya si ibu pakai topeng muka. Mereka masuk ke kereta dan bergerak pergi, saya pula berjalan ke kedai roti sebelah supermarket, dengan memakai topeng muka dan ready sebotol hand sanitizer dalam poket seluar.
Selesai beli roti, saya kembali ke kereta, untuk letak roti dalam kereta. Saya berjalan semula menuju supermarket. Barisan tadi sudah tidak teratur, nampak orang mulai berpecah. Pelik. Saya pergi ke situ dan bertanya, mereka kata sudah tidak dibenarkan masuk. Jam baru 11.55, lebih kurang. Saya tanya pak cik jaga, jawabnya lebih kurang begini, "Ramai sangat orang datang. Kita tak boleh benarkan orang masuk dah. Lagi pun jam 12.30 waktu rehat, kita tutup. Kesian pekerja nak clear-kan ramai pelanggan yang sudah pun berada dalam supermarket. Nanti datang jam 2.30 ye, baru buka semula. Tak tahulah kenapa, ramai sangat orang. Biasa tak ramai macam ni pun."
Hampa, saya berjalan semula ke kereta. Depan saya ada seorang lelaki, seorang wanita saya jangka isterinya dan seorang remaja perempuan, mereka bertiga berjalan bersama dekat-dekat, sambil membawa beg-beg plastik berisi barang-barang yang dibeli. Lelaki ini tak pakai topeng muka. Satu keluarga ke ni?
Sebelah kiri ada 3 orang juga, 2 lelaki dewasa bersama 1 wanita dewasa, berjalan bersama dekat-dekat, sambil tangan si lelaki itu menolak troli berisi barang-barang yang dibeli. Ketiga-tiganya tak pakai topeng muka pun. Satu keluarga ke?
Ya, kedua-dua kumpulan ini datang bersama, logiknya sekeluarga. Masuk ke dua buah kereta dekat dengan tempat saya parking. Langsung muka tu tak menunjukkan rasa serba-salah ke apa ke.
Yang tadi sekeluarga datang 4 orang, yang ini datang 3 orang, yang itu datang 3 orang, semua masuk ke kedai atau supermarket, memanglah ramaiiiii dan penuh orang dalam kedai tu, walaupun sebesar mana pun supermarket tu. Persoalannya bukan pasal supermarket itu kecil atau besar, tetapi dah kenapa datang sampai 3 hingga 4 orang bagai? Kerana mereka ini datang beramai-ramai sekeluarga, wakil keluarga lain macam saya yang datang seorang diri ini tidak berpeluang masuk ke supermarket. Saya datang seorang diri je tau. Eh, macam geram pulak rasa 🥺😣😔
Saya masuk ke kereta, tengok jam dan sebagainya, dalam kepala dah rancang nak ke sebuah mini market. Tak mahulah balik rumah nanti petang kena keluar semula. Kalau tak silap, mini market itu tutup 12.45 sebab hari ini Jumaat. Bergegas saya ke sana.
Sampai di mini market jam 12.20, Alhamdulillah masih dibuka. Tetapi ramaiiiiinya orang. Nak masuk ke tak ni?
Saya memilih untuk masuk. Bukan nak kata apa, tetapi jarak sosial 1 meter tu memang tak terjaga. Aduhhhhh. Memang masuk atas risiko sendiri. Pandai-pandailah jaga diri sendiri 😬
Ambil itu ambil ini yang perlu, saya berbaris di kaunter bayaran. Masih berbaris tetapi disebabkan ramai, penjarakan sosial tak terjaga pun. Orang yang datang pun ramai yang berpasangan, berdiri bersama dekat-dekat je mereka tu.
Belakang saya ada pasangan ayah dan anak, si anak berusia lebih kurang 8 tahun kot. Si ayah mungkin tua sikit je daripada saya ni. Ayah tak pakai topeng muka, dan anak pun tak pakai topeng muka. Confirm mereka itu anak dan ayah, sebab si anak itu minta ayahnya yang dipanggil daddy itu untuk beli coklat dan aiskrim, bla bla bla. Aduhhhhh.
Dah la ramai orang dalam kedai berhawa dingin ni, dah kenapa bawa anak sekali? Topeng muka mana? Eh, macam geram pulak rasa 🥺😔😣
Masa saya nak keluar, nampak pulak mak cik usia lebih 60-an berjalan masuk ke mini market bersama seorang wanita muda yang memimpin tangannya. Aduhhhh. Dah si anak boleh datang kedai, mak cik patut duduk rumah je.
Apa nak jadi ni.
Ingat. Warga tua, golongan berpenyakit seperti diabetes, asma, darah tinggi dan seumpamanya, dan golongan anak-anak adalah paling berisiko. Vulnerable. Dan orang sihat, remaja dan dewasa, tiada siapa pun kebal daripada jangkitan. Semuanya berpotensi.
Memanglah PKP Fasa 4 ini dibenarkan keluar berdua orang, tetapi BUKAN bermaksud wajib keluar berdua. Apatah lagi bertiga berempat. Why, oh, why?
Kita dah berjaya duduk dalam rumah sepanjang 3 fasa PKP ini, hingga berjaya mendatarkan graf / to flatten the curve. Tetapi BUKAN bermaksud kita sudah berjaya menghapuskan wabak virus Covid19 ini. The war to fight Covid19 is far from over. Tak perlu seronok sangat sampai nak keluar ramai-ramai sekeluarga weyyyyyy...
PM dah umumkan hari ini, ramai dah boleh mula kerja bermula 4 Mei, walaupun Fasa 4 PKP berakhir 12 Mei. Saya tak mahu komen apa pun pasal ini, kita boleh faham keperluan ekonomi, bla bla bla. Namun orang ramai dibenarkan makan di kedai makan, why oh why? Tak boleh ke kekalkan sistem bungkus atau tapaw tu? ☹️
Panjang pulak bebel ni. Seriuslah, kita tak mampu nak ubah apa-apa tetapi kita boleh sama-sama jaga diri kita. Kekalkan keluar seorang wakil keluarga ke kedai, jaga jarak sosial 1 meter, pakai topeng muka, jaga kebersihan tangan dan seumpamanya, semua ini masih wajib dibuat. Bukan ditinggalkan, dilupakan atau dibakulsampahkan.
I am worried. 
"Sesiapa dalam kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman..." (Hadis sahih Muslim)
Hari ini selemah-lemah iman, maaf. Saya rasa lepas ni saya akan tegur je. Demi kebaikan bersama.
Kasihanilah barisan hadapan kita, our frontliners, saban hari bekerja, bertungkus-lumus berusaha, tak sempat nak rehat pun, masuk Fasa 4 ini dengan situasi sebegini, tak pelik jika muncul gelombang ketiga. Kalau gelombang ketiga macam biasa, kira OK. Cuba bayangkan gelombang ketiga itu dahsyat, besar dan mengerikan, apa akan jadi...
Spanish Flu akibat Coronavirus masa tahun 1918 itu ambil masa 2 tahun untuk tamat dan hapus tau. Kita ni baru berapa bulan. Vaksin pun tak ada. Jangan joget lenggang kangkung beramai-ramai macam tak ada apa-apa. Tolonglah.
Kena ingat, kita hampir nak menang tetapi kita belum menang. Belum menang. Jaga diri dan orang sekeliling, tiada siapa pun terkecuali.

XOXO Lots of loves -H3H-

Covid-19 : Gelombang Ketiga

No photo description available.

4 Mei adalah tarikh keramat bermulanya PKP-B. Mahu atau tidak mahu, kita tidak boleh mengulangi semula proses PKP. Keputusan samada PKP akan datang diperketat atau dilonggarkan telah jatuh di tangan anda. Jangan sia-siakan pengorbanan yang telah kita lakukan sebelum ini bersama.

XOXO Lots of loves -H3H-

[1/25] - Nabi Adam ‘Alaihissalam


Did you know?

1) Nabi Adam tidak dilahirkan sebagai bayi seperti orang lain tetapi telah dibentuk dari tanah sebagai orang dewasa.

2) Ketinggian nabi Adam ialah sekitar 60 kaki.

3) Ketika Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, mereka terpisah jauh. Masing-masinh mencari pasangan dan akhirnya bertemu di Jabal Rahmah dan dari situ jugalah Jabal Rahmah digelar sebagai bukit kasih sayang atau ‘the mountain of acquaintance’ di dalam bahasa inggeris.

4) Adam dan Hawa tidak pernah kenal erti penipuan. Pertama kali mereka ditipu oleh syaitan adalah ketika di syurga. Syaitan menghasut jika mereka memakan buah dari pokok terlarang di syurga maka mereka akan berubah menjadi malaikat. Oleh itu mereka pun percaya.

5) Kisah ni diceritakan oleh nabi Adam kepada anak-anaknya berulang kali sebagai pengajaran bahawa syaitan itu jahat.

6) Adam dan Hawa hidup beribu tahun lamanya. Hawa mengandung lebih dari 100 kali dan setiap kali mengandung akan lahirnya anak kembar lelaki dan perempuan.

7) Anak-anak nabi Adam sahaja yang Allah benarkan untuk berkahwin sesama adik beradik namun haram berkahwin dengan kembar sendiri.

8) Anak pertama nabi Adam, Qabil cemburu dengan adiknya Habil kerana nabi Adam mahu mengahwinkan dia dengan kembarnya Qabil. Selepas dihasut syaitan, Qabil membunuh adiknya Habil. Itulah pembunuhan dan kematian pertama di dunia.

#RamadahanTales oleh;
Saudari Sharifah Syazreen Al-idrus



   
See Less


XOXO Lots of loves -H3H-

Hari Pekerja

Image may contain: one or more people and text

XOXO Lots of loves -H3H-