Selamat Hari Raya AidlAdha Part 2

AKu...in love sangat dengan jubah yang husband belikan di Mekah ni.

Sebab aku rasa jubah ni cantik ni sangat.
So...wajib la snap pic banyak2,




























 
 


XOXO Lots of loves -H3H-

Selamat Hari Raya AdilAdha Part 1

Raya Haji, macam biasa...kita raya kat Sg Lalang dulu.

Kali ni, sempat pi solat raya dengan mak.
I am happppyyyyyyyyyyy







Mak masak lontong...my fav. Alhamdulillah



Lepas makan lontong...kita balik kampong.





















XOXO Lots of loves -H3H-

A leaking bucket

Source



1. You wear abaya and hijāb but with perfume and makeup. ( a leaking bucket )

2. You're following the Sunnah and have a beard but you don't lower your gaze. (A leaking bucket)

3. You pray all of your prayers on time but you have no khushū at all. (A leaking bucket)

4. You're very kind to people and speak with them gently but with your family you're always harsh. (A leaking bucket)

5. You honour and treat your guests well but when they leave, you gossip about them and talk about their flaws. (A leaking bucket)

6. You give alot of sadaqah to the poor but you humiliate them and hurt them. (A leaking bucket)

7. You stand up for tahajjud at night, fast and reads Qur'ān everyday but you cut your family ties. (A leaking bucket)

8. You fast and have sabr for the pangs of hunger and thirst but you swear, insult, curse. (A leaking bucket)

9. You help others but you're doing it to gain something from them and not doing those acts of kindness for the sake of Allāh's Glory. (A leaking bucket)

10. You post reminders and have thousands of followers on facebook and instagram but you're doing it for the fame, not to please Allah. (A leaking bucket)

Do not gather all your good deeds in a leaking bucket.
You struggle to fill it whilst it easily runs out through the leaking holes!

May Allāh ﷻ make us do all of good actions for pleasing HIM alone and may HE be pleased with us always.
Allāhumma āmīn!

XOXO Lots of loves -H3H-

Demi Tuhan Aku Bersaksi

Image result for demi tuhan aku bersaksi





1. Pn. Yana Samsudin adalah sebahagian dari penerbit telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi yang hangat dikritik dan mangsa sikap melatah serta tergesa-gesa menghukum oleh sebahagian masyarakat.
Semasa menonton semalam pun, beliau kelihatan sebak, mungkin mengenangkan tohmahan yang menimpanya.

2. Saya difahamkan bahawa gambar 'panas' yang tersebar seolah-olah adegan percubaan meliwat itu bukan dari pihak produksi, sebaliknya 'tangan ghaib' yang barangkali ada niat tertentu.
Walau siapa pun penyebarnya, gambar tersebut tidak seharusnya disebarkan kerana mengundang persepsi negatif yang tidak menggambarkan babak sebenar, iaitu peristiwa membuli.

Image result for demi tuhan aku bersaksi

3. Mungkin ada yang beranggapan penerbit hanya menggunakan SS Mufti WP sebagai 'benteng' atau 'pelaris' semata.
Suka saya nyatakan, kita seharusnya gembira kerana dengan kehadiran agamawan seperti SS Dr. Zulkifli al-Bakri inilah yang sudi menjadi 'jambatan' di antara agamawan dan dunia hiburan.
Selama ini ramai golongan ustaz yang sering skeptikal dan prejudis dengan insan dari dunia hiburan ini membiarkan mereka terkapai-kapai mencari 'cahaya' di luar sana.
Mungkin kita tak perasan sebab kita hidup dalam kelompok orang warak-warak dan alim-alim di sekeliling.

4. Syukurlah dunia hiburan kita tidak begitu 'bergelora' seperti Hollywood atau negara jiran. Bahkan lebih terkawal berbanding dunia hiburan arab di Timur Tengah.
Setidaknya banyak kisah hijrah artis yang kita dengar, dan banyak ruang untuk artis berhijab dan sentimen yang diraikan, selain banyak cerita-cerita yang penuh pengajaran.
Ya, apapun dunia hiburan ini banyak dugaan dan mudaratnya, namun realitinya ia terus mekar dalam darah ramai manusia hari ini.

5. Di sini terletaknya peranan seorang faqih yang berusaha mengurangkan mudaratnya dengan memberikan pandangan dan bimbingan.
Sudah pasti apa yang sebati dengan masyarakat tidak mampu diubah dalam 1 hari.
Mereka yang mendalami hukum hakam fiqh pasti mendapati kes berperingkat (tadriji) sedemikian.

6. Sebenarnya peranan SS Mufti WP dan kami yang melibatkan diri dalam pembinaan 'jambatan' ini memberikan hasil yang sangat positif sekalipun tidak disedari ramai di luar sana, dari kes filem Polis Evo 2, kemudian drama Isteriku Untuk Disewa, dan kini telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi.
'Jambatan' ini masih baru, masih banyak ruang untuk menjayakannya. Sudah pasti ia masih belum benar-benar mampan.
Namun alhamdulillah ada sumbangan dan cahaya yang sangat positif.

7. Sejujurnya saya atau SS Mufti sendiri jarang nak tengok drama sebegini dengan masa yang sangat terhad.
Banyak nama-nama dunia hiburan yang kami tidak kenal pun.
Namun cerita Demi Tuhan Aku Bersaksi ini saya dapati sangat banyak nilai positif dan pengajarannya dan langsung tidak kelihatan menjatuhkan imej institusi tahfiz. Bahkan tiada pendedahan aurat langsung atau pergaulan bebas seingat saya.
Seandainya masyarakat Malaysia perlu menonton cerita, cerita yang penuh pengajaran sebeginilah yang diperlukan, bukan cerita cinta bunga, kahwin pengarah syarikat atau rapu-rapu bagai.

9. Saya tersentuh apabila merenung sebahagian pengajaran cerita ini, iaitu kadang-kadang kita yang sayang agama, dan yang belajar agama inilah yang membuatkan insan yang diuji di luar sana menjauhi jalan hidayah.
Namun pasti akan ada hamba Allah lain yang mampu 'memimpin tangan' mereka menjadi asbab hidayah.
Seakan kisah Hamid yang dibuang oleh ustaz dan rakannya, namun bertemu Kiyai yang merupakan ustaz kepada ustaznya yang lebih berhikmah untuk membimbingnya sehingga berhasil mengubah.

10. Saya faham jika ada yang tidak bersetuju dengan coretan saya semalam. Ia sekadar ulasan peribadi saya yang telah diberi peluang menontonnya untuk diberi komentar.
Setidak-tidaknya saya telah jalankan peranan saya untuk memberi penerangan dan tidak menghukum sebelum meneliti.
Buat sesiapa yang tidak bersetuju, selepas menonton cerita tersebut, tegurlah saya seandainya saya silap memberikan gambaran atau pandangan.
Moga kita semua diberi tawfiq & hidayah-Nya.

- Dr. Kamilin Jamilin-

XOXO Lots of loves -H3H-

Boboiboy The Movie 2 - Movie Review

Semalam bawak anak pi tengok boboiboy... Hari ni terjumpak review dalam FB. Tapi... Memang TERBAIIIKKKK 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼



Bukan biasa-biasa Boboiboy Movie 2 ni! Sebelum aku beri review panjang, elok sangat aku sebut filem ini layak perolehi 10/10 bintang!

1. Punchline tak henti-henti! Siapa yang ikuti siri Boboiboy di kaca tv, pasti masak sangat dengan watak Papa Zola dan Gopal. Dalam filem ini, mereka berdua sekali lagi menghasilkan jenaka tak kering gusi. Tidak dibuat-buat untuk orang gelak. Dia datang gitu je. Haha

2. Soundtrack dan background music power tak hengat! Kena pada setiap babak. Setanding Avengers kot. Monsta banyak belajar dari filem pertama rasanya. Ya lah, masa tu boleh pula masuk lagu masa kena kejar sotong. Sangat tak kena dan annoyying. Filem kedua ni padu! Lagu nyanyian Faizal Tahir, Fire & Water sangat sedap dan dimainkan pada babak yang sangat penting.

3. Oh ya, jangan ingat OST Fire & Water ni tak ada maksud. Itu semua hint untuk filem ni. Ada sebab kenapa disebut Fire and Water. Kalau nak tahu, kena tonton filem ini.

4. Paling aku suka adalah filem ini cukup banyak menjawab teka-teki dari siri Boboiboy musim pertama episod 1. Asal usul Ochobot, asal usul Boboiboy dan paling penting asal usul kuasa elemental tu sendiri. Power betul storyboard nya.

5. Aku suka penerapan islamik dalam filem ni. Lagipun Nizam Razak selaku orang kuat Monsta sengaja wujudkan watak Yaya, superhero yang memakai tudung, cerdik dan cerdas. Dalam filem ini, anak Papa Zola menyebut Assalammualaikum dan ada babak Boboiboy menyebut Alhamdulillah. Krew tanpa segan silu mahu bagi tahu seluruh dunia watak utama dalam Boboiboy beragama Islam. Hebat!

6. Retak'ka adalah villain yang lebih hebat dari penjahat dalam Boboiboy The Movie 1. Unexpected betul watak ini. Perlawanan antara beliau dan Boboiboy di akhir babak sangat epik!

7. Jangan tak tahu, trailer Boboiboy Movie 2 ni hanya 30% dari jalan cerita je. Selebihnya, banyak adegan yang akan buatkan kau ternganga dan mindblown.

8. Jangan keluar awal. Ada post credit scene. Bukan biasa-biasa punya. Ia akan mengubah keseluruhan siri Boboiboy di tv selepas ni.

9. Yang tak pernah layan Boboiboy siri, jangan risau. Kau akan faham je jalan ceritanya. Mak ayah janganlah mencebik muka untuk bawa anak. Filem ini khusus untuk hiburan sekeluarga. Silap-silap si bapak yang terlebih excited. Haha

10. Makanan jangan beli banyak sangat. Anak kau tak sempat nak makan punyalah. Depa ternganga je sepanjang filem berlangsung. Teruja kemain.

Tahniah krew produksi Boboiboy Movie 2. Kalian memang layak untuk dipuji. Jika filem pertama boleh cecah kutipan 20 juta, aku fikir filem ini akan dapat 2 kali ganda dari kutipan filem pertama. Apatah lagi, tayangan serentak di 5 buah negara dan sama dengan tarikh lahir aku. Haha

Beli tiket awal ya. Cuti sekolah ni. Nanti duduk seat paling depan, mengamuk anak kau.

Selamat menonton!

Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangReviewFilem
#TukangCeramahBudakSekolah

XOXO Lots of loves -H3H-

Boboiboy The Movie 2... Terbaikkkk

Tengok wayang sampai 2 hari 😂😂😂

Bukan apa... Masuk koi 10.30 malam... Kluaq panggung koi 12.30 pagi 😜

Fuh... Padat gila crita dia... Penuh panggung... Masa aku beli tiket koi 3ptg...x sampai 10 seat pun lagi. Ingat tak ramai orang... Nak raya kan.... Dan memang best. Most of parts, aku dengaq Bapak2 yg gelak lebih dr anak.... Termasuk laki aku sendiri 😅

Memang sangat enjoy dan aku rasa berbaloi baloi 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼

Puas hati bila tengok anak happy. Walopun keja ibu berlambak... Esok orang nk amik kek koi 8.30 pg 😅

1 punchline yg sangat melekat... Di mana ada kari... Di situ Gopal mari 🤣🤣🤣







Tak sabaq nak tunggu Boboiboy The Movie 3 bila tengok ending credits.... Tahun bila nak kluaq tu 😅

XOXO Lots of loves -H3H-

DEMI TUHAN AKU BERSAKSI…

Image result for demi tuhan aku bersaksi




1. Sebentar tadi baru sahaja berkesempatan dipertontonkan telemovie kontroversi ini bersama SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli al-Bakri (Mufti WP), PU Hafiz (Pengerusi Institusi Tahfiz Selangor), Ustaz Ahmad Shukri (CEO PPZ MAIWP) dan ustaz Dailami (Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan) yang disertai wakil dari produksi dan RTM.

2. Barangkali akan timbul suara yang menganggap Mufti tidak perlu menyibukkan diri dengan menonton drama atau filem sebegini sebagaimana pada isu Polis Evo 2 sebelum ini.
Suka saya nyatakan, inilah realiti masyarakat kini yang tidak dapat dipisah dari televisyen, dan inilah sebahagian isu-isu semasa (nawazil) yang perlu kita hadapi dan rungkaikan.
Bukan bererti kita menyokong industri hiburan yang sering melekakan, namun ini sebahagian usaha ‘meluruskan’ dan mengurangkan mudaratnya pada tahap minimum.
Setidak-tidaknya pandangan institusi Mufti masih dihormati untuk dijadikan panduan dan rujukan.
Bak sabda seorang Nabi yang difirmankan Allah:
إِنۡ أُرِيدُ إِلَّا ٱلۡإِصۡلَـٰحَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُ‌ۚ
“Aku hanya bertujuan memperbaiki sedaya upayaku” [Hud: 88].

3. Saya juga seorang pengusaha tahfiz, dan saya juga bekas pelajar tahfiz yang pernah berpindah randah 4 buah institusi tahfiz sebelum ini.
Justeru jangan kata saya tiada sensitiviti. Alhamdulillah saya memiliki pengalaman suka duka yang agak lama dalam dunia tahfiz.
Namun kami sengaja tidak mengulasnya tatkala isu ini sedang ‘panas’ baru-baru ini, kerana bukan sikap kami untuk tergesa-gesa menghukum sebelum menyelidik, atau menghukum dengan persepsi semata.

4. Berkenaan ulasan terhadap telemovie tersebut, berikut merupakan pandangan peribadi saya:

Rumusan kisah:

a. Cerita ini mengisahkan tentang seorang mak nyah (Hamid) yang berusaha bertaubat dan mencari jalan hidayah. Hamid direkemen sahabatnya untuk belajar di sebuah pondok di kampungnya setelah dihalau oleh ayahnya sendiri yang tidak dapat menerima kenyataan anaknya merupakan seorang mak nyah.

b. Hamid berusaha mengubah dirinya dengan mencuba nasib belajar di pondok tersebut. Namun kehadirannya tidak disenangi 3 pelajar di situ yang diketuai Latif yang sering memerlinya dan bersikap sedikit samseng.
Hamid menjadi mangsa buli Latif dan rakan-rakannya, kemudian difitnah sehingga menyebabkannya dihalau oleh ustaznya.
Sahabat baiknya Airil yang sering mempertahankannya juga turut menjadi mangsa fitnah tersebut dan pulang ke rumahnya mencari pekerjaan sebelum diberitakan meninggal ketika sedang solat.

c. Ketika Hamid hampir-hampir kecewa sehingga hampir mengambil keputusan untuk kembali ke Kuala Lumpur bertemu komunitinya menjadi mak nyah semula, beliau dinasihatkan seseorang untuk cuba bertemu Kiyai Mustafa (ustaz kepada ustaz yang menghalaunya). Beliau berusaha mendapatkan peluang kedua.
Di rumah Kiyai tersebut, Hamid dibimbing dengan penuh ikhlas oleh Kiyai sehingga akhirnya beliau mampu konsisten walaupun lenggak lenggok masih kelihatan lembut.
Kiyai kemudian menasihatkan Hamid untuk pulang bertemu ayahnya yang lumpuh akibat strok.

d. Babak seterusnya agak sedih melihat ayahnya sangat menyesal kerana membuang Hamid dahulu dan hanya mampu menangis teresak-esak mendengar Hamid yang sudah pandai mengaji membacakan al-Quran di sisinya sehingga tiba-tiba ayah Hamid nazak dan menemui ajalnya, namun sempat diajar bersyahadah oleh Hamid sendiri.
Hamid diperli orang kampungnya dan abang kandungnya sendiri yang menjauhinya serta menggelarnya “pondan” sehingga mengganggu emosi dirinya.

e. Hamid dengan bantuan Kiyai kemudiannya didatangi ustaz yang menghalaunya dahulu yang sedar akan kesilapannya lalu meminta maaf bersungguh-sungguh.
Namun ketika menziarahi pondok lamanya, beliau diganggu semula oleh Latif yang mendakwa kehadiran Hamid telah mengganggu dirinya untuk berubah. Rupanya Latif sememangnya berkecenderungan gay yang juga sedang berusaha mengubah dirinya di pondok tersebut, namun hampir kecundang kerana kehadiran lelaki lembut seperti Hamid.
Sebelum sempat Latif melakukan apa-apa, Kiyai dan ustaz tiba lalu menamparnya. Hamid cuba membelanya dan memberikan peluang untuk Latif berubah.
Akhirnya Latif benar-benar insaf dan berterima kasih pada Hamid yang sentiasa memaafkannya dan memberi galakan pada dirinya untuk berubah.
-Tamat-

5. Saya mendapati pada telemovie tersebut tiada elemen mengangkat LGBT, bahkan tiada aksi liwat seperti yang disangka ramai pihak.
Yang wujud cuma perjuangan anak muda yang berkecenderungan songsang untuk berubah di sebalik gelojak dalaman dan cabaran luaran yang begitu dahsyat.
Gambar yang disangka seolah-olah Hamid cuba diliwat oleh Latif itu sebenarnya hanya babak buli di mana Latif menyakat Hamid yang mandi berkemban seperti perempuan. Tiada aksi buli melampau yang kelihatan.
Hanya sekali di akhir cerita yang Latif hampir kecundang cuba menerkam Hamid, namun digagalkan oleh ustaz yang tiba-tiba datang.

6. Dua sahaja watak wanita dalam cerita ini, iaitu ibu Hamid dan sahabatnya. Itupun sangat minimum. Keduanya tidak mendedahkan aurat dan tiada babak cinta atau pergaulan bebas seperti kebiasaan cerita.

7. Mengapa perlu ditonjolkan unsur negatif pada instusi tahfiz?
Bagi saya yang telah menonton cerita ini, saya tidak merasakan sentimen tersebut, kerana nilai pengajaran yang jauh lebih dominan.
Babak Hamid berada di pondok tahfiznya hanya pada awal cerita ketika menggambarkan situasi Hamid yang berusaha mencari ruang buat dirinya bertaubat.
Saya tidak melihat ada unsur ‘serangan’ pada institusi tahfiz. Buli memang wujud pada mana-mana tempat yang masih ‘melekat’ budaya ‘raging’ pelajar baru.
Saya kira ramai bersepsi sedemikian kerana gambar berserban seperti kes Polis Evo 2 sebelum ini.

8. Cerita ini sebenarnya memiliki banyak nilai positif (sama seperti drama-drama berunsurkan pengajaran lain), antaranya:

a. Penekanan menjaga hubungan sesama manusia selain hubungan dengan Allah.
Iaitu ramai yang fokus untuk mempertingkatkan ilmu dan ibadah sedangkan pada masa yang sama sering menyakiti manusia lain.

b. Bahana fitnah dan tergesa-gesa menghukum sebelum ber’tabayyun’.
Iaitu pada babak ustaz yang mudah bersangka buruk kerana perangkap sebuah gambar yang disalah fahami, lalu bertindak menghalau Hamid dan sahabatnya Airil.

c. Kepentingan berlaku adil dengan memberi ruang pihak tertuduh membela diri.
Iaitu Hamid menjadi mangsa perangkap namun tidak diberi peluang bercakap kerana persepsi seorang bekas mak nyah sepertinya masih ‘kotor’.

d. Ilmu tanpa amal banyak mendatangkan mudarat.
Iaitu Latif dan rakan-rakannya yang telah bertahun belajar, namun masih tidak mampu membendung hasad, dan sikap buruknya menyakiti orang lain.

e. Orang yang belajar agama pun boleh melakukan kesilapan.
Iaitu melalui kesilapan ustaz yang tersilap menghukum Hamid hanya kerana dakwaan dan persepsi.

f. Sikap terpuji mengaku kesilapan diri dan pemaaf.
Iaitu pada babak ustaz tersebut dan juga Latif yang insaf dan memohon kemaafan, lalu dimaafkan Hamid dengan tangan terbuka.

g. Berbakti pada kedua ibu-bapa yang bukan mudah dilakukan.
Iaitu Hamid yang cuba menggembirakan ibu ayahnya dengan usahanya mengubah diri mencari jalan hidayah. Beliau perlu berperang dengan nalurinya untuk berubah sehingga akhirnya berjaya menggembirakan ayahnya di hujung usia.

h. Hindari penyakit masyarakat yang gemar mengata dan menjauhi sehingga membantutkan hasrat mangsa kemelut untuk berubah ke arah yang positif.

9. Terdapat 2 pengajaran paling besar yang saya rasakan dalam cerita ini:

Pertama: Jangan sesekali mengalah untuk berubah. Ia bukan mudah kerana perlu melawan naluri, emosi, nafsu diri yang sering membuat manusia rebah.

Kedua: Golongan agamawan jangan sesekali mengabaikan golongan sebegini yang sedang berusaha mencari jalan hidayah.
Barangkali kerana sikap dan lisan kita, mereka menjauhkan diri kekal dalam kegelapan.
Fahami kemelut dahsyat yang mereka sedang hadapi, dan insyaAllah melalui bimbingan yang baik, mereka akan berjaya mengatasinya.

-Dr. Kamilin Jamilin-

XOXO Lots of loves -H3H-

Kenapa seorang ibu sanggup biarkan anaknya dirogol ayah?

Nurhijriah :article from Syed Azmi below, is so heartbreaking. Semoga Allah melindungi keluarga kita, kawan2 kita dan tetangga kita. Semoga kita dijauhi oleh masalah2 yg sgt durjana ni 😭😭😭


Berikut merupakan kompilasi alasan-alasan yang pernah dikemukakan kepada saya sepanjang saya membantu mengendalikan kes jenayah seksual kanak-kanak.
Pasti ada banyak lagi tapi ini cuma apa yang saya jumpa dalam kes-kes lama saya.

1. Ibu penat/dalam pantang.
2. "Bila saya tanya anak saya, bunyi macam dia tak menolak, jadi saya cuma beri nadihat pada suami."
3. "Tapi tak mengandung kan? Saya dah suruh pancut luar" (This case got convicted)
4. "Anak saya tipu, sebab dulu dia selalu curi duit kata nak lari. Mungkin dia saja tipu"
5. Ibu tak sangka. Ayah/Suami berpewatakan baik, disegani, di hormati di kampung.
6. "Baru berlaku sekali, takkan terus nak report?"
7. "Hari tu, anak saya nakal. Ayah dia hukum dia. Jadi dia buat-buat cerita sebab dihukum ayah. Dia penipu!"
8. "Pernah tanya cikgu dia tak? Cikgu pun kata dia nakal dan miang"
9. Takut kehilangan bantuan zakat dan JKM sebab penama ialah nama suami.
10. Si isteri tak percaya sebab suami sudah tua dan tak mampu rogol.
11. "Dulu anak memang sudah rosak, tak dengar kata jadi... ingat tak jadi masalah. Saya tak faham kenapa anak report?"
12. Perkahwinan ayah dan ibu tidak direstui keluarga, jadi takde tempat nak mengadu. Terperangkap.
13. "Anak-anak saya semua lelaki. Ingat tak mungkin terjadi"
14. Keluarga belah suami kuat dan berpengaruh. Takde siapa yang akan percaya.
15. Kami cuba selesaikan cara keluarga.
16. Suami sudah pergi berubat tak buat lagi, tak faham kenapa anak nak report.
17. "Kami tidur satu bilik. Anak salah faham. Ayah nak kat saya (ibu) tapi tersalah sentuh"
18. Suami kaki pukul. Kami takut.
19. Kami kahwin tak berdaftar. Takut hak penjagaan tak dapat.
20. Di ugut suami/ayah.
21. Kes lama, ingat tak perlu report.

But my most hurtful reason:
"Tiada seorang ibu pun yang nak anaknya kena ratah dengan suami Tuan Syed. Tapi saya cuma surirumah dan anak ramai. Dia punca rezeki. Jadi baik seorang je jadi mangsa dari suami masuk lokap dan semua merana. Tolonglah fikir pasal kami Tuan Syed?!?!"

This is one reason why the scope of protection under my car must be holistic.

To Pusat Zakat setiap negeri saya pohon.
Kalau penama merupakan ayah atau suami dan di dapati bersalah melakukan gangguan seksual kanak-kanak dalam keluarga, bantulah percepatkan pertukaran nama kepada ibu DAN IMBUHAN TAMBAHAN UNTUK MEMBANTU MANGSA. PLEASE CONSIDER.

Semoga perkongsian saya ini bermanfaat.

Pic: Google.

Salam
Syed Azmi Alhabshi.
Small Lamb

XOXO Lots of loves -H3H-