Travelog : Kajang to Gambang Resort - Teluk Chempedak (April 12, 2013)

Kami bertolak dr rumah Kakak di Taman Sutera Kajang, pukul 8.10. Kami bergerak ke Gambang melalui Genting Sempah. Sbb kat situ meeting point kami dgn PakLang. PakLang mmg gerak dr rumah dia di Sri Astana pukul 5pg untuk jumpak kami di Genting Sempah sbb agak sibuk dgn keja untuk gerak sekali dgn kami semalamnya (Khamis).

Kami jumpak di Petronas Genting Sempah ard 10.30p.m. Berehat sat sambil anak2 breakfast, minum2 kopi sambil PakLang rehat sat dan adik Aniq mandi.

macamana la nk bg anak x suka megi... pantang ada can...mesti nk megi... aduhaiiii

mengisi masa terluang

Dari Genting Sempah kami mulakan perjalanan kami ke Gambang. Tapi sebab nk masuk masa lunch, kami singgah kat Temerloh dulu. Kakak nk bawak mak makan ikan patin. Aku, ayah, hubby, PakCik, PakLang, Acu... kami makan "patin" ayam....hahaha

Kami singgah di Restoran S.Z Rahmah. Kedai kampung ja. Tapi price "boleh" tahan la. Which is something yg kami rasa rm80+ di utara ni tp cost us RM135 di sana. 


Sambil2 kakak dan baie pilih lauk, kami melilau keliling kedai. Kedai ni kedai papan ja, tapi khabarnya tuan kedai ni satu sekolah dgn Sultan Pahang. Sebab tu kalo Sultan Pahang lalu, dia mesti singgah makan. Tatau la btoi ka dak...tp mmg ada la gambaq Sultan Pahang mai kedai tu...hehehe

Bagi aku, masakan dia OK. Kami yg x makan patin ni makan berkuahkan gulai lemak yg aku mmg suka rasanya. Yg tu btoi aku cakap...mmg sedap. Aku x rasa pun kuah gulai patin sbb masak tempoyak. Aku mmg alergik tempoyak....hahaha...sorry to say.
Anak2 tamau makan sbb depa kata kenyang lagi makan kat Genting Sempah tadi. Depa cuma pulun tembikai potong. X kisah lah anak2, janji x buaih.


husband tersandar kekenyangan kena patin ayam....hahaha

2 beradik ni macam kembaq...asik berkepit ja

Satu benda yg aku wonder. Temerloh dikatakan bandar Ikan Patin. Tapi patinnya sangat mahai. Bukan ka kalo satu2 tempat tu banyak benda tu...benda tu sepatutnya murah??? Hm....

Tapi aku x kisah...sbb aku x makan....hahaha

Ami amik masa caj bateri.

Selesai penuhkan perut, kami teruskan perjalanan kami ke Gambang. Dari Temerloh ke Gambang, ikut hiway take us abt an hour. Kami sempat lalu depan UMP (Universiti Malaysia Pahang). Ada cousin aku, anak Jang yg still study situ. Sori la Et, kami x hi hi bye bye...hehehe.

Kami sampai di Bukit Gambang Resort City ard 3p.m. Waktu dok plan cuti hr tu, kami dah beli voucher dgn Group On. Pakej untuk apartment 2 bilik, siap dgn tiket water theme park. Kami beli voucher untuk 3 aprtment (6 bilik). Kawasan Bukit Gambang ni mmg nampak sgt baru la. Kami beli Arabian Family Suite which newer than Caribean Family suite. Alhamdulillah...dgn package ni kami save ard rm700 per apartment.

Sampai ja kat floor lobi, ada pekerja Gambang Safari dok sua kami pegang kucing utan. Besar. Kalo sini slalunya org panggey harimau akaq kalo x silap. Its karnivor...makan daging and its only few months old. Risau la jugak.


 


xcited anak suruh aku snap pic dia dgn unta


Waktu check in, kami kena bayar xtra rm50 untuk 1 bilik as surcaj sbb weekend (told in voucher) and another rm100 as deposit which is returnable.

3 apartment yg kami sewa, mmg dekat2 ja...bersebelahan dan bertentangan.

Aku dok satu aprtment dgn mak ayah sbb anak aku mana la mau pisah dgn wawan dan atok. Wawan dan Atok kan dia yg punya. Aduhai...konker abes.

Kakak dgn Acu, Pak Lang dgn Pakcik. Semua org dpt bilik. Hehehe.
With price we paid, aku sgt berpuas hati dgn condition bilik dan servis.


nice view kan?

Kakak dan Baie bawak anak2 mandi pool sat sbb budak2 tu dah ketaq nk mandi pool. X le tunggu esok dah nak main water theme park...hahaha

Selesai budak2 mandi pool, kami bersiap untuk keluaq dinner. We out for dinner 6p.m.


Thank to Kakak dan Baie

my superheros... (^_^)

macam nk cabut tiang ja ghupanya...hahaha...


Dari Gambang kami bergerak menuju ke Kuantan. Tempat yg dituju ialah Ana Ikan Bakar Petai. Kedai ni nmpk class la jugak. Orang pun mmg ramai.
Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur
Pantai Selera, Tanjung Lumpur, Kuantan PAHANG  
Tel : 019 - 998 9175/ 019 - 987 8155 
Hours : 0530pm - 1200am (daily)


Kalo tgk ke gaya kedai, mcm lambat ja makanan nk sampai. Tp, alhamdulillah...x la lambat sgt. Just right ja.

Dah nama pun kedai Ikan Bakar Petai kan, ikan dia dibungkuih dlm daun pisang dan diperap dgn cabai dan petai. Memang lain drp yg lain la. Cuma mungkin bukan taste aku. Kami amik ikan kerapu dan siakap.

Anak mcm biasala, mesti la kena ada sup. Ketam masak telur masin, sotong goreng tepung, kangkung belacan, kailan ikan masin, sotong masak kuning, retak 1000 masak cabai and few more. Dah lupa...tp mmg penuh meja. Makan sampai buncit. Hahahaha.

All above cost us RM330. Ok, not bad. All seafood taste fresh and sweet

Selesai membuncitkan perut dgn makanan, kami berehat sat kat Teluk Chempedak. Dari kedai makan ke Teluk Chempedak just ard 10min drive. Sampai2 ja Teluk Chempedak, anak nampak mainan belon ni. Aduhai...merata ceruk aku nampak benda alah ni kat Kuantan. Memang xdak can nk lepaskan diri la.

Ayah decided to stay dgn cucu2 yg dok main benda ni. Kami yg lain, masuk ronda kedai2 jualan kat Teluk Chempedak. Aku beli 2 pasang selipar superman untuk anak dan Ami, untuk adik Aniq x beli sbb tadak saiz dan Adik Aniq x reti lg nk pakai selipar.

tengok tu...enjoy bukan main

syok sgt depa

sampai lencun baju tu...macam mandi...aduhai...

Takdak apa sgt kat Teluk Chempedak ni, tp manusia mmg ramai. Panaih lak tu. Kebetulan tadak angin yg bertiup walopun tepi laut. Mmg kurang la feel laut tu. Hm...

Aku wonder pasai apa org ramai sgt? Awat Pantai Merdeka x ramai mcm tu? Hehehe

Kami bertolak balik ke Gambang pukul 10 malam and reach room 11p.m. Semua org dah penat, masuk bilik dan teruih lena. Anak aku ja yg tamau lena...dok syok nak main lagi. Sebelum tidoq, aku basuh dulu baju superman anak sbb takut dia mengamuk nk pakai lagi esok sbb Ami ada sepasang lagi baju superman.

Alhamdulillah....selesai hari ke2....


XOXO

Juvana The Movie

Actually dah lama aku watch this movie, ye la dah namanya masuk panggung bulan 1 ni pulak dah bulan 4. Tapi baru berkesempatan nak share. Aku sangat sangat sangat suka dgn Juvana The Movie ni, salah satu sebabnya...crita dia lain drp yg lain dan nampak sangat real.

Memang agak ganas, tapi superb. Aku tgk berkali-kali sbb aku buat peneman waktu aku buat kek especially awal pagi ataupun tgh malam. Memang x bosan la.


Sinopsis


Kisah ini bermula beberapa bulan selepas tamatnya drama Juvana. Watak utama, Daim, yang telah dibebaskan dari sekolah juvana ekoran didapati tidak bersalah membunuh ibunya, kini cuba menjalankan kehidupan di dunia luar. Namun didapati bahawa kehidupan di dunia luar tidak jauh bezanya dari kehidupan dipenjara juvana.

Daim mula bersekolah di sekolah menengah biasa dengan harapan untuk menamatkan pengajian SPMnya. Di situ dia dibuli oleh pelajar lain dan tidak mempunyai sebarang kawan melainkan Sara, seorang gadis. Pengawal yang mengetahui statusnya sebagai bekas pelajar juvana sentiasa memerhatikannya. Daim juga bekerja keras di sebuah kilang membuat batu bata untuk menyara hidupnya. Statusnya sebagai bekas pelajar juvana juga menjadikannya tumpuan pekerja lain. Kalau ada salah dan silap yang berlaku, maka dia yang dipersalahkan.

Sekolah Wirabakti ditutup dan Botak, Apek, Ayam (serta beberapa pelajar lain), dihantar ke sebuah sekolah juvana lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah tersebut, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua taiko di sekolah itu. Namun Apek serta pelajar lain tidak mahu melawan balik, kerana mengamalkan apa yang dipelajari dari guru mereka, Cikgu Zakiah. Botak pula tidak setuju dan ingin melawan balik menggunakan kekerasan. Akhirnya keadaaan meruncing apabila sehari sebelum dibebaskan, Kicap dan Gaban dibuli teruk oleh Lan Todak. Botak pula bertindak, dan membelasah Kecik, orang suruhan Lan Todak, hingga nyawa-nyawa ikan. Apek pula mulai sedar yang ajaran Cikgu Zakiah tidak berkesan di sekolah baru itu. Dia mulai bertukar menjadi ganas, dan akhirnya membalas dendam untuk rakan-rakannya, sehingga berjaya mengetuai semua pelajar.

Namun begitu, kita lihat Apek tidak banyak berubah dari seorang penjahat. Dia mula membuli ramai pelajar lain, terutamanya musuh-musuhnya yang terdahulu. Botak pula semakin insaf kerana melihat keadaan Kecik, budak yang dibelasahnya itu. Dia juga mula tidak setuju dengan Apek yang sudah mula naik belang di sekolah baru itu.

Di dunia luar, Daim menjadi sasaran apabila pelajar sekolah lain mengetahui masa lampaunya sebagai pesalah juvana. Mujur ada Sara, yang mulai akrab dengan Daim dan banyak membantunya, terutama dalam bab pelajaran. Satu hari, Daim mendapat tahu yang keadaan rakan-rakannya semakin teruk di sekolah baru. Dia pergi melawat dengan Sara, dan melihat sendiri perubahan yang terlah berlaku pada rakan baiknya, Apek, serta kawan-kawannya yang lain.

Ketika itu, berlaku rusuhan pelajar yang diketuai oleh Lan Todak. Dia tidak berpuas hati kerana rakannya Kecik akhirnya telah meninggal dunia. Dia salahkan Botak dan Apek, dan mahu membalas dendam. Pihak sekolah cuba menghalang, tetapi Lan Todak teruskan rusuhannya. Mereka cuba menawan kesemua pelawat ke sekolah mereka pada hari itu, dan Daim serta rakan-rakan lain pula yang terpaksa bertindak menyelamatkan para pelawat serta diri masing-masing dari Lan Todak.

Mereka berjaya selamatkan kesemua pelawat itu akhirnya, namun Botak kembali untuk berdepan dengan Lan Todak. Dalam perbalahan yang berlaku, Botak hampir terkorban dan ini membuatkan Apek pula sedar akan kesalahannya selama ini. 

Note : Tapi nk ada sambungan ka? Sbb ending ada muka Bront....warden sekolah WiraBakti dulu....hm....
Lan Todak mmg menjadi arr...seram ja tengok dia...dgn tatu segala bagai...






XOXO

Demam PRU13

Rasanya takdak org Malaysia yg dah cukup akal x tau next PRU is really coming soon.

Suasana pilihan raya sangat2 la terasa. Even dr halaman rumah aku pun dah penuh dgn macam2 bendera. Sangat meriah. Tp, 1 gud things untuk org2 kawasan aku...depa can sit side by side dan lepak skali walopun berlainan fahaman...janji jangan gadoh sudah. Kita dah cukup matang untuk bergaduh dan provokasi.

Jom layan gambar dari laman rumah aku...hehehe





20hb lepas, hari penamaan calon...inche suami and the gang ikut serta ke Dewan Kenangan yg baru. Semua picas kat bawah ni dr lensa husband yg aku amik sikit2...x larat nk amik semua...hahaha...












Note : Tringin jugak nk ronda2 pi tgk replika2 yg mcm2 especially kapal terbang besaq kat sik dan bukit meriam...hehehe...kat umah aku ada cincin ja.

XOXO

Alhamdulillah...syukur...

I'm so excited, balik drp lunch hari ni dikejutkan dgn beg yg ada nama dan kain telekung untuk solat atas meja.


Kompius jap, otak x le nk berpk... then look around...semua org tengah excited dgn telekung masing2.

A special thank you to Izmin, Maria, Kak Ayu dan Shima untuk hadiah ni...pandai hangpa cari saham akhirat no. Totally speechless buat seketika. Its really lovely. Terharu sangat2.



Aida punya, insya-Allah saya akan sampaikan this weekend. Afzan punya saya dah passkan to Adnin.



XOXO