Happy 4th Anniversary...Hijriah-Hidayad


Selamat Maulidur Rasul dan Selamat Ulangtahun Perkahwinan H2H yang ke-4...itulah ucapan mak kepada aku hari ni.


Alhamdulillah, sudah 4 thn mengikut kalendar Islam...kami ber2 melayari rumahtangga. Syukur nikmat ke atas rahmat-Nya kepada kami. Tiada pergaduhan besar yang pernah terjadi setakat ini dan mintak2 tiadalah masalah yang kusut di antara kami.

Tahun ini lebih spesel dr tahun sebelum2 nya. Tahun lepas kami masih sambut ulangtahun berdua kerana aku sedang menghitung hari untuk melahirkan putera kebanggaan kami, Muhammad Rayyan Hiwayat... dan tahun ini kami sambut ber3.


Tiada majlis istimewa sebab rancangan kami untuk bercuti (upacara tahunan sempena menyambut anniversary) terpaksa ditunda sebab kesibukan kami suami isteri dengan kerja.

Kami cuma pi makan dan shopping bedsheet dan comferter set. Lepas tu cr barang2 anak. Habis shopping kami balik umah mak hubby kat sg layaq. Rezeki kami, mak masak laksa...sedapnya. Mak mertua aku memang expert dalam masak memasak ni.

Lepas maghrib aku, anak dengan mak pi pasar malam kononnya nk cari baju upin dengan ipin kat anak...tapi x dak size. Paling kecik untuk budak 2 tahun...anak br nk masuk setahun. Sudahnya ibu dia yg shopping baju, 2 lai. Tapi bila balik umah, hubby approve selai ja...jumaat ni dia kena bawak balik selai tu untuk tukaq amik yg lain...hehehehe

Lepas Isya' kami sekeluarga suma keluaq makan luaq...sj x bg mak masak. Ingat nk kena ikan bakaq kat dataran tp malangnya tutup. Try kat pekan baru pun tutup jugak. Plan nk pi kedai Kak Ja (kakak iparku a.k.a kakak hubby), tutup jugak...tutkang masak balik pattani cop border pas.

Sudahnya pi makan kat kedai Rafi kat umah kami...hahahaha...
Anak punya syok main sampai x mo lena...dah la siang x lena...

Balik umah ja, kena susu terus tergolek...hahahahaha

Happy tp sedih...sbb hubby x tunaikan wish aku...
Aku nk bunga....huhuhuhu....

Apapun doa kami berdua, moga kami bahagia bersama hingga ke akhir hayat...tanpa wujudnya sebarang pengkhiatan...moga rumahtangga kami sentiasa diberkati Allah...Amin

Jom jalan-jalan

DIsebabkan semalam hubby kena kerja, dia kena bayaq balik hutang dia pada aku dengan anak hari ni.

Agenda kami bermula selepas zuhur.Menunaikan hajat aku nk makan sambal sotong kat gerai ikan bawal, kami lunch kat sana. Sedap gila. Menu kami, ayam kampung goreng...sambal sotong...kailan ikan masin...asam pedas ikan termenung dengan ulam raja+daun selom. Sedapnya...

Dari gerai ikan bawal...kami menuju ke Penang. Saja bawak anak naik feri. Memand dia excited dan tergamam atas feri. Muka dia confused, menatang hapa la ibu dengan abah bagi aku naik ni? Tp x la enjoy sgt sbb ujan.





Aku teringin nk pi Gurney. Ini lah...first time kami pi Gurney lepas kahwin....heheheh...lama gila. Kami cari surau nk solat asar...sms orang merata, adik aku...aida dengan hadi. Jumpak la jugak. Tapi memang x user friendly. Paling2 utama yang aku kata x user friendly, muslimat kena amik wudhu' kat luaq macam muslimin...apa kejadahnya?????

Sale gila2....sakan gak shopping...hahahaha. Ingatkan nk lepak dgn makan kat padang kota atau pi Feringgi. Tapi dah letih jalan dan shopping tambah plak orang ramai...so kami decide nk terus ja balik. Ingat nk balik ikut feri lagi...tp punya la ramai manusia...sudahnya balik ikut bridge jugak.

Letihnya...sampai umah kot 11.23 malam. EOD

Payday

Hari ni payday...ingatkan nk shopping. Tp x jadi. Patutnya hari ni, hari utk aku lepak2 dgn hubby dan anak. Tapi memandangkan hubby sibuk di loji sebab panel meletooop, aku dengan anak cargas balik sg lalang. Sampai kat umah, tgk umah kosong...jeng...jeng...mak tok mana nih?

Mesej wawan, tanya mana mak tok, sambil2 tu aku dengan anak main hon dlm keta. Terkujat mak dalam rumah dengaq hon, yela sepatutnya kami balik esok...tup..tup muncui hari ni... hehehehe Lepas lunch kami....aku, anak, mak, acu, tok cik dengan pak cik keluaq ronggeng.
Agenda pertama, kami pi nagoya. Makcik nk beli hapa ntah...sudahnya mak borong kain buat cadar untuk 5 bilik...pergh...sekali beli. Aku dengan boy dan anak, lepak atas kain kat ujung nagoya. x larat nk ikut depa sebab anak tidoq. Lepas nagoya, singgah bata sebab bata sale. Memandangkan anak terlupa pakai kasut, aku beli sandal bublblegummers. Kalo dulu, sapa ada kasut tu memang hebat ah...











Ikutkan lepas Bata kami nk terus pi Village Mall, tapi bila mak tengok kedai lelong kat stesen ketapi...teringin lak dia nk singgah. Ikut je la. Aku, boy dgn acu layan anak naik mainan yang kena boh duit 5 kupang. Punya la syok dia main sampai nk angkat pun tak mau. Dok pegang stereng mainan...hahahaha

Dari situ kami ke village mall. Mak tak pernah pi village mall sebab tu nk bawak. Dari satu kedai ke satu kedai...ada ja yang adik nk beli...kat f.o.s dia beli beg, kat tingkat bawah beli sandal dgn baju apa ntah. Aku dengan anak x beli hapa pun...jd drebar ja.

Balik umah pun dah lewat sbb nk ujan. Selalunya koi 4.30 kami dah nk balik tp hari ni koi 7.05 baru start enjin. La ni hubby dok siap2 nk pi ceramah DSAI dgn Ustaz Azizan kat Bukit Selambau dengan kengkawan dia. Tinggalla aku dengan anak yang dah lena...

My dream...


I ever wish my baby will continue my dream to become aeronautic engr. But will hubby and his grandparents againts it like ever happen to me?
:-);-):-(:-o:-D:-P:-*:'(B-):$:-S:@

Exhausted...

These few days, aku mmg extremely busy and rasa letih tu mcm exhausted but I cant give up.
Malam semlm dgn hari ni, hubby pun sibuk gak. Panel hapa ntah meletup kat loji, smlm koi 3 pagi baru balik. Tinggal la aku dgn awang kecik tu smlm.

Hari ni aku masuk opis lambat skit. Rasa cam nk demam but I have commitment to deliver today so no matter what, I must go to work.

Alhamdulillah, A3 aku dah ok. Mages x byk komen and nothing to amend. Aku dah send all request to Ninie in Training Dpmt and convey all the message to team. Sazrul pun dah launch survey today dan dateline is on next Tuesday March 10.

Aku tak boleh access matrix intergration untuk completekan BOM aku utk XI project. Stuck lagi. Nanti tinggai aku ja terkontang-kanting.

Aku kena upgradekan lagi time mgmt aku untuk balance up kan suma kerja.

As mcm kak lina kata, I lost my touch as team leader. I lost my creativity. I must get my creativity and my touch back. I'm at the starter mode, tapi sepatutnya engine aku dah panas. Aku masih lost and blur untuk become a good leader again.

Thanks to the mgmt for believe in me.

Lets forget about work.

Aku teringin sgt nk mkn ayam panggang kat Tikam Batu. Semalam x dpt, kedai tu tutup. Hari ni ntah la sempat tak hubby pi beli dgn dia pun sibuk. Tapi teringin sgt2, dah kecur liur dah ni. Tak sabar nk cuti, x sabaq nk tunggu besok...hehehehe...biasalah pay day.

xcited nk shopping...hahahaha...

tp kena saving skit...zaman gawat ni. I miss my son...kena balik la...matrix pun x le masuk. Ops...tapi kena complete a few more thing before I can go home sbb next monday cuti.

Next monday is my 4th anniversary...wow...cepatnya masa berlalu.

Happily ever after...muahsss...

Walla...

A really busy day. Few meetings and to completed test scenario untuk test XI provider for SAP... make me headache and stress.

Lunch pi makan koayteaw udang kat "itik gantung"....hahahaha
Aku x tau sebenarnya nama kedai tu, tp yang pasti kedai muslim la, sj kengkawan aku panggil "itik gantung".

Bagi kat Nuli suruh edit gambaq...aku nk buat plaq untuk 4th anniversary. heheheh
xcited nih. Biasa la selalunya celebrate ber2, ni first time celebrate ber3...xcited tu lebey la skit.

Dapat surat CTI, tp x brani nk bajet apa sbb x ptg tax lagi. Tgk la sabtu ni masuk account byk mana, baru nk bole bajet.

Kaya...kaya...kaya...
hehehehehe

Happy Birthday Mak....

I dont wanna touch my busy day at the office. Let it be, work never end...never finish.

Aku merap maksu, nak makan nasi goreng dia. Lama x merap dia...sejak pindah dr kuarters, jarang aku merap dia. hehehehe...
Lagipun dia pun mak su pun gadoh lama x jumpak Ahmad Albab katanya... alahai.

Main sungguh anak kat umah mak su sambil ibu dgn abah dia sibuk memenuhkan perut sendiri. hehehehe...sedap nasik goreng mak su. Jenuh Aiman mengasuh. Ligat x ligat, sampai berdarah lidah sbb terjatuh. Sib baik reyau sat ja sebab ada iklan, kalo x...xtau la.

Maksu tanya, awat x bulat dah anak aku. Cemananya nk bulat budak byk akai tu, kalo ligatnya ngalahkan gasing / peluru.

Lama2 skali pi kuarters tringat masa dok kuarters dulu. Rumah kecik ja tp kami 2 tetap happy. Rumah lama kami x dak orang duduk. Blok tu kosong ja...sunyi sepi. Kuarters dah x heppening mcm dulu. Kami, Brie, Kak Pian, Mat Kabu dengan Tuan Satri suma dah pindah. Yang tinggal family maksu, long yang, baie dgn few more family.

I'll never forget our old house, itu rumah pertama yg kami duduk lepas kahwin 4 years back.
:)
Time goes but memory is remain.

Aku edit topik ni...

Sbb menantu bertuah sorang ni terlupa hari ni besday mak mentua yg ke53...sian mak mentua aku.


-Ni gambaq raya tahun lepas-

Happy besday mak, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Sayang mak.
Sebagai menantu, aku bersyukur sgt dpt mak mentua yg baik mcm ni. Walaupun 10 tahun dah berlalu, aku rasa kebaikan mak pada aku dr hari ke hari mcm x terucap.


I love u, mak. Cuma walaupun dekat, kita jarang jumpak.

Mak mertua aku ni orangnya extremely active and busy. Mana dgn bisnes kain bajunya, dengan nk buat kebunnya lagi. Kadang2 10 kali balik pun belum tentu jumpak, sampai kena buat appointmnet la...hahahaha

Anak pulak, kalo balik mesti nak rabat tangga. xcited sgt sbb rumah kami x dak tangga. Nazuan (anak menakan) sayang sgt kat anak tp dia jeles bila suma pampered anak sbb sekali sekala balik sedangkan nazuan mak yg mengasuh. Cucu tok dengan wan tu.

Moga hidup keluarga besar kami sentiasa diberkati, bahagia dan dimurahkan rezeki selalu. Tiada bezanya keluarga mertua atau keluarga sendiri. Mereka tetap keluarga kita.

Busy day but I'm still happy

Today is a busy day. Nasib baik la course Time Mgmt last time byk membantu. I managed my task. The only task left which not yet start is to make BOM for XI vs SAP intergration. Deadline is on March 4.

I'll start tomorrow, no matter what. About more than 60 scenario to complete. Banyak tu.

Aku kena engage a few thing dengan Training Dpmt dan SAP team, unfortunately CMY shutdown every Monday. I'm stuck for few task....adoiiii...

Malam ni lak x pi mana2. Sampai umah ja, hubby nak keluaq pi surau utk solat maghrib. Malam ni order makan dr kedai siam ja. Malas nk keluaq dinner, sbb nk tengok anak betong dan lipat kain yang melambak2. Anak guling sampai lena. Perut dah kenyang isap susu, sampai susu yang perah utk bekai dia esok pun dia reyau nak...kirim salam la anak oiii...esok hang jugak yang nk isap.

Kurang2 malam ni jadik gak reja, siap basuh baju, lipat baju, kemas rumah sikit2...dah dekat koi 12tghmlm. Anak mula nk jaga, sumbat susu balik...angkat dia masuk katil dia baru boleh lena...

Abih sehari.

Pulau Sayak

Hari ni aku macam biasa, balik rumah mak bawak awang kecik tu. Kalo x, mak tok dgn wawan mesti mai cari kat umah punya sbb cucu sayang x balik. winduuuuu!!!!!!!

Sedapnya makan pulut dengan sambal ikan bilik....nyum...nyum sehingga menjilat jari. Mak su ada kat umah, dia tunggu aku balik sebab nak jumpak anak. Dia baru lepas scan, insya-Allah hero jugak yang bakal keluaq bulan 5 ni. Kalo anak kakak bulan 7 ni pun hero, anak kak ani bulan 5 ni pun hero, alamat pecah la rumah mak tok bila suma balik. Kepalanya mestilah awang kecik, Muhammad Rayyan Hiwayat...hehehehe...

Abih rumah mak tok dia selongkar, kucing2 suma serender dengan dia. Takat masuk bawah meja tu dah x heran dah. Naik dengan terjun sofa lagi x heran...tapi jalan tak boleh2 lagi. Bila nk boleh jalan anak oiii. Ibu teringin la nak tengok.

Cukup jam 5, cinderella dengan prince kena balik jumpak prince charming...hehehehe. Sebab anak x lena siang kat umah mak tok, on the way balik dah terheleh...lena.

Lepas ja maghrib, kami pi Pulau Sayak...makan koay teaw udang spesel. Sedapnya....pergh... udang manis2, busar2 pulak tu. Kali ni kami x pi rumah nek su pun sebab segan nk kacau malam2, hari tu dah pi dengan mak ayah suma...ok la kan.

Flower of Loves

Every saturday is a family day. But for today, nothing is special.

Kami ber3 mulakan hari dengan keluar lunch di Radix Chicken Rice around 1.30. Itupun after awang kecik tu tidoq seround. Ramainya orang kat radix Chicken Rice ni, sedangkan area Amanjaya ni bukan area yg happening. Nampaknya gayanya sambutan utk barangan HPA la ni mmg memberangsangkan. Lepas makan2 kami ronda Amanjaya, tengok apa yang ada. Sedih bila tengok kawasan tu. Dah jadi penempatan bangla dah. Rumah-rumah kedai dah jadi rumah kongsi bangla lepas tu ada yang dah jadi rumah burung layang2.

Sedangkan kawasan ni dulu kalo ikutkan plan sepatutnya menjadi pusat untuk bandar baru Amanjaya tapi sebab kegawatan ekonomi yg lepas, everything going upside down.

Kalo x dak penempatan rumah dan sarang burung layang2 ni, kawasan ni mesti happening dengan adanya Open University Kampus Sg Petani, Kampus Universiti Insaniah dan kawasan ni jugak dilengkapi dgn bank dan rangkaian HPA ( dobi, travel agent, HPA collection, Stokis HPA and Radix Chicken Rice ).

Lepas pusing2 Amanjaya, kami terus ke Lagenda Height saja nk usha Radix Oriental Cuisine dah bukak ke blom. So sad, blom lagi. Sudahnya terus ke Tesco. Punya la susah nk parking, ramai orang amik kesempatan parking kat tesco utk ke Village Mall. Mentang2 la Nabil mai. Hubby macam biasa la...mana mau pi crownd2 lagu tu.

Anak sampai terlentok lena, penat kot.

Malamnya kami pi dinner kat kedai adik aku. Pada teman2 yang nk rasa masakan adik aku, boleh la naik Cental Square dekat dengan food court dan De Sabai. Nama gerainya Juice and Food Corner, location dia betoi2 dekat tangga separuh pusing nak naik ke tingkat 5. Jangan x caya, tu mmg kedai adik aku. Dia run kedai tu dgn kawan2 dia.





Sebelum balik dia ada bagi aku bunga yang dia ukir dari timun. Katanya flower of loves. Dia mmg ada bkt dlm craving.

Sapa yng berminat nk buat hidangan meja pengantin boleh la contact aku. Siap dgn craving buah2an lagi.
Sapa lagi nk tolong promote kalo bukan kak sendiri kan...kan...kan....