Ayah pergi tinggalkan kami...tinggalkan aku semalam.
21 Jun 2026, pada pukul 6 petang, while aku masih dalam perjalanan pulang dari Raub-CH.
Terasa macam satu mimpi bila tiba-tiba abang call bagitau ayah dah tak respons. Bila bang wasap bagitau ambulan yang sampai declare ayah dah pergi.
Aku bengong dalam kereta, husband tanya pasai pa. I cant answer...just my tears flow down. I cant talk.
Berita sampai masa dalam perjalanan turun CH, lepas solat di Masjid Kg Raja.
Aturan Allah, bila dapat tahu yang ayah tak sihat dan call ambulan, MakTon turun dan naik dengan Kimi lepas solat kat Kg Raja sebab aku dengan husband nak balik teruih.
But, perjalanan malam semalam sangat lah mencabar...nak turun CH pun slow dan atas hiway pun slow sebab hujan lebat di kebanyakan tempat.
Husband cakap, x pa Yang...kita pelan2. Ayah memang dah takdak, yang penting kita sampai dengan selamat. Huhuhu...baiklah.
I cant sleep the whole night, kami balik rumah untuk mandi dulu dan teruih balik Sg Lalang.
Aku teman tepi ayah sampai pagi. Mulanya aku teman sorang2. Tapi start koi 2 pg, Wani dengan Syahmi mai teman aku sama2 temankan ayah.
No one talk. Just silently mengaji tepi ayah.
Sesudah subuh, orang kembali ramai.
Pukul 9.30pg, ayah di bawak ke Masjid Putih untuk dimandikan.
Terima kasih kepada yang rakamkan aku cium ayah buat kali terakhir, x ku sangka...ada kenangan ini,
Last sekali aku peluk cium ayah, hari Khamis petang sebelum aku gerak ke Raub sebelum subuh esoknya.
Biasanya aku tak balik sebelum perjalanan jauh sebab aku kalut dan aku akan balik esoknya lepas sampai rumah. But kali ni...aku tak sedap hati nak tinggalkan ayah. Alhamdulillah...Allah gerakkan hati aku untuk balik dan aku tak degil untuk tak balik sebab hari Khamis tu sangat2 sibuk sebab Jumaat nak cuti. Masih terasa hangat tubuh badan ayah masa tu.
Ayah disolatkan di Masjid Putih sebelum di bawak ke Tanah Perkuburan Kampung Pinang Dalam.
Ayah selamat dikebumikan pada pukul 11.30pagi. Alhamdullllah, semua urusan dipermudahkan. Lancar semuanya.
Terima kasih mak2 menakan dengan pak2 menakan yang bukan saja tolong dari semalam, but sampai siap masakkan makan tengahari dan sikit kenduri selepas pengebumian di rumah kampung. Syukur kubur cuma walking distance dengan rumah kat kampung. Kami mintak kubur dekat dengan pagar, pintu masuk supaya mudah mak nak melawat nanti. Alhamdulillah, dipermudahkan.
My first food lepas kopi semalam
Decided untuk buat tahlil kat Masjid ja, lebih mudah di waktu kalut2 ni.
Bersyukur ada yang sudi amik tempahan kami di sat2 akhir.
Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Roh ayah dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.
Terima kasih ayah, untuk 45 tahun ni.
Terima kasih, ayah. I wish I have more years with you.
Tak, mak....kami jaga.
****Terima kasih to all family and friends yang hadir menziarah ayah menutup usia walopun jauh.
****Most photos from family and friends.
XOXO Lots of loves -H3H-


































0 comments:
Post a Comment