Siapa dia... Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah



Wajah beliau tampak penat. Beliaulah hero kita semua bersama pasukan barisan hadapan. Saban hari pakar bedah yang juga Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia akan menyampaikan maklumat terkini berkaitan virus Covid-19 yang melanda negara. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, anak kelahiran Sepang Selangor.

Dato' Dr. Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 1 Mac 2013. Setelah memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah sejak 1 Feb 2008, Datuk Dr Hisham adalah pakar bedah dan pentadbir yang terlatih.

Beliau juga merupakan pakar bedah kanan dan pakar bedah endokrin di Hospital Putrajaya. Dato' Dr Hisham, yang mempunyai ijazah Sarjana dalam Pembedahan dan ijazah Kedoktoran Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai perubatan pada bulan Ogos 1988.

Beliau kemudiannya menjadi pakar dalam pembedahan endokrin dan melakukan latihannya di pelbagai universiti di Adelaide dan Sydney di Australia. Beliau mempunyai banyak penerbitan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa dan menulis banyak bab teks dalam pembedahan endokrin.

Marilah kita sama sama doakan beliau dan pasukan barisan hadapan negara dapat menangani wabak ini, diberi kekuatan dan kesihatan yang baik, serta berjaya menyelamatkan negara kita dari serangan Covid-19.

Terima kasih Doktor..Terima kasih nurse, pembantu perubatan, atendan, pemandu ambulans, Polis, tentera dan seluruh pasukan yang terlibat.

Anda hero rakyat Malaysia.

Kita juga boleh membantu dan menjadi hero dengan

#stayAtHome.

Copy from here

XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: