Kita sedang ketinggalan.

#isharebecauseicare

Sehingga ke hari ni, makin banyak hospital yang melaporkan wujud pesakit yang positif Covid-19 di wad masing-masing.

Puncanya ialah pesakit dan waris tak jujur ketika memberi sejarah perjalanan dan sejarah kontak rapat pesakit.

Sampaikan sanggup mengaku ujian saringan Covid-19 dia negatif.

Bila kami periksa dengan pihak berwajib, rupanya nama dia tak pernah disaring. Ujian saringan tak pernah dibuat.

Gila!

Waktu begini, bukan masa untuk bermain-main dengan kami. Kami staf kesihatan juga ada keluarga masing-masing.

Namun, kami tetap rawat, kami tetap beri perkhidmatan sebaik mungkin. Kami berikrar untuk beri rawatan tanpa prejudis.

Kita sedang ketinggalan.

Kes makin meningkat, namun peralatan PPE tak mencukupi.

Pelindung muka, penutup kepala sampaikan ke topeng muka, tak cukup. Tak cukup kawan-kawan.

Namun, kami usahakan untuk buat sendiri peralatan yang tak cukup ni. Dalam group watsapp, kami sama-sama berkongsi video macam mana nak buat pelindung muka (face shield).

Ada kawan yang usahakan untuk cari baju PPE.

Ada yang tawar diri untuk cari bahan untuk buat alat-alat ni.

Kami tak nak dikuarantin. Kami nak bekerja. Dengan pastikan diri kami selamat, barulah kami boleh keluar untuk merawat anda dan anak anda.

Pagi ni, kami berkongsi video bagaimana nak guna plastik sampah sebagai ganti untuk pakaian PPE.

Kami tak malu.

Kalau plastik sampah yang perlu kami pakai sebagai baju, seluar dan penutup kepala, kami akan pakai.

Kita sedang ketinggalan.

Fasiliti KKM sedang bersedia untuk gelombang Covid-19 yang seterusnya. Di Johor, Hospital Kluang akan dijadikan sebagai hospital Covid-19.

Pesakit sedia ada (yang bukan Covid-19) di Hospital Kluang akan dipindahkan ke hospital berdekatan.

Hospital Permai, JB pula akan terus menerima pesakit kategori PUI (person under investigation).

Namun, kemampuan KKM ada batasnya. Sungguh kawan-kawan.

Negara Australia, Itali, UK yang jauh lagi maju pun bergelut dengan peralatan yang tak cukup.

Buka mata dan baca tulisan doktor dan ahli kesihatan dari sana.

Yang mampu ubah keadaan sekarang ialah kita semua.

Awak, awak, awak dan awak.

Putuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Satu orang yang dijangkiti Covid-19 berupaya pindahkan virus ni pada 3 orang.

3 orang tadi boleh pindahkan pada 9 orang lain dan gandaan itu terus meningkat hingga nombornya tak masuk akal.

Rendahkan “epidemical curve”. Itu apa yang pakar-pakar katakan di TV dan di media sosial.

Anda tak faham tak apa. Tapi sokonglah perintah kerajaan #StayAtHome.

Jauhkan diri 1 meter dari orang lain, cuci tangan dengan air dan sabun.

Dan tolong jangan sebarkan berita palsu. Runtuh semangat kami. 

Seperti kata Perdana Menteri, just stay at home.

Bantu saya sharekan.

XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: