Tuntutan nafkah anak

Bila melihat perjuangan kawan2 dan kaum wanita lain menuntut nafkah anak... Bagaikan pengemis nak mintak simpati orang luar bagi makan anaknya sendiri. Sedangkan bagaikan org luar itu adalah bapak anak2 itu sendiri.

Di dunia akhir zaman ini, banyak bapak lebih rela bela anak tiri dari ank sendiri yg bekas isteri pelihara. Aduh... Sedih... Sakit...

BARU JELAS

Bila si ibu minta RM2000 sebulan untuk nafkah 3 orang anak, terus rasa macam banyak kan RM2000 nak keluar gedebuk tu setiap bulan? Rasa macam nanti bagi terlebih-lebih pulak kang si ibu buat berjoli beli barang make up dia😏

Biasanya, peguam akan buat perincian macam table di bawah untuk perincikan satu per satu berapa jumlah perbelanjaan setiap keperluan anak-anak sebulan. Bila dah buat perincian macam ni baru lah JELAS. Klien saya nak minta lebih kurang RM600 ke RM700 seorang anak. Bila dah perincikan, baru tau dah paras minimum lah jumlah yang dituntut tu. Apa lagi kalau anak-anak tinggal dan bersekolah di bandar.



DAH DISKAUN DAH

Saya memang tak boleh fikir macam mana si bapa nak bagi RM800 sahaja utk 3 orang anak. Itu pun nak bayar ansuran dalam tempoh sebulan. Sebenarnya apa yang si ibu minta ni dah siap2 diskaun dah dari jumlah sebenar. Tengoklah yuran bulanan sekolah/tadika, duduk di Bangi mana nak dapat RM300 sebulan. Sama la juga item2 lain dalam table tu dah habis diskaun dah.

Itu si ibu pejam mata lah bab mainan, bawa pegi jalan-jalan, holiday ke. Tu makan RM200 sebulan, sehari jatuh RM6. 60 sehari. Tau je lah anak2 kalau makan sehari macam mana. Dok lembah klang mana boleh hidup sehari RM6. 60. Jumlah tu kira dah cukup ihsan. Boleh pula dia suruh beli barang masak je lah. Si bapa ingat sekarang ni beli barang segar murah kot. Kalau utk sebulan makan, lebih mahal kadang tu daripada beli siap makan.

TUGAS

Si ibu dah laksanakan tugas mengandung, bersalin, menyuusu dan membesarkan anak-anak dah. Tugas bapa adalah melunaskan nafkah anak-anak. Dah sama adil dah Allah tetapkan tugas tu. Itulah tugas seorang lelaki yg qawwam. Menafkahi tanggungannya.

Kalau dah mengandung, beranak, membesarkan anak2 dan bagi nafkah pun si ibu, apalah guna wujudnya kat muka bumi ni kaum bapa. Takkan keje nak penuhkan penjara je?

Kalau harapkan si ibu sama-sama share tanggung nafkah, kan best boleh share juga perut tu utk mengandung dan beranak. 5 bulan si mak pregnant lepas tu pass pula kat si bapak. Tak pun ikut turn, anak 1st mak pregnantkan, anak kedua turn si bapak pulak.

Tapi sayang, MEMANG TAK BOLEH. Jadi, tanggungjwb nafkah pun tak bolehlah nak share2. Walaupun pada hakikatnya tanpa dipinta pun, si ibu ni dah banyak membantu bab nafkah.

CONGAK DULU

Utk bapa2 yang ada kes nafkah anak di mahkamah, sebelum nak nyatakan berapa jumlah yang korang nak bagi, duduk sekejap dan buat table macam ni. Masa letak jumlah RM100 ke RM200 sebulan utk seorang anak tu sanggup tak nak tulis jumlah yang tak masuk akal tu.

Jangan sebab nak jaga perut dan nafsu sendiri, hak anak-anak dikikis rapat sampai tinggal sekupang. Tup2 buat loan nak kawen baru. Tup2 keluar superbike, Tup2 berhoneymoon kat Bali, Boracay lah dgn bini baru.

Lepas tu datang mahkamah bentang sekitab hutang berjela. Tapi bila nak poligami bukan main bentang berjela-jela aset seluas langit dan bumi.Tiba-tiba mai bab nak bagi nafkah anak, aset semua lesap. Dia punya tahap auta memang tak boleh bawak bincang!

XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: