Pulangnya PakTeh kepada penciptanya.
Call from husband, right on time aku nk kluaq pi keja. 8.15 pg. PakTeh pergi 8.11pagi.
He may not my real uncle. Sebab PakTeh ni sebelah husband.
But, to husband... PakTeh ni bagaikan pengganti ayahnya selepas pemergian abah di usia husband 5 tahun. Best friend husband, Fakhri... His cousin... Anak PakTeh (I met Fakhri first, sebelum husband).
Setiap kali raya, rumah PakTeh... Is a must (dekat ja... Jalan kaki pun smpi dr rumah MIL).
PakTeh.... Suaranya memang kuat. Nampak garang. Tapi orangnya Penuh dengan kasih sayang. Orangnya sentiasa penuh dengan nasihat. Tak pernah habis topik untuk bersembang.
Dah lebih kurang 20 tahun PakTeh keluar masuk hospital. Cuma seminggu lepas, pakteh dikomakan sebab dah tak tertanggung sakitnya.
Aku sempat menziarah pakteh dalam komanya. Luluh hati bila tgk mulut dan hiding disumbat bantuan pernafasan dan oksigen. Walopun muka dan tak bengkak... Dalam dikomakan... Masih nampak kesakitan dimuka tuanya. Masih nampak pakteh penat dan tersedak2 kecik. Allah... 😭😭😭😭😭😭
Hujan lebat hari ni. Bagaikan sama menangis bersama kami.
Alhamdulillah... Urusan menyempurnakan jenazah Pakteh sangat lancar dan mudah. Dari urusan nk bwk balik dr hospital, mandi kan dan kebumi kan....
Semoga Allah rahmati roh pakteh. Semoga Allah limpah kurniakan kebaikan buatnya di sana.
Nota : kenangan paling berharga buat kami suami isteri... Surat nikah kami... Tulisan tangan PakTeh.
XOXO Lots of loves -H3H-
0 comments:
Post a Comment