Parenting dengan cara menipu



"Jangan masuk bilik dalam tu ada hantu"

"Jika awak tak berkelakuan baik, saya panggil tok mudim sunat awak"

Parenting "by lying" atau dengan cara menipu seringkali digunakan oleh ibu bapa untuk mendapatkan kesan jangka pendek untuk mengubah tingkah laku dan sikap anak mereka. Ada juga yang menganggap ianya sekadar gurauan atau permainan.

Namun tahukah anda, ianya mungkin memberikan kesan yang lebih buruk untuk jangka panjang.

Terbaru, satu kajian telah menunjukkan bahawa bukan sahaja memberikan impak jangka panjang seperti tekanan dan emosi, ianya juga akan menjadikan anak lebih kuat menipu dan sukar untuk menghadapi kesukaran pada masa depan.

Jadi elakkan daripada menipu "sunat" kepada anak tau.

Sumber
NTU, 2019

XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: