Joker vs Mental Health Awareness

From my friend's writing - sumber

Joker (2019)

Bila DC buat movie Joker versi stand-alone ni, baru faham tentang mental disorder, tentang kenapa dia benci sangat dengan Wayne, siapa yang bunuh parents kepada Bruce dan kenapa Joker jadi mental macam tu sekali

Dalam mana2 movie Batman sebelum ni, takde yang menerangkan dengan tepat kenapa Joker boleh jadi sampai mcm ni sekali. So dalam movie ni memang terjawab.

Personally aku harap ada sambungan tapi DC ni tau lah, bkn stail Marvel nak buat movie yang bersambung2 mcm tu.

Lakonan Joaquin Phoenix sebagai Joker memang antara yang terbaik dan mmg nampak dia sangat menghayati watak Joker sebagai seorang yg ada "brain condition"

Tapi movie ni berat. Takde lawak2 mcm Marvel. Kalau nak tengok lawak, tak yah tengok DC mmg tak jumpa. Tapi kalau nak faham tentang mental disorder, tentang macam mana watak Joker jadi sebegitu rupa, movie ni memang jawapannya

Personal rating:
Joaquin Phoenix: 9/10 (lakonan dia mmg sangat mengesankan)
Movie rating: 6/10 (best tapi something is missing, Harley Quinn takde hihi dan jalan cerita kurang ummph)

#AilisaReview
#MovieAddict

**************************************

JOKER, dan bagaimana aku melihatnya dari perspektif seorang pendidik.



Kita sebenarnya terlalu ego untuk mengakui bahawa kita jugalah yang telah melahirkan sisi-sisi jahat dan kejam dari dalam diri manusia disekeliling kita,


Kita lebih senang untuk menafikan dan berlalu pergi, dari mengakui, berhenti dan menghulurkan tangan atau sekurang-kurangnya menjadi mendengar yang boleh dipercayai,


Kita benci dan jelik akan kejahatan, tetapi kita juga yang telah menyemai benih kegelapan itu tanpa kita sedari,


"Ia memerlukan seluruh kampung, untuk membesarkan seorang anak", bak kata pepatah lama.


Apabila menonton filem Joker, aku sedar ia mempunyai banyak sekali persamaan dengan apa yang pernah aku lihat sendiri saban hari, disekolah mahupun komuniti.


Semoga Tuhan membuka hati kita semua untuk saling menyokong antara satu sama lain, agar tiada yang 'jatuh' ke dalam lohong 'kesamaran' yang tiada berpenghujung,


'Kesamaran' yang betul-betul tipis akan sempadannya antara yang hak dan yang batil. Hingga kau tidak lagi mampu untuk membezakannya.


10/10 untuk karya ini.
XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: