Mental health Awareness

Terima kasih abang bomba.

Mental health is real

Jangan kecam mereka

Tolong mereka dengan selami perasaan mereka.



#6 Oktober 2019 : Khidmat khas penyelamatan diketuai PBK II Haizrul bersama anggota pasukan C.

P/S: Mangsa berjaya diselamatkan oleh anggota dengan bantuan anggota polis.

Sumber

Gara-gara bergaduh dengan ibu kerana penggunaan telefon, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nekad keluar melalui tingkap rumah dan duduk dibelabas seluas 0.6meter, tingkat 19.

Kejadian berlaku di Apartment Season, di Johor bahru petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Timbalan Penguasa, Suhaimi Jamal berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes seorang kanak-kanak perempuan berada diluar bangunan tingkat 19, kira-kira jam 4.10 minit petang.

Sepasukan anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian untuk mengambil langkah bagi menghadapi kemungkinan kanak-kanak berkenaan terjun.

Pasukan penyelamat turut menggunakan tali di tingkat 20 dan menyediakan kusyen angin di tingkat bawah.

Pada masa yang sama seorang pegawai, Ismarulnizam Isnin cuba memujuk mangsa.

Selepas 15 minit usaha memujuk dilakukan, akhirnya mangsa menghulurkan tangan dan masuk semula ke dalam rumah.

Mangsa kemudiannya di bawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: