Mental Health Awareness - ia boleh dicegah


Sumber

Terlebih dahulu, kami ingin menasihatkan agar mana-mana individu yang mengalami ketidakstabilan emosi dan mental untuk tidak menonton filem Joker kerana ia mungkin menggangu emosi sesetengah pihak.

Ketahuilah, TIADA SATU (1) pun individu di dunia ini dilahirkan sebagai JAHAT. Faktor persekitaran, sosial ekonomi , tahap pendidikan dan kestabilan emosi menyebabkan perubahan tingkah laku ini berlaku.

Tanpa kita sedari,saban hari, kita juga menyumbang kepada kelahiran “Joker”. Penindasan emosi kini dilakukan secara terbuka tanpa rasa belas.

Babak Joker dimalukan dalam siaran TV sama seperti adegan program ujibakat yang banyak diadakan di rancangan tv tempatan. Itu belum lagi ditambah dengan ‘cyberbully’ yang semakin berleluasa.

Filem Joker dengan begitu cemerlang telah menyelitkan pelbagai kritikan sosial di dalam setiap babak yang ditayangkan.

Selama ini kita sangka, adiwira seperti Batman merupakan penyelamat kepada masyarakat dan diperlukan untuk membasmi jenayah dan masalah sosial di dalam masyrakat.

Hakikatnya, kemunculan adiwira bukan jalan terbaik untuk membendung masalah sosial. Tiada superhero hebat yang mampu menepis segala keganasan dan jenayah dalam masyarakat.

Jenayah, keganasan dan masalah sosial perlu dirawat dari dasarnya dan akar umbi.

Bruce Wayne (sebagai individu berpengaruh dan memiliki kekayaan) sepatutnya memikir solusi untuk memperbaiki struktur sosial masyarakat Bandar Gotham, bukannnya membanteras jenayah menerusi watak adiwira.

Masalah Mental dan Keganasan

Ini merupakan salah satu (1) bentuk stigma kepada pesakit mental. Masyarakat selalu menyangka pesakit mental merbahaya.

Hakikatnya, kita dapat lihat, pada asalnya Joker bukan seorang yang ganas. Dengan rawatan dan sokongan khidmat bantuan sosial, beliau masih dapat berfikir, berfungsi dan bekerja seperti biasa.

Masalah timbul apabila khidmat bantuan sosial di Gotham City dihentikan.

Rawatan terputus, hilang sumber pendapatan, tiada tempat bergantung. Semua faktor ini menyumbang kepada “kelahiran joker”.

Menonton filem hebat ini dari lensa Public Health sememangnya cukup melesukan. Peningkatan kes jenayah dan masalah sosial sebenarnya refleksi kepada sokongan sosial masyarakat yang masih belum jitu.

Masih banyak isu sosial yang perlu diperjuangkan untuk mencegah kelahiran “Joker” dalam masyarakat.

Namun ia bukan bermakna segala perbuatan jenayah “joker” boleh dihalalkan. Salah tetap salah dan perlu dihukum mengikut peruntukan undang undang sedia ada.

Cuma filem ini menjentik kita untuk memikirkan faktor penyumbang kepada kelahiran joker yang sebenarnya BOLEH DICEGAH.

Kredit kepada Public Health Malaysia.

XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: