Masjid Zahir

Hari ni kena angkut dengan husband, teman dia keja ke Alor Star. As usual, aku kan working place kan hybrid. Which is hari ni, aku can work from anywhere...as long as ada internet.

Solat asar, maghrib dan isya' di masjid Zahir. Tapi hari ni, husband parking belah belakang. If not, bole la tangkap pic yang lebih cantik.

Masjid Zahir pun banyak area bertutup plastik, ada kawasan tengah di renovasi.






Cantikkan, permandangan malam?

Little info tentang Masjid Zahir yang aku amik dari internet ðŸ˜

Masjid Zahir mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya ialah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah daripada serangan Siam (1821).

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.

Ini bermakna, Masjid Zahir dah berumur 110 tahun. Older dari sekolah aku, SMKI tahun 1919.

Seramai 1019 orang mati syahid di Kuala Kedah semasa Siam melanggar Kedah pada tahun 1821 termasuklah juga syuhada yang mempertahankan Balai Besar yang berjumlah seramai 470 orang kesemuanya.

Keseluruhannya yang mati adalah sebanyak 1,489 orang syuhada kebumikan di tapak masjid Zahir ini.

Reka bentuk masjid ini diilhamkan daripada Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.

Nama Zahir ini di ambil dari bahasa Arab yang bermakna Putih.

Senibina masjid ni sangat cantik, cerita di sebalik pembinaan dan senibinanya juga menarik.

If happen to singgah in Alor Setar, sila lah singgah ke Masjid Zahir untuk solat.


XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: