Muzium Matang @ Kota Ngah Ibrahim

Yeah...after lunch...husband tanya...nak pi mana? Perak banyak muzium, ada yang dekat?

Hahahaha...pucuk di cita, ulam mendatang.

Yang paling dekat dengan kami masa tu...Muzium Matang ataupun nama asalnya Kota Ngah Ibrahim.
So, ke sini lah kamiiiiiiii....

Panaih terik hari ni.

Parking keta, kat luar pagar kota....of course la...sapa nak bg hangpa parking dalam kota? 😅

Masuk Muzium Matang ni free ja. Kawasannya sangat bersih terjaga.

Asalnya kota ini adalah rumah, pejabat pentadbiran, kota dan kubu pertahanan bagi Menteri Larut yang bernama Ngah Ibrahim bin Long Jaafar dan lebih dikenali sebagai Kota Ngah Ibrahim.

Sedikit sejarah :

Pada tahun 1840, Long Jaafar merupakan orang yang pertama menjumpai bijih timah di Malaysia iaitu di Larut, Perak. Kerja-kerja melombong menggunakan teknik melampan iaitu mangkuk sebesar kuali daripada kayu. Sesetengah tempat memanggilnya mendulang.

Kekayaan Long Jaafar melimpah kepada Ngah Ibrahim yang dilantik sebagai Menteri Jajahan Larut oleh Sultan Abdullah selaku Sultan Perak. Setiap tahun Ngah Ibrahim mestilah membayar sejumlah wang bayaran kepada Sultan Perak.

Pada tahun 1874, Perjanjian Pangkor ditandatangani di atas kapal HMS Pluto bagi mendamaikan sengketa pelombong bijih timah yang tidak terkawal lagi oleh Ngah Ibrahim. Perjanjian ini memberi kesan besar kepada Menteri Ngah Ibrahim kerana tidak lagi mempunyai kuasa mengutip cukai kepada setiap tauke dan pelombong bijih timah.

Komplot membunuh JWW Birch di Pasir Salak menyebabkan beliau dibuang ke Pulau Seycheles. Menteri Ngah Ibrahim dijatuhi hukuman dan dibuang ke Pulau Seychelles tanpa sebarang perbicaraan. Pembuangan Menteri Ngah Ibrahim ke Pulau Seychelles menyebabkan seluruh harta kekayaannya
dirampas dengan kejam sehinggakan segala maklumat berkaitan dengan beliau telah dihapuskan oleh pihak British. Pihak British seolah-olah mahu memadamkan sama sekali mengenai sejarah Menteri Ngah Ibrahim daripada diketahui oleh generasi seterusnya.

Tapak kota ini seluas 0.8094 hektar.

Ia pernah digunakan sebagai :
  • 1913 - 1922 Maktab Perguruan Melayu Matang
  • 1913 - 1941 Sekolah Melayu
  • 1941 - 1945 Markas Operasi Tentera Jepun
  • 1945 - 1984 Sekolah Melayu
  • 1985 -  Diambil alih oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia.

Pada tahun 2009 Kota Ngah Ibrahim telah diwartakan sebagai
Bangunan Warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.


























XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: