Lepas subuh tadi, tidur dulu sebelum start keja. Lepas tu teruih log in into meeting. Langsung x tengok wasap.
Then tengah meeting husband masuk bgtau yang mak dia masuk hospital. So,husband siap2 pi dulu. Aku sampai lewat sikit...lebih kurang sejam lepas husband pi.
Masa aku sampai, mak dah masuk zon hijau. Rupanya adik ida bawak mak mai emergency tengah malam lagi. Tapi pagi ni baru bagitau yang lain-lain.
Mak demam dan batuk sampai rasa susah nak bernafas...lagi2 bila batuk.
Waktu mak lena, kami 3 orang bersidai kat luar wad kecemasan tu. Kat dalam, cuma bole masuk dua orang. Kami 3. Amik giliran la. Tapi bila mak lena...kami lepak luaq sat.
Lepas tu aku hambat adik Ida balik rehat dulu, sebab dia dari tengah malam. Kak Ja pun koi 3+ aku hambat balik jugak. Dia dah la masih on treatment...badan bukannya kuat sangat.
Biar la aku tunggu dulu sebelum husband mai sat lg. Aku dah amik EL hari ni. So, xyah pikir apa dah. Setakat jawab2 team yang bertanya pasai keja thru gchat ja.
Anak pun kat asrama.
Doakan semoga mak kami cepat sembuh ya.
****mak masih kat wad kecemasan...tunggu nak masuk wad
XOXO Lots of loves -H3H-





0 comments:
Post a Comment