Travelog - Kota Bharu Day 3 (Jan 2,2016)

Hari ketiga di KB merupakan hari last kami di Kelantan untuk trip kali ni.

Kami check out hotel seawall pukul 9pagi. Koi 9pg, keta parking kat depan KB Mall dh kena saman dgn bandaran....huhuhuhu.

Malas nk pk nk makan apa...kami tapau ja burger king kat KB Mall. Btoi2 kat keta parking.

Dari situ, kami ke Muzium Perang or also know as Bank Kerapu.



Previous visit dah try nak mai Muzium Perang ni, tp pusing berkali2 x dak parking. Kali ni, Alhamdulillah, sekali lalu ja. Siap parking dpn pintu Muzium lg



Bank Kerapu adalah merupakan sebuah bangunan bersejarah yang terletak di sebelah hilir Padang Merdeka, Kota Bharu, Kelantan. Pada tahun 1912, bangunan ini siap dibina dan mula digunakan sebagai bank oleh "The Mercatile Bank of India Ltd". Bangunan ini merupakan bank pertama yang dibuka di Kelantan.

Sejarah

Bank Kerapu dibina di atas sebidang tanah milik seorang ketua tempatan yang bernama Nik Yusoff bin Nik Abdul Majid. Bangunan ini juga merupakan sebuah binaan bangunan pertama di Kelantan yang menggunakan batu.[1] Masyarakat tempatan Kelantan lebih mengenali bangunan ini sebagai bangunan Bank Kerapu kerana sebahagian daripada permukaan bangunaan ini disimen dengan menggunakan batu-bata kecil yang menyebabkan permukaannya tidak rata dan menggerutu.

Semasa Perang Dunia ke-II, pasukan polis rahsia Jepun telah menggunakan bangunan ini sebagai ibu pejabat Kempai Tai, pejabat rahsia Polis Jepun.[2] Bangunan ini juga dijadikan penjara, tempat siasatan, tempat penderaaan dan lain-lain aktiviti keganasan mereka. Apabila Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali memerintah negeri ini, bangunan ini digunakan semula sebagai bank. Pada tahun 1977, nama bank tersebut bertukar kepada "The Hong kong & Shanghai Banking Corporation", dan pada 1981 bangunan ini dijadikan pula sebagai Balai Seni Lukis dan Kraftangan Kelantan. Mulai tahun 1992, bangunan ini digunakan sebagai Memorial Perang Dunia Ke II di Kelantan.

Bank Kerapu kini

Bermula pada tahun 1992, bangunan ini digunakan sebagai memorial peringatan Perang Dunia II yang mana pendaratan tentera bermula di Tanah Melayu. Bangunan ini memiliki dan mempamerkan lebih daripada 1,000 bahan pameran yang berkaitan dengan peperangan yang terdiri dari gambar-gambar, artikel dan artifak. Pameran lain termasuk foto Sultan Ismail Petra sebagai Kolonel Kehormat Rejimen Artileri DiRaja Malaysia, sejarah hubungan Kelantan-Thai sebelum kemerdekaan Tanah Melayu, dan kehidupan rakyat Britisih di Kelantan sebelum dan selepas perang. Basikal yang pernah digunakan oleh tentera Jepun semasa memasuki bandar Kota Bharu juga dipamerkan di sini.


Mendengar kepada nama Muzium Perang, aku tatau apa yg nk di imajin kan.




Tapi realitinya, agak terlalu rendah untuk expectation aku.

Muzium Perang menghidangkan kebanyakan paparan slides untuk dibaca. Paparan yg kelihatan sgt usang. Usang bukan kerana factor sejarah, tp using kerana factor kelamaan artikel itu disitu.



Aku pun x perasan yg kami x snap ani pic in there.

Walau bagaimanapun, ada jugak bahagian yg menarik, di tingkat bawah, bahagian Perang Dunia Kedua di zaman Jepun.

Sumber pic hari semuanya dr google, sekadar memperlihatkan bagaimana keadaan dan kawasan.

Habis Muzium Perang, tadak xtvt menarik, sekadar mencari buah tangan buat keluarga di Pasar Siti Khadijah.




Pasar Siti Khadijah, kalo x pi...mcm x sah pi KB kot. Hihihihi....Lubuk habiskan duit...hihihiihi...Bawak 10k pun bole abih kalo mai sini.

Husband boh duit utk parking for 2jam setengah. Tapi bininya shopping 45min ja. Tu pun tatau nk melilau apa dah.

Kami balik melalui Rantau Panjang...lalu ja...x singgah pun. Sbb dah tatau nk beli apa.




Alhamdulillah, kami selamat sampai ke rumah sekitar pukul 9.30mlm.

Berakhir sudah percutian kami kali ni. Alhamdulillah...we have some quality time. We celebrated and cheer our love.
Insya-Allah, may Allah bless our love thill Jannah.

XOXO




0 comments: