Peranginan Bukit Hijau, Gunung Inas

Hari ni, ikut plan adik aku...Saiful aka PakLang. Dia ada bbq dgn geng TM. So, dia ajak kami (ayah, mak, aku, hubby dan ank) ikut sama. Lagipun, dah berthn kami x pi piknik kt bukit ijau. Bukit ijau adalah antara kwsn air terjun atau piknik yg agak popular sblm ni.

Tp, dek penangan wabak kencing tikus hari tu...bukit ijau di tutup. So la cam dah abandoned ja. Kawasannya terbiar, semak, penuh dengan sampah dan dah x dak org meniaga.


Anak punya la syok....sbb abah x larang dia main pasir. Tapi sian dia main sorang2. Takkan nk bg adik Aniq main pasir sama.

Aku snap ja beberapa pic tempat penuh sampah sarap...kalo dibuka berterusan, rasanya akan jd cantik mcm dulu balik. Ayaq dia sangat bersih...maybe sebab malam sebelumnya ujan kot.

Perasan dak budak kecik tu...sbb dia pakai baju ijau...punya xcited nk rabat sampai atas...hehehe...kalo x larang...rasanya atas lagi dia naik.

Kami x stay lama sbb nmpk cam nk ujan dan anak dah kecut main ayaq. Dah surrender. Aku lak...kena gastrik balik...mkn lambat. La ni...mkn lambat skit pun gastrik. Mmg x le skip meals cam slalu.

Masalahnya aku, bila busy....ralit dengan kerja...aku slalu terlupa nk makan. Opis atau rumah...kalo busy slalu cm tu. Bila dah abes kerja br tringat...pasai apa badan ketaq? Pasai apa rasa x larat?

Tupun...badan dah cam anak gajah...may be sbb biology clock aku dah haywire kot...hm...


I'll improve it, insya-Allah.

So...sedikit info pasai Bukit Hijau...korek dr Wiki

Bukit Hijau



Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, cari

Bukit Hijau terletak di Hutan Simpan Gunung Inas, 42 km dari Kulim dan 45 km dari Baling, Kedah. Bukit Hijau terkenal kerana adanya Lata Bukit Hijau. Lata ini telah diklasifikasikan sebagai sebagai hutan penyelidikan dan pendidikan. Dengan menggunakan jalan lama pengunjung-pengunjug perlu melalui Labu Besar dan Pekan Malau.

Isi kandungan

Jenis hutan

Hutan Simpan Gunung Inas merupakan hutan Dipterokarp Pamah terletak antara 150 km hingga 200 meter dari aras laut.

Daya tarikan

Lata Bukit Hijau ini mempunyai keunikan air terjun 5 tingkat yang amat mempersonakan yang dapat menarik perhatian pengunjung. Selain daripada itu pengunjung-pengunjung berpeluang melalui denai hutan sejauh 3 km melalui hutan dara menuju ke Gunung Inas yang tingginya 1454 meter. Denai-denai hutan ini juga membawa ke Bukit Hijau (8 km), 15 km ke Gunung Bintang Utara (bersempadan Negeri Perak) atau ke Bukit Baubak (15 km).

Kemudahan

Beberapa kemudahan asas disediakan untuk mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking dan jogging. Kemudahan seperti chalet, gerai makan serta surau juga disediakan. Di sini pengunjung berpeluang bersiar-siar, mendaki gunung, melihat hidupan liar, dan arboretum untuk kegunaam pengunjung.

Flora dan fauna

Terdapat pelbagai spesies flora dan fauna jenis hutan Dipterokarp Tanah Pamah seperti meranti, seraya, meranti tembaga dan meranti melantai.
Di antara haiwan yang terdapat di sini ialah gajah, harimau, tapir, kijang, lotong kekabu, tupai, dan pelbagai jenis burung liar.

Penghargaan

Kawasan lata ini telah memenangi pertandingan landskap kategori pertanian/hutan anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada tahun 1997.


0 comments: