Toxic people


Pada satu pagi boss panggil saya kebilik.

“Din ko nak dengar satu cerita”

Boss hanya 3 tahun lebih senior dari saya dan beliau cepat naik pangkat sebab mempunyai ‘the gift of the gab”, petah bercakap.

Walaupun dari kelas remove, beliau berupaya meningkatkan diri belajar hingga ke Queen Mary University of London dan bagus berbahasa inggeris. Saya baru berumur awal 30’an pada masa itu dan ketua sebuah Jabatan 

“I am all ears” saya reply sambil membetulkan duduk dengan selesa dikerusi empok dalam bilik boss.

“Seekor katak menanti ditebing sungai untuk menyeberang tetapi tiada binatang yang bersedia membawa si katak melepasi air sungai yang deras.

Tiba tiba datang seekor buaya mempelawa si Katak keseberang.

“Saya akan menolong anda keseberang kerana kita sama sama binatang yang boleh hidup dalam air” kata si buaya.

“Mana boleh sebab bangsa kau suka makan bangsa katak. Aku tak boleh percaya cakap engkau” balas si katak.

“Itu dulu, aku dah insaf tak makan katak lagi. Percaya lah aku boleh tolong engkau” sambung buaya lagi.

“Ok lah kalau kau dah insaf, aku akan tumpang atas kepala kau untuk keseberang sungai”. kata katak dengan gembira.

Setelah katak menaiki atas kepala, buaya tersebut membawa hingga ke tengah sungai dan berhenti.

Buaya melibas katak masuk kedalam mulut untuk dijadikan makanan. Sebelum menjadi habuan, si katak berkata,

“Bukan kah kau dah berjanji tidak akan makan aku”.

“Betul aku berjanji tapi kan bangsa Katak sudah tabiee menjadi makanan buaya zaman berzaman. Kau yang bodoh kerana percaya janji aku. Kami tidak akan berubah” kata buaya sambil mengunyah katak dengan rakusnya.

“Din, moral of the story, dalam dunia ini ada orang yang secara tabieenya nasty dan toxic. There is nothing you can do to help these people. Best to avoid them at all cost”, boss mengakhiri kata kata nasihat beliau.

Kami tergelak kerana cerita tersebut beliau dapat dari seorang professor yang mengajar interpersonal skills, seorang expert mengajar bagaimana untuk berinteraksi secara efektif. Beliau sendiri mengajar cara mengendali orang toxic ialah dengan menjauhkan diri dari mereka.

Maknanya dalam dunia ini ada ramai manusia yang berperangai toxic dan cara paling baik adalah ‘total avoidance’.

Semasa zaman bekerja memang saya berjumpa dengan ramai orang yang toxic dan untuk mengelak dari bergaduh dan unnecessary stress, saya akan avoid mereka seperti saranan boss saya itu.

Dengan prinsip ini saya dapat elakkan berinteraksi dengan orang toxic yang boleh melemahkan semangat dan menyebabkan stress yang bukan bukan.

Juga dengan prinsip ini saya elakkan confrontation kerana ianya tidak mendatangkan apa apa kebaikan.

Orang toxic beraksi tanpa logik. Mereka tidak sedar impak negatif yang diberikan kepada orang disekeliling dan mereka berpuas hati untuk memporak perandakan kehidupan orang lain.

Memberi kata dua pada orang toxic adalah membazir tenaga dan masa kerana mereka akan menambahkan stress dan komplexiti pada anda.

Siapa dia orang toxic? Baca artikel ini untuk tahu siapa mereka:

https://www.forbes.com/sites/travisbradberry/2015/11/10/10-toxic-people-you-should-avoid-at-all-costs/

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: